Selasa, 17 November 2009

Dalam Diam....


Assalamualaikum...18 November 2009(Rabu)...Apabila kita kenal seseorang melalui tingkah lakunya yang kita lihat setiap hari, kita nampak apa yang dilakukannya siang dan malam, mengenal melalui perkataannya yang selalu diucapkan, mendengar alunan suaranya mengikut mood semasa, betapa manis senyumannya dikala dia gembira, mudah untuk kita menangkap kesedihannya ketika dia kecewa, dan mudah untuk kita dapat tahu jika ada sesuatu yang sudah berlaku dan di sudah mula berubah,.....Ini adalah ciri-ciri di mana kita amat kenal dengan insan ini, dan insan seperti ini akan menemui kegagalan jika dia cuba menipu kita dengan tingkah lakunya yang kita memang dah masak sangat...

Tapi ada satu suasana yang kita tidak boleh nak elak yang ada pada setiap manusia yang normal. Iaitu DALAM DIAM, dia juga mempunyai sesuatu perbuatan atau perangai atau rahsia yang amat asing bagi kita dan ini adalah kejayaan bagi setiap insan untuk menyimpan sesuatu perkara itu DALAM DIAM...

Ada perkara disetiap diri manusia yang Allah s.w.t tutup aib nya supaya kita dapat diterima orang lain dan menerima orang lain....ya Allah...!!., kalau lah Allah buka satu persatu aib kita, apakah akan ada orang yang akan menerima kita??..,nak dekat dengan kita belum tentu orang mahu, jadi menjaga aib orang mempunyai satu tahap tangunggjawab yang amat tinggi...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ …

Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya…. (HR. Muslim no. 2699)


Kembali kepada istilah DALAM DIAM, istilah ini selalu digunakan dalam perbualan yang membabitkan perubahan ketara seseorang insan, sebagai contoh:

"...Amboii...dalam diam dia tuh dah pakai kereta besar ek.."

Adakah keretanya yang besar tuh jadi isu, bagi aku bukan, tapi orang yang berkereta besar itu mungkin mempunyai kerja yang tidak seberapa sebelum nih, atau dia memang dikenali sebagai seseorang yang mungkin tak ada masa depan untuk berkereta besar. Dan akhirnya dia membuktikan bahawa, DALAM DIAM sebenarnya dia amat mampu...

Bagaimana dengan ayat dibawah:

"...Baek sangat dia dengan ngko ek...Ntah-ntah, dalam diam, dia syok kat ngko kot..huhuh.."

pastu, member dia pon jawab ler...

"..eh ngko nih, mandai-mandai jek....-_-"...."

Ini aku tambah sendiri...hahahaha....ok lah kalau macam nih, bagi aku ,..urmm..semua orang dah faham la, bak kata orang-orang muda sekarang, kalau cinta tuh selalunya dimulakan dengan ayat-ayat penafian...tak perlu komen lebih...

Untuk ayat seperti ini:

"....aku dah anggap ngko macam saudara aku, tapi dalam diam, ngko tikam aku dari belakang..."

Untuk kes nih memang berat...hahaha...berat sangat,..kelebihan DALAM DIAM ini digunakan secara salah dan wujud pihak yang terinaya. Orang jenis macam ni, setiap perbuatannya akan disangka buruk orang lain kerana menyangka akan ada benda yang tersembunyi disebabkan peristiswa2 DALAM DIAM yang pernah dia buat sebelum ini....

Baiklah, ada satu contoh:

"...Kalau tengok perangainya, memang dia nampak macam orang sihat, tapi dalam diam, dia tengah sengsara dengan sakit misterinya...kesian dia..."

Cerita nih banyak kita tengok kat TV, tapi sebenarnya memang wujud, tambah2 lagi dalam kehidupan aku sendiri, ada beberapa insan yang agak rapat dengan aku pun mempunyai masalah begini...sebenarnya, penyakit dia memang dah diketahui umum,tetapi yang menariknya, semua orang termasuk diri dia sendiri DALAM DIAM menyimpan agar perkara ini tidak diungkit, sedangkan masing2 tahu akan penyakitnya...ini disebabkan diri tuan punya badan tidak mahu dipandang simpati oleh orang lain..

Dan banyak lagi la contoh sebenarnya...Walaupun sikap DALAM DIAM ini boleh dirujuk dalam keadaan positif dan negatif, tapi sikap ini adalah sifat yang amat istimewa yang dikurniaan kepada setiap insan...huhuhu..istimewa sangat ke??...err...sekian.

25 ulasan:

niesz berkata...

diam2 berisi..hihi..biarla diam tu pd kebaikan..bukan sebalik nyer....

Nini berkata...

dalam diam..??

aku tak suka org diam2 ngan aku. biasanya kalau org diam ngan kita, ade seswatu yg tak kena.

aku ske org speak up. ape yg tak betul, dibetulkan. baru kita tau mane silap.

dan kita takde laa menambah dosa sbb mengumpat dalam hati..
ye tak..?? err.. relevan ke komen aku nehh..??

Solehah berkata...

mesti terlalu istemewa tu..

LanaBulu berkata...

TQ..berkesan..

Daud Mili berkata...

niesz --> kalo dah benda baik, nak wat pe diamkan..~

Nini --> x...haha....betol la dah tu apa ngko kater...~

Solehah --> agaknyer...

LanaBulu --> berkesan ke terkesan?.hehe..mekasih kerana membaca...

ezzati berkata...

hi..salamzzz..

Daud Mili berkata...

ezzati : salam...

nurain rodze berkata...

takut je org yg diam2 nie .

Daud Mili berkata...

nurain: ..takut..??

Tanpa Nama berkata...

mcm mane kalo DALAM DIAM ade perasaan kt seseorang kepunyaan org lain??? terkesankah persahabatan...? berkesankah perhubungan?????

Daud Mili berkata...

Tanpa Nama, rasanya benda ni normal dan memang kerap berlaku... cuma status 'perasaan' tuh harus dikenal pasti terlebih dahulu, samada ianya satu perasaan yang sangat tinggi, atau bese2 jek...lagi satu, 'kepunyaan orang lain' tuh plak, samada member rapat ke atau member tak rapat ke atau ntah sape2 punyer ke,.... jadi, orang macam Tanpa Nama nih kena kawal perasaan tuh,..jangan wat benda2 di luar jangkaan...hahaha... sory la Tanpa Nama, aku tak reti bab-bab hati nih...tanya orang2 lama la, mungkin lebih bernas...nasihat aku, kumbang bukan seekor,...bunga bukan sekuntum...hati2...okeh!

iDAN berkata...

"Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat."

Maka itu ada setengah kes di mahkamah syariah ianya terpaksa disebut secara tertutup. Namum jika dalam keadaan tertentu terpaksa juga kita membuka aib kepada berwajib untuk tidak sampai ianya menjadi barah dalam hidup kita. Bukan untuk mencari jalan perpisahan tetapi demi kebaikan & agar keadaan tidak jadi bertambah pecah setelah ianya retak.

Sebelum ianya gurur...
Umpamanya serahkan kepada ibu ayah atau pak mertua & emak mertua. Bukan rakan yang sering menanggguk di air keruh... andai berlaku kekusutan rumah tangga. Pilihan terbaik ada keluarga terdekat yang boleh dipercayai.

Yang terbaik tutuplah aib itu selesaikan bersama! semuka berdua.

Secara umumnya, mana mungkin manusia ini tiada aibnya. Kenapa mesti kita merumitkan keadaan dengan keaiban seseorang. Cermin diri kita dulu, apakah kita ini manusia sempurna, akur diri... kita pun bukan sempurna, buat silap juga kan? Jadi maafkan sahaja kekurangan seseorang itu; pasti jiwa kita jadi lapang.

Pasangan kita tak semua dapat menerima kita ini boroi punyai sakit kronik atau dimakan tua. Memang masalah dalam rumah tangga begini sukar kita kawal. Maka itu tak hairan ada suami tinggalkan isteri sebab isteri tak menawan lagi, ada isteri bercinta dengan lelaki lain sebab suaminya punyai masalah diri sakit kronik seumpamanya!. Memang payah.

Daud Mili berkata...

panjang nya iDAN tulis, thanx singgah blog aku, tapi iDAN, bila kita dah terima seseorang, tambah2 lagi menerima seseorang dalam hidup kita, xkan aibnya yang menjadi masalah kecik tuh kita nak jadikan sebab untuk pertengkaran atau akhirnya perpisahan.... ianya bukan masalah pun kot....cuma sikap baik buruk kita dah dikongsi, jadi, dia dah kenal sangat kita...tak leh la nak sorok apa2...dan bila cuba disorok, bahana lah jawabnya...~

Mat Amin berkata...

Salam,

Terima kasih sudi meninggalkan ulasan di KINI DAN SILAM.

Daud Mili berkata...

sama-sama Mat Amin....

zai berkata...

Kadang2 selepas berkahwin..ada juga pasangan yg DALAM DIAM2 curang kat pasangan masing2..bahaya tu..hehehe sekadar nak menyibuk tambah isi cerita...so..daud ingat tau..nak buat apa pun make sure publishkan kat umum k..

Daud Mili berkata...

ala kak zai,..hehe...xbleh la semua....xkan semua benda kena publish, mungkin ada sesetengah perkara sepatutnya kita kena berterus terang jek..betul tak?...hakahakhak....xyah sorok2...

... berkata...

Salam Daud. Ada dua perkataan Melayu lain bagi diam yang jarang digunakan oleh orang kita, iaitu sengap dan khali. Kedua-duanya boleh digunakan saling berganti dengan diam. Sekadar berkongsi ilmu untuk menambah perbendaharaan kata.

Daud Mili berkata...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu bahasa Melayu nih...:)

Wanie-san berkata...

Diam2 ubi tp berisi..Diam2 tanda syg..Diam2 tanda setuju..Dlm diam dosa dpt di kurangkan..=p *merapu sekejap...*

Daud Mili berkata...

Wanie-san, jangan diam teros sudah..hehe...~

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

dalam diam kumencintaimu...hehehehe hubby dulu begitu...abih ja belajaq terus dia cakap nak meminang boleh....huhuhu dia tak tau kita juga memendam rasa sayang kat dia....hikhikhik...

dyla berkata...

Diam-Diam Jatuh Cinta by Ramlah Ram

=)

suke bgt same ini post..mau bagi 10 bintang..

Bintang Hati by Amy Mastura

=)

Daud Mili berkata...

Alimaz: eleh, malu2 plak time tuh ek,,....hehe..thanx kongsi cerita...~

Daud Mili berkata...

dyla:ramlah ram?..hehe...mekasih, xder bintang pon takpe,...hahaha...