Khamis, 24 Disember 2009

Apabila 25hb Disember disambut....

(google.com)

Assalamualaikum....(24 Disember 2009)(Khamis). Tahun baru dimulakan dengan bulan Muharram, bulan pertama kalendar Hijrah, bulan yang punya sejarah tersendiri, tetapi aku tiba-tiba terdetik ingin menulis mengenai cerita di dalam kalendar Masihi sebab aku terbaca beberapa artikel dalam internet tentang asal-usul perayaan yang disambut 25hb Disember setiap tahun, iaitu perayaan Hari Natal. Adakah perayaan Natal benar-benar ajaran agama Kristian??..

Terdapat sebuah buku yang menceritakan asal usul perayaan ini, buku itu bertajuk THE PLAIN TRUTH ABOUT CHRISTMAS By Herbert W. Armstrong. Terjemahan dalam bahasa Indonesia oleh Masyhud SM. dalam buku Misteri Natal, yang anda semua boleh baca di link http://media.isnet.org/kristen/Natal/Natal.pdf .

Buku ini menulis, perayaan Natal yang diselenggarakan di seluruh dunia ini berasal dari Katolik Roma, dan tidak memiliki dasar dari kitab suci, seperti penjelasan dari Katolik Roma dalam Catholic Encyclopedia, edisi 1911, dengan judul “Christmas”, ada kalimat yang berbunyi sebagai berikut:

“Natal bukanlah diantara upacara-upacara awal Gereja … bukti awal menunjukkan bahwa pesta tersebut berasal dari Mesir. Perayaan ini diselenggarakan oleh para penyembah berhala dan jatuh pada bulan Januari ini, kemudian dijadikan hari kelahiran Yesus.”

Begitu juga dengan kewujudan Santa Klaus, di dalam buku itu juga menulis, Santa Klaus ini adalah ciptaan seorang pastur yang bernama “Santo Nicolas” yang hidup pada abad ke empat Masehi. Hal ini dijelaskan oleh Encyclopedia Britannica, volume 19 halaman 648-649, edisi kesebelas, yang berbunyi sebagai berikut:

“St. Nicholas, adalah seorang pastur di Myra yang amat diagung-agungkan oleh orang-orang Yunani dan Latin setiap tanggal 6 Desember…Legenda ini berawal dari kebiasaannya yang suka memberikan hadiah secara sembunyi-sembunyi kepada tiga anak wanita miskin… untuk melestarikan kebiasaan lama dengan memberikan hadiah secara tersembunyi itu digabungkan ke dalam malam Natal. Akhirnya tarkaitlah antara hari Natal dan Santa Claus…”

Buku ini juga menceritakan tentang asal pokok krismas, tarikh-tarikh yang mengelirukan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Krismas dan agama Kristian. Jadi, jika ditanya, adakah perayaan Natal benar-benar ajaran agama Kristian??..maka jawapannya TIDAK. Buku ini adalah bahan tambahan berguna untuk siapa yang ingin mengetahui dan mengkaji.

Apa yang ingin aku katakan adalah, apabila sesuatu agama di dunia ini terlalu senang ditokok tambah, maka ini lah jadinya... Apabila masyarakat tidak dapat membezakan yang mana satu ibadah, dan yang mana satu adat. Maka agama itu akan kelihatan kartun dan akan dipertikaikan oleh golongan cerdik pandai dari zaman ke zaman.

Tidak mustahil, di dalam Islam, perkara ini juga boleh terjadi, apabila banyak perayaan, atau sambutan yang diadakan jarang sekali kita mengetahui dari mana asal-usulnya... Adakah Nabi SAW dan para sahabat (semoga Allah meredhai mereka) pernah melakukannya???... Seperti perayaan bubur Asyura, majlis memperingati itu-memperingati ini, perarakan Maulid Nabi dan perayaan-perayaan kaum Melayu lain yang selalu dianggap ibadah sehingga ada yang terasa bersalah jika tidak merayakannya...

Maka, betapa pentingnya untuk kita menyelidik setiap sumber dan setiap alasan bagi tiap-tiap satu perkara yang orang selalu kata bahawa ianya adalah ibadah. Semoga kita semua menyedari dan cuba elakkan serta berusaha bersama-sama menghapuskan penambahan dalam agama ini dari terus berlaku di masa hadapan...

"...Ya Allah, jangan kau pesongkan hati kami, setelah engkau beri kami petunjuk..Amin..."

Sekian.

9 ulasan:

Unknown berkata...

owwhh..
ermm harap-harap ada 1 sumber yg blh mengesahkahkan bagi mereka yg bimbang.


*bukankah 25 disember itu tarikh kelahiran Nabi Isa mengikut kalendar masihi

Unknown berkata...

Salam Daud. Memang betul, banyak perkara kita kena "revisit". Bertaklik (tanpa bersumber - mengikut membabi buta)adalah suatu yang dilarang agama yang jarang diambil berat oleh umat. Sedangkan Nabi s.a.w. menggesa kita menyelidiki sesuatu fakta sehingga jika kita salah atas pertimbangan (ijtihad)kita selepas itu, kita akan diberi Allah 1 pahala, jika betul 2 pahala.

Naz berkata...

pasal prayaan bubur asyura tu aku skong. x perlu terlalu sambut hari2 mcm tu. yg penting perkara2 yg wajib kena didahulukan. tq diatas maklumat ni...

Daud Mili berkata...

tengku fir21,

tak pasti la, sebab 25 tuh sebenarnya tarikh kuno Mesir bagi kelhiran tuhan matahari...lebih kurang macam tuh la... diorang main amik jek,,,....~

Daud Mili berkata...

babah,

zaman sekarang kita heboh untuk melahirkan orang yang berilmu atau pakar dalam bidang ekonomi, masyrakat, politik dan lain2,...tetapi kurang menumpukan untuk melahirkan pakar dalam bahagian agama...~

Daud Mili berkata...

Naz,

yup, bukan lah tak boleh makan ,kalau nak makan bubur tuh makan la, no problem...~

tapi ianya menjadi masalah bila kita selalu sandarkannya kepada amalan ibadah, sedang nabi SAW tak pernah buat...ikut yang sunnah jek sudah la, tak yah tambah dah...~

Aderi Aryasu berkata...

psl 25 Dec tu, ada juga diceritakan dalam movie 'Da Vinci's Code'. Ada 1 scene tu ceritakan 25 Dec tu diambil bersempena kelahiran dewa mereka. Ini disebabkan Kristian yang baru saja tersebar perlu diasimilasikan dengan adat-adat dan budaya lama sebelum mendapat tempat di hati penganut baru.
Asalnya Empayar Rome yang semakin lemah tu, trbahagi dua antara pagan dan juga kristian. Jadi demi menyelamatkan empayar tersebut dari jatuh seluruhnya diselamatkanlah dengan mengambil juga kristian sebagai agama anutan.
Dengarnya juga siap ada satu konvensyen untuk memilih gospel mana yang patut diangkat dan dimasukkan ke dalam Bible.

he3, serba sedikit utk dikongsi dari ilmu yg sikit neh..

HafizChan berkata...

Hmm...bubur asyura, perarakan maulid nabi, malam tujuh likur...oic

Daud Mili berkata...

hafiz; lebih kurang...~