Selasa, 27 Julai 2010

Sudut Pidato Mahasiswa

 -Sudut Pidato-

Assalamualaikum...(28 Julai 2010)(Rabu). Aku yakin bahawa hala tuju sesebuah negara, mundur atau majunya sesebuah negara, terletak kepada orang-orang muda-nya. Dan orang-orang muda itu pula adalah terdiri daripada berbagai golongan. Golongan yang amat diharapkan akan memacu masa depan yang cemerlang adalah golongan orang-orang muda yang intelek. Golongan orang-orang muda yang punya ilmu. Mereka lah yang dikenali sebagai mahasiswa!

Namun, mereka dikatakan semakin hari semakin lesu. Lesu yang bagaimana-kah? Lesu dalam pelajaran? Lesu dalam hasil penyelidikan? Lesu tanpa suara?.. Oleh sebab itu, roh universiti harus dihidupkan semula. Tetapi, bagaimana mahu menghidupkannya semula? Disini, aku sangat yakin akan peranan Sudut Pidato di dalam menghasilkan mahasiswa yang tidak lesu. Sudut pidato mampu mengeluarkan mahasiswa yang hebat berhujah, punya prinsip dan berpegang teguh dengan prinsip tersebut, serta mahasiswa yang punya idea-idea yang hebat. Sudut Pidato sangat popular dan menjadi medan para mahasiswa berpidato dan bertukar pendapat secara bebas sekitar tahun 1960-an dan 1970-an, namun ianya telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), serta pindaannya pada 1975.

Namun, pada tahun 2009, iaitu tahun lepas, ia dipinda lagi dan telah memberikan semula hak kebebasan bersuara kepada mahasiswa-mahasiswa seluruh Malaysia. Selepas 40 tahun menyepi, satu jangka masa yang sangat lama, mahasiswa-mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia hari ini mampu menyampaikan pandangan mereka semula melalui sudut pidato ini.

Timbalan  Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementerian tidak menetapkan sebarang garis panduan terhadap sudut pidato ini dan menyerahkannya kepada pentadbiran Universiti sendiri untuk melakukannya.

"...Sudut pidato tidak perlu terlalu banyak peraturan kerana tiada keputusan yang betul atau salah mengenai idea yang disampaikan.... Apabila mahasiswa mengkritik, ia sepatutnya diraikan dan kita tidak sepatutnya melabel mereka sebagai 'pembangkang' atau sebagainya..." -Datuk Saifuddin Abdullah

Bagi aku, golongan muda ini, iaitu golongan mahasiswa-mahasiswa terpelajar ini, mereka mempunyai seribu satu idea dan pendapat yang boleh dikongsi bersama pihak pentadbiran universiti dan juga kerajaan dalam membawa universiti dan secara langsung membawa negara kearah yang lebih cemerlang. Suara mereka tidaklah seharusnya di'mati'kan!

Kualiti mahasiswa yang kita harapkan untuk mengganti tampok pemerintahan negara adalah dalam tahap yang amat merisaukan. Oleh itu, dengan menghidupkan semula Sudut Pidato, aku yakin, dan sebenarnya ramai orang yakin, sangat yakin, dapat menghasilkan mahasiswa yang mampu membuat keputusan, yang mampu mengeluarkan pendapat, yang mempunyai keyakinan tinggi dan juga yang punya idea yang mampu diguna pakai oleh masyarakat. Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka sudut pidato masing-masing baru-baru ini. Jadi, universiti lain tunggu apa lagi? ayoh! hidupkan semula roh universiti kita!

2 ulasan:

Daud Mili berkata...

SUDUT PIDATO adalah sebuah tradisi intelektual untuk sesebuah universiti, bahkan di kebanyakan universiti di seluruh dunia telah mempunyai sejarah SUDUT PIDATO mereka sendiri...

dari sekecil-kecil isu, isu dalaman kampus, sehinggalah isu-isu nasional, serta isu masyarakat ... boleh dan mampu dibawa di SUDUT PIDATO ini..

jumlah pendengar bukan lah ukuran.. namun, terkadang juga ianya adalah punca semangat SUDUT PIDATO ini untuk terus wujud!...

aku berharap, SUDUT PIDATO akan terus dibuka di seluruh universiti di Malaysia, tanpa dikekang oleh mana-mana peraturan dan syarat, agar mahasiswa kita menjadi mahasiswa yang lebih ber-idealisma...

.: Si BungaKopi : . berkata...

tapi kan..entah kenapa aku rasa universiti dah hadkan apa yg kita nak cakap kat depan tu. aku tak berucap, tp aku rasa tajuk2 yg dibebelkan kat depan tu macam hampeh jer. kononnya dah diaktifkan semula, tp sebenarnya tidak pon..mcm2 prosedur kena buat sblm berucap. susah dan menyusahkan.