Rabu, 4 November 2009

Apa lagi selepas ini..??...




Assalamualaikum,...5 November 2009(Khamis).. Alhamdulilah, paper dah abis, punya lah kuat penangan exam kali nih sebab dua subject yang agak 'susah' bagi aku telah dihimpunkan selama dua hari tanpa gap...So, kelam kabut nak study yang mana satu..sampai migrain aku datang balik,...punya lah tertekan..teringat zaman semester awal degree dulu, semester tu pun boleh tahan 'berat' sampai aku failed satu paper,..time tuh memang pikir nak keje je,..tak nak study dah,..hehehe..tapi last2, memang kena layan jugak susah senang masa belajar nih...memang tak dapat dah 'suasana' ni sampai bila-bila..Apa-apa pun tunggu result aje la..redha..

Selepas aku menulis mengenai FORUM ORANG MUDA yang aku hadiri di ibu negara bulan lalu, nampaknya tajuk tersebut mendapat perhatian sesetengah individu dan pihak.Ada yang bersetuju dan yang tidak, samada mengenai matlamat Forum tersebut atau pendapat-pendapat mereka yang memberi komen, dari orang yang aku kenali hingga yang tak kenal langsung, aku amat baru dalam bidang ini, jadi aku tidak mahu mengulas lebih, biar perkara ini diulas bersama mereka yang benar-benar ingin tahu sahaja..


Hari terakhir paper aku (hydraulics structure), Malaysia dikejutkan dengan penahanan Dr Asri Zainul Abidin.. Aku kenal dia dan rakan-rakan seperjuangan dakwahnya kerana aku suka mengikuti kuliah mereka sama ada secara dekat ataupun melalui rakaman. Tulisan-tulisan nya aku baca demi mencari satu sudut pandangan yang lebih terbuka dalam isu Agama. Fitnah yang dilemparkan terhadapnya amat besar.Aku tak nak cerita dalam ni sebab semua orang tahu. Semoga Dr bersabar, kejadian ini berlaku telah menjadi asbab untuk orang yang tidak mengenalinya untuk mula mendekatinya..

Apa aku boleh huraikan untuk semster ni, semester ni aku agak gembira kerana aku ditemukan dengan pensyarah-pensyarah yang amat baik dan sporting2...Bermula dengan Professor Dr Nasir, pakar matematik yang lahir pada bulan 9, setiap kali kuliah ilmu hisabnya, dia mesti menyelitkan cerita dan pengalamannya ketika dia study di US atau cerita-cerita semasa dengan nada yang lucu.Cerita terakhir untuk kuliah terakhirnya adalah mengenai pokok mangga epal yang berbuah lebat dirumahnya, ada seorang lelaki call dia masa dia tengah mengajar kitorang untuk meminta kebenaran mengambil sedikit buah magga itu untuk dibuat rojak, tapi disebabkan dia ni Dr Nasir, cerita itu menjadi sangat complicated dan tak tahu la orang tadi tu jadi ambik ke tak...hahaha,...siap suruh amik satu plastik jusco jek..hahaha... Dia nih memang lawak. Dan dia nih memang istimewa. Aku tak kan mudah untuk melupakannya.



En Fauzi

Kemudian aku dapat pensyarah fluid, En Fauzi, dia nih fan Man Utd macam aku jugak, dia ni pada awalnya memang macam tak suka tersenyum, serius jek, tapi bila dah tengah semester...jeng jeng jeng...fun gak orang nya..dia nih jenis yang suka bagi contoh soalan dalam kelas, so, memudahkan sedikit kerja-kerja student pemalas macam aku supaya tak perlu membuka buku rujukan yang lain. Dia ni pun ada cerita jugak, cerita pasal adik dia yang 'berjaya dalam hidup'..adik dia ni dulunya seorang yang agak 'nakal'..kalau dilihat memang tak kan kemana la..tapi sebelum SPM adik dia berubah menjadi orang yang lebih berguna dan akhirnya menjadi salah seorang pelajar terbaik SPM ketika itu...Sekarang adik dia kat oversea kalau tak silap..dia betul-bangga dengan adik dia sehingga dia sendiri menjadikan adik dia tuh idola dia...En Fauzi kata , "Apa pun kita nak, kalau kita buat sungguh-sungguh, kita mesti dapat kecapinya.."...



En. Hamidon

Dan lagi sorang pensyarah kesayangan pelajar-pelajar perempuan kelas aku, Prof Madya Hamidon Ahmad, dia ni memang macho dan ala-ala romantik macam tuh. hahaha...Jarang student panggil dia ni Prof, ramai panggil encik je, sebab apa tak tau, mungkin dia lebih selesa macam tu,aku sukakan dia ni, cuma cara dia ajar tuh macam biasa la, kalau dah Prof Madya, tulis sikit-sikit jek kat white board..dan paling best masa test dia buat open book, so, toyol-toyol kitorang tak yah la sorok dalam poket lagi,..letak tas meja jek..tebal lagi tu..tapi test tak dapat full mark jugak...hehe..En Hamidon, Bila nak boling lagi...??...hahah...

Kemudian aku ada Prof Madya Fozi Ali mengajar aku Research Methodology dan Frau Yus mengajar aku Bahasa German.Dua-dua ni pun best gak,..cuma masa aku dengan diorang agak kurang sebab jumpa diorang sekali seminggu jek..heheh..


Sekarang aku dah cuti, aku dah lama cadang nak pusing satu Malaysia nak tengok tempat orang.Kalau ikut kan plan, semua berjalan dengan lancar.. Tapi itu pun kalau keadaan membenarkan. Sebab cuti nih la masa yang sesuai aku luang masa untuk Mak & Ayah kat rumah, asyik 'keluar' aje kan...Tengok la nanti macam mane..Urmm,...Setiap hari, banyak benda berlaku kat sekeliling kita. Tapi tak semua kita boleh jadikannya bahan bual bicara dan ada kala buat kita runsing dengan memikirkan perkara itu, adakala buat kita tersenyum sendirian..Ada yang remeh-temeh, ada pula yang penting tapi takda yang amik tahu sangat... Setiap detik aku terfikir...Apa lagi selepas ni???...hehe.err..sekian:)


............

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setiap hari mcm2 leh blaku dn terjadi..so,mcm2 lg bende menarik,sedih,kecewa,gembira dn sbgainya akn dilalui selagi diri msih bnafas...y blalu menjd kenangan indah biarpun kkdng kenangan tu terasa pahit masa kite tempuhinya..tu istimewanya kenangan..=)kn daud..ni aku,basyir,mls log in..hehe

Daud Mili berkata...

ngko nih....bukan susah pun nak log in...hehe..masa-masa ini yang akan kita ingat nanti...so, nikmatilah sebaiknya....~~

chah~ berkata...

best nye paper da abis.. aku lak, satu paper pn blom stat. tensen2..

Kakcik Seroja berkata...

Nak bercuti ke mana tu?? Walau di manapun, didoakan agar selamat. Jangan suka-suka mandi kat air terjun, jangan suka2 goyang jambatan gantung tauuuuuuuu.......

Tanpa Nama berkata...

waaa!! suda cuti.. rs cam dapat nyawa semula..

kan..??

hee..

Bulan Dilangit Osaka Biru berkata...

mesti lectre tu sayu+teharu bila bace entry ni

Anonymous berkata...

great story bout our beloved lecturers. hope next sem dpt lg lecturer2 cam ni kan? seriously i'm enjoyed dis sem with our classmates.

tnggu post entry aku pasal korg suma + lecturer2 lak. aku br cdg nk wat. tp ko da buat dulu. hehe.

take care time cuti nnt ye. jgn lupa kami semua.

next sem ice skating lak tau. heheh

Daud Mili berkata...

chah; ala relax arr...semuanya akan berakhir jugak...:)

kakcik; thanx...dah penah naik dah jambatan gantung...xbrani dah...~

Nini; betul2...memang 'free' giler...!

Bulan; harap-harap diorang baca..~

Aina belle; enjoy jgk la....tapi sem depan harap2 buat sessi bergambar untuk kelas kita tau...bila lagi nak buat...!

Unknown berkata...

huhuuh
awal nyer abis exam....

Daud Mili berkata...

tengku_fir21; sem ni aku amik 3 paper jek....tiga2 tu pulak rapat dan dua daripadanya xder gap...abis cepat tu memang cepat...tapi takut xdapat skor je...hahaha:)

usop_zali berkata...

kami bangga menjadi ahli kelas group B....bak kata dr.nasir, B untuk????haha...aku bertuah utk mngenali korang smua....

Daud Mili berkata...

ucop; setiap semester ada perkara menarik untuk dikongsi..sekarang kita tinggal dua lagi semester...gunakan sebaiknya untuk meraikan zaman bergelar mahasiswa...yeaahh...!!!

Anonymous berkata...

Ucop- B- untuk BALQIS. hhehehe. aku pon rasa sgt bertuah dpt kenal korg suma :)

daud- kerja ko nk bergmbar je ek. ha3. next sem or sem 8 la amek gmbar.

Daud Mili berkata...

aina; xnak xper, aku ingatkan aje...semua mesti berfikir benda yang sama....maksud aku, gambar berbayar yang kat tgh2 bgunan faculti kita tuh...

Anonymous berkata...

nak aje. tp kena ada org urus kan la. ko uruskan. oke? bila lg ko nk tnjuk kan kebolehan uruskan benda2 ni suma. :)

usop_zali berkata...

mmg aku plan cm2 pn....nk jd kan daud sbg class rep kita sem dpn...group B perlu kan icon high school seperti DAUD MILI...undi lah daud!!!!berkebolehan dlm segala bidang....

Cik Cookie berkata...

feeling nyayi lagu tamil ngn lecturer kamu.
kim slam laa wehh..

Daud Mili berkata...

cik cokie; lagu tamil?...hahaha...

aina & ucop ; kenapa perlu kelas rep??...macam nih kan ok?....aku boleh handle,...don't worry...

eza2odette berkata...

saya suka open book test. tapi polik..tapenah fullmark. ntah jawapan jenis apa dapat memenuhi kehendak elcturer akn? papepon slmat maju jaya (^^)

Daud Mili berkata...

bila dah open book...soalan dia macam pening ckit....hehee

usop_zali berkata...

tp jgn t'kjut cik eza2odette yg daud dpt fullmark kt kedua2 test open book hydraulic structure...beliau antara calon2 potential yg dpt A dlm sbject ni...berikan tepukan gemuruh!!!

Daud Mili berkata...

usop zali; sape yang top 5 dalam kelas???...semestinya ucop si anak emas lecturer kami...~

Mybabah berkata...

Zaman babah belajar macam Daud dah lama berlalu. Setakat master je(econometric). Dalam masa belajar turun padang, tumpang tangani isu kerajaan (?). Skrg dah tua. Bagi anak muda spt Daud utk luah perasaan (sama ada dlm tulisan atau turun secara fizikal). TETAPI apabila ulama dah kena yang mcm apa yang berlaku baru-baru ini, silap-silap babah menyinsing lengan semula... Semoga Daud dpt result cemerlang dlm exam.

Daud Mili berkata...

babah; zaman sekarang lagi teruk... ulama yang hak selalu di nafikan... kalau dilihat pada peranan Jabatan Agama Islam...fuh,...amat menyedihkan... macam ni aje la yang mampu, menulis dan kadang2 turun jugak, tapi agak terbatas sebab daud masih student..kadang2 risau dgn masa depan kalau jadi apa2..macam babah, yang terus menerus memelihara bahasa kita,..harap2 suatu hari, ada usaha yang lebih besar dalam meneruskan perjuangan babah tu...yeahh..!!..:)

basyir berkata...

aznil,sy yakin dgn lirik ni..sy kunci lirik ni!!hahaha..aku sokong daud jd kelas rep sem dpn..!!

Daud Mili berkata...

ngko pun sama basyir???...adusss...~