Isnin, 7 Disember 2009

Jom sertai Fiesta Anak Muda!





Jom sertai Fiesta Anak Muda!

8.30 pagi bermula dengan makan sarapan dan pameran-pameran buku-buku, filem-filem dan sebagainya. Dan seterusnya dengan pelbagai program-program yang beza dan menarik...

Tarikh: 20hb December 2009 (Ahad)
masa: 8.30 pg - 11.30 mlm
Tempat: Dewan Serbaguna Seksyen 5, MBPJ (dekat dengan Stesen KTM Petaling)

10.15pg - 12.15tgh
Perkongsian Filem: 'GADOH' Aku Bangsa Malaysia
Pengarah dan pelakon-pelakon filem akan menghadiri untuk berkongsi pandangan filem tersebut

2.00ptg - 4.00 ptg
Bengkel - Suara Anak Muda
(cit cat cabaran Anak Muda)

4.00 ptg - 5.30 ptg
Minum Petang bersama dengan pemimpin Anak Muda dan Wanita:
- YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia ),
- YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang),
- Nalini.E (Koordinator kempen Suara Rakyat Malaysia-SUARAM dan Sekretariat Jaringan Rakyat Tertindas-JERIT) , dan
- Hilman Idham (Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen-KAMI, Aktivis Mahasiswa)

8.30 mlm - 11.30 mlm
Konsert Akustika
- Meor Yusoff Azzidin
- Beeha
- Nik
- Rumah Anak Teater
- Dum Dum Tak
- Thepips
- Mistikus
- Couple

Anak Muda, Seni dan Muzik
Jom bersembang dengan Mazir, Xifu Nassier (Algebra) dan Lim Ping Seng (binsen)

Makanan Sarapan, tengah hari dan malam disediakan, kemasukan adalah percuma...

Sila hubungi Shiekh Omar Ali 013-2965724, Ong Jing Cheng 012-7583779 atau Medecci Lineil Repong 016-2208784 untuk maklumat lanjut.


Ayuuhh...~

22 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

ni bila punya program ni?huhu!

Daud Mili berkata...

akan datang kot...aku amik kat facebook...dari group SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) oleh Ong Jing Cheng 王泽钦 dan Hilman Idham...

Unknown berkata...

Salam Daud. Ini perhimpunan anak muda sahaja ke? Macam babah dah tua ni, tak boleh nak joint (turut serta)? Semoga anak-anak muda pelapis bangsa dapat berbuat sesuatu untuk memperbetul kepincangan masyarakat dan negara sekarang ni. Hampir 20 tahun lepas, babah dah puas menunjukkan sikap solidariti hingga kepada isu-isu antarabangsa. Pernah disumbat ke lokap semasa bantahan di Kedutaan US semasa perang US-Iraq. Sekarang memerhati sahaja apa yang anak-anak muda mampu buat untuk memperkukuh solidariti ini...

Daud Mili berkata...

wah, tak sangka babah pun dulu terlibat dalam kegiatan nih...??..hahha... sekarang pun macam tuh jugak babah, sebesar dan seganas mana pun suara anak muda, tapi kalau mereka taknak dengar, memang tak dapat dengar juga...haha...tapi yang penting, konsisten dalam apa yang kita percaya kebenarannya...~

cik doe=) berkata...

time konsert la yg ditunggu-tunggu ni..oh..ade couple..besh2!

Daud Mili berkata...

suka konsert..??..ok lah jgk,...bleh support our local music....hahhaa....

Tanpa Nama berkata...

byknyer event bulan ni~
aku pon penin nak gi mne 1
ngan gig lae
kopak2~~!!!

Daud Mili berkata...

hahaha....relax la...pilih ler event yang boleh puaskan hati kamu dan yang betul2 kamu minat ...

Cik Cookie berkata...

yeay.....mari berpesta.
love party...

pesta shopping xde ke?

Daud Mili berkata...

amboi...orang pompuan, shopping sokmo,...hehehe..~

wanita mutalib berkata...

wah bestnyer...yang tak berapa muda mudi leh join ker hee..

Daud Mili berkata...

bleh2...tolong ler datang memeriahkan suasana...aku pun xtahu mendalam jugak pasal event nih, cuma menyampaikan sebab kalau ramai2 lagi best..~

Solehah berkata...

menarik

Daud Mili berkata...

menarik??...mari lah sertainyer...insyaALLAH, kamu dapat pengalaman baru..mari, ianya percuma...cuma perlukan sedikit masa jek...hehehe..

bspotgurl berkata...

Suka sgtt kalau busy
at least kita akan lupa apa itu kesibukan kalau dah terlalu bz sgt.. no time to think about BZ

encikzamru berkata...

sorry bnyk ah daud..aku xleh pegi huhu

see me in you berkata...

Daud,event nih ko pegi ke? Bila nak lepak sekali. Hehe.

Daud Mili berkata...

bspotgurl: busy bleh buat kita lupakan benda lain ek...

Daud Mili berkata...

zamru: takper2, lain kali kita gi tempat lain,...tak semestinya event macam nih...weh, bila lagi nak layan gig sama...hahaha??

Daud Mili berkata...

reza : jom ar,....ari tuh dapat jumpa kejap jek...hehe..insyaALLAH, tak der halangan aku memang pegi la..~

HafizChan berkata...

Jumpa di sana kalo tiada aral
Banyak mende menarek next wiken ni

Daud Mili berkata...

hafiz, tu la pasal..tapi insyaALLAH, akan diusahakan untuk berada disana...support tetap support...!!!>..