Selasa, 15 Disember 2009

Kisahnya begini.....

(google.com)

Assalamualaikum,..16 Desember 2009(Rabu). Setiap kisah punyai penjelasan masing-masing, tidak kira kisah sejarah ataupun kisah yang sedang berlaku. Namun, Setiap perkara berlaku punyai sebab dan musabab tertentu sehingga menyebabkan kisah tersebut terjadi. Setiap makhluk punyai keinginan dan punyai pelbagai kisah masing-masing. Hanya Allah swt yang Maha Esa lebih mengetahui sebab utama setiap kejadian itu berlaku, samada bersebab ataupun tidak. Allah swt Maha Kuasa mencipta dan melakukan sesuatu tanpa sebab, seperti Firman Allah swt yang bermaksud: (Bismillah)

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
(Surah Yassin 36:82)


Namun, sifat makhluk itu lemah, perlukan sebab untuk melakukan sesuatu. Tempat berharap hanyalah kepada Allah swt.

Zaman semakin maju, pemuda-pemudi tidak lagi berfikir seperti orang-orang zaman dahulu yang hanya menerima sahaja apa yang diturunkan kepada mereka. Zaman sekarang, anak-anak muda perlukan 'sebab' kenapa setiap kisah atau perkara itu berlaku untuk mereka ikuti. Baik dari segi agama mahupun perkara-perkara dunia. Anak-anak yang cerdik sekarang mahukan sumber yang jelas dan benar lagi dibenarkan.

"...kenapa ianya berlaku, dari mana datangnya kisah itu, apa buktinya, siapa yang melihat, apa tujuannya..??.."

Namun, kepercayaan kita terhadap agama tidak boleh dijadikan pertikaian kerana Nabi SAW telah menekankannya di dalam rukun iman yang kita pelajari dari sekolah rendah lagi. Dalam Kitab Sahih Muslim, dipetik hadith mengenai Rukun Iman:(yang bermaksud)

Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya:

Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?

Rasulullah saw. menjawab:

Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit.

(Kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10)
[hadis ini panjang dan boleh dibaca di http://wapedia.mobi/ms/Rukun_Iman atau http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=ind&ID=2 ]

Untuk enam(6) perkara yang disebut Nabi SAW diatas, haruslah yakin tanpa was-was. Namun, selain daripada perkara tersebut, boleh lah kita pertikaikan kewujudannya ataupun pertikaikan kisahnya kerana kita tidak perlu beriman kepada perkara-perkara lain dan berimanlah hanya kepada enam perkara itu sahaja(kerana itulah yang dikatakan oleh Nabi SAW).

Tidak kira apa sahaja kisah bertulis , bergambar atau hanya disampaikan melalui kata-kata dengan melihat, mendengar dan lain-lain lagi, Segala-galanya akan sentiasa menjadi pertikaian dari zaman ke zaman. Dan apabila tiada satu sumber yang meyakinkan untuk dijadikan hujah atau penguat dan bukti bagi sesebuah kisah itu berlaku, maka dongeng lah kisah itu, tiada nilai lah ia disisi sejarah dan tidak akan diterima pakai oleh cerdik pandai zaman seterusnya.

Jika dilihat dalam isu politik, kadang kala, ahli politik itu sendiri melepaskan kata-kata tanpa usul periksa, menuduh musuh politik mereka hanya kerana ingin menjaga kedudukan serta ingin mendapat nama. Begitu juga dengan kisah sejarah, seperti kisah seekor kancil melawan dan menendang 3 ekor anjing peliharaan Parameswara ketika beliau sedang memburu. Parameswara melihat peristiwa itu dibawah sepohon pokok melaka, dan beliau pun memberi nama tempat itu sebagai Melaka. Cuba kita masukkan 3 ekor anjing dan seekor kancil kedalam satu sangkar. Apa akan terjadi? Siapa yang akan menendang siapa?

Selain itu, isu semasa yang dikawal media-media utama, seperti akhbar, internet, sms atau apa sahaja medium yang membawa pelbagai kisah dan isu masa kini. Kebanyakan penulisan tersebut banyak mempengaruhi kehidupan dan pemikiran rakyat di negara ini. Jika perkara positif dihidangkan, maka positif lah pemikiran rakyat, jika negatif, maka negatiflah pemikiran rakyat.

Jadi, berhati-hati menerima segala kisah, yang benar mahupun karut, belajarlah menilai setiap kisah, setiap yang telah berlaku, setiap yang bakal berlaku dan yang sedang berlaku. Menerima segala sumber dengan hati terbuka, dengan minda terbuka serta dikawal oleh emosi dan kepercayaan kita. Menerima sumber-sumber yang tidak kita suka, dan belajar membezakan dengan sumber yang kita sukai.

Berhenti berfikir 'di dalam kotak' sahaja, belajar bagaimana boleh berfikir 'di luar kotak' tersebut. Jangan letakkan pandangan kita kekal 'dibawah tempurung', cubalah belajar memandang dunia dari 'mata burung'.

Cita-cita Malaysia untuk menjadi negara maju sepuluh tahun lagi (2020) adalah tidak mustahil... tapi ianya perlulah dibina oleh anak-anak yang berfikiran jauh, yang tidak menerima kisah-kisah dongengan dan fantasia, yang hany melalaikan anak2 ini. Bangun, dan terimalah hakikat kehidupan dan belajarlah buang segala kisah-kisah batil, sebenarnya,..kisahnya begini.......... sekian.

19 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Cerita2 dongeng kat TV tu, bilalah nak diharamkan, ya? tak membina langsung! :(

Cikgu Ije berkata...

ohh. begitu alkisahnya. =)

teringat cerita dongeng indonesia kat tv.. hmmm..

see me in you berkata...

Wawasan 2020. Lama tak dgr perkataan tuh. Daud, cuba komen blog aku.

Unknown berkata...

Salam Daud. Saya tidak sependapat dengan Daud dalam hal menjadi negara maju dalam tempoh 10 tahun lagi dengan hanya anak-anak mula berfikiran jauh, iaitu di luar sempadan berfikir sekarang ini. Terlalu banyak kriteria lain yang kita gagal penuhi untuk mencapai hasrat itu. Saya merasakan bahawa wawasan adalah satu retorik politik yang tidak sejajar dengan usaha yang dibuat ke arah itu. Banyak perkara yang masih pincang. Satu bukti kepada hujah saya ini ialah hampir tidak ada lagi pemimpin-pemimpin negara kita yang mahu menyebut Wawasan 2020 kerana mereka sudah tidak percaya wawasan itu akan tercapai bila sampai waktunya. Wallahualam.

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam daud...dongeng ada dimana-mana....bila nak maju...

Unknown berkata...

Yg dk jadi masaelahnya..
Cerita2 karut tu lah yg dapat banyak penajanya..media lihat untung je..
hasil ..?

Daud Mili berkata...

kakcikseroja, pengaruh menonton tv ada kebaikan dan keburukan.. namun, banyak penghasil karya, atau pemilik stesen tv itu sendiri kebanyakannya hanya memikirkan mengenai kuntungan...itu yang menyebabkan keluarnya rancangan2 yang kurang memberi impak positf kepada penonton...~

Daud Mili berkata...

ije, cerita dongeng kat indon tuh boleh plak tersiar ek??...siap ada pari2 lagik,.. tapi bila karyawan Malaysia buat cerita karut macam tuh, terus kena 'ban'...kadang2 cerita indon nih, ada nilai2 pengajaran,...tak semua cerita mereka happy ending jek,..macam cerita melayu...yang menangis jek kerjanya...hehe..~

Daud Mili berkata...

Reza, ha'ah, lama sangat tak dengarnya...insyaALLAh, nanti aku lawat...~

Daud Mili berkata...

Alimaz-Kembara Terasing, ada masa, kisah dongeng boleh jadikan sesuatu tamadun itu maju, seperti apa yang dilakukan Tun Sri Lanang untuk membangkitkan semngat orang melayu ketika dahulu dengan menghasilkan cerita-cerita dongeng Melayu lama.. tapi, cara itu sudah tidak releven untuk zaman ini....

Daud Mili berkata...

LabaBulu, betul3,...tapikan, tak boleh nak salahkan diorang jek, bila nilai komersial sesuatu cerita dijadikan garis panduan untuk mereka menayangkannya...takkan nak siar cerita yang nampak 'flat' jek,....nanti bowsan plak penonton...

Daud Mili berkata...

MyBabah,seperti kata babah;

"...Terlalu banyak kriteria lain yang kita gagal penuhi untuk mencapai hasrat itu..."

yup, tapi usaha kearahnya memang sudah dimulakan seperti beberapa perubahan dalam sistem pendidikan, kemajuan yg tinggi dalam pembangunan insfrastruktur negara, melahirkan ramai warga berilmu, menaiktarafkan pelbagai bidang dan industri, menghapuskan beberapa konsep lama, meluaskan hubungan dua hala dengan banyak negara, pembabitan negara di peringkat antarabangsa dan berbagai lagi...

mungkin ada betul kata babah :

"...wawasan adalah satu retorik politik..."

Namun, apa yang Tun Mahathir lakukan sentiasa berada dalam perancangannya,...seperti RMK itu, RMK ini...kelantangannya bersuara dan tegas terhadap apa perkara yang tidak mengikut arahannya akan dihalang....!!..ini menunjukkan dia punyai rancangan, dan dia mahu mengerjakan rancangannya...

Jika benar kita sudah tidak mampu mencapainya, mungkin kita boleh mendekati atau menghampirinya... dan pemikiran bagi saya adalah penting...Ke'jumud'an pemikiran atau pemikiran yang kolot tak mungkin boleh menyedarkan orang ramai,tentang betapa pentingnya negara ini harus maju, harus bersaing di peringkat yang tinggi....kerana bagi saya , negara maju dibina oleh rakyatnya sendiri, tanpa rakyat yang cerdik pandai, negara nya akan mundur...~sekadar pendapat~

h.a.n berkata...

saya ingin maju juga

Daud Mili berkata...

h.a.n ; semua orang ingin maju ...hahhaa...

Unknown berkata...

dongeng :D

wan mohd basyir berkata...

cerita yg ditayang sebenarnya bukan sekadar hiburan...kalo nk diikutkan yg berusaha dalam menghasilkan sesebuah cerita juga manusia yg berfikir tentang masalah masyarakat,masalah dunia,masalah alam dan sebagainya...disetiap cerita pasti akn ada nilai2 murni,teladan,pengajaran yg ingin ditonjol dan diketengahkan...namun yg perlu adalah dari sudut penerimaan masyrakat terhadp cerita2 tersebut...sbb kalo diambil sebgai sekdar hiburan,hnya hiburan lah yg mereka dapt dan jika untuk mencari yg tersirat,itulah yg mereka dapat...sebenarnya media juga memainkan peranan yg amat penting dalam mendidik masyrakat,mungkin bukan secara total,tp turut memberi sumbangan kepada yg berfikir...

Daud Mili berkata...

basyir, memang diakui, banyak cerita2 sekarang penuh dengan nilai moral yang tinggi, namun, masyarakat kita jarang memilih rancangan2 itu, tetapi mereka lebih suka kepada rancangan yang memang betul2 berbentuk hiburan....seperti talk show (artist) atau reality show yang tidak lebih hanya urusan bisnes yang sangat maju...hahaha...~

encikzamru berkata...

2020? maybe slogan politik milik mahathir je..anak-anak muda berfikiran jauh? ae definisi muda?kalo tahap muda tu..sama dengan umur kita 22 23 21..aku rasa kita xleh nk berfikiran jauh..sbb kita xde hak pun tuk berfikiran jauh..tuk berkata-kata, untuk mencurahkan idea..dari erti kata lain..kalo kita as student masuk politik..lagi2 politik yg condong ke arah sebelah..uish..gelap masa depan kita..lansung tak de fikiran jauh..kita dah disogok untuk berada dalam kotak..hakikat

Tanpa Nama berkata...

sparuh kaki dalam syurga..sparuh kaki dalam neraka...itulah tanggungjawab seorang pemimpin...kadang2,kita perlu buat sesuatu yg tidak patut kita buat demi keselesaan org lain..kemajuan org lain..kehidupan org lain...