Isnin, 22 Mac 2010

Aku & Mahasiswa

Assalamualaikum....(22 Mac 2010)(Isnin)... Minggu lepas aku kurang dibebani dengan hal-hal pelajaran. Jadi aku memilih untuk menghadiri dua majlis iaitu:

1.)Public Lecture mengenai sejarah kebangkitan Pelajar UM sekitar tahun '60an oleh Fahmi Reza pada Rabu malam(17 Mac 2010) di Jaya One, Petaling Jaya

2.)Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 pada hari Sabtu(20 Mac 2010) di Dewan Banquet, Dewan Civik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Apa yang menarik dalam dua majlis ini???..


-poster-

Public Lecture oleh Fahmi Reza ini mengenai "Student Power" ketika zaman '60 an, zaman dimana kita tidak terfikir Malaya mampu mempunyai gerakan mahasiswa yang boleh mengegarkan negara sehingga menyebabkan kerajaan Malaysia ketika itu mencipta Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau lebih dikenali sebagai AUKU...

Kata Fahmi di dalam laman facebooknya berbunyi :

"Student Power" bukanlah satu konsep atau idea baru, tapi satu warisan tradisi perjuangan mahasiswa yang kian dilupakan oleh generasi baru aktivis mahasiswa... Ayuh bersama kita berjuang melawan lupa!


Public Lecture ini berlangsung dua malam.. aku menghadiri malam pertamanya sahaja..Malam itu dihadiri lebih kurang 120 orang yang terdiri dari pelbagai umur dan latar belakang..rata-rata mereka adalah mahasiswa, jika aku tidak silap la....Malam itu aku tiba lewat, dan terlepas presentation Fahmi, nak buat macam mana...aku dan kawan ku, Reza, sesat nak cari Jaya One...kami tak tahu jalan area PJ tuh...hehe.. Tapi kami sempat mendengar amanat dan nasihat serta sesi soal jawab diantara pengunjung dan Khong Kim Hoong, iaitu salah seorang ikon gerakan mahasiswa UM tahun '60an...

Apa kata nya aku masih ingat:

"We should thanks to our Country and People, not for our government.."

Selain itu;


"Mahasiswa jika bersatu adalah satu kuasa yang bisa menggugat..."


Bagi aku, peranan mahasiswa dalam meneraju hala tuju sesebuah negara adalah amat penting seperti mana yang telah terjadi dimana-mana negara maju seluruh dunia....nak cerita panjang pun tak mampu..kalau korang nak dengar, Fahmi Reza plan nak tour Public Lecture dia ke seluruh Malaysia melalui IPT-IPT terpilih...kalau nak dengar..peka lah dengan promosi-promosi yang akan datang...

Sekitar Public Lecture :
(gambar di curi dari facebok Fahmi Reza):

-presentation-

-penonton-

-Syed Hamid Ali dan Khong Kim Hong-
-presentation-

-interview-

-Khong Kim Hong berucap-

Okeh!!...

Pada sabtu nya pula...aku menghadiri Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 di Dewan Banquet, Dewan Civik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya... kali nih aku tak berapa sesat sangat sebab jalan nya agak mudah, dan tempatnya pun familiar..iaitu dewan civik..mane2 signboard kat PJ pun ader..hehe..okeh


Majlis ini dianjurkan oleh Solidari Mahasiswa Malaysia...lokasi kongres ini telah bertukar sebanyak tiga kali kerana dihalang oleh pihak tertentu, namun mahasiswa bertekad menjadikannya kenyataan...dan Alhamdulillah, majlis berakhir dengan jaya...

Kongres ini juga adalah bertujuan untuk menyatukan kembali seluruh kumpulan mahasiswa anak muda dengan dengan satu wadah perjuangan untuk masa depan Malaysia.Dengan bertemakan “Menjana Gerakan Baru Mahasiswa”, kongres ini bertujuan menyusun semula struktur gerakan mahasiswa di peringkat nasional serta menyusun semula agenda perjuangan mahasiswa...

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin berkata:
(rujukan : malayinsider)


“Perwakilan kongres berpendapat bahawa universiti-universiti awam wajar diberikan kuasa autonomi dalam menentukan hala tuju melibatkan semua aspek termasuk dalam soal menentukan dasar-dasar akademik dan bukan akademik...,”

“Kami berpendirian bahawa universiti mesti bebas daripada mana-mana campur tangan dan pengaruh parti politik dan kerajaan yang memerintah...,”


Kongres ini diadakan dengan kerjasama seluruh ‘front’ mahasiswa yang bernaung di bawah SMM... kongres ini dihadiri ratusan mahasiswa, tak berapa pasti jumlahnya..namun aku masih positif...Alhamdulillah, aku berjumpa dengan rakan seperjuangan dari Universiti yang sama dengan aku....Jadi kami dapat berbual serba sedikit tentang hala tuju gerakan mahasiswa Universiti kami masa hadapan...

Apa yang nak dirangkumkan ya....sebenarnya aku rasa ini adalah permulaan...tahniah kepada semua 'front' mahasiswa yang menjadikan kongres ini kenyataan...terutamanya Shazni Munir iaitu pengerusi SMM dan juga Hilman Idham selaku pengarah projek kongres tersebut...

Majlis ini pun aku tak dapat komen banyak,....mungkin boleh di nilai oleh orang lain...

Sekitar Kongres:

-dewan banquet-

-Antara 'front' mahasiswa-

-mahasiswa berkongres di atas lantai-

-para mahasiswa menyahut seruan-

-Abu (budak UM) dan aku-

Mengharap semuanya bukan hanya angan-angan...
Negara Maju harus diterajui mahasiswa yang kritis dengan idea-ideanya...
bukan hanya menghasil mahasiswa 'kangkung'..!!...
Sekian..

2 ulasan:

Daud Mili berkata...

Member aku (Aidil Azer) kata review aku tak complete.....aku pon rasa macam tuh sebenarnya,...mungkin sebab dalam kes Lecture STUDENT POWER aku tak dengar sampai abis....dan dalam KONGRES plak aku banyak berbual dengan rakan baru mengenai hal-hal lain....
hahahhaha....
entah la,...
atau aku sendiri dah semakin teruk dalam menulis,...walaupun sebenarnya baru belajar menulis...~

Aina Nona Nano berkata...

kena wat latihan lebey kat literature review nampaknya...