Rabu, 17 Februari 2010

Dungu dan Jumud ilmu

-gambar hiasan-

Assalamualaikum....(19 Februari 2010)(Jumaat)...Kenapa manusia semakin dewasa, semakin tinggi ilmu yang dipelajari, semakin banyak pengalaman diperolehi, berkemampuan menghasil banyak tulisan, mencipta nama dalam pelbagai bidang, menjadi pakar serta mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat.....tapi apabila di tanya kepada mereka tentang pendapat mereka mengenai Islam....dalam usaha menjelmakan Islam supaya lebih realistik mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah...mereka kelihatan begitu jahil dalam memberi pendapat....kata-kata mereka kelihatan kaku dan DUNGU....!!

DUNGU:
bodoh,bebal, mendungukan menjadikan (menyebabkan) bodoh atau bebal, kedunguan sifat dungu; kebodohan;kebebalan.
sumber:(Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Manusia kelihatan hebat apabila mempunyai nama gelaran di awalan nama mereka seperti, Dato', Tan Seri, Datuk Seri dan sebagainya. Begitu juga untuk Dr., Ir, Prof., Prof Madya dan lain-lain lagi. Mungkin mereka pakar dalam bidang masing-masing, seperti bidang politik, bidang perubatan, bidang kejuruteraan dan bidang-bidang lain. Iya, mungkin juga agama bukan bidang mereka. Tetapi sekurang-kurangnya mereka mampu berfikir seperti mana setarafnya otak kepandaian yang telah mereka miliki.

Agama kelihatan jauh dari mereka, mereka selalunya memberi pendapat yang sangat mengecewakan dan semestinya berkepentingan....dan mereka bersifat JUMUD dalam menghurai ilmu agama..

JUMUD:
Sikap enggan berubah atau enggan menerima pendapat orang lain..berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah...
sumber:(JUMUD)

Apa akan terjadi bila DUNGU ditambah dengan JUMUD ???...

Hanya kerana mereka punyai pengaruh...jadi suara mereka lebih suka didengari dari suara mereka yang tidak mempunyai pengiktirafan dari mana-mana institusi..mereka bersuara mengenai Agama atau apa sahaja isu semasa melalui pemikiran DUNGU dan JUMUD mereka....dan semestinya idea mereka kelihatan statik dan berkepentingan...

Kadang-kadang terfikir, ..Jika itu bukan bidang kamu,..baik kamu semua senyapkan diri sahaja,..

Mereka ini jenis suka memberi pendapat...bagus la begitu...tetapi kenapa pendapat kamu seringkali kelihatan terlalu DUNGU dan JUMUD??...!!

Adakah ini sahaja jenis manusia yang wujud sekarang ini??...Jenis manusia yang akan kita pilih sebagai pemimpin kita...Amat bahaya apabila perkara ini terjadi di dalam organisasi kepimpinan kita,...Lagi bahaya jika berlaku dalam institusi Agama, tidak kira dalam kerajaan atau NGO...maka objektif yang mereka perjuangkan akan menjadi karut dan terus menjadi gerakan berkepentingan sahaja...

Berubah lah wahai saudara-saudaraku, mari kita buka fikiran kita...

"...Ya Allah, Jangan lah Engkau pesongkan hati kami, setelah Engkau beri kami petunjuk...."

Amin.....
Sekian..
(artikel ini adalah kiasan kepada golongan muslim yang suka mengarut dan kononnya mewakili suara masyarakat Islam).

4 ulasan:

Aderi Aryasu berkata...

betullah tu.
ilmu agama patut ditimba seiringan dengan ilmu duniawi.
bukan untuk menjawab persoalan orang lain saja, malah elok untuk pertimbangan diri sendiri.

Amin, untuk doa kau itu.

Daud Mili berkata...

yup....paling tidak dapat muhasabah diri dengan melihat kebesaran Allah di dalam setiap bidang yang kita ceburi, amat lah ruginya hati insan itu, jika dia dibutakan dari melihat hikmah di sebalik apa yang dia kerjakan....~

Aina Belle berkata...

biasanya org suka ckp bukan berdasarkan ilmu... they know the surface of that thing.. but they know nothing deeply of that thing. so, better kita bg org yg ada ilmu berkaitan bercakap. yg xde kena mengena bolehla sekadar mendengar, membaca, bertanya soalan dan menambah ilmu pengetahuan sahaja. renung2kan dan selamat beramal... aku pon xtau komen aku ni ada kaitan ke ngn entry kau ni. hahaha

Daud Mili berkata...

aina;...
ada benarnya kata-kata kamu,..tapi boleh juga untuk orang lain juga berkata-kata...hak kebebasan bersuara..tapi yang kita risaukan,..mereka suka bersuara dan suara yang mereka keluarkan bukan lah ikhlas, cuma punyai kepentingan, dan lebih teruk lagi, suara itu, yakni pendapat dan pandangan mereka itu langsung tidak mencerminkan keperibadian mereka....berkata-kata seperti orang tidak berilmu....kosong....dan kadang2 memburukkan suasana...ketika itu lah mereka seeoloknya berdiam diri.....!!...