Rabu, 2 Februari 2011

Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 31

Assalamualaikum...............(31 Januari 2011)(Isnin). Penutup.

Tujuan utama aku menulis pengalaman ini adalah untuk mengasah bakat aku sebagai penulis. Dalam cita-cita aku untuk menulis berbagai jenis tulisan/buku dimasa akan datang. Dengan menggunakan ruang blog, kononnya untuk melihat sejauh mana kemampuan aku. Cita-cita aku adalah untuk menjadi Jurutera. Menulis mengenai bidang kejuruteraan tersebut mungkin dapat membantu pembangunannya di Malaysia. Selain itu, minat aku juga wujud dalam pelbagai bidang, terutamanya di dalam bidang seni. Dan di dalamnya ada seni penulisan. Aku harap akan ada yang sudi mengadili tulisan aku ini. Sudi mengkritik aku. Sudi untuk menasihati aku, biarpun dalam kontek penulisan mahu pun apa sahaja. Tulisan ini yang tidak pernah aku rancang secara teliti. Menulis mengikut sedap rasa hati. Aku juga bukan dari keluarga penulis. Jauh lagi keluarga artis. Hehe.

Salam perjuangan diucapkan untuk semua. Berjuang mencapai cita-cita di dalam hidup. Berjuang mencapai kemajuan dalam diri. Hidup berbekalkan pengalaman yang ada, memegang prinsip bahawa 'kebodohan itu bukanlah satu fitrah'. Ramai beranggapan bahawa dia tidak mampu melakukan ini, tidak mampu melakukan itu, kerana dia kata dia bodoh, dia tidak ada bakat, dia tidak pandai, dia tidak tahu. Sedangkan semua manusia dikurniakan otak untuk berfikir dan terus belajar. Yang membezakan atas usaha dan kesungguhan kita adalah hasil. Hasil kepada kerja kita. Tetapi setiap sesuatu hasil itu ada seninya. Ada kelebihan tersendiri. Pesan aku untuk diri aku dan kalian semua. Jangan takut. Jangan malu keatas apa yang orang akan kata. Lakukan sahaja. Mari terima pencerahan. Tinggalkan mereka yang mempertikaikan tindakanmu itu jauh kebelakang. Sekian, Terima Kasih.

Sementara aku masih ingat, versi sebelum aku tamat(UiTM)..!!

6 ulasan:

Aderi Aryasu berkata...

berakhir sudah siri2 'SAMI, VSAT'.. tahniah sbb x sngka dpt smpai ke edisi ke-30.. semoga terus-terusan menulis dn melihat komitmen kau dlm satu2 isu yang hendak diceritakan, memang terbukti dengan kehadiran siri 'SAMI,VSAT' ni.. hehe... papehal pun, good luck bro.. sukses2 slalu..

Daud Mili berkata...

SAMI, VSAT?
Wah!.. pelik betul bunyinyer... hehe..
Terima kasih adli.
Apalah sangat jika dibandingkan dengan tulisan kamu.
Semoga minat menulis ini mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain...InsyaALLAH..:)

usop_zali berkata...

daud SUNSHINEAN....

Daud Mili berkata...

Ucop?

ASaL berkata...

penulis akan menjadi sangat hebat, hanya dengan satu syarat.

Bersikap.

kerana itu dia perlu ada ideologi supaya tidak digugah oleh apa-apa pun. siapa pun. bencana apa pun. godaan apa jua.

selepas itu, meski penulis telah tiada,karya merekalah yang akan bercakap bagi pihak. sehingga berakhir zaman. sehingga berakhir sejarah manusia.

Daud Mili berkata...

Iya.

Masih belajar dan mencari SIKAP sendiri; pegangan yang amat saya percayai. hehe:)

Saya rasa pernah baca dari FT:

"Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing, sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini. Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. Mereka tidak bersikap apa-apa pun. Mereka hanya melulu. Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga."

- Faisal Tehrani, Dewan Siswa April 2010.