Jumaat, 14 Mei 2010

Pekan Taif - Orang jauh yang bermasam muka

-gambar hiasan-

Assalamualaikum....(14 Mei 2010)(Jumaat)..Kemungkinan jika kita ada zaman itu, kita mungkin bukan di pihak Muhammad (s.a.w.).. Seluruh 'media massa' Quraish melalui apa sahaja yang Quraish miliki, serta 0rang-orang besar Quraish memandang Muhammad (s.a.w.) sebagai manusia yang sesat, gila, tukang sihir, pemecah belah dan istilah lain lagi.. Tiada langsung istilah yang elok yang diberikan kepada Muhammad (s.a.w.).

Tidak cukup dengan itu, para sahabat yang mengikut Muhammad(s.a.w.) ketika itu juga dianggap sebagai orang gila, mengikut tukang sihir, mengikut orang sesat... Tekanan ini adalah salah satu dari sebab Muhammad (s.a.w) memilih untuk keluar sedikit dari kawasan di Makkah untuk tujuan dakwah. Dan beliau memilih Taif.

Kawasan Taif dikenali sebagai tanah yang lebih subur dan lebih sejuk, pokoknya lebih rimbun, jika dibandingkan dengan keadaan kering kontang seperti Makkah. Muhammad (s.a.w) mahu berdakwah kepada kabilah-kabilah disana. Kabilah-kabilah ini sebenarnya tidak kuat, namun mereka kaya. Risiko yang Muhammad harus tanggung adalah kabilah-kabilah itu suka mengadu, dan khuatir akan memberitahu kepada Quraish. Untuk tidak mahu dikesan, beliau memilih Yazid, anak angkat nya, bukan nya Abu Bakar atau Omar, supaya gerak geri nya tidak disekat terlalu awal...Akhirnya, Muhammad dan Yazid tiba di Taif.

Malangnya,bila di Taif, mereka menolak Muhammad.

Mereka menolak seperti mana Quraish menolak. Bahkan lebih teruk dari apa yang Quraish lakukan. Mereka melontar beliau. Mereka lakukan macam-macam. Ini lah tempat beliau paling dasyat menerima tekanan. Seperti seluruh negeri memukulnya. berlalulah beliau keluar dari Taif dalam keadaan luka. Beliau duduk dan berkata.

"... Ya Allah, aku mengadu padamu, lemah nya kekuatan ku. dan sedikitnya helah ku. dan hina nya aku ini di kalangan manusia. Engkau lah Tuhan orang-orang yang di tindas dan Engkau lah Tuhan ku...

Kepada siapa hendak Kau serahkan diriku wahai Tuhan?

Adakah kepada orang jauh yang bermasam muka dengan ku?

Atau kepada musuh yang kau jadikan mereka itu menguasai urusan ku?.."


( Riwayat Bukhari- dari Aisyah)
(ada pendapat yang mendhaifkan, & ada yang mengangkatnya ke darjat Hasan)

Baiklah. Hanya sedikit sedutan. Dari aku yang kurang ilmu. Namun, aku mahu berkongsi. Supaya kita tidak berkata angkuh, yang kononnya membela Muhammad(s.a.w.)... Sedangkan kita tidak melakukan sebaik nya.. Melalui peranan 'media massa' Quraish, yang berjaya meracuni hampir keseluruhan penduduk Makkah ketika itu... dalam doa beliau(s.a.w.):

Kepada siapa hendak Kau serahkan diriku wahai Tuhan?

Adakah kepada orang jauh yang bermasam muka dengan ku?....

Atau kepada musuh yang kau jadikan mereka itu menguasai urusan ku?....

Jadi, janganlah kita(diri ku dan kamu semua) bongkak dan angkuh, dengan mengatakan, bahawa kita akan menjadi pengikut Muhammad(s.a.w.), jika kita dibenarkan kita hidup dizaman nya... Jangan ambil mudah,...sukar... sungguh sukar... Semoga Allah memasuk kan kita bersama-sama orang yang hidup-mati-nya dalam perjuangan yang dibawa Muhammad(s.a.w.)... InsyaALLAH...~

Sekian.

6 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

thumbs up!

wa ske entry ni.
betul, semoga kita
trgolong dlm golongan
mereka2 yg diberi petunjuk.


>>___<<

Daud Mili berkata...

Frodo:

sekadar berkongsi cerita.. ramai memandang mudah usaha Muhammad (s.a.w).. sedangkan beliau adalah manusia biasa seperti kita, yang memikul amanah yang paling besar pernah diterima dalam sejarah tamadun manusia... Syukur, dengan izinNYA, DIA memilih Muhammad(s.a.w) yang sabar dan tabah orang nya,...sehingga kini, ramai manusia dapat melihat kebenaran... Segala puji hanya bagi ALLAH...:)

ZULKIFLI berkata...

Salam, Sdr Daud;
Saya pernah menangis tatkala mendengar dan mengulang dengar cerita ini. Dan sekali lagi, hati saya tersentuh benar apabila membaca cerita ini. Benar, jika Nabi Muhamaad SAW habibullah diperlakukan sedemikian rupa, apatah lagi kita yang tidak dikenali orang. Kita sedang berdepan dengan saat-saat payah kerana perkara jahat sudah kelihatan tidak jahat lagi sekarang ini.

Daud Mili berkata...

salam Saudara ZULKIFLI, memang saya sendiri sedih dan sangat sayu seiap kali mengenangkan peristiwa yang menimpa Muhammad (s.a.w),. Alhamdulillah, Allah buka hati saya untuk rindukan pada Muhammad dan para sahabat-nya... saya takut jika kita yang suka menghayati sejarah perjalanan hidup beliau juga boleh terjerumus kedalam golongan yang tidak langsung mencerminkan pengikut beliau dan tak layak untuk berada bersama-sama pengikut-nya yang lain... Ya Allah,.. ampunkan dosa kami.. Semoga kita sama-sama mendapat petunjuk dariNya ...insyaALLAH..:)

encikzamru berkata...

cerita yang baik

Daud Mili berkata...

zamru:

sekadar berkongsi sahaja...