Pekan Kuala Pilah
Namun,Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di beberapa kawasan di Tanjung Ipoh di sini awal pagi ini.Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, gempa bumi itu berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer arah timur Seremban. Bagaimanapun, menurutnya, tiada gegaran kuat dirasai penduduk sekitar akibat gempa bumi itu.Sementara itu, beberapa penduduk di sekitar Taman Pemarak, Tanjung Ipoh yang ditemui pagi ini mengesahkan berasa gegaran kecil di kawasan kediaman mereka dalam tempoh beberapa saat.Tinjauan Utusan Malaysia di taman perumahan itu dan sekitar kawasan Tanjung Ipoh mendapati, keadaan tenang dan rata-rata penduduk tidak sedar kejadian itu berlaku awal pagi ini. Tiada kemalangan jiwa atau keretakan berlaku di kawasan itu, malah belum ada laporan dibuat oleh penduduk di Balai Polis Tanjung Ipoh berhubung kejadian tersebut. [rujukan = http://paramedik.bbfr.net/negeri-sembilan-f105/kuala-pilah-digegar-gempa-bumi-utusan-t6762.htm]
(Gambar Hiasan)
Rasa BIMBANG tambah EXCITED tambah PELIK dan macam-macam perasaan lagi bermain difikiran ini. Ini adalah kali pertama perkara sebegini berlaku di Kuala Pilah khususnya dan di Negeri Sembilan secara Amnya. Bahkan aku rasa, di Malaysia pun gempa bumi bukannya bencana alam yang biasa2 kerana ia tak pernah terjadi. Bencana Alam ni kalau dilihat dari segi peringatan ALLAH adalah satu 'azab' atau 'ujian' kepada kaum tersebut. Seperti firman Allah dalam Surah al-A’raaf ayat 96 yang bermaksud :
“Jika sekiranya penduduk kota-kota beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.”
Semoga rakyat Malaysia sedar akan hal ini, dulu kita tengok Indonesia aje ada gempa bumi, sekarang bencana ini sudah mula kesini. Jika dilihat kawasan Kuala Pilah, kawasan ini tidak banyak punyai bangunan yang tinggi, dan cuaca disini pun antara yang paling panas di Malaysia. Jadi jika bencana tetap berlaku, mungkin kurang impaknya pada kehidupan alam berbanding jika ianya berlaku di kota-kota yang pesat seperti Kuala Lumpur atau sebagainya. Jika ini adalah ujian yang Allah turunkan, maka akan berbahagialah kepada bagi orang beriman yang sabar... Seperti berfirman Allah dalam surah al-Anbiya yang bermaksud:
“Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
Semoga petanda gempa yang kecil ini menjadi petunjuk untuk orang mimikirkan kekuasaan dan ciptaan Allah SWT. Aku terfikir hikmah perkara ini, sebab aku study dalam bidang engineering, kalau kawan2 aku yang major geotechnical iaitu belajar berkenaan dengan geology, inilah masa mereka nak turun padang melihat plate apakah yang bergerak di bawah tanah sana...hehe...Semoga kita sama-sama dapat ikhtibar...sekian.
20 ulasan:
tekejut aku tgk pic tanah merekah tuh..
aku ingt btol2 laa..
iskk..
cam best jek bc crite kau kali neh..sbb aku dapat byg lokasi2 tu sbb aku tawu n familiar ngan area kau crite tuh..
hehe..
wow...2012 has started..huhu
Nini, mula2 memang gerun dengar,...tapi masalah nya aku tak rasa apa pun..~
Azahari, hahaha..kalau tgk filem tuh, teruk sangat weh..haha..~
Salam Daud. Saya raya ia bukan gempa bumi. Kena dapatkan maklumat terperinci daripada geologist. Jika benar, Daud dan keluarga kena berhati-hati. Sentiasa pantau keadaan yang berlaku. Harap-harap tiada musibah yang besar berlaku di sana.
kena bersiap sedia nie .
awl2 pg smlm da dpt email mengatakan ader gempa bumi kt k.pilah, lau xslp 3.5 skala hektar kot..xsure sgt!! tp yg psti ianyer btol2 terjd..waahhh..gerunla tgk jln raya terbelah tuhh..
teringat citer 2012...takot sgt..
mtk jauh laa yg buruk2
mtk jauh laa yg buruk2
2012...jauh mnyimpang cite 2...x mampu kita bayang sbnr nye kjadian sebenar nye...cite 2 umpama nk meniru kisah nabi nuh, penerusan umat manusia.....waallahu'alam
daud..wat ever happen..i think, there must reasons behind all those things..selama nie kita semua ingt dok nak happy je..tapi bile menda nie blaku..alhamdulillah wat sesetengah org tu ingt balik kat allah..bagus la drpd kita xingt lansung..
Semoga semuanya selamat dan terhindar dari bala bencana..
Kuala Pilah tu tempat bersejarah buat teman..
*Dari Kedah ke Kuala Pilah..
*singgah sebentar di Kg Inas..
*Semoga sejahtera warga Kuala Pilah..
*Begitu juga insan di Kg Inas..
Pantun gempa..hee
tapikan, Kuala Pilah ni berada di tengah2 negeri tau,...bukan kat tepi atau persisiran ke...so, maksudnya, gempa ni boleh berlaku kat mane2 jek...~
salam...syukur tak kuat....
alhamdulillah...
salam terjah bro..dasyat ek gempe bumi tu...subhanallah....
Hisham,...semua perkara yang terjadi ada hikmah, semoga sama2 amik iktibar...
Hisham,...semua perkara yang terjadi ada hikmah, semoga sama2 amik iktibar...
harap semua pun mengambil iktibar di sebalik kejadian..peringatan tu untuk kita..
betul2...
sedaro ekau yb hasan malek kutuk lobih bonar TGNA maso kt johol sehari sebolum kejadian gompo bumi tu..
ALLAH maha mengetahui..:)
Catat Ulasan