Selasa, 22 Jun 2010

Dr Asri, musuh dakwahmu ada dimana-mana

 -Dr Asri Zainul Abidin-

Assalamualaikum...(22 Jun 2010)(Selasa). Ketika leka melayan komen-komen rakan serta menganggu status-status rakan lain di laman facebook, aku ditegur abang kandungku yang berada di kejauhan melalui ruangan chat di laman itu, dia bertanya kepada aku:

"ngko tak nak masuk UMNO ke?..."

aku jawab:

"tak... kenapa??.."  (kerana aku memang tidak mahu masuk mana-mana parti politik)

jawabnya:

"Dengar cerita Asri (Dr Asri Zainul Abidin) dah masuk UMNO.."

 Aku terperanjat, dan masih tertanya-tanya,:
  
"Bila dia masuk? .. conform ke?..."

Masih dalam keadaan terkejut, aku tanya abangku, kenapa Dr Asri memilih UMNO?.. jadi kami pun berbual ringkas dengan membincangkan beberapa faktor yang pada pandangan lemah kami, Dr Asri mungkin akan memasuki  parti politik itu atas tujuan usaha dakwah-nya. Bukanlah atas tujuan kerusi jawatan, jika iya pun, kami percaya, ianya masih lagi atas tujuan dakwah-nya. Ini kerana kami berdua adalah peminat tulisan-tulisan Dr Asri, yang seperti sedia maklum, dia adalah bekas mufti, jadi tulisannya banyak mengajar kami tentang agama... jadi, apabila dia memasuki politik.. ia adalah berita yang agak mengejutkan.

Pendapat aku, tidak kira lah jika Dr Asri bebas dari parti politik, atau bersama parti pembangkang, atau bersama parti pemerintah, atau bersama kumpulan mana sekalipun,... dia tetap akan menghadapi dugaan dan cabaran dalam mengetuai suara dan pendapat yang lebih progressive di dalam agama di Malaysia ini.

Fitnah terhadap golongan pendakwah adalah perkara biasa. Ada sahaja di dalam mana-mana zaman, di dalam mana-mana kurun, di dalam mana-mana negeri...Itu-lah sunnah golongan pendakwah!.. Setelah di lempar tuduhan sebagai wahabi, dan ditangkap atas isu tanpa tauliah, serta tuduhan mengatakan bahawa ajaran yang dibawanya bersifat liberalisme dan pluralisme di dalam agama, dan yang paling terbaru, dia di fitnah dengan mengatakan beliau terbabit dengan kumpulan yang selalu dikaitkan dengan keganasan iaitu Jemaah Islamiah (JI).... Namun, beliau tanpa rasa putus asa sentiasa terus menerus menerangkan kepada masyarakat melalui kuliah dan tulisan-tulisannya,... Dia membawa satu suasana yang lebih ilmiah dalam perdebatan ilmu..Membuka ruang yang luas dalam mempersoalkan perbezaan pendapat... dimana rujukan atau dalil adalah amat penting di dalam ingin membezakan yang mana satu amalan adalah ibadah, dan yang mana satu amalan hanya sekadar adat... Aku teringat kata-kata Dr Asri dalam salah satu kuliah nya suatu ketika dahulu:

"..biar lambat menang, tapi kena ikut cara yang betul, seperti mana yang di dalam Al-Quran dan Sunnah.."

Semoga Allah memberikan kepada para pendakwah seperti ini kekuatan yang besar. Jauh dari sifat jemu untuk menyatakan kebenaran. Semoga Allah lindungi iman kalian seperti mana Allah lindungi iman orang terdahulu...Amen. Tidak kiralah Dr Asri memasuki UMNO atau pun tidak, terbabit dengan politik atau pun tidak, namun musuh di dalam usaha dakwah Islam ini tetap wujud... Maka, bersabar lah Dr Asri, musuh dakwahmu ada dimana mana.

........

5 ulasan:

Daud Mili berkata...

:: sehingga hari ini,
Sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno malam ini tanpa penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak disebut-sebut sebelum ini....

Daud Mili berkata...

“(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno… Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama. Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua.“– Datuk Seri Shahidan Kassim

Daud Mili berkata...

“Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan ini bukan masanya untuk menyertai Umno… beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini.” - The Malaysia Insider

Anonymous berkata...

aku masuk ahli P***** ****. hahahaha

Daud Mili berkata...

okeh....hahaha.