Khamis, 7 Januari 2010

Allah


Assalamualaikum...8 Januari 2010.(Jumaat). Isu perebutan nama Allah telah menjadi perbualan yang kadang-kadang hangat dan ada masanya hanyalah sesuatu yang tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Aku pun ada baca beberapa artikel dan salah satunya bertajuk "Soalan Untuk umat Kristian" di tun faisal dot com yang antaranya berbunyi :

"....Semalam saya mengambil sedikit masa berbual dengan seorang rakan beragama Kristian. Saya tanyakan kepadanya, "adakah aqidah seorang Kristian akan terpesong sekiranya perkataan `God' digantikan dengan `Tuhan'?" Katanya tidak. Saya tanyakan kepadanya lagi, "semasa dia berdoa, apakah perkataan yang digunakan?" Jawabnya, dia berdoa dalam bahasa Inggeris dan memulakan doanya dengan perkataan `Lord'......"

Selain itu ia juga diulas oleh Dr Asri di laman webnyanya pada artikel bertajuk "Garis Panduan guna nama Allah" di drmaza.com antaranya berbunyi:

"....Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya...."

Faisal Tehrani di blognya tehranifaisal juga mengulas isu ini yang antaranya berbunyi :

"....Kebenaran penggunaan kalimah Allah buat penganut agama lain akan memberi kesan dalam bahasa Melayu juga. Bayangkan Allah dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud 'Tuhan Yang Esa' terpaksa dirombak, tunduk menurut ajaran Kristian dengan sisipan ayat contoh kedua: (Astaghfirullah) Jesus adalah anak Allah. Kita juga mungkin (terpaksa) merujuk gereja sebagai 'sebuah lagi rumah Allah'. Ini kerana bukan sahaja masjid lagi dapat dirujuk sebagai 'rumah Allah'...."

Ustaz Zamihan juga mengulas panjang pada artikel"Penyelewengan tauhid dan kalimah Allah" di blognya al-ghari antaranya berbunyi:

"...Kamus Dewan Bahasa, kamus paling autoritatif mengenai bahasa Melayu menyatakan dengan jelas bahawa perkataan ALLAH bermaksud Tuhan Yang Satu dalam Bahasa Melayu. Manakala The Hutchinson Encyclopedia hlm 27 menjelaskan perkataan ALLAH ditafsirkan sebagai, "ALLAH: Islamic name for God". Penjelasan yang sama boleh didapati jika kita merujuk kepada Encycopedia Brittanica, Wikipedia dan lain-lain sumber. Kesimpulannya, jelas bagi kita bahawa nama ALLAH dikaitkan dengan Tuhan Yang Satu, Tuhan umat Islam. Ia nyata amat berbeza dengan maksud 'Eli atau Yehowah' dalam konsep ketuhanan Kristian dan Yahudi...."

Syor bacaan yang lain di web satdthinks.blogspot.com dan www.godallah.com . Serta banyak lagi artikel atau kenyataan samada dari Ahli agama, individu atau berkumpulan atau ahli politik yang mengeluarkan berbagai-bagai berpendapat. Namun aku tertarik dengan keatas satu status facebook, beberapa hari yang lalu oleh sahabatku Ariff Arifin, yang berbunyi:

"...polemik. Allah siapa yang punya? Islam? Kristian? Yahudi? milik bersama? bla bla bla... satu je benda kritikal yang jarang orang fikir, bahawa kita ini,Allah yang punya..."

Sekian...

....

11 ulasan:

Redz da Tsar berkata...

Hehe... Mereka berpolemik tentang perkara ini, dan terus berselisih, dan memikirkan perkara ini hampir 24-7 ke arah yang negatif...

Cubalah bawak berbincang, fikirkan bagaimana kita boleh memanipulasi keputusan mahkamah ini 'in favour' kepada Islam... Daripada berdemonstrasi...

Aku tak kata aku sokong keputusan mahkamah, dan aku tak menolak keputusan mahkamah, cuma apa yang penting, "BAGAIMANAKAH UNTUK MEMANIPULASIKAN ISU INI SUPAYA MENJADI KELEBIHAN KEPADA ISLAM"

p/s: Antara garis panduan yang ditetapkan oleh Asri, "Allah merujuk kepada Yang Satu, tidak beranak dan diperanakkan, tidak boleh dinamakan kepada berhala dsb", kalau ikut garis panduan nie, aku rasa takde sebab dalam kamus nak tukar Allah = bapa kepada Jesus (Tuhan bapa)

sekadar pendapat dari aku yang cetek ilmunya~

ezzati berkata...

ada baca...xtaula apa nk jadi..huhu

Daud Mili berkata...

reza:

bukannya apa reza,ramai muslim takut effect pada masa hadapan, ada kalanya bila nama dah sama, tapi maksud lain, x mustahil akan banyak lah istilah lain yang akan ikut sama berburah seperti gereja akan menjadi rumah Allah,... bible menjadi kitaullah...

Daud Mili berkata...

ezzati; jangan takut....perkara ini boleh diselesaikan...insyaALLAH..~

BuLaN iTu aKu berkata...

hurm.. dah banyak kes dah pasal ni...
dunia..dunia...

buku kira kira berkata...

aku setuju gila dengan pendapat sang asri

tuhan yakni allah yag kita sembah tak sama dengan tuhan yg "mereka" sembah..dan tak boleh sesekali pun nk samakan allah dengan mana-mana tuhan dalam dunia nie

Daud Mili berkata...

kes je banyak...tapi mendanya sama jek...

Daud Mili berkata...

kayu:

ramai setuju ngan asri, tapi suara asri sendiri disekat oleh orang tertentu...camne?...

Daud Mili berkata...

aku sangat tidak setuju dengan peristiwa menganggu gereja baru2 ini...ini bukan cara kita...~

Daud Mili berkata...

sepatutnya kita harus terus bertukar pendapat....dan dari pihak kristian juga, menghalang paderi dari membuat sebarang kenyataan adalah langkah yang positive dari satu pandangan,...namun, kalo mereka asyik dok diam jek pun tak bagus gak dalam isu seperti ini yang memerlukan perbincangan yang lebih luas......sekadar pendapat..

lin berkata...

視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,色情