Sabtu, 24 Oktober 2009

FORUM ORANG MUDA

Assalamualaikum...24 Oktober 2009(Sabtu).Hari ni aku ke Kuala Lumpur bertujuan untuk berjumpa kawan lamaku Reza, dan menghadiri satu Forum yang aku tertarik akan tajuknya. Dan yang penting ianya melibatkan isu-isu yang aku sendiri mengkajinya..ini laporan ringkasnya:

.....................................................................................

Tajuk forum:

ETNIK, AGAMA DAN RAJA : KESANNYA TERHADAP PERKEMBANGAN DEMOKRASI DI MALAYSIA...APA KATA ORANG MUDA?


Tarikh : 24 oktober 209 (sabtu)
Masa : 2.30 ptg- 5.00 ptg
Tempat : KL & Selangor Chinese Assembly Hall
Anjuran : GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd

Pendapat orang muda jarang mendapat tempat. Pandangan orang muda sukar mendapat ruang. Suara orang muda kurang pula diberi peluang. Forum perbincangan ini membarikan beberapa orang tokoh muda dari pelbagai latar belakang sebagai panelis untuk berbincang dan menyuarakan fikiran mereka tentang persoalan-persoalan "panas" yang telah dan sedang melanda tanah air kita dewasa ini.

Apa pendapat orang muda tentang soal etnik, agama, Raja, dan kesannya terhadap perkembangan demokrasi dinegara in? Adakah kesannya negatif atau positif? menghalang atau membantu didalam proses pendemokrasian negara? Apa kata orang muda? Apa analisa orang muda? Apa suara orang muda?

Sekitar Forum:

Panelis



Fahmi Reza, Aktivis dan Pembikin filem dokumentari sosial & politik



Lee Kai Loon, Pengasas dan Anggota Sekretariat Youth For Change (Y4C)



(panel yang duduk)
Shazni Munir Mohd Ithnin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)


Mohd Hariszuan Jaharudin, Ketua Biro Majlis Diskusi dan Dialog Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Penulis di ruang wacana bebas blog Diskopi


Komentar Jemputan: Tukar Tiub a.k.a Hishamuddin Rais


Apa yang menarik minat aku adalah didalam dewan kecil ini, segala isu sensitif di kemukakan tanpa segan silu, tanpa rasa takut akan tersinggung nya bangsa atau agama lain, semuanya dibuka satu-persatu untuk diperbincangkan kerana forum ini menekankan perbincangan ilmiah yang santai.Ini membuatkan aku teruja dari masa semasa mendengar cerita sebenar dari mulut orang-orang bukan melayu mengenai apakah isu-isu yang sering hanya melayu memperbincangkannya.


Fahmi Reza

Fahmi Reza, lebih bercerita mengenai sejarah institusi diRaja, dimana satu persatu asal-usul golongan elit dan kaya raya ini dibongkar.Fahmi Reza menekan bahawa Raja terlalu kurang berperanan kerana dalam erti kata lain, rakyat harus patuh kepada Raja, kepentingan Raja adalah kepentingan rakyat. Dimana Tuan=Raja, dan Rakyat=orang biasa. Konsep ini telah melanggar etika sesebuah negara yang pemerintahnya dipilih rakyat. Dan dia menyindir sinis akan Malaysia kerana mempunyai 9 orang Raja.Aku amat bersetuju dengan dia.

Pada mula nya ada meja ditengah-tengah, tetapi disebabkan ramai yang hadir, meja diketepikan.

Lee Kai Loon, panel ini lebih kearah isu-isu semasa dan mahukan kita bersikap terbuka keatas perkara-perkara sensitif. Dia adalah satu-satu panel berbangsa Malaysia berketurunan Cina...chewah...

Shazni Munir, seorang yang pandai berbahasa. Dia menyindir kuat orang Melayu yang sangat 'Melayu'..Dia amat tegas menafikan istilah 'Malaysia milik Melayu sahaja',Aku tertarik dengan soalannya kepada sidang hadirin(soalan ni dituju kepada orang melayu);

"Adakah terfikir akan orang bukan Melayu, yakni Cina atau India, mereka akan kembali kenegara Cina atau India,...Tidak, Tidak sama sekali,..Malaysia inilah negara mereka..."




Hariszuan

Hariszuan, dia nih menceritakan tentang kotak-kotak dan tembok-tembok yang selalu memisahkan kita bangsa-bangsa di Malaysia.Dia melihat dari sudut dimana sekolah jenis kebangsaaan harus dimansuhkan supaya berlainan bangsa boleh bercampur.Bukan itu sahaja, persatuan-persatuan besar juga harus membabitkan semua kaum.

Hishamudin Rais, si tua berjiwa muda

Hishamudin Rais, bekas tahanan ISA, dulu aku dengar cerita pasal dia buruk-buruk je, tapi bila dah dengar dia berkata-kata, rupanya dia seorang yang sangat terbuka dan berpandangan jauh.Dia gembira dengan jumlah kehadiran dan sedih sebab tak dapat buat di tempat yang lebih besar..

Bahagian yang aku paling minat adalah bahagian soal jawab setelah kelima-lima panel bersuara...Bahagian ni sangat rancak, bising dan menarik.Kebanyakan orang mahu bersuara. Kadang-kadang tegang, kadang-kadang riuh dengan gelak tawa.Orang Melayu, Cina & India bangun bersuara tentang isu-isu hangat terutamnya perkauman.Dan mereka nampak gembira dengan sessi ini termasuklah aku..Gembira dengan bangsa Malaysia..

Mark, wakil dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)


Syuhada, bangkit memberi pendapat..
(muka macam blogger jek, aku xingat yang mane..hehe)


Brother nih aktive jek bersuara dalam forum nih, tak ingat la nama dia..


Ravi memberi pendapat


Brother ni seorang peguam, dia sangat gembira forum ni diwujudkan


Ini pun tak ingat nama dia, tapi dia juga memberi pendapat & soalan kepada Panelis


Ini Ong, atau dipanggil Pak Ong, dia sukakan forum ini, dan dia tak puas hati kerana forum ini masih tidak terlalu sensitif, dia mahu isu yang betul-betul sensitif...


Ini juga ahli Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) , memberi soalan dan pendapat


Sebahagian hadirin dari pelbagai umur dan bangsa


Hahaha...Isu dia panjang lebar...ini jek aku sempat nak type, kalau nak tau lagi, tak silap aku ader rakaman masa tuh..tak sempat la pulak nak kenal jurukamera tuh..hehe....Komen aku, isu perkauman ni bukan la isu yang sensitif sangat, sebab isu ni isu yang amat penting kat Malaysia, kalau kita tak pernah nak bincang..Sampai bila kita nak simpan?...kan?...err..sekian.

70 ulasan:

h.a.n berkata...

0o0o0o..
kamu sgt rajin..
terasa ingin berada disitu,,
dan..
fahmi reza..sgt comel~~;)

BuLaN iTu aKu berkata...

hurmm
semangat yang sememang nya patut disanjungi...

Cik Cookie berkata...

forum?
serious sgt ssh nak join tapi sekali join kerusi leh jd panas.

Daud Mili berkata...

h.a.n :

kalau dah minat,...memang rajin jek..~,..hehe..

bulan:

betul2...buang semua sangka buruk...mengapa kita mahu berbeza?..

cik cookie:

haha,...mesti kaki debat nih..!!

miss BazLa' berkata...

macam meriah je forum ni..x masukkan dalam youtube ke? boleh dengar siket kehangatannya..heheh

salam

Daud Mili berkata...

miss BazLa' :

aku xder buat rakaman la....tapi memang ader orang amik video masa tuh...xpasti la..

amoy berkata...

mcm terlalu dewasa utk ber pndapat ;)

Daud Mili berkata...

terlalu dewasa?

Tanpa Nama berkata...

saje nak tambah komen jugak..

bukan Pak Ong la, tapi Pak Chong.sebenarnya dia la yang organize forum tu.dia bos gerakbudaya.

brader yang lawyer tu sebenarnya dia lah mamat yang pro-ISA itu ari(yang duduk sorang-sorang kat CM masa demo anti-ISA 1 Ogos dulu, kalau korang ingat le).tapi takpe pasal dia takde nak kecoh pulak semalam.siap sokong lagi forum ni..

tapi masa fahmi reza kata syariah law tak perlu ada kat malaysia, mamat ni muka bengkek je(aku duduk sebelah dia) pasal dia lawyer syariah le.

Daud Mili berkata...

Pak Chong ke?...oh...tak igat la soryy..patut macam penah tgk jek brother tuh..hahaha...siapakah anda yang menulis wahai TANPA NAMA??...

basyir berkata...

bagus jugak adekan forum2 ni...ni kan negara demokrasi...suara setiap lapisan masyarakat perlu didengarkan dan jua diketengah kan...pape pun dalam sesebuah negara,pemimpin adalah yg paling utama,dia manusia namun dia telah terpilih untuk jd pemimipin kerana mempunyai kriteria yg terbaik sebagai pemimpin...perlu pada sokongan dan paling penting pergantungannya dengan Allah...kita manusia sebagai pelakonnya dan yg menentukan segala2nya adalah ALLAH...ambil lah islam kerana islam itu syumul sepertimana zaman Rasulullah yg berjaya membina tamadun walaupun rakyatnya mempunyai pelbagai kaum,bangsa dan agama....

Daud Mili berkata...

basyir, aku nak ajak ngko cadang nya,...tapi tak sempat nak bgtau...apa pun forum nih kurang menekankan agama, ianya lebih kepada penyatuan bangsa2 di Malaysia, seperti kata Hishamudin Rais..."

Agama hanya ada dua, agama ngkau dan agama aku"

aku tak bersetuju sangat, tapi itulah misi gerakan ini, sedang seperti kata Fahmi Reza...dia berpendapat syariah law itu tidak perlu..aku jgk tak bersetuju...tapi itu pendapat dia...dewan kecil ini membebas orang untuk bersuara...bila kita dapat bersuara, kita jadi lega....yeah..!!

Fahmi Reza berkata...

Dalam sebuah negara demokrasi kita terpaksa bersifat terbuka untuk mendengar pendapat yang berbeza dari kita.

Kita jugak perlu bersifat terbuka untuk mendengar dan memberi ruang kepada pendapat yang bercanggah dengan kita.

Kerana hanya melalui pertukaran pendapat, pertembungan idea dan dialog yang bebas dan rasional baru kita boleh belajar memahami satu sama lain.

Masalah selalu muncul bila tiada dialog. Bila ruang pertukaran idea disekat. Bila kita disensor dari mengemukakan pendapat kita kerana ianya "isu sensitif".

Tiada sebarang isu yang sensitif. Semua isu patut didebatkan. Inilah intipati demokrasi.

Aku tahu memang banyak orang yang tak setuju dengan banyak pendapat aku dalam forum hari tu...

Cuma masalahnya tak banyak masa untuk semua yang hadir berpeluang bercakap. Dan mungkin salah aku jugak sebab terlalu banyak bercakap. :)

Jadi aku minat nak tahu, kalau boleh nak minta kamu kongsi pasal pendapat2 aku yang kamu tak setuju.

bspotgurl berkata...

Tabik pada ANDA

Fahmi Reza berkata...

Basyir, aku tak setuju dengan pendapat kamu.

Dalam sebuah negara demokrasi, bukan pemimpn yang paling utama, tapi rakyat biasa macam kau dan aku lah yang paling utama.

Pemimpin hanya berfungsi sebagai penyelaras, bukan pemerintah. To manage, and not to rule. Sebab yang memerintah ialah kita, rakyat. Pemimpin hanya bertugas untuk memastikan kepentingan rakyat terpelihara.

Bagi aku, kriteria terbaik untuk seorang pemimpin ialah seseorang yang mengabdikan dirinya untuk kepentingan masyarakat semua lapisan tanpa kira kaum, agama, jantina, umur, kelas dan ideologi, dan bukannya memimpin untuk kepentingan peribadi.

muzikri berkata...

salam....oit......ni ak yg jmpa ko kat kl sentral,bdk uitm gak....haha......trjumpa blog ko......haha.....neway..gud luck ar final........haha....

Daud Mili berkata...

bspotgurl:

tabik kepada semua pemikir...!!

Fahmi Reza:

Camne ngko bleh jumpa blog aku nih?...haha...Tahniah kepada engkau sebab berani menyuarakan kebenaran...!!!...Tapi enkau terlalu banyak bercakap...Aku boleh berkongsi apa-apa pendapat pun...Cuma pendapat engkau mengenai sekolah jenis kebangsaan boleh terus diamalkan, aku tak berapa nampak..aku setuju dengan budak-budak dari KAMI, pendapat diorang supaya semua kaum dididik dari kecil untuk bergaul bersama-sama, seperti di sekolah kebangsaan sedia ada, sekolah jenis kebangsaan hanya akan memisahkan lagi kaum-kaum nih.... Lagipun kalau hanya mereka mahu belajar bahasa ibunda, tak salah kalau dibuka bahasa tambahan sebagai elektif di sekolah kebangsaan, bukan setakat bukan melayu aje, melayu pun boleh belajar sama,... Banyak jugak sebenarnya, tapi aku nak bukak lagi satu point jek, aku pun tak bersetuju dengan Raja-Raja kita sekarang..Tapi, kalau Raja-Raja ini tak ada, what happen aaa??...Mereka penting dalam satu ketika, dan nothing pada satu ketika yang lain, Jadi, system apa yang kita nak ubah?..aku tak nampak sangat kat situ...

Daud Mili berkata...

muzikri :

haha...aku ingat ngko...good luck jgk ar...

basyir berkata...

tp yela zaman sekarang dah susah nk cari pemimpin yg mempunyai sifat2 sebagai pemimpin...kita sebuah negara islam tp x amik islam secara menyeluruh...itu maslah dia,pemimpin yg dipilih pulak bukan kerana kepimpinan tp disebabkan oleh perkara2 yg lain...kalo kita tgk zaman pemerintahan khulafa ar rasyidin...mereka berkorban untuk rakyat,sepertiman khalifah umar yg hanya tidur di bawah pohon tamar dan beralaskan pelepah tamar,bukan rumah besar yg selesa...org2 bukan islam juga mengiktiraf Rasulullah sebgai seorg pemimpin yg agung...kita dah ade role model pemimpin tp x nk ikut..kesannya,pemimpin yg ada x dpt mmbela rakyat sbb x sanggup berkorban...=)

diskopi berkata...

Tq sebab datang program dan menghebah2kannya..

mengapa perlu ada satu sekolah? ini berdasarkan pengalaman peribadi aku. aku g kolej new era di kajang, tapi haram sorang pon budak Cina yang aku tegur tak bleh berbahasa Melayu (ni bukan berbahasa melayu dgn fasih). Omputih pun terabur jgak, jd mcmane nk brhubung? nak kenal? nak rayakan perbezaan? nak rayakan apa klw masing2 duduk dlm kotak masing2?

cuba ko ingat, ade ke waktu raya (tak kesah r raya haji k, deepavali k, pryaan bukan kmerdekaan k) yg semua org duduk umah masing2?

bila bercakap soal merayakan sesuatu ia harus dikongsi, sebab tu bila merayakan kmerdekaan kita brkumpul, klua dr kotak2 kita..tapi itu tak bermakna kita harus melupakan nilai2 primodial.. asalkan jgn jd ekstrim etno-nasionalis sudah..

apa pun prbezaan pndapat pon harus dirayakan! aku suka dgn prbezaan sbb berbeza itu cool!

Daud Mili berkata...

Basyir :

Rasulullah contoh terbaik...

Diskopi:

Harisz ke tu?...??

Aderi Aryasu berkata...

Salam sejahtera semua. Tak elok rasanya menyerbu tentu hala masuk perbincangan orang ramaikan. Tu yg bagi salam tuh.

Menarik sungguh la David punye post. Beliau kalau dilihat betul2 tanpa disadari oleh rakan seiringan yang lain kcuali yang mengambil port same seperti Basyir dan aku ni, blh la ajk borak psl2 out of the box dari generasi mahasiswa kini.

Tertarik la juga psl dialog ni. X pernah join lagi. Setakat ini aku buat dialog 2 hala dgn daud atas topik2 trtentu dan tak lupa juga dialog 2 hala dgn basyir juga ats topik2 trtntu. kalau dgn mudin 1 hala je la npknye sbb aku 1 geng dgn bliau. Syukur dpt nmpak suasana begini. Klau aku borak dgn org lain slain daud n basyir, mereka sudah tentu bersedia untuk mnguap, ataupun menekan remote astro lebih kuat supaya suara aku tenggelam dalam suasana Awan Dania takpun Chinese Paladin yg lbih sensasi.

brbalik pada topik, ingin juga saya menyuarakan, atas keterbukaan yang dibawa demokrasi ini membuatkan beberapa perkara dan format terpaksa mempunyai sempadan masing2 dan tidak boleh melampaui satu sama lain.

adakah format kerajaan demokrasi ini sememangnya sesuai dengan kita? sesuai dgn suasana kita? saya rasa dgn rasional akal sudah tentu seperti sesuai bukan?

Dipetik dari Winston Churchill "Democracy is the worst form of government except for all those other forms that have been tried from time to time."
Nota: terjumpa quote diatas didalam game Civilization IV. Naluri aku mngatakan tidak pada Demokrasi, tapi malangya, aku pun tak ada proposal apa yang sesuai. Buat masa sekarang, terima seadanya.

buku kira kira berkata...

ceh apa susah bukak negara sendiri..
Raja ko xsokong?aku sokong..point aku kecik je..apa yg ada pada melayu?
apa yang wat org kat sana kenal melayu?
apa itu melayu?
masih ada lagi ke melayu?
Raja tu lambang melayu ke?
bapa bnyk negara yg ada raja lagi sekarang?
kenapa kita nak ada raja?
kenapa beribu org kat luar sana, org yg pandai2,org yg menang pilihanraya, org yg manage negara nie sibuk nak kekalkan raja?
tolong jelaskan napa xsuka ada raja..
peguam syariah xperlu ada?
fuck.
knapa xperlu ada?
xperlu ke ada unsur agama dalam undang2?
xperlu percaya pada syariah islam ke?
aku nak taw lebih pendapat korang..
aku bukan org yg meletakan diri aku kat pihak mana..
aku xpena rasa nak pegi mengundi..
tapi aku nak taw..
cita lebih sikit eh..

Fahmi Reza berkata...

Daud, Diskopi:

Isu bahasa & sekolah SJK bagi aku bukan penyebab utama polarisasi antara kaum. Melaksanakan polisi asimilasi yang korang syorkan tu adalah agenda nasionalis lapuk yang dah dicuba oleh kerajaan sejak zaman dahulu kala dan tak address the real issues.

Polarisasi bukan disebabkan oleh tembok sekolah, tapi disebabkan oleh inequalities dalam masyarakat. Inequalities dari segi sosial, politikal, ekonomik dan cultural yang mewujudkan diskriminasi & penindasan lah yang sebenarnya punca masalah polarisasi kaum.

Memaksa budak2 to assimilate pegi sekolah yang sama dan cakap bahasa yang sama won't make these problems go away.

Fahmi Reza berkata...

buku kira-kira:

Kenapa kita perlu ada raja?

Fahmi Reza berkata...

buku kira kira:

Agama adalah personal. Antara aku dengan tuhan aku. Antara kau dengan tuhan kau. Jadi kenapa kerajaan perlu campur tangan dalam hal ehwal peribadi macam agama?

Solehah berkata...

bagusnya..aku dah lama baca penulisah hishamuddin rais..bagusnya kalau aku dapat ada di sana..
tentang isu etnik kau setuju diperdebatkan untuk berikan kefahaman dan nak meleraikan kekusutan..

Daud Mili berkata...

Didalam kesibukan aku menghafal rumus dan step calculation untuk jawab final exam,....aku tak sedar ada isu yang tengah diperbualkan disini....~~

Tanpa Nama berkata...

alamak mamat fahmi ni. bebudak diskopi tu bukannya menganjurkan assimilasi. dia orang menganjurkan integrasi. aku rasa fahmi tak dapat nak membezakan antara assimilasi dgn integrasi. kalo assimilasi sumer sekali identiti budaya diri ko kener melebur ke dalam budaya dominan. bila pulak bebudak diskopi suruh ah chong dgn ramasamy ni assimilate jadi melayu?

bahasa mandarin dan bahasa tamil kekal malah dilindungi sebagai bahasa ibunda. begitu jugak dengan nama dia orang. tak yah tukar-tukar. agama pon kekal la dgn agama masing-masing. tak nak ada agama pon tak per. budaya masing-masing nak terus digunakan pon tak ada masalah.

cumanya sekolah kita satukan supaya tak der la lagi kita ni terpisah-pisah. malah dalam satu sekolah tu apa bahasa ko nak belajar pon, ko belajar la. tak der saper nak sekat2. tapi bahasa penghubung kita guna la satu bahasa untuk memudahkan komunikasi dan perkongsian pandangan dan perasaan supaya persefahaman dapat dibina dengan lebih mantap. kalo dah ada persefahaman yang lebih dalam barulah rasa prejudis dan stereotaip tu dapat dikurangkan.

kita kat semenanjung malaysia ni terlalu tebal kemelayuan, kecinaan dan keindiaan masing-masing. salah satu sebab tebalnya rasa perkauman tu sebab dari kecik lagi dah diasing-asingkan mengikut sekolah pelbagai aliran.

dalam hal ni bukan sahaja budak-budak diskopi rasa sekolah vernakular mandarin dan tamil tu bermasalah, malah sekolah-sekolah agama, sekolah asrama penuh, mrsm dan uitm tu pon bermasalah jugak sebab sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini menguatkan lagi semangat kaum masing-masing.

malah dalam hal ini bukan sahaja sekolah tetapi jugak institusi-institusi yang didominasi oleh satu kaum sangat tidak baik untuk wujudkan persefahaman yang lebih jitu antara kaum. contoh institusi2 yang didominasi oleh satu kaum ialah spt persatuan-persatuan perniagaan mengikut etnik, parti-parti politik mengikut etnik, persatuan-persatuan etnik dan begitulah juga dengan jabatan-jabatan kerajaan yang didominasi oleh melayu. ini semua bermasalah. ini semua hanya akan menguatkan lagi rasa perkauman tu.

begitu jugak dengan dasar-dasar kerjaan yang diskriminasi kaum. ini semua tidak adil dan membuatkan kita terpisah-pisah mengikut etnik.

jadi dengan berlapis-lapis pemisahan yang sudah pun kejap bertapak dalam masyarakat, salahkah kalau budak-budak diskopi menganjurkan kita kurangkan sedikit lapisan-lapisan etnik yang wujud di sekeliling kita dengan adanya satu sekolah yang lebih mengintegrasi antara etnik supaya kita dapat duduk di bawah satu bumbung dan belajar faham dan memahami antara satu sama lain bermula dari kecil lagi.

so, kener la bezakan antara assimilasi dengan integrasi. ko ingat obama yang berkulit hitam, bapak asal dari kenya tu, boleh jadi presiden amerika ke kalau sekolah kat amerika masih terus mengasing-asingkan antara mamat black dan mamat kulit putih.

ko ingat fahmi boleh bedialog dan bertukar-tukar pandangan ke kat forum tu kalo sorang cakap melayu, sorang cakap mandarin, sorang cakap tamil, sorang cakap punjabi? berapa jam mau guna untuk translate ke empat bahasa da?

orang nak integrate dan mengurangkan perasaan perkauman pon kener tembak!

Aina Belle berkata...

isu sensitif ni daud. kita masih dibawah akta AUKU. hati2 ok.

Tanpa Nama berkata...

boleh tumpang tanya tak. nama saya meera. budak-budak diskopi dan budak-budak KAMI (Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen) adakah dari kumpulan budak-budak yang sama?

Fahmi Reza berkata...

Tanpa nama:

Kau kata:
"begitu jugak dengan dasar-dasar kerjaan yang diskriminasi kaum. ini semua tidak adil dan membuatkan kita terpisah-pisah mengikut etnik."

Bagi aku, ini soal utama yang perlu kita tangani sekarang, bukan 1sekolah atau 1bahasa atau 1malaysia.

Buat apa nak gaduh pasal bahasa. Aku pun suka kalau kita semua boleh berdiskusi & berdialog dengan licin tanpa perlu translasi. Tapi masalahnya inilah realiti Malaysia dan juga dunia sekarang. Multilingual.

Cuba tengok European Union. Berapa banyak negara dengan macam2 bahasa. French, English, German, etc, etc. Apa solution mereka? Paksa satu bahasa? Tidak. Mereka usulkan multilingualism.

Soal asimilasi atau integrasi. Bagi aku kedua2nya model nasionalis lapuk yang kurang releven dengan situasi sekarang. Masalahnya integrasi masih memaksa kelompok minoriti untuk mengadaptasi kepada majoriti. Masih wujud cultural dominance. Kita perlu cari pendekatan baru untuk menyelesaikan masalah ni. Perlu diadakan Forum khas utk kita bincangkan panjang lebar pasal isu ni, sebab memang tak leh settle kat sini.

Bagi aku isu bahasa & integrasi ni mengdistract kita dari punca utama polarisasi, untuk mengatasi masalah inequalities yang aku sebutkan sebelum ni.

basyir berkata...

masalah yg x sudah2 untuk diperbincangkan...kita sebuah negara islam...sepatutnya kita ada kuasa untuk melaksanakan hukum2 islam...mcm aku pernah kate,islam itu syumul...menyeluruh dalam segala aspek kehidupan termasuklah masalah perbezaan kaum ini...x perlu cari jauh2,teliti ayat quran dan hadith,maka huraikan dan fikirlah...kkdng manusia ini fikir mereka mampu berfikir tanpa ada batas tanpa mereka sedar otak mereka pun ada had kerana ia dicipta oleh Allah dan DIA yg lebih tau tentang manusia yg DIA cipta...kkdng manusia sombong dgn Allah...Allah suruh kita fikir tentang alam,kehidupan supaya kita dkat ngan Allah tp kita makin fikir,kita makin jauh ngan Allah...pe gune...tula sbbnya semakin banyak masalah yg timbul...

Fahmi Reza berkata...

Masalah perkauman (racism) hanya satu saja aspek social inequalities. Katakan semua dah sekolah sebumbung, cakap satu bahasa, semua satu bangsa, 1Malaysia dan hilang masalah perkauman, tak bermakna diskriminasi & polarisasi akan terus hilang.

Masih ada masalah political inequalities - contoh kebebasan rakyat untuk bersuara, berhimpun, berorganisasi, beragama yang masih didiskriminasi oleh elit pemerintah rentas kaum.

Masih ada masalah economic inequalities - contoh rakyat kelas buruh masih didiskriminasi dan dieksploitasi oleh kelas pemodal, dan masih wujud masalah kemiskinan dan poverty rentas kaum.

Masih ada masalah social inequalities - contoh rakyat masih didiskriminasi atas dasar gender (sexism) dan orientasi seks (homophobia) rentas kaum.

Semua masalah ni perlu kita atasi serentak kalau kita serious pasal polarisasi, diskriminasi dan inequalities.

hadi berkata...

daud... da lame kenal tp aku x tau pn ko sangat aktif dalam perkara ni.. bole x, ko bawak ak skali join dalam dunia ko.. banyak sangat bnde yg de dalam pale ak yang ak pn xtau tindakn atau keputusan yg patut ak wat.. pe pn, agama tetap jd no 1.. dia da cipta agama yg paling sesuai dan hukum2 yg paling sempurna untuk manusia ikut.. tiada penindasan untuk semua kaum atau bangsa.. syabas geng.. alo k nnt..

Tanpa Nama berkata...

fahmi kata:

"Bagi aku, ini soal utama yang perlu kita tangani sekarang, bukan 1sekolah atau 1bahasa atau 1malaysia".

aku setuju dgn fahmi ini bukan isu utama. tapi ini bukan isu satu bahasa atau satu sekolah. ini isu bagaimana bahasa dan sekolah telah memisah-misahkan kita sejak dari kecil. dan kesan pemisahan ini ialah tiadanya percampuran yang mendalam antara kaum. ini realiti. kat malaysia polarisasi antara kaum memang tahap tinggi. tak yah gi jauh, lihat sahaja kat sekeliling ko. masing-masing dgn kaum masing-masing tak bercampur. kalau bercampur pon sekadar bercampur sebab nak beli CD blue kat mamat jual CD pirate. hahaha. kalau dah tak ada percampuran secara mendalam macam mana ko nak memahami etnik lain. kalo ko dah tak faham, ko mudah dipengaruhi oleh stereotaip dan prejudis. dan ini merupakan benih awal kepada sikap ethno sentrik dan rasa superioriti etnik.

fahmi kata:

"Buat apa nak gaduh pasal bahasa. Aku pun suka kalau kita semua boleh berdiskusi & berdialog dengan licin tanpa perlu translasi. Tapi masalahnya inilah realiti Malaysia dan juga dunia sekarang. Multilingual".

ini bukan gaduh ar. ini bincang. ada aku tala aku punye penumbuk kat muka ko. tak ada kan? ini bincang dan bertukar-tukar pandangan supaya kita boleh saling memahami antara satu sama lain. lupa pulak....kita bincang ni dalam banyak bahasa ke? tak kan? kita guna BM dan sket-sket ada BI, sebab kita tahu itu merupaka bahasa penghubung yang membolehkan kita memahami satu sama lain. katakan lah aku guna bahasa punjabi, boleh kita bincang dan bertukar-tukar pandangan dalam ruang maya ini? tentu tak boleh kan?

multi-lingual kan aku dah cakap, aku tak ada masalah....tapi perlu ada bahasa penghubung yang rakyat malaysia faham dan boleh berkongsi pandangan untuk memahami satu sama lain.

buku kira kira berkata...

cik fahmi reza-first skali ko bagitahu aku knapa raja2 nie xpaya da kat malaysia

Tanpa Nama berkata...

fahmi kata:

"Cuba tengok European Union. Berapa banyak negara dengan macam2 bahasa. French, English, German, etc, etc. Apa solution mereka? Paksa satu bahasa? Tidak. Mereka usulkan multilingualism".

ini hujah tak boleh pakai. european union bukan sebuah negara-bangsa. european union adalah satu persatuan negara-negara eropah. macam jugak united nation - persatuan negara-negara dunia. european union ni adalah persatuan negara berbentuk regional. sama la macam asean. european union bukan sebuah negara-bangsa. malahan setiap negara-bangsa dalam european union mempunyai polisi bahasa yang sangat ketat. kalo ko warganegara perancis ko wajib tahu bahasa perancis. begitu jugak dgn negara jerman dan british. kalo ko warga negara dia orang wajib ko tahu cakap jerman dan cakap inggeris.

tak pernah aku dengar britain, jerman dan perancis mengusulkan kewujudan sekolah tamil, mandarin, arab, turki, afrika dan sebagainya walaupun jumlah orang keturunan timur tengah, turki dan afrika di negara-negara eropah ini besar jumlahnya.

di setiap negara-bangsa ini, polisi bahasa dan sekolahnya sangat jelas iaitu semua sekolah awam guna satu bahasa dan belajar di satu sekolah.

satu lagi dalam mesyuarat-mesyuarat menteri-menteri wakil-wakil daripada negara-negara eropah ni, kebanyakannya dalam bahasa inggeris. begitu jugak dengan kenyataan-kenyataan akhbarnya untuk media antarabangsa, turut dalam bahasa inggeris. jadi, point aku dekat sini ialah di dalam perbincangan yang dijalankan satu bahasa penghubung iaitu BI cenderung digunakan di mesyuarat menteri-menteri european union. memang ada sebilangan kecil menteri-menteri ni yang bercakap dalam bahasa masing-masing, tetapi mereka dibekalkan dengan alatan penterjemah.

tapi kat malaysia ini, logik dan praktikal ke untuk forum-forum atau perbincangan di tingkat grass roots nak guna alatan penterjemah? saper nak sponsor? kalo fahmi nak sponsor, aku sokong 100%!

Tanpa Nama berkata...

fahmi kata:

"Soal asimilasi atau integrasi. Bagi aku kedua2nya model nasionalis lapuk yang kurang releven dengan situasi sekarang. Masalahnya integrasi masih memaksa kelompok minoriti untuk mengadaptasi kepada majoriti. Masih wujud cultural dominance".

soal integrasi soal lapuk, ini aku nak tergelak. sejarah perjuangan orang kulit hitam kat amerika adalah perjuangan nak intergret. kalo tidak tak ada la "busing" digunakan. kalo saper-saper tak tahu apa itu "busing", sila google. kalo tak ada "busing" untuk mengintegret antara kulit hitam dan kulit putih, jangan harap obama dapat jadi presiden amerika. point aku ialah, kesan dari proses integrasi yang dijalankan itu telah menganjak politik amerika lebih progresif ke hadapan apabila warna kulit dan etnik tidak lagi menjadi perkiraan penting dalam memilih presiden. ini adalah satu tindakan politik yang sangat progresif oleh rakyat amerika. ko ingat benda ni boleh berlaku ke kalo tak ada integrasi ?

integrasi bukan soal dominasi budaya. ini pandangan yang sangat juling untuk mengatakan bahawa integrasi adalah dominasi budaya. kalo asimilasi sebagai dominasi budaya aku setuju. integrasi adalah suatu usaha untuk memastikan wujudnya kesepaduan sosial dalam masyarakat yang terpisah-pisah mengikut etnik, agama dan bahasa. di dalam masyarakat yang sebegitu, usaha-usaha untuk mengintegrasikan pelbagai etnik, bahasa dan agama ini perlu wujud untuk memastikan wujudnya stabiliti sosial. kalo tidak tak ada la ada grup yang nak buat inter-faith dialogue, inter-religion commission, inter-ethnic forum. ini semua adalah usaha-usaha integrasi yang terus dijalankan oleh macam-macam pihak di seluruh dunia sehinggalah sekarang ini. termasuklah yang dijalankan oleh gerakbudaya di forum itu hari. itu pun juga adalah usaha-usaha yang boleh kita kategorikan sebagai "a form of integration process". jadi nak kata integrasi adalah idea lapuk itu suatu pandangan yang sangat juling. dan aku tak melihat integrasi ini hanya dalam konteks budaya dan bahasa semata-mata. aku melihat integrasi ini juga harus wujud dalam ruang ekonomi supaya wujud keadilan sosial untuk semua.

fahmi kata:

"Kita perlu cari pendekatan baru untuk menyelesaikan masalah ni. Perlu diadakan Forum khas utk kita bincangkan panjang lebar pasal isu ni, sebab memang tak leh settle kat sini".

ini aku setuju. untuk aku ini hanya merupakan suatu proses yang berterusan dan mungkin tidak ada penyelesaiannya. tetapi perbincangan secara berterusan oleh setiap orang hatta di warung kopi pon sangat penting untuk membangunkan pemahaman. tapi perbincangan tu nanti nak buat dalam bahasa apa ar? kalau kita nak merayakan multi-lingualism setulen-tulennya, dalam malaysia ni ada lebih daripada 50 bahasa termasuk bahasa-bahasa orang asli yang sering kita pinggirkan dan bahasa orang asal di sabah dan sarawak.

kalau forum itu hari guna satu bahasa pon dah makan masa 3 jam (itu pon tak mencukupi), kalau 50 bahasa berapa jam? ok...tak payah 50 bahasa lah. guna empat bahasa je...BM, BI, Mandarin, Tamil....4 bahasa x 3 jam = 12 jam. praktikal ke? ok...kita boleh pakai alat penterjemah....kalau 200 orang datang, 200 alat penterjemah. sapa nak sponsor ar?

Tanpa Nama berkata...

fahmi kata:

"Bagi aku isu bahasa & integrasi ni mengdistract kita dari punca utama polarisasi, untuk mengatasi masalah inequalities yang aku sebutkan sebelum ni".

aku setuju. isu utama adalah isu inequalities ato ketaksamaan. tapi ini tidak membuatkan isu bahasa dan integrasi itu tak penting. untuk aku isu bahasa dan isu integrasi ini jugak adalah penting dan boleh kita bincangkan sama-sama sebab di dalam menangani sesuatu masalah itu kita perlu melihatnya secara holistik dan tidak hanya menyelesaikan hanya dari satu sudut sahaja dan mengetepikan sudut-sudut yang lain. contohnya isu budak-budak melayu sukar nak dapat kerja di syarikat-syarikat milik kaum cina sebab tak pandai cakap mandarin. isu ini adalah isu yang bukan sahaja melibatkan isu ketaksamaan semata-mata tetapi jugak melibatkan isu integrasi ekonomi dan juga bahasa. begitu jugak dengan budak cina tak dapat masuk kerja kat jabatan kerajaan sebab tak fasih dalam BM. jadi, untuk aku isu integrasi, bahasa dan ketaksamaan ini saling kait mengait. jadi ianya perlu dilihat secara menyeluruh.

memang perlu bincang panjang lagi. tak selesai hanya setakat di sini sahaja. Ini pon sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis ni. Hihihi. Dan jangan takut untuk bincang. Tak ada benda yang sensitif kecuali hal dalam seluar aku dan hal dalam seluar ko. tapi kalo ko nak share apa ada dalam seluar ko, ok gak! hahaha

buku kira kira berkata...

agama aku ngan amgama kau xsama ke?
knapa kau beragama?
cukup ke dgn sekadar kita guna otak kita je nak wat undang2?
kau rasa walo ditmbh seribu akal manusia nie dapat ke lahirkan undang2 yg perfect?
aku xrasa knapa agama nie kene tolak..
agama tu sebahagian dgn cara hidup..
agama tu dah jadi sebahagian dari kita..
kita hidup ats dasar2 agama..
agama yg mencetuskan adat..
ye,.."aku punya hal la nak ikut agama ke x" "apa kau kisah"
"tu hal peribadi masing2"
dulu aku pun percaya mcm tu..
tapi sekarang aku tgk dah jadi teruk..
so mcm mana kita nak bawa org muda mcm kita nie pikir tentang masa depan kita dari duk wat masalah sosial je?
pada aku jawapan dia satu je-balik kepangkal jalan..
pendapat aku la..
org muda sekarang adalah tuk masa depan..
tapi org muda sekarang pun dah teruk..
aku pun terikut sama..
samapi bila2 aku percaya "agama" je yg mampu pulihkan keadaan..
sampai bila2 pun aku percaya agam je yg leh bawa keharmonian
sampai bila2 aku percaya agama je yg leh bawa kesatupaduan yg org semua harap..
mungkin aku tgk dari sudut yg kecil..tu yg aku dapat pikir stakat nie..
sbb bnyk yg aku tg dah xbetol..
korup sini sana..

Daud Mili berkata...

Aku tangguh untuk menulis lagi untuk sementara waktu sebab aku tengok comment semakin tidak ke arah menemui jawapan dan kesimpulan, jauh sekali mengeluarkan kata putus...aku rasa betul la,isu nih harus diwujudkan FORUM...cerita dalam nih pun xkan abis,...


DEMOKRASI BARAT KIAN REPUT:

Falsafah yang didokong dalam pengamalan sistem demokrasi adalah untuk menghargai suara dan kepentingan rakyat dalam mencorak hala tuju pemerintahan negara berteraskan keadilan dan kesejahteraan yang merata.

Rakyat dari segenap lapisan tanpa mengira kedudukan dan taraf hidup diberi hak yang sama dalam menentukan politik negara dengan bebas.

Ini dianggap sebagai suatu azimat besar kepada rakyat yang dahagakan perubahan politik setelah sekian lama terkongkong di bawah sistem yang menindas dan zalim.

Namun, setelah sistem tersebut melewati beberapa zaman, keunggulan dan kemurnian sistem tersebut semakin terhakis, terutama di negara-negara sedang membangun atau dipanggil dunia ketiga.

Demokrasi dijadikan landasan atau tapak untuk menghalalkan kemungkaran yang dilakukan dalam perebutan kuasa politik.

Demokrasi yang disanjung Barat dan dipuja oleh kebanyakan negara dunia masa kini semakin terdedah kepada berbagai penyakit kronik yang sukar dirawat akibat daya anti-bodynya kian lemah.

Lantaran itu, ia mudah dihinggapi penyakit penipuan yang terancang, rasuah yang tersusun dan selamat, penindasan dan penyalahgunaan kuasa yang sistematik serta banyak lagi angkara jelek yang semuanya itu asalnya tidak termasuk dalam senarai strategi yang halal di sisi demokrasi tersebut.

Namun, apakah ia masih dianggap relevan dalam tamadun alaf ini ketika dunia sedang berhadapan dengan kecanggihan teknologi dan menemuan ilmu-ilmu baru dalam berbagai lapangan?

Apakah sarjana dan ahli fikir zaman ini tidak berupaya menghasilkan teori dan formula baru di bidang politik bagi mengganti sistem politik Barat yang ternyata sudah expired itu?

Justeru itu, apakah sistem pemilihan kerajaan yang pernah diperkenal oleh Islam tidak wajar menjadi alternatif dalam menyelesai kegawatan politik gobal, akibat kepincangan sistem demokrasi ala Barat, terutama di negara-nagara membangun dan negara umat Islam pada keseluruhannya?

rujukan:

http://othimbra.multiply.com/journal/item/6/DEMOKRASI_BARAT_KIAN_REPUT

Tanpa Nama berkata...

daud,

kalo jawapan dah ditemui dunia tak akan bergerak lagi. kalo jawapan dah ditemui dunia akan statik, boring dan bosan. untuk aku ini adalah proses untuk manusia terus mempersoal dan mencari. jangan takut untuk mempersoal walaupun tentang agama, hatta tentang Tuhan sekali pon. Malaikat pon mempersoalkan Tuhan waktu Tuhan mencipta Adam. so, rileks, chill bro. hidup adalah suatu proses meneroka yang berterusan. orang yang hidup tapi tak meneroka hidup adalah orang yang sebenarnya sudah mati. hahaha. peace! chill!

Daud Mili berkata...

Tanpa Nama, kenapa ngko tak muncul secara 'reality'...Tunjukkan dirimu, xkan rugi apa2kan??..selama mana nak muncul sebagai 'Tanpa Nama'..????

Fahmi Reza berkata...

Tanpa nama:

Syok berdebat dengan kau ni. Aku cadangkan Forum Orang Muda panggil kau untuk sesi berikutnya. Cuma aku tak pasti kalau Tanpa Nama ni semua orang yang sama ke tak.

Kalau nak sambung debat kat sini memang gerenti tak selesai. Percanggahan kita sebenarnya atas dasar "means" (kaedah) dan bukannya "ends" (matlamat).

Seperti yang aku sebutkan masa forum hari tu, aku yakin kau dan aku punya matlamat yang sama, cuma tak setuju dari sudut kaedahnya. Ini lah yang best pasal negara demokrasi, kita semua ada ruang untuk dissent.

Memang ada belambak isu dalam negara ni, cuma aku fikir apa2 kaedah yang kita guna, selalu mau ingat 目的不能证明手段的正确性。:)

Daud Mili berkata...

yup Fahmi, itu lah dia...matlamat yang sama...

Tanpa Nama berkata...

எமக்கு எம் மொழியைப்போல் வேறொன்றும் இல்லை. எம்மை நாம் அறிவதற்கான மார்க்கமே எமது மொழி. அதுவே யாதும் ஊரே யாவரும் கேளிர் என்ற தமிழ் செய்யும் வாழ்விற்கு ஆதாரம். அதுவே எம் உரிமைச் செம் பயிருக்கு வேர்

zairi berkata...

respek la ngan korang yang sukakan forum macam ni. aku ada satu luahan jugak. malaysia ni dikatakan demokrasi. tapi x nampak kat mana tang demokrasi tu. kita terlalu sempit nak salur kan suara+pendapat kita sebagai rakyat. kat tv suma dah di monopoli kat kerajaan. rata2 suma kesah kerajaan pemerintah. citer2 negatif dari pehak pembangkang je yang slalu timbul. nak salurkan kat surat kabar pun stakat sebulan 1~2 kali je terbitan dorang. cakap lebih sikit,saman.

tukar tiub tu orang pilah jugak tu kan? dalam blog dia suma kutuk kerajaan. aku pun suka gak cara dia tu.

Mat Amin berkata...

Salam semua,

Syabas anak muda, berita yang amat memberangsangkan ... satu usaha ke arah membangun sebuah masyarakat bebas merdeka sepenuhnya ... mengikut acuan nasional kita sendiri

Tanpa Nama berkata...

kepada sesiapa yang ada kemampuan, tolong translitkan tulisan Tamil tu, biar semua dapat kongsi pandangannya

Tanpa Nama berkata...

بیش از هشتصد هزار بلیط برای این کنسرت ها فروش رفته بود و سازمان دهندگان گفته بودند کنسرت ها "پرهزینه ترین و به لحاظ فنی پیشرفته ترین کنسرت های زنده در تاریخ موسیقی است."
فقط دو هفته مانده بود که اولین شب کنسرت ها اجرا شود که اعلام شد مایکل جکسون درگذشته است.
فیلم مستند "همین است" فقط برای دو هفته نمایش داده می شود.
شرکت ژاپنی سونی پانزده هزار نسخه از این فیلم را توزیع خواهد کرد.

Daud Mili berkata...

Kejap bahasa Tamil, kejap bahasa Parsi,.....لغة جميلة

Tanpa Nama berkata...

merayakan pluralisme bahasa! :-)

buku kira kira berkata...

resah melayu

bila akal sudah tak terletak dikepala
bila jiwa sudah dibasahi dengan bahasa
bila falsafah membatasi agama
bila budi dibiarkan mati
bila adat tak dituruti
bila bahasa menjadi duri..

melayu itu tak pernah layu
melayu itu tak pernah lemah
melayu itu sedar diri
melayu itu berpijak dibumi sendiri
di tanah tumpah darah sendiri

kerna acuan mereka
melayu itu lupa
kerna ajaran mereka
melayu itu alpa
kerna desakan mereka
melayu itu papa

angin timur akan bertiup kembali
bila tiap-tiap nafas bersatu
angin timur itu menghempas membuli
bila tiap-tiap jiwa menjadi satu
angin timur kencang menjadi deras
bila tiap-tiap akal disekat keras
biar ada sempadan
biar ada kengkangan
biar sederhana..
anigin timur itu angin melayu..
yang tunduk sujud dibumi..
dibawah panji Yang Maha Mengasihi..

inspirations and dedication to' forum org muda'..standing ovations..syabas!

Fahmi Reza berkata...

buku kira kira:

Ruang comments ni tak sesuai untuk diskusi. Patutnya kau datang forum hari tu bila aku cakap pasal monarki dan kenapa mereka tiada legitimasi untuk memerintah. Nak tau jawapan aku, tunggu forum berikutnya, atau kau anjurkan lah satu forum pasal monarki dan ajak aku datang sebagai speaker. Jangan lupa ajak Tanpa Nama sekali.

buku kira kira berkata...

fahmi reza..

ok2..xsemua yg aku xpuas hati
xsemua aku xsetuju..
kalo ko dapat terangkan pada aku pendapat ko adh ok dah..
biar aku phm..
selamat selamat

Daud Mili berkata...

Boleh2...ajak semua dalam ni datang kalau ada forum lagi, tak semestinya jadi panel...yang datang boleh mendengar, menilai dan mengeluarkan pula pendapat sendiri...bangun dan suara kan...aku suka kalau forum yang lebih terbuka, sangat terbuka...tapi tak la sampai potong cakap orang, tunggu la sampai abis cakap dulu,...

Engkau fahmi bukan banyak kenalan ke dalam bab-bab mengadakan forum...cuba la sekali tengok macam mane...nak pertolongan atau staf, memang takde hal... sesape pun boleh ditarik....mungkin aku terlambat untuk terlibat,..tapi pembabitan orang muda dalam hal ini memang aku tunggu-tunggu....

Aku tak pandai cakap, lagi la nak menulis,...tapi aku suka bersama orang yang berfikir macam apa yang aku fikir, aku suka bersama orang yang berfikir apa yang aku langsung tak pernah terfikir,....!!...

Mungkin ada beberapa isu yang menyebabkan orang kebiasaan menjadi susah untuk mendekati perbincangan ini...mungkin juga ada beberapa istilah yang kurang difahami menjadikan orang bosan dengan kata-kata dalam perbincangan ini...

Memang ramai yang tertarik...aku tak la survey secara rasmi, tapi aku ada menwar-warkan kepada sekalian rakan-rakan rapat dan rakan-rakan jauh ku,...mereka sangat berminat...mereka sudah lama terfikir, tapi mereka tidak mempunyai medium untuk mereka raikan perasaan mereka...

harap-harap ada yang melihat sudut kecil ini menulis, semoga ada yang mendengar suara mentah ini berkata-kata...

Aku lahir dalam suasana kampung yang sangat kemelayuan, belajar di sekolah yang juga penuh dengan pelajar dan guru-guru melayu, kemudian menyambung pelajaran di institusi yang penuh dengan bangsa Melayu...

Yang dahulunya aku fikir kalau boleh aku nak hidup bahagia seperti cerita-cerita dongeng dahulu kala,...namun, perjalanan hidup membuka fikiran ku betapa besarnya dunia diluar sana...betapa gah nya empayar yang dibina diatas dasar keadilan dan kesaksamaan seta ada yang melalui kekejaman dan penipuan terancang...!!...

Ayuh rakan-rakanku, aku malu untuk bersuara kalau aku sendiri tak lakukan apa-apa...dengan kelebihan yang ada, gunakanlah segala keringat untuk mencapai cita-cita ....~~

miya berkata...

cm best jew forum tu

ASaL berkata...

salam ziarah. Daud, well done. This is quite revolutionary blog. Bagus, bagus. Revolusi orang muda.

Daud Mili berkata...

miya, best x best jugak la...~

AsaL, orang muda boleh kuasai dunia...

Budak Jahat berkata...

sape2 yg suke nak bace citer online kindly visit my new blog k. Sorry iklan sat..

Blog tuan tanah ini impresive.. =)

http://lagendabudakjahat.blogspot.com/

PARAOK berkata...

daud mili..

tahniah pada semua budak muda yg dtg forum tersebut termasuk kau juga..byk isu2 yang orang lain takut nak di bincangkan telah dibincangkan di situ..

macam inilah anak muda..bukan sibuk nak ikut orang tua tak tentu hala ;0

p/s
gambar aku ada dlm blog ko ni, boleh aku ambil/copy? hehehe

Daud Mili berkata...

PARAOK:

takde hal la...amik jek...ni separuh je dari gambar...tapi banyak plak kalau nak upload semua...heh..

Tanpa Nama berkata...

Sy pun join forum ni..ada yg setuju n ada yg tak setuju.
FAHMI: Sy setuju dgn pendapat anda ttg raja. Tak setuju dgn anda ttg. agama..(anda terlalu liberal ttg agama). Sy tak setuju agama adalah personal. Anda perlu berhati2 bila bercakap ttg agama kerana ia melibatkan akidah. (sekarang mungkin anda marah sy sbb interfere dgn 'personal' matters anda :)Syariah law perlu difahami dan dipelajari.Bukan main hentam keromo kata perlu dihapuskan syariah law di Msia. It struck me deeply when u as a muslim said that!
-umi

syuhada berkata...

mcamane muke aku ley ade kt page ko????huhuhuhu...

Daud Mili berkata...

syuhada ,,,dah agak dah,,,~

syuhada berkata...

ape yg ko dah agk???
memg aku blogger tp xpnh aku ltak muke aku di page itu,huhuhuh...

Tanpa Nama berkata...

当翁诗杰对马华领袖的言行成为社会的反面教材感慨时,他是否该表扬王乃志不会换了屁股,就换了脑袋的气节呢?

Daud Mili berkata...

syuhada: owh, yeke??...sory2..huhu

tanpa nama: sebenarnya gerakan ini bukan nak rampas kerajaan secara total...dan aku rasa kalau mereka nak rampas pun, aku xnak join diorang, tapi kalau diorang nak tukar cara orang malaysia berfikir, tukar cara orang malaysia mengemudi kerajaan nih, aku join,..!!!....

Syida Shukor berkata...

macam nak involve dalam bende2 neh eh . interested tapi tak taw macam mana caranya .