(google.com)Assalamualaikum,..16 Desember 2009(Rabu). Setiap kisah punyai penjelasan masing-masing, tidak kira kisah sejarah ataupun kisah yang sedang berlaku. Namun, Setiap perkara berlaku punyai sebab dan musabab tertentu sehingga menyebabkan kisah tersebut terjadi. Setiap makhluk punyai keinginan dan punyai pelbagai kisah masing-masing. Hanya Allah swt yang Maha Esa lebih mengetahui sebab utama setiap kejadian itu berlaku, samada bersebab ataupun tidak. Allah swt Maha Kuasa mencipta dan melakukan sesuatu tanpa sebab, seperti Firman Allah swt yang bermaksud:
(Bismillah)Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.(Surah Yassin 36:82)Namun, sifat makhluk itu lemah, perlukan sebab untuk melakukan sesuatu. Tempat berharap hanyalah kepada Allah swt.
Zaman semakin maju, pemuda-pemudi tidak lagi berfikir seperti orang-orang zaman dahulu yang hanya menerima sahaja apa yang diturunkan kepada mereka. Zaman sekarang, anak-anak muda perlukan 'sebab' kenapa setiap kisah atau perkara itu berlaku untuk mereka ikuti. Baik dari segi agama mahupun perkara-perkara dunia. Anak-anak yang cerdik sekarang mahukan sumber yang jelas dan benar lagi dibenarkan.
"...kenapa ianya berlaku, dari mana datangnya kisah itu, apa buktinya, siapa yang melihat, apa tujuannya..??.."Namun, kepercayaan kita terhadap agama tidak boleh dijadikan pertikaian kerana Nabi SAW telah menekankannya di dalam rukun iman yang kita pelajari dari sekolah rendah lagi. Dalam Kitab Sahih Muslim, dipetik hadith mengenai Rukun Iman:
(yang bermaksud)Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?
Rasulullah saw. menjawab:
Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit.(Kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10)
[hadis ini panjang dan boleh dibaca di
http://wapedia.mobi/ms/Rukun_Iman atau
http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=ind&ID=2 ]
Untuk enam(6) perkara yang disebut Nabi SAW diatas, haruslah yakin tanpa was-was. Namun, selain daripada perkara tersebut, boleh lah kita pertikaikan kewujudannya ataupun pertikaikan kisahnya kerana kita tidak perlu beriman kepada perkara-perkara lain dan berimanlah hanya kepada enam perkara itu sahaja
(kerana itulah yang dikatakan oleh Nabi SAW).
Tidak kira apa sahaja kisah bertulis , bergambar atau hanya disampaikan melalui kata-kata dengan melihat, mendengar dan lain-lain lagi, Segala-galanya akan sentiasa menjadi pertikaian dari zaman ke zaman. Dan apabila tiada satu sumber yang meyakinkan untuk dijadikan hujah atau penguat dan bukti bagi sesebuah kisah itu berlaku, maka dongeng lah kisah itu, tiada nilai lah ia disisi sejarah dan tidak akan diterima pakai oleh cerdik pandai zaman seterusnya.
Jika dilihat dalam isu politik, kadang kala, ahli politik itu sendiri melepaskan kata-kata tanpa usul periksa, menuduh musuh politik mereka hanya kerana ingin menjaga kedudukan serta ingin mendapat nama. Begitu juga dengan kisah sejarah, seperti kisah seekor kancil melawan dan menendang 3 ekor anjing peliharaan Parameswara ketika beliau sedang memburu. Parameswara melihat peristiwa itu dibawah sepohon pokok melaka, dan beliau pun memberi nama tempat itu sebagai Melaka. Cuba kita masukkan 3 ekor anjing dan seekor kancil kedalam satu sangkar. Apa akan terjadi? Siapa yang akan menendang siapa?
Selain itu, isu semasa yang dikawal media-media utama, seperti akhbar, internet, sms atau apa sahaja medium yang membawa pelbagai kisah dan isu masa kini. Kebanyakan penulisan tersebut banyak mempengaruhi kehidupan dan pemikiran rakyat di negara ini. Jika perkara positif dihidangkan, maka positif lah pemikiran rakyat, jika negatif, maka negatiflah pemikiran rakyat.
Jadi, berhati-hati menerima segala kisah, yang benar mahupun karut, belajarlah menilai setiap kisah, setiap yang telah berlaku, setiap yang bakal berlaku dan yang sedang berlaku. Menerima segala sumber dengan hati terbuka, dengan minda terbuka serta dikawal oleh emosi dan kepercayaan kita. Menerima sumber-sumber yang tidak kita suka, dan belajar membezakan dengan sumber yang kita sukai.
Berhenti berfikir 'di dalam kotak' sahaja, belajar bagaimana boleh berfikir 'di luar kotak' tersebut. Jangan letakkan pandangan kita kekal 'dibawah tempurung', cubalah belajar memandang dunia dari 'mata burung'.
Cita-cita Malaysia untuk menjadi negara maju sepuluh tahun lagi (2020) adalah tidak mustahil... tapi ianya perlulah dibina oleh anak-anak yang berfikiran jauh, yang tidak menerima kisah-kisah dongengan dan fantasia, yang hany melalaikan anak2 ini. Bangun, dan terimalah hakikat kehidupan dan belajarlah buang segala kisah-kisah batil, sebenarnya,..kisahnya begini.......... sekian.