Assalamualaikum...28 November 2009.(Sabtu)..Selamat hari raya aidiladha dan selamat menunaikan haji dan korban kepada insan-insan yang terlibat dengan ibadah ini. Fenomena pelik pada Jumaat malam apabila semua orang mengadap televisyen untuk menonton episod terakhir Nur Kasih arahan Khabir Bhatia. Tidak kira di kedai-kedai mamak atau rumah-rumah dipenuhi oleh segenap lapisan umur menonton rancangan ini seperti suasana AF suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, akhirnya sebuah cerita yang banyak berlatar belakangkan agama boleh dialun dengan konflik keluarga dan percintaan memberi nafas baru kepada aktiviti dakwah walaupun tidak secara langsung.
Jika kita lihat kebanyakan cerita Barat yang memasukkan adegan-adegan agama terutamanya ketika majlis perkahwinan di gereja-gereja, ketika mereka dalam kesusahan, mereka melutut memohon petunjuk di dalam gereja..dalam mereka berpakian/berfesyen, mereka akan menggunakan kalung berlambang salib untuk menunjukkan mereka itu adalah beragama Kristian...mereka tidak segan memasukkan nilai-nilai agama mereka di dalam -filem-filem yang dihasilkan bahkan mereka menjadikannya kemestian...
Begitu juga di dalam filem-filem Hindustan, apabila mereka berkahwin, kita dapat lihat mereka mengelilingi api dan membuat beberapa ritual lain....Dan juga ketika mereka bersedih, mereka akan 'berlari' ke kuil iaitu tempat ibadat mereka...mereka menangis dan memohon kepada dewa-dewa yang mereka percayai untuk mengharapkan kehidupan yang lebih baik...mereka sangat bangga dengan agama mereka..
Ini yang kita mahukan dan patut ada dalam cerita-cerita yang dilakonkan oleh orang islam di Malaysia. Jika di lihat suasana perfileman Indonesia, mereka sudah lama memasukkan nilai-nilai agama di dalam drama mereka...memang mereka harus dicontohi.... Semoga semua penghasil filem dan karya supaya mengambil inisiatif untuk meletakkan nilai-nilai Islam di dalam karya-karya mereka supaya agama ini dapat dilihat dengan lebih dekat oleh orang yang bukan Islam serta orang Islam yang jauh dari petunjuk Allah SWT..semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah SWT..Salam dan selawat keatas Muhammad SAW dan keluarganya...sekian..
23 ulasan:
Nur Kasih sangat seronok dan menyentuh hati. Setuju dengan anda. Sebab I pun macam berangan to have the real life like in the show. :)
Salam ukhwah Encik Daud. Saya merupakan salah seorang peminat drama Nurkasih. Biar pun terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki, namun drama ini sememangnya menarik, terutamanya gambar2 latar yang menarik dan mesejnya. Susah nak jumpa drama bermutu seperti ini di Malaysia.
rda: yup, semua orang nak happy ending kan??...~
en samsudin:.. ya, gambar pun memang bermutu...ada kelas la,..hehe..
Salam, sy x pernah Nurkasih, hmm..tapi mungkin akan tengok lain kali kot iA...
daud pn salah sorang pminat nur kasih ke???msti daud sedang mnanti "nur amina" dlm hidup daud kn???
i love the story..
cite yg best.. penuh ngn unsur2 islam.. tp tu cite.. dalam real life ade ke ar?
Entah kenapa kakcik 'melekat' depan TV masa episod terakhir tu.. padahal tak pernah mengikuti pun drama berkenaan! Tapi, akhirnya memang boleh diagak...
huhuhuhu...tak dan nak tengok..
kadang kadang mentaliti drama dari segi orang melayu , tak masuk part disko , suami pukul isteri , anak2 , girl's fighting , terlanjur kalau takde , tak sah la itu drama . sebenarnya kalau dilihat balik , banyak yang boleh ditayangkan untuk mendidik masyarakat sendiri . nur kasih was one of the drama yang i rasa layak dipertotonkan untuk masyarakat kita . 2 thumbs up ! (:
saye pon x tgk nurkasih awl2 cerita dulu.akhir2 ni dalam 3 4 episod baru follow.mmg betul2 kisah percintaan, kekeluargaan yang masih berbataskan nilai2 agama.
x berkesempatan menonton siri ini dr awal hingga akhir..
miss BazLa',xpernah tengok??...xper, nanti tgk...hehe...
usop_zali, harap2la ucop oi,...mane tau.,..hahhahaa...~
ella, bagus la...
zaiMi, tu la, tapi rasa macam ader ,...sebab cerita dia tak la happy memanjang,...ala, macam kita hidup takkan happy jek hari2...hehehe...
kakcikseroja , boleh agak ek kakcik, ye la, orang lama,...tahu apa orang muda nak....:)
Alimaz-Kembara Terasing, takpe, ada ulangan.....
cik EPAL, tau xper,...memang cun,...kat luar lagi cun...ko nih mmgEPAL lah...!!...:)
Syida Shukor, tapi kan syida, disko semua tuh la hakikat orang kita sekarang...hehehe...cuma nak jadikan contoh tu tak la elok...elok lagi nurkasih...hehe
jannah sukhri, berbatas nilai agama??...urrmm...maksudnya bagus ke x??..heheh
enyheartsdiamond, xper,..aku pun xtgk semua, tapi tertarik dengan penekanan dia terhadap Islam,...contoh macam watak ADAM marah isteri kedua dia minum arak..marah giler...'hukum tetap hukam, haram tetap haram'...macam tu ler lebih kurang...~
CC xtgk sgt cita nih.
tapi oklaa.
Church pernah msuk sbb bg penghormatn kat kwn yg meninggal.
janggal gak tp nawaitu laa kan.
Cik Cookie, memang rasa janggal kan??, bagus la ada pengalaman,... semoga lebih terbuka fikiran,...niat itu penting...:)
sbnrnyer dh dpt agak ending nyer, cume musykil ke mne pegi nyer catriona tu ek?
daud - i'allah ada "nur amina" yg sedang mnanti anda...masa itu akan tiba nnti...
miss rory - katrina dh pegi lg awal dh..hehe
tp kn, katrina tu kn isteri adam gak, kn nur aminah izinkan poligami.. mean watak katrina mati cmtu je ke?
miss rory; yup, mati camtuh aje la...miss rory nak ganti ke?...:)
xmo ar.. :P
hahaha...mane la tau...~
hikss.. smlm hoslet bru gtau yg katrina mati tul dlm citer tu.. huhuhu.. kdg2 je dpt tgok nur kasih, tu yg blur tertanye2.. :P
hehe....betol2 semangat ek nak tau....:)
Catat Ulasan