Sabtu, 24 Oktober 2009

FORUM ORANG MUDA

Assalamualaikum...24 Oktober 2009(Sabtu).Hari ni aku ke Kuala Lumpur bertujuan untuk berjumpa kawan lamaku Reza, dan menghadiri satu Forum yang aku tertarik akan tajuknya. Dan yang penting ianya melibatkan isu-isu yang aku sendiri mengkajinya..ini laporan ringkasnya:

.....................................................................................

Tajuk forum:

ETNIK, AGAMA DAN RAJA : KESANNYA TERHADAP PERKEMBANGAN DEMOKRASI DI MALAYSIA...APA KATA ORANG MUDA?


Tarikh : 24 oktober 209 (sabtu)
Masa : 2.30 ptg- 5.00 ptg
Tempat : KL & Selangor Chinese Assembly Hall
Anjuran : GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd

Pendapat orang muda jarang mendapat tempat. Pandangan orang muda sukar mendapat ruang. Suara orang muda kurang pula diberi peluang. Forum perbincangan ini membarikan beberapa orang tokoh muda dari pelbagai latar belakang sebagai panelis untuk berbincang dan menyuarakan fikiran mereka tentang persoalan-persoalan "panas" yang telah dan sedang melanda tanah air kita dewasa ini.

Apa pendapat orang muda tentang soal etnik, agama, Raja, dan kesannya terhadap perkembangan demokrasi dinegara in? Adakah kesannya negatif atau positif? menghalang atau membantu didalam proses pendemokrasian negara? Apa kata orang muda? Apa analisa orang muda? Apa suara orang muda?

Sekitar Forum:

Panelis



Fahmi Reza, Aktivis dan Pembikin filem dokumentari sosial & politik



Lee Kai Loon, Pengasas dan Anggota Sekretariat Youth For Change (Y4C)



(panel yang duduk)
Shazni Munir Mohd Ithnin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)


Mohd Hariszuan Jaharudin, Ketua Biro Majlis Diskusi dan Dialog Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Penulis di ruang wacana bebas blog Diskopi


Komentar Jemputan: Tukar Tiub a.k.a Hishamuddin Rais


Apa yang menarik minat aku adalah didalam dewan kecil ini, segala isu sensitif di kemukakan tanpa segan silu, tanpa rasa takut akan tersinggung nya bangsa atau agama lain, semuanya dibuka satu-persatu untuk diperbincangkan kerana forum ini menekankan perbincangan ilmiah yang santai.Ini membuatkan aku teruja dari masa semasa mendengar cerita sebenar dari mulut orang-orang bukan melayu mengenai apakah isu-isu yang sering hanya melayu memperbincangkannya.


Fahmi Reza

Fahmi Reza, lebih bercerita mengenai sejarah institusi diRaja, dimana satu persatu asal-usul golongan elit dan kaya raya ini dibongkar.Fahmi Reza menekan bahawa Raja terlalu kurang berperanan kerana dalam erti kata lain, rakyat harus patuh kepada Raja, kepentingan Raja adalah kepentingan rakyat. Dimana Tuan=Raja, dan Rakyat=orang biasa. Konsep ini telah melanggar etika sesebuah negara yang pemerintahnya dipilih rakyat. Dan dia menyindir sinis akan Malaysia kerana mempunyai 9 orang Raja.Aku amat bersetuju dengan dia.

Pada mula nya ada meja ditengah-tengah, tetapi disebabkan ramai yang hadir, meja diketepikan.

Lee Kai Loon, panel ini lebih kearah isu-isu semasa dan mahukan kita bersikap terbuka keatas perkara-perkara sensitif. Dia adalah satu-satu panel berbangsa Malaysia berketurunan Cina...chewah...

Shazni Munir, seorang yang pandai berbahasa. Dia menyindir kuat orang Melayu yang sangat 'Melayu'..Dia amat tegas menafikan istilah 'Malaysia milik Melayu sahaja',Aku tertarik dengan soalannya kepada sidang hadirin(soalan ni dituju kepada orang melayu);

"Adakah terfikir akan orang bukan Melayu, yakni Cina atau India, mereka akan kembali kenegara Cina atau India,...Tidak, Tidak sama sekali,..Malaysia inilah negara mereka..."




Hariszuan

Hariszuan, dia nih menceritakan tentang kotak-kotak dan tembok-tembok yang selalu memisahkan kita bangsa-bangsa di Malaysia.Dia melihat dari sudut dimana sekolah jenis kebangsaaan harus dimansuhkan supaya berlainan bangsa boleh bercampur.Bukan itu sahaja, persatuan-persatuan besar juga harus membabitkan semua kaum.

Hishamudin Rais, si tua berjiwa muda

Hishamudin Rais, bekas tahanan ISA, dulu aku dengar cerita pasal dia buruk-buruk je, tapi bila dah dengar dia berkata-kata, rupanya dia seorang yang sangat terbuka dan berpandangan jauh.Dia gembira dengan jumlah kehadiran dan sedih sebab tak dapat buat di tempat yang lebih besar..

Bahagian yang aku paling minat adalah bahagian soal jawab setelah kelima-lima panel bersuara...Bahagian ni sangat rancak, bising dan menarik.Kebanyakan orang mahu bersuara. Kadang-kadang tegang, kadang-kadang riuh dengan gelak tawa.Orang Melayu, Cina & India bangun bersuara tentang isu-isu hangat terutamnya perkauman.Dan mereka nampak gembira dengan sessi ini termasuklah aku..Gembira dengan bangsa Malaysia..

Mark, wakil dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)


Syuhada, bangkit memberi pendapat..
(muka macam blogger jek, aku xingat yang mane..hehe)


Brother nih aktive jek bersuara dalam forum nih, tak ingat la nama dia..


Ravi memberi pendapat


Brother ni seorang peguam, dia sangat gembira forum ni diwujudkan


Ini pun tak ingat nama dia, tapi dia juga memberi pendapat & soalan kepada Panelis


Ini Ong, atau dipanggil Pak Ong, dia sukakan forum ini, dan dia tak puas hati kerana forum ini masih tidak terlalu sensitif, dia mahu isu yang betul-betul sensitif...


Ini juga ahli Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) , memberi soalan dan pendapat


Sebahagian hadirin dari pelbagai umur dan bangsa


Hahaha...Isu dia panjang lebar...ini jek aku sempat nak type, kalau nak tau lagi, tak silap aku ader rakaman masa tuh..tak sempat la pulak nak kenal jurukamera tuh..hehe....Komen aku, isu perkauman ni bukan la isu yang sensitif sangat, sebab isu ni isu yang amat penting kat Malaysia, kalau kita tak pernah nak bincang..Sampai bila kita nak simpan?...kan?...err..sekian.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Apa itu Busy Body...???...

Assalamualaikum...23 Oktober 2009(Jumaat malam)...hari nih ader kejadian tak dapat bukak blog, tak tau kenapa, dah la tengah addict dengan dunia membaca blog nih..haha..hari nih jugak adalah hari pertama aku menulis dan meng'post' dua tajuk didalam blog ini, dalam masa yang belainan tapi pada hari yang sama...faham x?...ahh..lantak lah...

Busy body?...apa tuh busy body?...aku confius tul...!!..bila baca blog Aina, dia marah kat sapa ntah pasal busy body sgt, aku pulak yang terasa,....

Bukan apa, lepas raya hari tuh..ada la peristiwa2 dimana suka pulak amik tahu pasal orang lain..pas tuh, bila aku dah tau, aku suka kacau diorang nih dengan bukak 'point2' rahsia diorang yang aku ader...tapi tak la rahsia sangat...selalunya benda nih terjadi, bila diorang cuba sorokkan sesuatu dari kita, walaupun benda2 macam tuh x sepatutnya disorok..nak wat pe sorok2?...bikin fitnah jek...

Entah la...xder idea arr nak tulis...besok sehari suntuk kena pegi KL plak...ok lah...kalau sesapa singgah blog nih...PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH ITU BUSY BODY..???...errr..sekian

Khamis, 22 Oktober 2009

Single?...


Assalamualaikum...23 oktober 2009(Jumaat)...aku dah abis kuliah...sekarang dah boleh mula buat past year exam..exam plak start minggu depan. Dah la jadual exam agak rapat...ader yang xder gap pon....semoga sempat study..

Single?...camne ntah bleh kuar isu nih dalam kepale hotak aku, aku pun x berapa pasti...mungkin sebab dalam satu dua minggu nih, aku dikelilingi oleh orang yang baru memulakan putik2 cinta tetapi mereka menafikan hubungan padahal sama-sama suka,..ada pulak yang baru putus dengan kekasihnya yang dulu dijunjung-junjung sampai aku dah bosan nak dengar cerita cinta dia,...kemudian lepas raya hari tuh ader gak member2 yang dah bertunang dan ader yang kawin pun...wah, ader yang berjaya, ada yang gagal dan yang gagal mula merasa diri sudah berpengalaman dan mengambil keputusan berhati-hati untuk mengadakan perhubungan lagi..

Dalam pada itu, terfikir pula pada yang single, tak kisah la lelaki atau perempuan, yang ader separuh nya amat desperate untuk hatinya dimiliki oleh orang lain, dan ader separuhnya malas untuk memikirkan perkara ini kerana takut ditimpa masalah dalam percintaan.

Golongan yang desperate selalunya dikelilingi oleh orang2 yang sudah bercouple, so, mereka terasa diri mereka tercabar,..

"kenapa aku xder pakwe/makwe lagi? sedangkan diorang yang lain dah ader.."

ini menyebabkan mereka mula 'mencari' dan 'menerima'. Ada pulak tuh kerana selalu disoal akan ada pasangan atau tidak, mereka rasa malu kalau masih tak ader..mereka tak nak jadi looser..tapikan, looser sangat ke kalau tak der pasangan..??.Golongan desperate ni la yang selalunya membuat beberapa tindakan yang kelihatan bodoh didalam mencari cinta..Dan jawapan sebenarnya adalah kerana mereka sunyi, sunyi kerana tak dapat perhatian yang cukup dari pihak lain...so lonely...Dan yang paling penting adalah kerana umur, takut terlajak sangat nanti, sape la nak diorang,...errkk...terutamanya perempuan..

Dan golongan yang malas nak fikir ni pulak, selalu nya mempunyai komitmen lain...contoh macam sibuk belajar dan malas nak pikir benda-benda nih...belajar sangat ler tuh...!!..haha...
Ada pulak disebabkan masalah kewangan, sebab bila dah couple, kena banyak kuar duit...nak hang out, nak top up dan lain-lain..Lepas tuh, ada yang terlalu memilih sehingga mereka malas nak buat keputusan, sebab tak jumpa insan yang betul2 memuaskan dia atau yang sesuai dengan dia...nak cari yang perfect ke?..cari ler sampai tua...!!..Ada pula dah kena pesan kat mak ayah jangan sebuk mencari cinta...atau malu kepada orang lain yang mereka dah bercinta..malu?...macam member aku sorang tuh, dah dipilihkan oleh mak dia, walaupun dia tak penah keluar lagi dengan pilihan mak dia, tapi dia tetap taknak mencari cinta...katanya taat pada mak..betul la jugak..haha..ape2 aje...

baik lah...single ke atau tak tuh terpulang la kepada kehendak masing2 atau kehendak takdir... mungkin ada yang dah plan nak ada pasangan ketika umur berapa, so buat masa sekarang, mereka lebih selesa keseorang..Apa-apa pun janji kita happy dengan kehidupan kita sekarang...hubungan kita dengan keluarga, hubungan kita dengan rakan, hubungan dengan jiran-jiran, haruslah dijaga baik dan sentiasa diperbaiki,...Doakan Ibu dan Ayah kita,doakan adik-beradik kita, doakan rakan-rakan, doa kan jiran-jiran dan doakan orang2 yang kita sayang berada dalam keadaan sihat dan dalam keadaan sentiasa berada dalam rahmatNya...InsyaALLAH...err...sekian..

Selasa, 20 Oktober 2009

Hidup Mewah..???....Hidup Bahagia...???.

Assalamualaikum...20 oktober 2009. Selamat Hari Hartal...Selamat siang dan malam...

kehidupan belajar semakin hari semakin berat bagi aku.setahun lagi InsyaALLAh kalau takda apa2 halangan, aku akan grad..

tapi, nak keje macam mane lepas belajar nanti yang sentiasa menghantui aku...

bila aku tengok amalan kerja orang2 zaman sekarang terbahagi kepada dua...iaitu :

1.) berjaya dengan kerjaya, sangat sibuk, kerja dengan kuat, pergi sana-pergi sini semata-mata kerana kerja, dan menjadi kaya raya,kereta besar rumah besar, tetapi BUJANG......

2.)kerja sendiri atau makan gaji yang sederhana, dan mempunyai keluarga,anak2 yang comel, serta mampu melakukan aktiviti bersama kawan2 seperti zaman2 bujang...

Mana satu pilihan aku?..mana satu pilihan kamu?

Kalau diikutkan kos yang aku amik sekarang adalah terdedah kepada industri pembinaan, yang selalu nya membabitkan kerja 24 jam, on-call, tambah2 lagi kalau construction itu dikawal selia oleh syarikat swasta yang menjaga kualiti kerja mereka,...memang muka kena depan bos jek,..begitu cerita kawan2 ku yang sudah bekerja...kadang2 susah nak jumpa kawan aku yang keje camni..time kenduri atau Hari Raya baru nampak...sibuk sgt keje, jauh merantau tempat orang...pegi tengah laut la...duit dia banyak tuh...tapi kan, ader life ke orang macam ni?,..takut plak aku nak tanye dia...

Tapi bagi kawan2 ku yang bekerja kerajaan, mereka pergi kerja pagi macam biasa dan petang balik pun macam biasa..ada la sorang nih keje JKR, sorang lagi kat JBA(JBA dah tukar nama kalo tak silap)....dia pun macam orang lain keje...hujung minggu diorang cuti...banyak masa diorang bersama keluarga dan rakan2...happy jek...muka tak tertekan pun....malam bleh ajak kuar minum...yang dah berkahwin pun...dah plan nak beli rumah, nak beli kereta besar sikit sebab bercita2 nak anak ramai,...ye la, orang government senang buat loan..macam tuh la lebih kurang...

bukan la susah sangat nak pilih....tapi takut,..hahahaha...semoga dapat idea suatu hari nanti...InsyaALLAH...!!..orang kata orang muda ni baik keje kuat dulu, tapi bila borak ngan orang2 lama, diorang kata,baik ngko kawin dulu,.....urm...macam2 la...ape2 pun...habiskan belajar dulu....err...sekian.

Isnin, 19 Oktober 2009

Selamat Hari Hartal .......!!!!





Sempena HARI HARTAL 20 OKTOBER 2009....marilah kita berfikir sejenak tentang bagaimana kecelaruan politik membawa kearah keburukan apabila yang berkuasa sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki kedudukan yang mereka impikan....!!....

Selasa, 13 Oktober 2009

Malaysia : Satu-satunya negara yang membungkus buku didalam plastik


Assalamualaikum...14 Oktober 2009..Nak makan tengah hari aku cadang nak masak kat rumah sewa jek... Beli la barang2 dapur ngan member2..Masa nak masak, aku cari paper2 lama nak buat alas barang2..Masa tengah belek paper lama tuh,..Aku terbaca satu artikel,..mungkin menarik untuk dikongsi :

.........................................................................................................................................................................

THE STAR (N15)
Wednesday
22 July 2009

Title : Only country to wrap books in plastic.

I have travelled extensively throughout the world, and to my knowledge Malaysia is the only country where bookstores wrap books in plastic so that people cannot browse through them. If you enter any bookstore in the US, you won't find books wrapped in plastic to prevent the public from browsing through them. Go to UK, and there will be books on the shelves for the public to browse through, read or buy.



There will always be individuals who will damage books. It cannot be avoided. Would it be appropriate to wrap all goods in plastic e.g shirts, trousers, etc. for fear that someone moght damage them?

Often I have read that the Government would like people to read more. But with books all wrapped up, it is like telling the prospective buyer:

"Don't Touch!"

It is not the way to get people to read.

I will not buy a book from any bookseller when the book is wrapped and taped up. It is heartening to walk into bookstore and see young children sitting on the floor reading. It is delightful to see adults reading section of a books and discussing it with their friends.

I find it exciting to walk into a bookstore, head to my favourite section, and pick up the book (even though the price may be too high), and browse through it. I feel good about having done something worthwhile with my time.

EDWARD,
Kuala Lumpur.

.........................................................................................................................................................................

Setakat nih, aku rasa kalau dibukakan pun platik buku tuh, susah jugak nak tengok ada orang nak membaca. Rakyat Malaysia secara am memang tidak ada tabiat tersebut...Tambah2 lagi yang berbangsa Melayu seperti aku...

Baca Al-Quran pun lepas semayang jek, itu pun dah kira bagus, dapat plak yang baca Surah Yassin jek seminggu sekali malam jumaat..Itu pun juga dikira bagus sangat ,..tapi macam mane yang tak baca langsung...urm...Ye la, majalah hiburan tuh laku jek, komik memang laris jek,..tapi itu semua pun salah satu dari bacaan jugak...err....sekian..

.........................................................................................................................................................................

Ahad, 11 Oktober 2009

Aloha, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur

Depan Aloha


Assalamualaikum...11 Oktober 2009(Ahad) pada pukul 1.06 am..Aku dan lima orang rakan ku termasuk abangku sendiri telah mengambil keputusan untuk mengunjungi salah sebuah Pub atau Disko sekitar Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur untuk melihat sendiri dari dekat apa yang ader didalam nya.Tempat pun dah dipilih, kami mengambil keputusan mengunjungi Aloha.Dengan bayaran sekitaran RM30-RM40 seorang,..Kami menggunakan seorang rakan lama kami bernama black(nama pun dah black) , untuk menguruskan urusan masuk kami.Sebab kalau diikutkankan lagi mahal.Kira kami guna orang dalam, dapat open table minum banyak cikt.Maksudnya minum Coke la yee...Kami tak sentuh kecing setan..maaf...hehe..


Suasana didalam Aloha 01


Suasana didalam Aloha 02


Pendekkan cerita(sebenarnya lama gak tunggu si black settelkan kat pintu masuk), kami pun masuk.Kami ke tingkat bawah,rupanya 'bawah tanah' Aloha lagi meriah dari 'tingkat atas' (tingkat atas adalah searas dengan jalan raya)...Malam nih sebenarnya malam minggu. Memang ramai giler pengunjung.. Boleh saya kategorikan peratusan pelawatnya adalah 65% dari kaum Cina, 15% Melayu, 10% India dan 10% lagi rakyat asing.hanya satu perkataan.."Wauuu...!!". Semua memang 'hebat'.Dengan bunyi yang amat berkualiti, diselang dengan remix yang memberi kemuncak kepada perubahan tarian-tarian pengunjung...Hahaha...dunia ini sangat asing bagi aku.Tapi aku agak exited, kerana dah lama nak tahu, apa yang mereka buat dalam nih,..haha..


Tangan ku diberikan 'tiket'


Aku bergambar sambil muka ketat jek.


Aku sebelum nih memang dah terdedah ngan berbagai musik. Segala jenis gig live band kecuali gig black metal pernah aku kunjungi.. Tapi 'majlis tektonic' seperti di Aloha ini adalah kali pertama aku kunjungi. Dari dulu aku menetapkan, bahawa aku tidak akan masuk ke tempat2 macam ni, dan sentiasa berharap kepada ALLAH supaya memelihara kakiku ketempat2 maksiat ni. Tapi jiwa remaja ku membuak,...rasa ingin tahu semakin tinggi, akhirnya aku masuk juga ke disko!!...hahah....

"Ya, Allah.. Jadikan lah ini kali pertama dan terakhir aku mengunjungi tempat2 seperti itu"....Ampunilah aku Ya Allah, Hambamu ini lemah, mengharapkan petunjuk dariMu..."

Untuk meneruskan cerita, aku melayan suasana didalamnya dengan khusyuk dan amat teruja. Aku tak percaya bahawa aku cuba untuk menari seperti orang lain,aku menari??!...hahaha... suasananya memang berbeza seperti gig, kerana di gig, kita menari/berpongo bersama-sama, tidak ada masalah, dan gig selalunya banyak lelaki,.....Disini, perempuan sahaja di sekeliling, dan mereka menari sekelompok-sekelompok. "Engkau-engkau, aku-aku"...

Abang ku dan Alut(yang bagi cadangan).Tengok meja belakang, memang terdapat pun botol arak disitu, tapi kami semua meminum Coke sahaja, Arak tuh member2 black punya.



Malam minggu yang bising~


Adalah bermasalah jika kita cuba menegur mereka..takut-takut mereka melayan kita, dan akan ader 'mata-mata' yang melihat..(pesan black kepada kami)...hahah....Mereka datang untuk enjoy bersama kawan-kawan sendiri.Begitu jugalah kami..jika mahu menari, "kami-kami sahaja".Aku menari kejap jek, sebab tak biasa langsung!!...hahah...tetapi, Bunyi-bunyian dari Aloha memang berjaya menggerakkan kaki mana-mana insan.haha...Nak tau, aku bleh tiba-tiba terfikir kalau-kalau tempat itu di bom atau di'tsunami'kan...adakah sempat aku untuk aku untuk keluar?...atau adakah sempat untuk aku mengucap?..adakah sempat untuk aku memikirkan tentang Allah??...


Habis semua orang nak amik gambar,..Fezal, Alut, Abangku n Aku(badan separuh).

Fuuhhh....."parti liar"..hahah.


"Bismillah"..., aku meminum Coke yang disediakan, kerana keletihan dan kepanasan. DJ yang memainkan lagu kelihatan sangat profesional.Aku suka pemusik..hahaha...urm,..Gadis-gadis didalam disko seperti ini memang diketahui ciri-ciri pakaian mereka. Tapi bagiku, mereka tidak ada apa2 jika mereka tidak menari...hehe(pemikiran lelaki-lelaki normal)...Majlis dilayan sehingga habis, Kami keluar sekitar pukul 3.35 am. Semua keluar kepenatan...

urmm...Wahh...ini sahajakah tarikannya...secara peribadi, tiada apa yang terlalu menarik...kenapa mereka selalu kesini...mungkin kerana jiwa seni mereka terhadap irama tektonik(jika berbahasa melalui bahasa Musik)...atau mereka kesini kerana mahu enjoy dan mahu perempuan??...atau mereka kesini kerana mahu minum arak?....


Suasana di luar Aloha 01


Suasana di luar Aloha 02


Aku di Aloha


Dah berapa ringgit aku habiskan untk ketempat-tempat macam ni..

"Ya Allah, ampunilah aku"...

Semoga lawatanku ini memberikan aku kepuasan dan gambaran, agar tidak pergi ketempat-tempat macam tuh lagi...urm..kalau difikirkan, orang2 tua pun suka kesini, biar dari Datuk-datuk...sehingga ke tua tak sedar diri...dari tektonik hingga ke dangdut...apa mereka nak sebenarnya..berhibur.???.adakah mereka terhibur??..kalau betul-betul mereka terhibur...maka berhiburlah kamu....hissh...!!..sekian.



Aku dan Madan.Makan n minum selepas selesai menjiwai tektonic...hahaha..!!!

Isnin, 5 Oktober 2009

Bercinta ketika Belajar


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...,5th oktober 2009. Sebelum terdetik nak menulis disini, aku baru selesai menonton rakaman Kuliah Dr Asri Zainul Abidin, yang bertajuk 'Islam meraikan perasaan seseorang'. Rakaman ini mungkin sudah lama, beberapa tahun dahulu, aku tak berapa pasti,... Apa yang menarik minat aku, apabila dia berbicara mengenai perasaan CINTA seseorang kepada insan lain. Apa kata dia :

..........................................................................................................................................................

Sebab itu, orang dulu-dulu mereka salah,...apa mereka kata kat anak-anak mereka;


" kau nak pegi belajar university, kau pegi belajar elok-elok, jangan duk bercinta-bercinta"...


Kalau dia kata jangan 'bermain cinta', itu mungkin betul... kerana CINTA ni nak buat macam mana?...kita tidak boleh larang orang jatuh cinta...Apabila dia tengok seseorang, lalu dia jatuh cinta. Bukan boleh jangka kan?....kan?


'Macam mana nak buat ni, aku jatuh cinta??"...

Takkan nak rendam kepala dalam sungai??(dia melawak)...Bila seseorang jatuh cinta, jadi biarkanlah. Kalau ada orang jumpa kita, dia kata;

"Saya jatuh cinta pada awak"...

Apa kita jawab?...

'Terima kasih"..

Terima kasih kita jawab, ye la, nak kata apa lagi?..Takkan kita nak jawab;

"Awak jangan cinta saya, saya benci orang cinta saya"

Tak patut dia cakap macam tuh, biar la dia nak cinta sesiapa pun dia suka. SELAGI DIA TAK BERTINDAK APA-APA....itu satu perasaan yang dia simpan dalam hati dia...Apa boleh buat?
Itu pun sudah di kira untung, orang lain dok cari siapa sudi cinta dia,...mana nak dapat?...tak dapat-dapat...??. Tapi bila dia BERTINDAK, anak kita sebagai contoh, bila dia BERTINDAK ATAS CINTA TUH.. dia mula keluar bersama-sama, itu kita marah..!...itu langgar syarak... Tapi kalau dia sekadar suka pada orang itu tanda dia manusia normal...itu tanda dia seorang lelaki...itu tanda dia seorang perempuan..Kalau dia kata ;

"saya tak rasa apa pun pada lelaki atau perempuan"...

Itu tanda dia bermasalah...(penonton kuliah ketawa)...Susah hati kita dengar perkara-perkara macam tuh..Tapi kalau dia, anak kita, betul-betul jatuh cinta ada seseorang, kita kata lah, sebagai contoh seorang bapa berkata kat anak dia;


"okey...okey...ayah faham...ayah sangat faham...tapi,..engkau kena CONTROL...setakat ni engkau boleh rasa macam mana jatuh cinta aje...tapi engkau jangan BERTINDAK...."

Islam sangat rasional dalam hal ini...perkara yang bersifat perasaaan, agama tidak pernah memaksa..sebab itu agama tidak memaksa orang untuk memeluk Islam...kerana untuk memeluk Islam ialah atas sebab KEIMANAN...KEIMANAN itu adalah KEYAKINAN...dan KEYAKINAN itu tidak boleh DIPAKSA...


-Dr Asri Zainul Abidin

..........................................................................................................................................................

Satu lagi cerita, dari housemate aku, merangkap roomate aku jugak...dia cerita bahawa ayahnya mempunyai seorang kawan. Kawan ayah dia nih telah ber'couple' dengan rakan sebayanya dari zaman sekolah rendah lagi. Kedua-dua orang 'couple' ni mempunyai akhlak yang agak baik, oleh itu pasangan ini dianggap 'sweet' oleh orang-orang yang lebih tua atau pun orang yang lebih muda dari mereka..Masa berlalu, mereka ber'couple' sehingga ke alam sekolah menengah, alam pekerjaan dan akhirnya mereka mendirikan rumah tangga...Alangkah bahagianya hidup mereka..

Tetapi, apabila sudah hidup sebumbung, mereka dikatakan mula bergaduh dan akhirnya bercerai...dengan tidak diketahuai apa punca nya...namun setelah beberapa ketika mereka 'rujuk' semula...dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah...dan setelah mereka hidup beberapa tahun..mereka dikatakan sentiasa bergaduh, tidak sehaluan..dan di akhir ceritanya si Isteri membunuh si suami....juga tidak diketahui puncanya..dan isteri di jatuhkan hukuman penjara....
Apa yang aku dapat dari cerita nih...aku rasa pergolakan ini berlaku adalah kerana mereka ber'couple' terlalu lama...bila dah terlalu lama...tiada apa lagi yang istimewa...ye la, semua baik buruk dah diketahui...semua cerita dah diceritakan,...apa lagi yang nak dikongsi...???...agak bahaya bercinta terlalu lama...

..........................................................................................................................................................

Apa yang kita dapat dari dua cerita ini?...urmm...adalah tidak salah untuk bercinta...tapi kita perlu mengawal kehendak nafsu kerana kadang kala bercinta ketika masih belajar, masih belajar mengenai kehidupan, adalah lebih kepada perkara-perkara seperti mengikut 'trend' atau iri hati melihat orang lain mempunyai pasangan kekasih. Aku tak boleh nak nasihat sangat sebab aku pun pelajar..Jadi sama-sama lah kita berdoa, agar kita di tunjukkan Allah jalan yang benar dan diredhaiNya, semoga kita diberikan pasangan yang boleh menyenangkan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat kita...InsyaALLAH...


..........................................................................................................................................................