Sabtu, 30 Januari 2010

Sayangi Ibu & Pekan Frinjan 8.0


Assalamualaikum,....(31 Januari 2010)(Ahad).....Akitiviti hujung minggu ini....Pekan Frinjan edisi delapan akan tampil dengan semangat menyayangi ibu-ibu kerna tanpa ibu kita tidak ada apa-apa. Sebagai menghargai pengorbanan ibu, kami tujukan edisi ini untuk ibu-ibu tercinta dan hot di mana-mana lokasi keberadaannya......

Hari : Sabtu, 6 Februari 2010
Masa : 5 petang hingga lewat
Tempat : Laman Menara Jam Dataran Shah Alam (sebelah Plaza Alam Sentral)

Belanja2 di lot-lot anak muda akan bermula jam 5 petang dan persembahan pula pada jam 8 malam......Acara ini dianjurkan oleh geng2 Frinjan dengan sokongan dari Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA. Dan dipangku oleh RAM (Republik Anak Muda)...Majalah Libur bertindak sebagai rakan media Pekan Frinjan....

www.frinjan.net
www.myspace.com/frinjan
Facebook: frinjan
...................................................................................................

p/s:

-Menjemput semua pembaca blog ini ke Pekan Frinjan...
-dan aku akan berada di sana...insyaALLAH...~


...sekian....


....................................................................................................

Selasa, 26 Januari 2010

Cemburu

-Sekitar kawasan fakulti-

Assalamualaikum,....(26 Januari 2010)(Selasa). Minggu ni UiTM Malaysia, Shah Alam dipenuhi dengan poster-poster dan kain rentang berkempen untuk pilihan raya untuk memilih calon dari fakulti masing-masing yang akan menjadi wakil kepada Pelajar dalam membawa suara pelajar lain dan cadangan dalam penambahbaikkan kampus UiTM Malaysia dari segi akademik ataupun dalam hal-hal lain... Ketika ini juga berlangsung pilihan raya di Institusi lain seperti UKM, UM dan Institut Pengajian Tinggi yang lain...

Namun aku cemburu,....

Cemburu melihat Institut lain punyai suasana Pilihan Raya yang sangat meriah persis Pilihan Raya Umum di Malaysia....Bergerak bebas memperkenalkan calon, berceramah sana-sini menabur janji dan menyatakan kelebihan jika mereka dipilih sebagai Perwakilan, menggunakan pelbagai medium dalam mempromosikan calon masing-masing seperti web dan risalah-risalah, dan berbagai lagi suasana yang biasa kita lihat ketika Pilihan Raya...Suasana yang tegang tetapi persaingan yang sihat diantara ASPIRASI dan PRO-MAHASISWA...

Namun berbeza dengan UiTM....

Disini kami mengundi untuk memilih calon fakulti kami yang akan membawa masalah kami ke pihak atasan Universiti, seperti fakulti aku sendiri, dua(2) calon akan menjadi Perwakilan Pelajar, jadi, mereka membuka kepada sesiapa yang mahu, oleh itu lima(5) calon telah dipilih atau 'terpilih' oleh pihak Universiti dan mereka akan bersaing antara satu sama lain, untuk yang berjaya mengumpul undi yang tinggi, dia lah yang akan mewakili fakulti ini,...

-Sekitar kawasan fakulti-


-Sekitar kawasan fakulti-

Bukan lah aku mahu berpolitik,...dan aku pun tidak kisah siapa yang mahu mewakili kami,..tetapi suasana suram dalam pemilihan ini membuatkan aku sangat cemburu dengan Institusi lain,...dan aku sedar akan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melindungi pelajar dari terlibat dalam segala aktiviti politik yang kononnya akan membawa kerosakan kepada masa depan mereka...

Pendapat aku, dunia sekarang sudah berubah,...kita perlukan idea yang baru,..idea yang betul-betul solid untuk diguna pakai dalam sistem pemerintahan atau pun sistem-sistem lain,..anak-anak muda kita semuanya amat berbakat dan mempunyai berbagai idea untuk dikeluarkan,..namun mereka tiada medium dan mereka juga seperti sudah diajar supaya kurang bersuara,...adakah suara mereka di'TUTUP'?...untuk apa?...

-Sekitar kawasan fakulti-

Aku yakin jika UiTM mengamalkan suasana politik seperti Universiti lain, tidak mustahil UiTM mampu menghasilkan pemimpin yang disegani pada masa hadapan,...dimana hujah dan alasan serta pemilihan isu yang diperjuangkan akan menjadi perkara utama kepada pengundi,.. Isu lapuk dan membosankan sudah tidak lagi diendahkan,...Disini, dapat kita lihat perbezaan pendapat bukan lah perkara yang harus kita risaukan,... bahkan, kita dapat melihat kemampuan calon untuk mempertahankan isu yang mereka bawa dan mereka lah yang akan mewakili suara pelajar pada masa hadapan,...dari situ, semua pelajar dapat memilih calon yang mereka mahu...

Ini adalah pendapat peribadi aku, dan tidak ada mana-mana pihak mempengaruhi aku,...semoga kita dapat sama-sama memikirkan dan meneliti semula suasana politik di kampus secara khusus dan politik Malaysia secara am nya,..adakah kita mengamalkan politik yang yang sebenar dan sihat??...

Politik bagi aku amat penting dalam kestabilan sesebuah negara,...Apa yang akan terjadi,..jika suatu hari nanti, orang yang tidak punyai kemampuan dan tidak layak, boleh berada di kedudukan tertinggi dalam negara kita??...Kita mahukan pemimpin yang hebat dan betul-betul mampu membawa Malaysia ke jauh ke hadapan...suatu hari, ...InsyaALLAH...sekian..

....

Selasa, 19 Januari 2010

Keliru

Assalamualaikum.....19 Januari 2010(Selasa)...Aku keliru.....sangat keliru....perlukan sokongan,..perlukan bimbingan,...terasa terlalu rendah dari yang lain,...

"....Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa ibuku, dosa-dosa bapa ku, dosa-dosa adik beradikku, keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, jiran-jiranku dan umat ini,...permudahkan urusan kami Ya Allah,...ampunkan lah dosa-dosa kami..."

~

Isnin, 11 Januari 2010

Study bermula....


Assalamualaikum....12 Januari 2010(Selasa). Kuliah dah start, buku-buku dah beli, duit pinjaman pun dah masuk, rumah-rumah sewa pun dah penuh, kedai mamak kembali riuh, jalan raya semakin sibuk di kawasan kampus, dapat jumpa semula kawan-kawan lama dan baru, jumpa pensyarah yang dah kenal dan baru kenal, ada kawan yang dah amik master, ada gak kawan baru masuk degree,..

Maka study pun bermula.....

Selamat kembali dengan azam baru....~

sekian.

Khamis, 7 Januari 2010

Allah


Assalamualaikum...8 Januari 2010.(Jumaat). Isu perebutan nama Allah telah menjadi perbualan yang kadang-kadang hangat dan ada masanya hanyalah sesuatu yang tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Aku pun ada baca beberapa artikel dan salah satunya bertajuk "Soalan Untuk umat Kristian" di tun faisal dot com yang antaranya berbunyi :

"....Semalam saya mengambil sedikit masa berbual dengan seorang rakan beragama Kristian. Saya tanyakan kepadanya, "adakah aqidah seorang Kristian akan terpesong sekiranya perkataan `God' digantikan dengan `Tuhan'?" Katanya tidak. Saya tanyakan kepadanya lagi, "semasa dia berdoa, apakah perkataan yang digunakan?" Jawabnya, dia berdoa dalam bahasa Inggeris dan memulakan doanya dengan perkataan `Lord'......"

Selain itu ia juga diulas oleh Dr Asri di laman webnyanya pada artikel bertajuk "Garis Panduan guna nama Allah" di drmaza.com antaranya berbunyi:

"....Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya...."

Faisal Tehrani di blognya tehranifaisal juga mengulas isu ini yang antaranya berbunyi :

"....Kebenaran penggunaan kalimah Allah buat penganut agama lain akan memberi kesan dalam bahasa Melayu juga. Bayangkan Allah dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud 'Tuhan Yang Esa' terpaksa dirombak, tunduk menurut ajaran Kristian dengan sisipan ayat contoh kedua: (Astaghfirullah) Jesus adalah anak Allah. Kita juga mungkin (terpaksa) merujuk gereja sebagai 'sebuah lagi rumah Allah'. Ini kerana bukan sahaja masjid lagi dapat dirujuk sebagai 'rumah Allah'...."

Ustaz Zamihan juga mengulas panjang pada artikel"Penyelewengan tauhid dan kalimah Allah" di blognya al-ghari antaranya berbunyi:

"...Kamus Dewan Bahasa, kamus paling autoritatif mengenai bahasa Melayu menyatakan dengan jelas bahawa perkataan ALLAH bermaksud Tuhan Yang Satu dalam Bahasa Melayu. Manakala The Hutchinson Encyclopedia hlm 27 menjelaskan perkataan ALLAH ditafsirkan sebagai, "ALLAH: Islamic name for God". Penjelasan yang sama boleh didapati jika kita merujuk kepada Encycopedia Brittanica, Wikipedia dan lain-lain sumber. Kesimpulannya, jelas bagi kita bahawa nama ALLAH dikaitkan dengan Tuhan Yang Satu, Tuhan umat Islam. Ia nyata amat berbeza dengan maksud 'Eli atau Yehowah' dalam konsep ketuhanan Kristian dan Yahudi...."

Syor bacaan yang lain di web satdthinks.blogspot.com dan www.godallah.com . Serta banyak lagi artikel atau kenyataan samada dari Ahli agama, individu atau berkumpulan atau ahli politik yang mengeluarkan berbagai-bagai berpendapat. Namun aku tertarik dengan keatas satu status facebook, beberapa hari yang lalu oleh sahabatku Ariff Arifin, yang berbunyi:

"...polemik. Allah siapa yang punya? Islam? Kristian? Yahudi? milik bersama? bla bla bla... satu je benda kritikal yang jarang orang fikir, bahawa kita ini,Allah yang punya..."

Sekian...

....

Isnin, 4 Januari 2010

Aku suka dia....



Assalamualaikum...(4 Januari 2010)(Isnin)...Akhir tahun 2009, tahun lepas, ramai kawan-kawan sebaya aku yang kahwin, tak kira samada lelaki atau pun yang perempuan. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Aley rahimi dan pasangan, Nurhafizah Dahlan dan pasangan serta Wan Nuur Sabrina dan pasangan. Selain itu, ramai gak yang dah kawin lama dah, seperti kawan sekampung ku Fazul, Mazuin, Hidayah, Pe-nut, Ano, dan kawan-kawan lain yang aku tak ingat, atau yang dah lost contact. Kemudian abang aku, Nasir nak bertunang Raya Cina akan datang. Ditambah pulak kejutan kawan ku sendiri basyir baru sahaja bertunang dengan pasangan nya baru-baru ini, begitu jugak kepada Auk yang dah lama tunang,...Tahniah la kepada semua kerana 'telah sampai seru'nya...hehe..

Dan aku menulis ni bukan lah nak kata aku nak ikut langkah diorang, sebab aku masih belajar lagi,....Apa yang aku nak ajak sama-sama bertukar pendapat mengenai perasaan yang aku dan sesiapa sahaja akan alami bila berada di situasi sebegini....

Tengah berjalan, menaiki kenderaan, atau duduk sahaja di suatu tempat, atau dimana-mana sahaja, aku pun terlihat seorang perempuan lalu, dan hati ku tertarik...

"....Aku suka dia..."

Camne ek nak buat...??...hahhahahaa....~sekian...

...........

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat kepada semua..


Assalamualaikum....(2 Januari 2009)(sabtu)...Selamat Tahun Baru.
Aku mengucapkan selamat kembali ke Sekolah kepada budak2 sekolah,
kembali ke kampus kepada budak2 Institut pengajian Tinggi,
kembali berkerja kepada kakitangan2 awam dan swasta serta yang kerja sendiri,
serta kembali lah semuanya kepada kehidupan baru dan lama di tahun 2010 ini. ...

Selamat pengantin baru kepada yang baru dan bakal mendirikan rumah tangga....
Selamat kepada yang ingin 'menyelamatkan' keluarga rumah tangga,

Tahun Baru,
Maka banyak sistem dan teknologi akan diperbaharui,
Semoga pemikiran rakyat bangsa Malaysia akan semakin baru,
Yang malas akan rajin,
yang leka akan peka,
yang kabur akan jadi semakin jelas
Semuanya dapat mengejar apa yang dicita,..

Harapan semoga tahun 2010 menjadi Tahun yang lebih baik...
Amin,