Selasa, 27 April 2010

Apa kaum kamu?

-gambar hiasan-

Assalamualaikum....(27 April 2010)(Selasa). Perbincangan ni memang tak akan punya penamat sampai bila-bila, selagi Malaysia ini masih sebuah negara, tetapi ianya masih diperlukan, masih tetap perlu di perbincangkan. Ada yang kata isu ini sensitif. Iya kah?- bagi aku tidak!. Bah kan ianya suatu keperluan kepada setiap lapisan masyarakat di Malaysia jika ingin melihat Malaysia ini terus aman dan bergerak maju kehadapan. Kenapa boleh jadi macam itu?

Baiklah.

Pluralisme budaya bukan fenomena baru bagi masyarakat di Malaysia. Jika konsep 1-Malaysia (satu Malaysia) itu tidak wujud pun, kaum di Malaysia memang sudah lama bersedia untuk hidup bersama. Sikap prejudis memang tetap ada, dan adakalanya menebal mengikut suasana tempat lahir masing-masing. Bukan setakat antara kaum sahaja yang berbeza, berlaku juga di dalam kaum yang sama, cuma berbeza asal dan tempat lahirnya, berbeza loghat-nya atau berbeza budaya nya.

Di semenanjung, yang berbeza itu kelihatan hanya dari kaum Melayu, Cina dan India. Jika di Sabah dan Sarawak itu, mereka mungkin lebih selalu didengar dengan gelaran bumiputera walaupun hakikatnya dari sana lebih banyak kaum yang wujud dan yang membesar.Apabila setiap kaum itu punya ruang untuk menyatakan ketidak puasan hati, untuk menyatakan cadangan, untuk menyatakan apa sahaja yang tersirat, maka, lebih besar lah ruang untuk setiap kaum mencari titik persamaan. Namun ruang-ruang itu ditutup dengan istilah 'ini isu sensitif'.

-gambar hiasan-

Kewujudan beberapa gerakan yang baru yang terhasil dari asas perkauman seperti Hindraf dan Perkasa nampaknya semakin menimbulkan lebih banyak salah faham tentang pemahaman dikalangan kaum-kaum yang terlibat. Bukan semua yang di bawa Hindraf adalah suara masyarakat India dan tidak juga semua yang di perjuang Perkasa melambangkan suara orang Melayu. Tidak kira lah Melayu, Cina atau India, Sama sahaja prejudis nya. Mungkin tulisan ini adalah tulisan yang berulang-ulang. Sudah ditulis oleh penulis sebelum ini. Tapi ini lah tujuan ianya ditulis. Untuk sentiasa diperbincangkan. Jadi apa yang kita perlu ada? Macam mana mahu bagi setiap kaum faham dan hormat antara satu sama lain? Adakah konsep akomodasi seperti yang sedia di amalkan di Malaysia sudah cukup bagus? Atau mahu mengikut konsep asimilasi seperti Indonesia? atau konsep segregasi, akulturasi atau amalgamasi? Apa dia semua konsep ini?

Jadi, bagi aku, apa lah yang ada pada konsep? Ia hanya lah konsep. Percaya lah, masih ada jalan untuk kita menjadikan kehidupan berbilang kaum ini lebih menarik dan sangat memberahikan suatu hari nanti. Walaupun masalah ini belum lagi dikaitkan dengan perbezaan agama dan warna kulit. Perbezaan bahasa. Belum juga dikaitkan dengan perbezaan fahaman serta pemikiran. Lagilah rumit jika perjuangan politik yang berbeza juga menjadi garisan pemisah antara kaum. Berbeza juga penerimaan nya kepada golongan luar bandar, bandar-bandar kecil dan bandar-bandar besar. Lain pula masalah yang mereka hadapi. Masyarakat Cina dan India yang membela anjing mampu hidup dengan aman di kawasan majoritinya Melayu. Bagaimana ada sesetengah kaum boleh menerima perbezaan ini, namun sesetengahnya begitu jumud menerima keadaan ini?

-gambar hiasan-

Terima hakikat suatu hari nanti kita kena perintah Malaysia ini sama-sama. Sampai satu masa tiada sesiapa dari negara lain mahu melihat dan membantu kita. Kita yang berbilang kaum ini lah yang kena bina sama-sama tamadun ini. Adakah sebab kita terlalu mudah hidupnya sesudah merdeka? Sindiran kepada anak-anak merdeka-apa yang kita lupa nak jaga agaknya ya? Tersilap pandang kah? Atau orang-orang tua kita tidak pernah mengingatkan? Atau memang kita tidak mahu ambil tahu. Cukup duit belanja untuk makan, untuk minum, untuk tinggal, itu pun sudah cukup. Sampai bila pulak nak jadi macam itu?

Banyak lagi sebenarnya. Ini hanya lah luahan secara spontan. Datang dari dalam hati ini yang sangat sayang kan kepelbagaian ini. Namun, dikiri-kanan aku juga punya suara dan pandangan yang berbeza. Aku mengakui. Aku juga prejudis pada yang lain. Tapi, aku sedar. Aku juga masih belajar untuk menjadi lebih terbuka. Tapi usaha satu hala ini juga tidak akan membuahkan hasil jika tiada respon dari yang lain. Semoga kita semua dapat mendekati perkara ini, dan belajar menikmati kepelbagaian yang ada.InsyaALLAH.

Sekian.

Sabtu, 24 April 2010

Pilihan

-gambar hiasan-

Assalamulaikum....(25 April 2010)(Ahad). Setelah beberapa fasa dalam medan yang sangat mengelirukan telah ditempuhi... Dan kini aku mengambil keputusan untuk melepaskan semua kekeliruan itu dengan meninggalkan segala medium yang wujud dalam perjuangan tersebut.. Dengan mengambil nasihat dari insan-insan seperti basyir, ucop n momoi...hehehe... dan sekarang aku memilih untuk menjadi seperti sebelumnya....

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka carilah yang beragama, jika tidak binasalah engkau."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Masih ada masa untuk buat keputusan.. tersalah pilih maka padah lah kesannya.. Jangan tinggalkan peranan agama dalam apa juga pilihan kita di dunia.. Semoga Allah beri petunjukNya dan masuk kan kita ke dalam petunjuk tersebut.. InsyaALLAH..:)

Sekian.

Isnin, 19 April 2010

Selamat Menjawab

-gambar hiasan-

Assalamualaikum...(19 April 2010)(Isnin). Suasana Exam dah start. Kepada semua mahasiswa institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia....Aku ucapkan selamat maju jaya dalam menjawab semua paper bagi semester masing-masing..

Dengan diiringi redha Allah, doa ibu dan bapa, sokongan pensyarah serta bantuan rakan-rakan.. semoga kalian menjawabnya dengan lancar sekali.. Untuk diri aku juga.. semoga berjaya... Ayohh... bangkit kan semangat kita semua.. dalam menghadapi perjuangan ini..yeahh..!!....:)

Selamat Menjawab....!!!

Sekian.

Khamis, 15 April 2010

Susah nak paham dia

-gambar hiasan-


Assalamualaikum....(15 April 2010)(Khamis). Bukan senang nak paham dia.... Aku dah fikir macam-macam nak solve masalah nih,.. tapi memang susah la nak catch up... Langsung tak dapat baca pergerakan atau tindakan yang akan dilakukannya,.. dia memang susah nak dipahami...tension betul, sangat tension...

Kadang-kadang tuh rasa senang lagi buat lirik dari taip ayat nak hantar message kat dia... Senang lagi berbual dengan orang-orang yang aku tak suka berbual dari mencari ayat masa tengah 'gayut' dengan dia... senang lagi menghadapi tekanan test, assignment, serabut dengan study dari tekanan sebab dia tak balas massage aku...aaarrghh,..mana kamu haa??...

Aarrgghh.....!!!!.... Perjuangan ini memang susah...

Perjuangan yang memaksa aku sentiasa berfikiran positif,..bersangka baik pada dia,.. jangan mudah menyangka yang bukan-bukan...ahh...hati mana tak keruan,,...sudah tentu aku akan menerima diri dia seadanya,..dan mengharap dia menerima diri aku seadanya....

Aku yakin,..walaupun dia muncul tiba-tiba,..dan perasan aku pun bercampur baur tiba-tiba jugak,..hahaha,..mana mungkin ianya terjadi secara tiba-tiba,... tiada apa pun yang berlaku diluar kehendakNya.. Ya Allah, jika dia lah jodoh aku,.. Semoga Allah permudahkan jalan kami,.. ke jalan yang lebih diredhainya...insyaAllah...:)

Sekian.

Khamis, 8 April 2010

Soalnya Hati

-gambar hiasan-

Assalamualaikum....(Khamis)(8 April 2010)...fuhh,...bukanlah sebelum ni tak pernah rasa.. standard la kan, memang mane-mane orang pun rasa, tak banyak pun sikit,.. tapi kali ni rasa dia lain macam sikit.. apa yang lain nye weh...??...haha..

Apa kata Hati..??..

Kisah yang bermula dari dalam suasana yang tak disangka-sangka.. yang buat aku rasa sangat susah nak menyerapi dan menjiwai setiap kata hati aku.. mungkin tak kena time....

Memang bosan apabila hati jadi watak utama.. sebab kalau hati sudah mula di guna pakai.. dibelai-belai, diganggu-ganggu, disapa-sapa... walau dalam keadaan yang disengajakan atau pun tidak,.. dalam keadaan yang disedari ataupun tidak,.. Maka, akhirnya krisis perasaan pun mula berlaku,...

fuuhh.....pada masa tuh,...nak buat keje apa pun tak dapat.. Nak buat apa pun semua tak kena... tak jadi... semangat pun semakin lama semakin layu dan akhirnya menjadi semakin kreatif untuk ke arah lebih emosi .... dan akan menjadi sangat emosi....aarrgghh..!!...

Ahh... rasional la sikit.... fikir positif..
urm,..baeklah!... cakap memang senang...hahaha...

Perasaan yang Allah swt kurniakan untuk manusiaa...
Hanya kepadaNya tempat kita memohon pertolongan [Surah Al-Fatihah]..

Semoga hati ini dapat difahami...InsyaALLAH...~

~~
sekian.

Jumaat, 2 April 2010

Peduli kan sahaja

-gambar hiasan-

Assalamualaikum...(3 April 2010)(Sabtu).. Peduli kan mereka. kenapa nak ambil hati dengan kata-kata mereka. Siapa mereka pada engkau.. Mulut orang.. Memang tak boleh nak tutup.. Tak ada harga pun.. Biar kan aje la.. Lama-lama hilang la tuh..

Tapi aku risau pandangan mereka terhadap aku...

Hey!...peduli apa dengan pandangan diorang terhadap engkau...!!

Bukan kah engkau rasa engkau dah buat dengan betul.. Cara engkau.. Engkau gembira bukan??.. Kalau betul mereka kawan-kawan engkau,.. sepatutnya mereka terima engkau dengan hati yang terbuka... bukan suka cakap belakang...

Ahh...tak kan aku nak malukan diri aku sendiri...aku malu pada mereka..

Hissh...engkau nih...!!..Engkau masih nak ambil tahu apa pandangan mereka terhadap engkau... Sungguh aku tak faham... Kalau Engkau terus begini.. Sampai bila-bila engkau tak akan jadi diri sendiri.. Kerana engkau asyik memikirkan untuk menjadi manusia seperti yang mereka mahu,... Bukan seperti yang engkau mahu...Suka hati engkau la...!!...

Sekian.