Ahad, 20 Disember 2009

Bertemu Dr Yusuf Al-Qaradhawi

(google.com)

Assalamualaikum,....21 Disember 2009(Isnin). pada 19 Disember 2009, aku menghadiri SYARAHAN PERDANA anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, untuk bertemu dengan tokoh yang aku sanjungi ilmunya iaitu Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Ulama dari Mesir, Di Masjid Negeri Shah Alam (MASJID SULTAN ABDUL AZIZ SYAH). Alhamdulillah, aku dan kawan ku, Seth, diizinkan Allah untuk ke majlis tersebut. Walaupun gagal untuk bersalaman dengan Dr Yusuf, tapi memang dari awal lagi aku sudah tidak mengharap, kerana aku tahu, bukan itu keutamaannya.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi dikerumuni pencinta ilmu

Jumlah pengunjung memang ramai. Kami sempat solat Maghrib yang diimamkan oleh beliau. Sesudah maghrib, maka beliau memberikan ceramah dan nasihat kepada orang ramai. Aku sebelum ni memang layan ceramah dia di YouTube yang ada tranlate English atau Bahasa. Buku dia pun aku baca, walaupun ketika membacanya, aku banyak skip...huhu..Itu sebab aku sangat excited untuk berjumpa dengannya.

Ceramahnya di alih bahasa ke bahasa Melayu


Gambarku diambil oleh Seth, kawanku. (aku baru nak suruh, tapi dia dah amikkan)

Dia adakalanya berlembut dalam berkata2, dan adakalanya sangat tegas..

Ceramahnya pada malam tersebut adalah mengenai peristiwa Hijrah. Aku ada menaip beberapa rangkap kata-katanya melalui handphone aku. Tetapi ayat-ayat ini mungkin terdapat kesilapan aku sendiri tentang sebutannya,...dan ada kemungkinan juga aku boleh tersalah mengenai maksudnya...Jadi aku ingin meminta maaf jika aku melakukan kedua-dua kesilapan tersebut. Antaranya kata-katanya adalah :

Dia berterima kasih kepada Malaysia,
".....Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, juga kepada kenalan saya iaitu Anuar Ibrahim ,........ Para pemimpin dan rakyat Malaysia kerana menerima saya dengan baik, memberi pegiktirafan, anugerah kepada saya. Sehingga tahap menyediakan helikopter untuk saya ke majlis-majlis di Malaysia..."

Apabila beliau mengulas mengenai peristiwa Hijrah,
"......Kisah Hijrah, tuan-tuan lebih tahu, tuan-tuan sudah khatam keseluruhan kisahnya, mahupun dari sumber yang sahih atau yang tidak sahih, seperti kisah burung merpati dan labah-labah, yang tiada kaitan dan kekuatan kepada kisah tersebut, kerana hakikatnya, ketika Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar (semoga Allah meredhainya) bersembunyi, hanya Allah lah yang menjadi pelindung bagi mereka, seperti yang mana dinyatakan di dalam Al-Quran..."

Aku dah tak ingat la kata-katanya yang lain, ingat pun sikit-sikit. Tapi tak berani nak tulis, takut aku tersalah pulak. Ketika majlis itu, memang banyak kamera disana-sini, video cam disana-sini. Aku yakin akan ada videonya di YouTube menyusul nanti untuk kita dengar lebih lanjut nasihat beliau..., insyaALLAH. Semoga ada yang mengusahakannya.

Diakhir majlis, beliau membaca doa bersama2 hadirin hadirat,...

Sekian..

...

13 ulasan:

Daud Mili berkata...

Aku dan kawanku(seth), agak awal tiba, lebih kurang pukul 6.30 ptg,...jadi sementara menunggu maghrib tiba, kami membuang masa di gerai2 pameran dan jualan yang berada di persekitaran luar masjid... apa yang aku ingin cerita sebenarnya adalah, aku melihat sangat ramai 'GADIS-GADIS SOLEHAH' berkeliaran berseorangan, berkumpulan atau berkeluarga...hahahahaha...yang berudung litup, bertudung biasa, atau berpurdah...hahahha..~..aku bercakap sebagai seorang lelaki,..sesungguhnya kecantikan perempuan itu lahir dan terbit dari kesopanan mereka dalam cara menutup aurat atau tingkahlaku serta perwatakan ...hahahaha...-_-"...

"...Tuhan kirimkan lah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintai aku, apa adanya..."

Aku boleh jatuh cinta dimana sahaja...dan bila-bila masa... dengan sesiapa sahaja, biar sekejap ataupun lama... itulah sifat normalku sebagai seorang lelaki biasa...tetapi perasaan jatuh cinta di dalam majlis yang diberkati sebegini, sesuatu yang sangat PELIK , ISTIMEWA dan INDAH bagi aku...hahaha.... err...walaupun sebenarnya tiada apa pun yang tejadi...hahaha...~ InsyaALLAH,kita semua diketemukan pasangan yang sesuai, dan kepada yang sudah berpasangan...semoga berbahagia...Amin.

Unknown berkata...

Salam Daud. Boleh ke tumpang sekaki mencari muslimat solehah bagi menambah isteri solehah di rumah. Dengar tak berapa molek mencari jodoh di majlis-majlis seperti itu. Tetapi di sanalah berkumpulnya mereka ini. Di tempat lain sukar ditemui. Berkurung di rumah agaknya. Wallahualam.

Unknown berkata...

Tahniah kerana bersama majlis ilmu bawaan imam besar..
Kedua berdoalah banyak2 pada yg Esa supaya memudahkan urusan mu demi menjaga agamaNya..
InsyaAllah Tuhan akan memudahkan buat kome..sekufu lagi ..

ezzati berkata...

waaa..bgsnyee.. :)

nurain rodze berkata...

ramainye

Daud Mili berkata...

babah; amboi babah, tak cukup satu ke??..hahaha...ke memang dah lebih dah???~..babah cakap :

"...Dengar tak berapa molek mencari jodoh di majlis-majlis seperti itu...."

ye ke?..takkan kita di hadkan mencari dikawasan2 yang dah ditentukan sahaja, dan apa pula kawasannya??..~...saya rasa pahaman tuh silap la, cuma, mungkin orang yang memulakan kata-kata itu tidak mahu fokus kita di Majlis ILmu akan berubah,...mungkin ketika kita ingin beribadah, tidak sesuai untuk ber'niat' lain, tetapi kalau teringin, apa salahnya, saya pernah mendngar kisah ,mereka yang berjumpa jodoh di dalam majlis Nabi SAW...tetapi Nabi SAW tidak pula menghalangnya...bahkan Nabi SAW terus menikahkan mereka....wallahualam...~

Daud Mili berkata...

LanaBulu; Alhamdulillah, memang dah teringin nak jumpa, akhirnya termakbul...tetapi, ilmu yang diturunkannya itu lebih penting dari kita mengejar untuk berjumpa nya sahaja,...apakah gunanya kita bertemu Dr Yusuf, tetapi kitab2 yang ditulisnya tak pernah kita baca, dan tak pernah kita cuba ambil kebaikan darinya...~

Daud Mili berkata...

ezzati ; tak la bagus sangat...~huhu..

Daud Mili berkata...

nurain; ramai giler, memang ramai, gambar nih bleh kata separuh jek...urmmm suku jek kot..~

Werdah berkata...

Salam Daud,

Alhamdulillah dapat hadir dengar ceramah ulama' tersohor.. mak cik dapat baca cukuplah.. nak ke sana maklumlah tak terdaya.. mudah2an dapat manfaat. thank u for sharing

Redz da Tsar berkata...

Rugi aku tak dapat pergi~ Takpe, ilmu ada di mana-mana~

Daud Mili berkata...

werdah; salam, tak jadi masalah, sekadar berkongsi cerita,...kadang2 yang pergi pun belum tentu dapat apa2 jika bukan dengan izin Allah, mungkin orang yang tak pegi dapat faham agama lebih dari orang yang tak pegi...~

Daud Mili berkata...

Rwdz da Tsar; jangan la rugi, dr yusuf pun tak mengutamakan untuk orang berjupa dengan nya,.... yang dia harapkan adalah ilmu-ilmu nya dan kitab2 nya dapat dimanfaatkan oleh segenap umat islam..~