Rabu, 21 Julai 2010

Apa yang Mahasiswa baca?

Assalamulaikum...(21 Julai 2010)(Rabu). Tadi siang, aku ada talk kat dewan kuliah. Speaker talk tersebut telah mempersoalkan attitude kami. Iaitu tidak suka membaca. Datangnya teguran dari Speaker itu setelah tiada siapa yang mahu bertanyakan soalan kepadanya. Dia berhenti bercakap, dan menunggu soalan dari kami, tetapi tiada. Siapa kami itu? Kamilah yang dikenali sebagai mahasiswa. Dengan nada kecewa akan sikap anak-anak bangsanya, Speaker itu pun bertanya;

"Berapa ramai kat dalam ni yang membaca TIME? newspaper? Journal? .."

Kami senyap.

Siapa kami ini? Kamilah yang dikenali sebagai mahasiswa.

Dan aku juga mahasiswa.

Apa yang aku baca?.Aku suka baca buku yang berkaitan dengan kos aku jek. kadang-kadang aku baca jugak bacaan lain yang aku minat. aku minat penulisan. jadi mungkin artikel dan cerpen menjadi pilihan. Kadang-kadang juga novel - mungkin. Aku juga minat bolasepak. jadi aku bacalah mengenai perkembangan bolasepak luar negara. bolasepak dalam negara aku tak tahu sangat.Aku baca pasal Liga Perdana Inggeris (EPL).Dan tentang manusia yang telibat dalam liga tersebut. Siapa aku? Aku lah Mahasiswa.

Perkara yang paling susah untuk aku nak baca adalah berita dan isu-isu semasa. Kalau ada pun hanya yang berkaitan dengan hidup aku. Kehidupan aku. Atau pun keadaan sekeliling aku. Tak pun sebab tajuk nya best. Atau tajuk nya pelik, lucah, mengarut dan perkara-perkara lain yang menarik perhatian pembaca seperti aku.
Siapa aku? Akulah mahasiswa.

Jadi masalahnya dimana? Sepatutnya aku lah yang kena jawab. Kami lah  yang kena jawab. Mahasiswa lah yang kena jawab. Kenapa kami jadi begini?... Kenapa Mahasiswa jadi begini??..Adakah kerana sistem Universiti itu sendiri yang membuat kami malas membaca. Atau apa ya? Banyak faktor juga - rasanya. Duitkah?. sekarang dah boleh online sahaja. Malaskah? mungkin juga. Tapi kenapa yang lain boleh membaca. Siapa pula yang lain itu?? Siapa pula mereka? Mahasiswa ke?. Susah juga nak jawab.

Sekian.

5 ulasan:

Daud Mili berkata...

Seorang pemikir, Francis Fukuyama dalam bukunya Trust: The Social Virtues and the Creation of Prosperity;

"...kejayaan masyarakat Jepun termasuk dalam perniagaan dikaitkan dengan budaya membaca mereka. Kini penerbitan buku di Jepun menjadi suatu industri yang memberi pulangan besar. Malah, penerbit-penerbit asing turut berlumba-lumba menerbit karya-karya sama ada fiksyen atau nonfiksyen oleh pengarang negara Matahari Terbit tersebut..."

Daud Mili berkata...

“...Mungkin di Malaysia buku berada ditempat ketiga selepas barangan mewah dan hiburan lain . Alasan klasik yang sering diberikan ialah harganya yang terlalu tinggi (sama ada buku terbitan tempatan atau import) dan tidak mampu dibeli,...”

Daud Mili berkata...

“.....Orang kita mungkin bukan malas membaca tetapi kurang membaca dan belum sedar sepenuhnya erti pentingnya ilmu pengetahuan yang bakal diperoleh daripada buku-buku atau bahan bacaan tersebut . “Kalau kita sekadar membaca karya-karya atau tulisan picisan, tidak mungkin kita dapat idea besar. Hanya buku yang benar-benar bermutu sahaja mampu melontarkan idealisme yang hebat....,”

Daud Mili berkata...

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari ‘alaq. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya” (QS Al-’Alaq [96]: 1-5).

Daud Mili berkata...

Adakah salah Universiti??...

"...Tugas universiti ialah membina otak pelajar, bukan membina badan. Tidak masuk akal kenapa syarat-syarat ini diletakkan. Syarat-syarat inilah yang telah menyebabkan ada pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi kurang baik dalam kokurikulum gagal memasuki universiti. Ini tidak adil..." - Syed Hussain