Rabu, 30 Disember 2009

Sendiri ada, tetapi guna orang punya....


Assalamualaikum...(31 December 2009)(Khamis). Aku baru terbaca kenyataan lama dari State Mufti's Office (Prime Minister Office) Brunei Darussalam yang bertajuk INGAT! JANGAN IKUT-IKUTAN MERAYAKAN KEDATANGAN AWAL TAHUN MASIHI. Apa yang menarik didalamnya adalah:

Tahun Hijrah secara khusus hanya terkenal dalam masyarakat dan dunia Islam, harinya bermula dari peristiwa penghijrahan Nabi SAW, keluarga & para-sahabat dari Makkah ke Madinah...Sementara Tahun Masihi pula memang dikenali oleh masyarakat antarabangsa kerana seluruh dunia menjadikannya tarikh utama di dalam kalendar mereka, harinya bermula dari tarikh yang secara tradisionalnya dianggap merupakan tarikh lahir Yesus Kristus (Al-Masih). [rujuk Wikipedia Tahun Masihi]

Di sini timbul satu persoalan tentang sesetengah masyarakat Islam yang turut merayakan awal Tahun Masihi dengan sambutan besar-besaran sebagaimana orang bukan Islam merayakannya... Ia sudah menjadi kebiasaan menyambutnya di mana-mana tempat...

Sambutan Tahun Baru besar-besaran

Sementara menanti acara kemuncak iaitu pengiraan detik tahun baru melalui jarum saat dan jam yang menuju ke angka dua belas... Apabila jarum jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengah malam, maka kedengaranlah teriakan dan sorak sorai orang ramai tanda tahun baru sudah menjelma..

Dalam pesta yang diadakan itu, sudah tentunya banyak perkara negatif berlaku, antaranya percampuran di antara lelaki dan perempuan, terdapat bentuk hiburan yang dilarang oleh Islam dan yang tidak secocok dengan akhlak Islam serta perkara-perkara lain yang boleh dilihat di mana-mana dan berbagai-bagai cara ketika perayaan diadakan...

Sesungguhnya Islam tidak ada kaitan langsung dengan sambutan dan perayaan seumpama itu. Seperti sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari (kalangan) mereka.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Sehingga ke hari ini, kebanyakan negara termasuk sebahagian dari negara-negara Islam masih menggunakan kalendar Masihi sebagai kalendar asas....Walau bagaimanapun sudah sepatutnya umat Islam di seluruh dunia memikirkan untuk menjadikan kalendar Hijrah sebagai kalendar asas mereka....Dan yang lebih jauh lagi, pernahkah kita mendengar atau berjumpa orang bukan Islam turut merayakan awal tahun Hijrah kita???...

Oleh yang demikian, kita umat Islam sendiri patutlah belajar megah dan komited serta dengan penuh semangat menggunakan kalendar Hijrah sebagai kalendar utama dalam kehidupan kita seharian...Perkara ini bukan mudah untuk dilakukan,...tetapi tidak mustahil..Dengan keinginan yang kuat serta kerjasama yang tinggi dari pemerintah dan rakyat.. Perkara ini boleh dilakukan,..pertukaran tarikh di dalam sistem boleh di ubah secara berperingkat, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan...kerana, sendiri ada, tetapi guna orang punya....sekian.

...artikel dipetik dari www.brunet.bn dan diubah berdasarkan pendapat peribadi penulis...

8 ulasan:

Comrade Nami berkata...

alaa..lu punya nombor ic pun kalendar masehi...bagi gua laa..lu ikut kalendar hijrah ke,kalendar jawa ke,kalendar hindu ke,nombor tetap nombor,siang dan malam tetap beredar.yang penting nko uruskan nombor-nombor tu.

tak payah la nak sekat umat islam pakai kalendar masehi..sekarang ni cuti sekolah ke,birthday ke,nombor ic semua pakai masehi..bukan nak citer praktikal ke ape la,ini gua sebut - itu sekadar nombor.

gua tau birthday masehi gua 21 april 1984,gua tau birthday hijrah gua 19 rejab 1404..tapi gua tak penah kecoh pon pakai nombor ape,yang penting gua teruskan hidup ni..nombor ape pun nko wakilkan,kalau lebih nak fikir nombor ini lebih baik dari nombor itu,lebih baik nko manfaatkan hari yang nko ada tu daripada pertikai tarikh tu..

masing-masing ada cara menyukat waktu..dari zaman tamadun inca lagi beb..

Daud Mili berkata...

terima kasih nami...krana memberi pendapat...aku bukan pe,...bukan nak sekat ape pun, ...tapi nak tegur diri sendiri sebab selalu aje guna orang lain punya,...dan macam ngko kata:

"...gua tau birthday masehi gua 21 april 1984,gua tau birthday hijrah gua 19 rejab 1404..."

kenapa hijrah??...sebab hijrah ada kena mengena dengan ngko kan?..something yang ngko akan amik tahu.... iya, baiklah, tiada nas dan dalil untuk kita katakan 'mesti kena pakai hijrah'...namun, kenapa kita selalu jek kalah dengan sistem luar,...sedangkan negara yang lain, ikut suka diorang jek nak buat negara diorang camne...

lagipun kalendar hijrah ikut putaran bulan...cam lagi best,..banyak gak tarikh2, yang akan kita peka...berbanding tarikh2 pada masehi....pada pendapat aku la...mungkin pendapat aku tak best...okeh!..

Redz da Tsar berkata...

Perkara tahun masihi atau hijri nie takde ape yang perlu dikagumkan...

Menggunakan kalendar masihi kerana tarikhnya tetap dan tidak berubah, kalau guna hijri, agak susah kerana kena ikut anak bulan...

Lagipun banyak negara guna Masihi, bukan untuk meniru mereka, tetapi untuk kemudahan semua urusan pentadbiran...

Kita mungkin masih tak sesuai untuk Hijri kerana 40% rakyat kita bukan Islam...

Tapi apa-apa pun, sambutlah tahun baru, tak kira tahun Hijri atau Masihi dengan syukur dan niat yang baik... Fikirkan bahawa kita masih diberi peluang untuk hidup kat dunia nie...

p/s: Zaman Nabi takde Tahun Hijrah..

Daud Mili berkata...

Redz da Tsar;

ada betul juga kata kamu,...ada betul juga kata Nami,... mungkin aku masih berada dalam keadaan yang mahukan orang lain ikut cara yang aku faham..sedangkan menda2 tuh tak perlu pun xper....hehehe...thanks kepada kamu berdua...:)

mukasurat17 berkata...

aku taksambut newyear.
aku sambut awal muharram jer.
cuz bday aku awal muharram.hehehe

h.a.n berkata...

goodbye 2009 ;)

Daud Mili berkata...

mukasurat 17; wah, awal muhararam ek taruk loo..sesuatu yang bermakna...~

Daud Mili berkata...

h.a.n ; welcome 2010