Isnin, 6 September 2010

Terlalu awal ramadhan ini pergi

Gambar hiasan

Assalamualaikum....(6 September 2010)(Isnin). Hari ini adalah hari yang ke 27 ramadhan 1431 Hijrah. Sehingga saat aku menulis ini, hanya tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum tirai ramadhan ini berlabuh.. Terlalu awal rasa-nya ramadhan ini pergi.. belum sempat aku merasa kepuasan bulan ini... besarnya peluang yang terhidang sepanjang dua puluh tujuh (27) hari yang lalu... juga yang lebih besar manfaatnya telah terhidang di sepuluh (10) malam terakhirnya.. maka kini hanya ada tiga (3) malam sahaja lagi untuk direbut... Malam yang di sebut bersamaan seribu malam itu juga entah di mana agaknya... berharap pada Allah supaya telah ditemui atau bakal ditemui....

Terlalu awal rasa-nya ramadhan ini pergi... adakah ramadhan berjalan terlalu laju? .. atau aku yang terlalu leka sehingga tidak mempedulikannya?.. Dengan kesibukan dunia yang sebelum ini tak lah sesibuk mana, apabila masuk sahaja ramadhan, kesibukan-nya bermula dengan tiba-tiba dan semakin bertambah dengan pelbagai cerita dan alasan...

Aduh, terlalu awal rasa-nya ramadhan ini pergi.... Jika bulan ini mudah untuk ditempuh, maka, tidak lah mungkin besar ganjaran Allah pada makhluknya - aku fikir begitu... Atau manusia memang azali-nya akan mudah kalah dengan nafsu... nafsu yang pelbagai, nafsu makan, nafsu tidur, nafsu bermain-main, nafsu seks, nafsu shopping serta nafsu-nafsu yang lain lagi... Tapi kata orang nafsu mudah dijinak apabila kita berlapar...

Terlalu awal rasa-nya ramadhan ini pergi... ketika ianya sudah tinggal sedikit.. ketika itulah baru kita nak hargai.. Mungkinkah itu lebih baik daripada tidak menghargainya langsung!!!.. Ah, setiap tahun jadi begini, lain yang dirancang, lain pula yang jadi.. sudah kehendak Allah begitu.. Nak buat macam mana.. Salahkan takdir?? Allah tak ubah nasib sesuatu kaum, kalau kita sendiri tak mahu merubahnya!!..

Terlalu awal rasa-nya ramadhan ini pergi... semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan memakbulkan doa-doa kita di bulan ramadhan ini.. Semoga Allah redha Islam menjadi agama kita... Semoga Allah redha terhadap amalan kita.. Semoga kita tergolong di dalam seruan Allah di dalam kitabnya yakni "wahai orang-orang beriman"... Semoga kita  dijauhkan dari sifat munafik, .. Ya Allah, tunjukkan lah kami jalan yang lurus, Yakni jalan-jalan orang yang Engkau beri nikmat, bukanlah jalan-jalan orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat..Amen.

Sekian.

4 ulasan:

ASaL berkata...

salam. atau apa yang Rasulullah kata telah dibuktikan dengan apa yang semua orang rasa mengenai masa pada zaman ini. Kata Rasulullah tentang masa di akhir zaman.

“Masa akan berlalu dengan begitu pantas, setahun akan berlalu seperti sebulan, sebulan akan berlalu seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti satu jam dan satu jam seolah-olah masa yang diambil untuk menghidupkan api.” (Diriwayatkan oleh Anas ibn Malik, Sunan Tirmizi)

Anonymous berkata...

ramadhan kali ni bg aku berlalu terlalu pantas.. xtau kenapa.. mgkin kerana kita sibuk sebagai final sem student or ada sebab2 laen. semoga ramadhan kali ni kita telah pun beroleh byk pahala yg ditawarkan hendaknya.. semoga kita semua dirahmati Allah SWT... insya Allah :)

Daud Mili berkata...

ASaL:

benar....memang itulah yang terjadi..
mungkin juga kerana kesibukan yang membuat kita rasa masa itu telah banyak dihabiskan dengan mudah!

Daud Mili berkata...

Aina;

insyaALLAh...amen!