Selasa, 26 Januari 2010

Cemburu

-Sekitar kawasan fakulti-

Assalamualaikum,....(26 Januari 2010)(Selasa). Minggu ni UiTM Malaysia, Shah Alam dipenuhi dengan poster-poster dan kain rentang berkempen untuk pilihan raya untuk memilih calon dari fakulti masing-masing yang akan menjadi wakil kepada Pelajar dalam membawa suara pelajar lain dan cadangan dalam penambahbaikkan kampus UiTM Malaysia dari segi akademik ataupun dalam hal-hal lain... Ketika ini juga berlangsung pilihan raya di Institusi lain seperti UKM, UM dan Institut Pengajian Tinggi yang lain...

Namun aku cemburu,....

Cemburu melihat Institut lain punyai suasana Pilihan Raya yang sangat meriah persis Pilihan Raya Umum di Malaysia....Bergerak bebas memperkenalkan calon, berceramah sana-sini menabur janji dan menyatakan kelebihan jika mereka dipilih sebagai Perwakilan, menggunakan pelbagai medium dalam mempromosikan calon masing-masing seperti web dan risalah-risalah, dan berbagai lagi suasana yang biasa kita lihat ketika Pilihan Raya...Suasana yang tegang tetapi persaingan yang sihat diantara ASPIRASI dan PRO-MAHASISWA...

Namun berbeza dengan UiTM....

Disini kami mengundi untuk memilih calon fakulti kami yang akan membawa masalah kami ke pihak atasan Universiti, seperti fakulti aku sendiri, dua(2) calon akan menjadi Perwakilan Pelajar, jadi, mereka membuka kepada sesiapa yang mahu, oleh itu lima(5) calon telah dipilih atau 'terpilih' oleh pihak Universiti dan mereka akan bersaing antara satu sama lain, untuk yang berjaya mengumpul undi yang tinggi, dia lah yang akan mewakili fakulti ini,...

-Sekitar kawasan fakulti-


-Sekitar kawasan fakulti-

Bukan lah aku mahu berpolitik,...dan aku pun tidak kisah siapa yang mahu mewakili kami,..tetapi suasana suram dalam pemilihan ini membuatkan aku sangat cemburu dengan Institusi lain,...dan aku sedar akan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melindungi pelajar dari terlibat dalam segala aktiviti politik yang kononnya akan membawa kerosakan kepada masa depan mereka...

Pendapat aku, dunia sekarang sudah berubah,...kita perlukan idea yang baru,..idea yang betul-betul solid untuk diguna pakai dalam sistem pemerintahan atau pun sistem-sistem lain,..anak-anak muda kita semuanya amat berbakat dan mempunyai berbagai idea untuk dikeluarkan,..namun mereka tiada medium dan mereka juga seperti sudah diajar supaya kurang bersuara,...adakah suara mereka di'TUTUP'?...untuk apa?...

-Sekitar kawasan fakulti-

Aku yakin jika UiTM mengamalkan suasana politik seperti Universiti lain, tidak mustahil UiTM mampu menghasilkan pemimpin yang disegani pada masa hadapan,...dimana hujah dan alasan serta pemilihan isu yang diperjuangkan akan menjadi perkara utama kepada pengundi,.. Isu lapuk dan membosankan sudah tidak lagi diendahkan,...Disini, dapat kita lihat perbezaan pendapat bukan lah perkara yang harus kita risaukan,... bahkan, kita dapat melihat kemampuan calon untuk mempertahankan isu yang mereka bawa dan mereka lah yang akan mewakili suara pelajar pada masa hadapan,...dari situ, semua pelajar dapat memilih calon yang mereka mahu...

Ini adalah pendapat peribadi aku, dan tidak ada mana-mana pihak mempengaruhi aku,...semoga kita dapat sama-sama memikirkan dan meneliti semula suasana politik di kampus secara khusus dan politik Malaysia secara am nya,..adakah kita mengamalkan politik yang yang sebenar dan sihat??...

Politik bagi aku amat penting dalam kestabilan sesebuah negara,...Apa yang akan terjadi,..jika suatu hari nanti, orang yang tidak punyai kemampuan dan tidak layak, boleh berada di kedudukan tertinggi dalam negara kita??...Kita mahukan pemimpin yang hebat dan betul-betul mampu membawa Malaysia ke jauh ke hadapan...suatu hari, ...InsyaALLAH...sekian..

....

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tb2 teringat mase jd calon MPP kolej..

:)

poster wajah aku terpampang serata kolej, aku kene buat speech, bentangkan manifesto.

tp, sbb aku tak cukup popular, aku tak dapat jd MPP..

yess!!

bspotgurl berkata...

Teringat pulak waktu dedulu - work hard tuk dapat title President :)

azie berkata...

"Politik bagi aku amat penting dalam kestabilan sesebuah negara"

saya setuju dengan yang ini. tapi alangkah sedihnya bila ramai yang berpendapat i hate politics-lebih2 lagi perempuan. ya, kita mungkin benci politik yang kotor tapi jangan menafikan yang politik memainkan peranan penting dalam kehidupan harian. belajar, makan, naik bas semua melibatkan politik tanpa disedari. kena ambil tahu juga apa yang berlaku dalam negara.
kan bagus kalau ramai yang sedar hal ini. ambil tahu je, bukan langgar AUKU.

Unknown berkata...

kesian juga pada kamu yg tidak dapat rasa "demokrasi" di kampus kamu.
klu kamu rasa alirannya tetap sama seperti diluar kampus kerana "mereka"gagal membina legasi pemikiran bersih dari segala unsur lebih baik kamu tidak rasa itu bila kamu rasa ia akan memuakkan

jo berkata...

jadi orang kebiasaan sudah..
makan nasik lima pinggan pun takde orang kisah.

Daud Mili berkata...

Nini teDDylicious :
wah,..penah jadi calon ke nini?...hehehe,....tak popular,??...kurang promosi kot...~

Daud Mili berkata...

bspotgurl :
ini lagi hebat....bertanding sebagai calon presiden,...aahhaa...~

Daud Mili berkata...

redline :
yup, kita bukan nak jadi si pengila politik atau kedudukan, cuma kita nak politik kita stabil dan dapat jamin peluang pekerjaan, harga barang keperluan, keharmonian kaum, pembangunan selaras dengan membangunnya pemikiran rakyat dan lain2 lagi....~

Daud Mili berkata...

tengku_fir21:
"demokrasi".???..urmm,...ada kala kita perlukan suara orang ramai, ada kala kita perlu buat keputusan terus....`~

Daud Mili berkata...

jo :
orang biasa tak makan nasi lima pinggan....nak jadi orang biasa pun perlukan politik yang segar,....siapakata tidak perlu??...~

Solehah berkata...

aku setuju,,masa belajar dekat uitm dulu aku selalu jugak terfikir benda yang sama..sampaikan tak kenal pun calon..majority pulak macam blur bab ni..tu aku rasa student kita kurang menyerlah sikit..kita just follow jer apa org bg..

Tanpa Nama berkata...

klu ko jd kan baek...bolehlah ko ubah suasana pilihanraya kat kampus kite ni...harap gantung gmbar je lebih calon2 tu..hehe..

Daud Mili berkata...

Solehah:
ya, calon memang tak dapat nak kenal,...walaupun mereka ada majlis untuk memperkenalkan calon,..tapi majlis tuh macam tak berapa mesra mahasiswa,...hehe...~

Daud Mili berkata...

momoi:
memang aku nak daftar dah hari tuh,..tapi bila aku pikir2 balik....aku takder rakan sepasukan lah,...basyir sorang jek ader,..tak cukup untuk wujudkan kepala kalau kami betul2 menang....menang pun tak guna kalau setakat jadi exco jek,...kalo boleh nak pegang dari atas,...insyaALLAH, satu hari nanti akan ada orang yang mampu ubah system nih,...~~~

Bulan Dilangit Osaka Biru berkata...

oo... itu masalahnya... baru saya tahu..kena ada perubahan ni...

Daud Mili berkata...

Cik Bulan:
nak ader perubahan,....mmg dari dulu, setiap pelajar memikirkannya,..tapi kami pon tak bleh buat apa2...~

NorRa2009 berkata...

macam Uitm tak anjurkan student berpolitik..je..

anils berkata...

ak first time jumpa blog n..
n first time jg bc artikel n..
mngkin agak lewat sikit nk komen..
tp n komen juga..
actually ak setuju sngat dgn artikel n.. sampai bila UiTM nk kongkong student.. pilihanraya semua di catur..
belum mengundi lg dh ada senarai jawatan.. pilihanraya sebagai cukupkn syarat je.. mcm n sampai bila pun mahasiswa x berani bangun dan bersuara sendiri.. ak rasa dl era kepimpinan skrng.. uitm punya student paling terkebelakang sekali.. x tau langsung isu mahasiswa.. apatah lagi isu rakyat biasa.. sepatutnya kt yg jd pemikir.. 'check n balance' tuk goverment.. tp kalau dkt uni dh disekat mcm n.. sampai bila pn student uitm x mampu brfikir scr negarawan.. perlu k pointer tinggi sedangkn thinking skill hancur.. huhu..inilah UiTm..

Daud Mili berkata...

itu la masalahnya...takkan government suka orang yang 'check n balance' diorang terdiri dari orang yang bukan mahasiswa???....

kita takut kepimpinan negara kita nanti dipelopori oleh orang yang tak sepatutnya berada di situ....orang yang bukan hak..

nauzubillah...~