Jumaat, 13 November 2009

Baitullah



Assalamualaikum...14 Nov 2009 (Sabtu). Aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua insan yang akan menunaikan ibadah Haji di Makkah. Dalam keluarga ku ada 2 orang yang pergi, iaitu makcik & pakcik aku yang duduk di Shah Alam, kemudian jiran aku kat kampung pun dapat tawaran jugak, berlepas hari selasa hari tuh...Semoga mereka dapat lakukan yang terbaik pada ibadah mereka.

Firman Allah s.w.t Yang bermaksud:

" Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. "
(Surah Ali ‘Imran : 97)

Aku secara peribadi memang berniat nak pergi menunaikan fardhu Haji ini pada usia muda, insyaALLAH, dalam usia sekitar 28, 29, 30 tahun. Sebelum aku nak pergi Old-Trafford atau pergi Spain ke, Italy ke...Aku nak pergi Makkah & Madinah dulu...Dah lama aku cita-citakan..suatu hari insyaALLAH..



Sabda Rasulullah s.a.w :


“Agama Islam dibangun di atas lima perkara; bersyahadat bahwasanya tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah.”
(HR. Al-Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16, dari shahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma)

Selalu kita lihat, adat orang-orang Melayu kita, atau kebiasaan masyarakat Islam Malaysia selalu mengambil keputusan untuk menunaikan Haji dikala umur sudah lanjut. Ketika itu mula la banyak batasan harus ditempuh seperti kemampuan berjalan, kemampuan berdiri lama, kemampuan berada dalam lautan manusia dan lain-lain lagi...Suasana pergi menunaikan Haji di usia muda tiada di Malaysia,mungkin kerana kita mengikut sistem barat menyebabkan anak-anak muda mesti habiskan belajar dulu, cari kerja, then baru nak pergi,...itu pun kalau nak pergi..kalau dah kawin,...tangungan banyak...abis...~

Firman Allah s.w.t Yang bermaksud:

" Berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Mu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang ditentukan."
(Surah al-Hajj, ayat 27-28)

Ada insan yang berkemampuan dapat la melakukan Haji untuk beberapa kali dalam hidupnya. Ibadah ini tidak diukur melalui betapa kaya nya kita atau betapa banyaknya masa terluang yang kita ada...tetapi ibadah ini ditentukan oleh ALLAH, barang siapa yang terpilih untuk dipanggil ALLAH, melalui apa cara sekalipun, dia akan ke Tanah Hijjaz juga.. Berapa ramai diluar sana yang kaya harta bendanya???...berapa ramai diluar sana mempunyai masa yang cukup untuk melakukan ibadah ini??..Berapa ramai diluar sana yang sihat tubuh badannya??..tapi masih belum mampu untuk menunaikan kewajipan ini....


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewajibkan kepada kalian ibadah haji!”

Maka berdirilah Al-Aqra’ bin Habis seraya mengatakan: “Apakah haji itu wajib ditunaikan setiap tahun, ya Rasulullah?”

Maka beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menjawab: “Kalau aku katakan YA, niscaya akan menjadi kewajiban setiap tahun. Dan bila diwajibkan setiap tahun, niscaya kalian tidak akan menunaikannya, bahkan tidak akan mampu untuk menunaikannya. Kewajiban haji itu hanya sekali (seumur hidup). Barangsiapa menunaikannya lebih dari sekali, maka dia telah bertathawwu’ (melakukan perbuatan sunnah).”

(HR. Abu Dawud, An-Nasa`i, Ad-Darimi, Ad-Daraquthni, Al-Hakim dan Ahmad, dari shahabat Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Lihat Irwa`ul Ghalil, karya Asy-Syaikh Al-Albani juz 4 hal. 149-150)

Kebiasaan pakej Haji di Malaysia akan membawa kita melawat Masjid Nabi S.A.W dan juga maqam baginda, maqam para sahabat. Tempat-tempat berlakunya peristiwa-peristiwa penting seperti gunung badr, dimana berlaku perang badar, gua hira', tempat nabi menerima wahyu pertama dan lain-lain. InsyaALLAh, sama-sama la doa, semoga kita dapat kesana suatu hari insyaALLAH, bagi sesiapa yang pernah kesana, mungkin perkara ini tidak begitu asing bagi mereka...Tanah suci ini bebas dari segala perkara-perkara fitnah dan mungkar...nama pun dah 'tanah haram' .Alangkah indahnya jika dapat berada disana...err..sekian


...........................................

23 ulasan:

s h a r v i na berkata...

ya Allah..
seronok nyer dpt gi Haji!
nak gi jugak! nak gi jugak!
harap la nnt de rezeki gi Haji!

Werdah berkata...

salam Daud..

jika dah bercita2 nak pergi ke Mekah masa muda dan da pasang niat mcm tu kuncilah sekuat2nya.. insyaAllah akan terarah meningkatkan usaha dari segi fizikal dan rohani.. Allahpun dah janji yg Allah akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri mengubahnya..

kak doakan agar cita2mu tercapai.. insyAllah.

seronok bila ada org muda berfikiran begini.. alhamdulillah.

Unknown berkata...

Labbaik kaullahumma labbaik. Labbaik kala sharikallakallabaik.

Daud Mili berkata...

sharvina; insyaALLAH, azam kuat2 nak pegi tuh...!!

werdah; insyaALLAH,..apa2 pun thanks...semoga mereka semua muda-mudi boleh fikir macam tuh jugak...

...; bila plak nak pegi tuh???...ke dah haji dah??...

Cik Cookie berkata...

semoga dapat haji yg mabrur

Daud Mili berkata...

cik cookie: belom pegi lagi la...!!

Solehah berkata...

terima kasih info ni..sanagat menarik..

Daud Mili berkata...

sama-sama..~

Melatidaisy berkata...

salam..

bile la sy dpt peluang nk tunaikn haji n jejakkan kaki di tanah haram..teringin sgt2..

Daud Mili berkata...

melatidaisy: salam, bagus ler...insyaALLAH satu hari, bila ada kemampuan..banyak kan doa dan bulatkan hati yang kita betul2 nak pegi...!

zai berkata...

Salam Daud, sukenya kak zai dengar orang muda2 macam daud simpan cita2 macam tu..sejuk perut ibu yang mengandungkan daud..nak buat menantu boleh hehehe..kak zai sendiri mmg bercita2 nak g haji gak tapi belum cukup simpanan lagi ni..minta2lah dapat pergi haji sebelum umo 40 tahun..

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah ada rezeki dapat lah ke sana. Sangat best tau. Tambah2 bila dapat tengok Kaabah depan mata.

=)

Daud Mili berkata...

kak zai: menantu??..err..berat tuh..hehe...insyaALLAH kak zai, daud doakan kak zai dapat pegi Haji sblm umo 40 thn ..amin..insyaALLAH...

Diya: dah penah pegi ek??...best2.. :)

Unknown berkata...

ada rezeki InsyaAllah...

nak link di blog ini boleh tak???

http://cikepal06.blogspot.com/

Daud Mili berkata...

cik epal: link?..hehe..link yg macam mane lg tuh???...<---orang2 yg baru terlibat dalam dunia blog...confius...~

Tanpa Nama berkata...

meh kite manusia2 yg muda2 ni tanam azam utk menunaikan rukun islam ke 5 ni ketika sehat ni..

insyaAllah, tercapai..

:)

Daud Mili berkata...

Nini: InsyaALLAH,..~

Tanpa Nama berkata...

ada rezeki insyaallah.
kebanyakan warga tua yang pergi mungkin sebab kumpul duit dari muda.
baru ada kesempatan nak pergi.. ye kot? :)

Daud Mili berkata...

hanida : maybe jgk...~

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam daud...dah bercita-cita nak pi mekah...semoga kita diberi kesempatan olehNYA menjejakkan kaki ke tanah suci....amin..

Daud Mili berkata...

Alimaz: amin...kena usaha start daftar & kumpul duit dah...<---serius nih..!!

encikzamru berkata...

ye ke daud camnie?
alhamdulillah..
kita xpegi jahi kalo xde kuasa xpe
kita xbyr zakat kalo xde duit xpe
kita xpuasa sbb lapa sangat pun xpe
tapi kalo kita xsolat..semua alasan pun xleh kan?kan?

Daud Mili berkata...

betul tuh zamru....~