Rabu, 3 Mac 2010

Seni Untuk Sebuah Revolusi

-Forkustik-

Assalamualaikum....(4 Mac 2010)(Selasa).. pada petang hari Ahad bersamaan 28 Februari 2010, aku menghadiri sebuah forum + akustik = forkustik, di Annexe Gallery Kuala Lumpur, di kawasan Cetral Market sana...Menampilkan Hishamuddin Rais, Hasmi Hashim, Fared Ayam, Haekal Taleb dan YB Nurul Izzah sebagai panel forum....serta Nikbindijan, Meor, Beeha & Liyana Fizi sebagai penghibur akustik di Majlis itu...Penganjurnya majlis Republik Anak Muda barangkali...

Revolusi adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan menyangkut dasar atau pokok-pokok kehidupan masyarakat. sumber= (wiki)

Majlis yang santai...namun membincangkan isu yang agak rumit... SENI menjadi salah satu medium yang amat penting dalam apa jua REVOLUSI yang ingin dicapai..

-YB Nurul Izzah-
(pegang mic)

YB Nurul Izzah sudi 'mencemar duli' di Majlis ini, dia 'skema' dan dia mempertahankan insan-insan yang berpewatakan 'skema' serta menegaskan bahawa dia pada suatu ketika juga mahu menjadi 'cool' seperti orang lain. Dia seorang pemimpin. Dia mengajak kepada semua supaya memahami bahawa wakil rakyat juga terkongkong dalam satu sistem dimana mereka juga mahukan kebebasan bersuara dan memberi pendapat. Seni dan Politik memang tak dapat dipisahkan. Nasihat dia adalah "Jangan sampai politik membelakang kan Seni". Seni bagi dia amat penting dalam menyampaikan dan mempengaruhi masyarakat dalam merialisasikan Revolusi.

-Hishammudin Rais-

Hishamuddin Rais, aktivis atau siapa dia?..katanya dalam seni untuk Revolusi, kita perlu berubah...seperti melukis sesuatu yang sangat 'seni' tidak boleh diterima lagi, kerana hanya difahami oleh golongan ahli, bagaimana makcik dan pakcik yang duduk di 'felda' mahu memahaminya??..Tegurnya "kita masih hidup di dalam bingkai pemikiran Melayu".. dimana- mana masih 'melayu'..terutamanya seni. Revolusi harus dilakukan secara total, bukan separuh-separuh. itu barulah dinamakan Revolusi. Di dalam lagu sebagai contoh, haruslah di sertakan dengan suara Revolusi. Bukan lagi zaman untuk lagu-lagu Oh Fatimah, Oh Suzanna, Oh Saloma dan lain-lain lagi...

-Hasmi Hashim-
(pegang mic)

Hasmi Hashim, penulis dan 'politician' yang sangat pandai berpuisi. Katanya, "Apa yang saya faham, Seni untuk Revolusi Politik, bukan revolusi sukan - "Revolusi ini adalah Bapak Revolusi". Masyarakat masih duduk di dalam 'trend', dimana hanya memahami apa yang di ajar kepada mereka.. masyarakat seperti tidak mahu 'keluar'.. hanya memahami melayu itu Islam (kerana melayu itu majoritinya Islam), tetapi tidak bermakna Islam itu Melayu.. Pesannya pada penggiat seni, supaya mengetahui perkara asas terlebih dahulu, sebelum cuba berlagak seperti karyawan atau seniman...

-Ayam Fared-
(pegang mic)

Fared Ayam, pengamal teater, dia lebih suka orang memanggilnya Ayam. itu identitinya sejak dari MRSM. dan dia orang 'felda'...baiklah, bagaimana seni teater boleh menjadi medium untuk Revolusi yang mantap??... Dia orang-orang biasa. Tiada modal besar untuk pementasan di Istana Budaya. Sehingga dia menyindir "Lepas ni kita tunggu Che Det the musical(di Istana Budaya)". Mungkin kerana terlalu kerap teater musical dimainkan..dia jaga menegur, "..asal sebut teater, mesti Istana Budaya, asal sebut teater, mesti Istana Budaya..." Revolusi ini adalah perkara besar, bukan hanya boleh diletak pada sebuah lagu, apabila wujud perkataan Rvolusi dalam lirik,..terus kita katakan itulah revolusi....tidak semudah itu...

-Haekal Taleb-
(pegang mic)

Haekal Taleb, musician dan bekas ahli band Komplot. dia mewakili bidang musik. musik katanya juga memerlukan perubahan dari pelbagai sudut. Perkataan revolusi terlalu besar bagi dia dan dia mengambil keputusan untuk kurang bersuara. Namun dia menegur artis-artis segera yang banyak bersepah di persada seni. Katanya," Mawi tak reti nyanyi.." #@%*&^!!!.....

Majlis yang tidak menjemput pendengar untuk mencari jawapan. Namun, mengajak pendengar sama-sama berfikir, bagaimana sebuah Revolusi mampu dicapai melalui peranan hasil Seni masyarakat itu sendiri. Forum yang menarik. Namun susah untuk dihurai melalui tulisan di sini. Jadi ini lah yang mampu di tulis..hehe.

Selain forum, majlis di selitkan dengan bunyian akustik, lagu diorang semua memang best,...Sebab aku penah dengar,,hehe... Sebahagian suasana di Forkustik:


-panel-

-penonton-


-liyana fizi-

-beeha-

-nidbinjidan-

-Meor-

Semoga forum seperti ini berterusan..Terima kasih.Sekian...
Gambar 'dicuri' dari : hicsuntdracones (terima kasih ya!!)

...



10 ulasan:

Cik Cookie berkata...

ulasan yg super duper cool

Daud Mili berkata...

cool menda???...just menceritakan kembali,...dari apa yang diingati,..hehehe...:)..thanks..~

azie berkata...

salam

macam menarik forum ni.
untung belajar kat KL, banyak aktiviti best boleh join.

encikzamru berkata...

tak tahu kepala aku nie membangkang je.

Daud Mili berkata...

azie:

forum apa pun sbenarnya menarik...bagi orang yang meminati forum la...yup, kuala lumpur satu medan yang sesuai untuk buat aktiviti sebenarnya, sebab mudah bagi masyarakat dari semua arah untuk kesana...

Daud Mili berkata...

zamru:

kepala nak membangkang..??..mungkin sebab x setuju,....x salah pun,...bangkang aje la..hhehehe..:)

Joanna Joe berkata...

saya sangat suka baca ulasan anda ttg seni..huhu..
sgt2 best...membuat kta berfikir seketika...ttg revolusi seni..uhuhu..

Tanpa Nama berkata...

wow!

fared ayam ade laa..

wuuu!!

Daud Mili berkata...

jojoe:

seni sesuatu yang menarik untuk diterokai,....lebih menarik bila ianya dijadikan medium untuk revolusi mendatang,....kita boleh pengaruhi dan didik masyarakat melalui seni...

Daud Mili berkata...

Nini:

oppss...fared ayam ada peminat disini..:)