Selasa, 27 April 2010

Apa kaum kamu?

-gambar hiasan-

Assalamualaikum....(27 April 2010)(Selasa). Perbincangan ni memang tak akan punya penamat sampai bila-bila, selagi Malaysia ini masih sebuah negara, tetapi ianya masih diperlukan, masih tetap perlu di perbincangkan. Ada yang kata isu ini sensitif. Iya kah?- bagi aku tidak!. Bah kan ianya suatu keperluan kepada setiap lapisan masyarakat di Malaysia jika ingin melihat Malaysia ini terus aman dan bergerak maju kehadapan. Kenapa boleh jadi macam itu?

Baiklah.

Pluralisme budaya bukan fenomena baru bagi masyarakat di Malaysia. Jika konsep 1-Malaysia (satu Malaysia) itu tidak wujud pun, kaum di Malaysia memang sudah lama bersedia untuk hidup bersama. Sikap prejudis memang tetap ada, dan adakalanya menebal mengikut suasana tempat lahir masing-masing. Bukan setakat antara kaum sahaja yang berbeza, berlaku juga di dalam kaum yang sama, cuma berbeza asal dan tempat lahirnya, berbeza loghat-nya atau berbeza budaya nya.

Di semenanjung, yang berbeza itu kelihatan hanya dari kaum Melayu, Cina dan India. Jika di Sabah dan Sarawak itu, mereka mungkin lebih selalu didengar dengan gelaran bumiputera walaupun hakikatnya dari sana lebih banyak kaum yang wujud dan yang membesar.Apabila setiap kaum itu punya ruang untuk menyatakan ketidak puasan hati, untuk menyatakan cadangan, untuk menyatakan apa sahaja yang tersirat, maka, lebih besar lah ruang untuk setiap kaum mencari titik persamaan. Namun ruang-ruang itu ditutup dengan istilah 'ini isu sensitif'.

-gambar hiasan-

Kewujudan beberapa gerakan yang baru yang terhasil dari asas perkauman seperti Hindraf dan Perkasa nampaknya semakin menimbulkan lebih banyak salah faham tentang pemahaman dikalangan kaum-kaum yang terlibat. Bukan semua yang di bawa Hindraf adalah suara masyarakat India dan tidak juga semua yang di perjuang Perkasa melambangkan suara orang Melayu. Tidak kira lah Melayu, Cina atau India, Sama sahaja prejudis nya. Mungkin tulisan ini adalah tulisan yang berulang-ulang. Sudah ditulis oleh penulis sebelum ini. Tapi ini lah tujuan ianya ditulis. Untuk sentiasa diperbincangkan. Jadi apa yang kita perlu ada? Macam mana mahu bagi setiap kaum faham dan hormat antara satu sama lain? Adakah konsep akomodasi seperti yang sedia di amalkan di Malaysia sudah cukup bagus? Atau mahu mengikut konsep asimilasi seperti Indonesia? atau konsep segregasi, akulturasi atau amalgamasi? Apa dia semua konsep ini?

Jadi, bagi aku, apa lah yang ada pada konsep? Ia hanya lah konsep. Percaya lah, masih ada jalan untuk kita menjadikan kehidupan berbilang kaum ini lebih menarik dan sangat memberahikan suatu hari nanti. Walaupun masalah ini belum lagi dikaitkan dengan perbezaan agama dan warna kulit. Perbezaan bahasa. Belum juga dikaitkan dengan perbezaan fahaman serta pemikiran. Lagilah rumit jika perjuangan politik yang berbeza juga menjadi garisan pemisah antara kaum. Berbeza juga penerimaan nya kepada golongan luar bandar, bandar-bandar kecil dan bandar-bandar besar. Lain pula masalah yang mereka hadapi. Masyarakat Cina dan India yang membela anjing mampu hidup dengan aman di kawasan majoritinya Melayu. Bagaimana ada sesetengah kaum boleh menerima perbezaan ini, namun sesetengahnya begitu jumud menerima keadaan ini?

-gambar hiasan-

Terima hakikat suatu hari nanti kita kena perintah Malaysia ini sama-sama. Sampai satu masa tiada sesiapa dari negara lain mahu melihat dan membantu kita. Kita yang berbilang kaum ini lah yang kena bina sama-sama tamadun ini. Adakah sebab kita terlalu mudah hidupnya sesudah merdeka? Sindiran kepada anak-anak merdeka-apa yang kita lupa nak jaga agaknya ya? Tersilap pandang kah? Atau orang-orang tua kita tidak pernah mengingatkan? Atau memang kita tidak mahu ambil tahu. Cukup duit belanja untuk makan, untuk minum, untuk tinggal, itu pun sudah cukup. Sampai bila pulak nak jadi macam itu?

Banyak lagi sebenarnya. Ini hanya lah luahan secara spontan. Datang dari dalam hati ini yang sangat sayang kan kepelbagaian ini. Namun, dikiri-kanan aku juga punya suara dan pandangan yang berbeza. Aku mengakui. Aku juga prejudis pada yang lain. Tapi, aku sedar. Aku juga masih belajar untuk menjadi lebih terbuka. Tapi usaha satu hala ini juga tidak akan membuahkan hasil jika tiada respon dari yang lain. Semoga kita semua dapat mendekati perkara ini, dan belajar menikmati kepelbagaian yang ada.InsyaALLAH.

Sekian.

11 ulasan:

Holden Caulfield berkata...

Aku manusia.
Tak suka dilabel Melayu,rakyat Malaysia,rakyat Selangor,berloghat Jawa dan apa sahaja yang nko nak label.

Homo Sapiens,human beings.
Simple.

Daud Mili berkata...

bukan kah 'simple' itu juga salah satu 'label'??... kebanyakan orang terperangkap untuk menjadi lebih cool dari yang lain,.. tapi akhirnya membentuk satu bentuk masyarakat lain yang bergelar 'cool' juga, yang punya budaya sendiri, pandangan sendiri, walaupun ianya belum boleh dipanggil sebagai ras...:)

shinawawa eyenie berkata...

kamu melayu...

Daud Mili berkata...

shinawawa eyenie:

iya. kaum nya melayu. bangsanya malaya.

Frodo Baggins berkata...

kesimpulannya ~ wa melayu! hahaha
tiada sorang pun yg berhati batu, xder sedikit rasa cinta dlm hatinya pada negara. x banyak, sikit pasti ada terselit.


>>___<<

Daud Mili berkata...

Frodo Baggins:

ya. memang cinta pada tanah air itu tetap ada. kerana di sini mereka lahir.. namun, apa pula yang berlaku kepada pencinta-cinta negara nih.?... jika masih ditanam dalam hati mereka sikap bersangka buruk atau prejudis terhadap rakyat sendiri.. mari kita buang.. walau sedikit yang kita berjaya buang.... tapi buang tetap harus dibuang.. sama-sama impikan negara yang rakyatnya tidak bersa janggal dengan perbezaan ras-ras yang ada...insyaALLAH.:)

Tanpa Nama berkata...

mcm ne nk membentuk satu bangsa yang unik dan berbilang kaum...
jika tangan2 yg membentuk gagal..
jika kita bercakap dalam bahasa yang berbeza..
jika kita takut untuk bedepan dengan masyarakat lain.. jika kita takut dan x percaya...

Daud Mili berkata...

Tanpa Nama:

bahasa. memang masalah jugak. tapi rasa macam boleh settel jek. menjadikan bahasa sebagai alasan yang menghalang perpaduan mungkin sudah tidak relevan kerna banyak lagi masalah lain yang menjadi punca atau jurang besar antara kaum...sebab sesama bangsa pun, yang sama bahasa, belum tentu dapat bersatu...

ada juga kes yang melebihkan kaum sendiri dari kaum lain,..bukan setakat antara kaum... terjadi juga dikalangan kaum itu sendiri.. contoh macam orang kelantan yang memegang kata-kata 'SEK KITO' = 'orang kita' ....

urmmm..memang masih banyak yang kita kena tinggalkan... insyaALLAH...:)

muzikri berkata...

arghhh,
kaum bkn ade pape pun,
stil klu kte nk miskin,miskin gak
nk kya,kya gak...
yang pasti,semua kaum majoriti tertindas,
ble kau x dpt hak ko yg sepatutnya,
kesihatan,pelajaran,tempat tinggal,
kaum nie satu ilusi untuk buta ko leka,
klu dri segi islamnya,
pengkelasan ikut kaum tu sendiri dh salah,
ade hadis sahih,nabi bersabda,
sape yg perjuang atas nama kabilah,bkn dari golongan ak...

Daud Mili berkata...

baiklah..orang macam ngko zikri faham perkara ini... so, tak ada masalah kan??.. bagaimana dengan orang lain??.. depa semua yang kat luar, bangsa '1-Malaysia' tuh paham ker menda alah ni semua.. bagi mereka, kaum itu masih berbeza.. sebab mereka dah di ajar, dan di tepukan dengan jurang perbezaan kaum nih... jelas sekali politik mereka sehingga kini masih kekal politik perkauman... haha..untuk sedarkan mereka mungkin lain bahasa-nya.. dan tulisan ini adalah salah satu cubaan sahaja.. itu pun kalau la berjaya...haha.. masing-masing tetap akan mempertahankan ketuanan masing2... tiada yang akan berubah... kecuali jika mereka benar2 sedar...:)

yassir berkata...

“Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama Islam) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”(Surah Ali-‘Imran[3:103])

jauhilah seruan asobiyah, kembalilah kepada Islam