Jumaat, 16 Ogos 2013

Rasa sesuatu

Orang dah cakap jangan bercinta, Eh, mungkin maksudnya jangan bermain cinta, Nak buat macam mana kalau hati dah suka, minda dah minat, ada macam2 benda yang sangat bersifat subjektif dan jauh dari penjelasan berkenaan apa yang sedang aku rasai. Kan orang dah pesan, tapi degil juga. Nak juga melangkah untuk mencintai dan dicintai manusia. Gadis lew tew. Sekarang, bila rasa sakitnya, pedihnya bila rasa rindu, pedihnya bila mahukan perhatian. Sakit pedih lagi bila dah rasa sayang. Sangat-sangat sakit, sangat-sangat pedih. Aduh, ini kah cinta yang orang katakan itu? Aku tak terfikir yang orang boleh lari dari sifat ini, dari rasa ini, rasa yang aku sedang rasa ini, sakitnya hati bila gagal memahami, sakitnya hati bila gagal difahami, terlalu memikir barangkali, ditambah juga jangkauan yang jauh lebih misteri daripada sangkaan awal. Rasa seperti mahu diberitahu semua perkara mengenai si dia, mahu tahu serba-serbi. begitu juga rela memberitahu apa sahaja perkara mengenai diri ini. Kan orang dah pesan, kahwin cepat-cepat! Eh, bukannya tak nak kahwin, bukan nya tak mahu, tapi tengah dalam proses bersedia lah ni. Apa lah gunanya berniat mahu kahwin cepat-cepat, kalau tidak bersedia, kalau tidak mendapat redha. Aih, jangan lah macam tuh, bukannya hidup seorang diri didunia, aku kan ada keluarga. Dia pun ada keluarga. Harus juga hormat dan mengikut apa cara ada nya.

Haih. Mengeluh tak sudah.

Sayang… aku tahu hanya kamu yang akan aku panggil sayang kelak. Andai jodoh kita akhirnya. aku tak pernah merasakan apa yang aku rasa saat ini sebelum ini. Tapi, kamu pasti kamu akan kata; huh, lelaki zaman la ni, memang pandai berkata-kata, pandai bermadah memuja. tapi sayang, apa aku boleh buat kerana sekarang ini, rasa itulah yang aku rasa. Penat sungguh, lelah sungguh, takut sungguh, risau sungguh dengan kamu, sayang sungguh sama kamu. Penat. Memang penat. Hidup cinta ini memang penat. Kalau tidak masakan orang mahu sambil lewa dalam memahami cinta. Kerana penat lelah ini juga lah ada nikmat yang luar biasa. Sedihnya hati bila gagal difahami. Sakitnya hati bila gagal memahami. Aduh. Aku sakit kini. Sangat sangat sakit dengan cinta ini. Sangat-sangat rasa sesuatu. sesuatu yang sesuatu. Aku berharap sakit ini tidak mengeluarkan aku dari fokus dan sayang ku kepada Tuhan. Tuhan, malunya aku tersakit, terpenat, bukan kerana Engkau. Ampunkan aku Tuhan. Ampun kan aku. Ampun kan aku, ampunkan aku.

Jujur aku katakan, aku sangat malu pada Tuhan. Sedang dahulu, aku istikharahkan namamu sayang agar kita berkenalan. Aku serah urusan perkenalan kita kepadaMu Tuhan. Lantas Tuhan izinkan satu persatu langkah perkenalan kita dipermudahkan. Aku tahu, aku masih ingat saat itu aku juga terkejut, aku sangat berani berjumpa ibu dan ayahmu, memperkenalkan diriku sebagai teman istimewa mu. Aku menggigil sayang. Aku kecut saat itu. Saat mulutku amat berat untuk mengatakan aku mahu bawa kamu keluar makan bersama aku. Aku takut aku ditolak ibu bapa mu. Tetapi tidak. Mereka kelihatan redha; senyum. Aku tahu, Mereka bukanlah menerima ku kerana mereka sukakan aku, tetapi mereka menerima kerana aku sudah kamu pilih sayang.

Sayang… jika kamu sayang kan aku, maka jangan selalu membuat jiwaku rindu membuak-buak. Janganlah begini. Jangan terlalu membuat aku hilang keruan tiba-tiba. Ini semua kerana kamu. Aku mahu rasa ini semua selepas kita kahwin nanti, selepas kita halal nanti. Aku khuatir. Aku khuatir jika aku semakin tidak malu. Aku harap Tuhan berkati kita ya. Tuhan ampunkan kita ya. Amin. Aku tahu ini jalan yang terbaik. Jalan agar kita kurangkan kemesraan. Kita hadapi bersama ya. Sayang ingat kan, bagaimana aku mengenali kamu, masa tuh aku pandai menjeling sahaja. Haha. Dah la. Jangan sedih-sedih. Kita akan hadapi bersama-sama. Tunggu. Masa bersama akan juga tiba, janji kita itu akan tiba juga.Sabar ya sayang. Kita kan ada janji. Sabar ya.

Sayangku, ini untuk mu.


Daud Mili
17/08/2013, 12:20AM

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nga bersabarla ni...huhu...

wan mohd basyir berkata...

itulah cinta dan sayang. semoga kau berbahagia sahabat :)