Ahad, 14 Februari 2010

St Valentine dan Kasih Sayang Muhajirin & Ansar

-gambar hiasan-

Assalamualaikum,......(14 Februarui 2010)(Ahad)... Nama St. Valentine menjadi popular dikalangan rakyat Malaysia yang suka membaca, mendengar, melihat dan yang suka ambil tahu. Dan mungkin nama ini tak popular kepada golongan yang masih tidak mahu, tidak suka, tiada peluang, tidak setuju dan tidak ambil tahu apa-apa terhadap isu di dalam negara.

Semenjak bermulanya Februari, aku membaca web-web, akhbar serta artikel-artikel banyak menceritakan tentang haram bagi orang Islam menyambut Hari Valentine. Bukan setakat di Malaysia, di negara Islam lain juga telah lama difatwakan sedemian rupa. Satu persatu sejarah dan asal-usul perayaan itu di buka, dimana salah satu sumber mengatakan ianya berasal dari perayaan Katolik Roma (Wiki).

Perayaan ini dikaitkan dengan kasih sayang, pada aku, sebenarnya Islam punya lebih banyak peristiwa kasih sayang dan yang paling masyur dimana ketika penghijrahan kaum Muhajirin dan Ansar. Indah sungguh kehidupan ini bilamana dua orang sahabat berlainan etnik bersatupadu dan berkasih sayang dan meraikan sesama dengannya.Bilamana seorang ini sakit, maka sahabat yang satu lagi berusaha mencari ubat buat mengubati sahabatnya yang tenat itu.Bilamana sahabatnya resah dalam hati, melihat airmukanya, si sahabat yang satu ini cepat menangkap dan cuba memahami keadaan sahabatnya itu dan cuba membantunya.

-gambar hiasan-

Tatkala sahabat yang satu ini, dalam kesusahan perang, sahabat yang kejauhan ini sanggup berbuat segalanya untuk membantu rakannya itu…hingga sanggup mengajak orang lain membantunya bersama.

Bilamana dirinya didengarkan buruk pada sahabatnya tadi, dirinya tiada pula cepat melenting akan khabar angin palsu itu, malah dirinya hanya bertambah akan kebaikannya pada sahabatnya dari cepat menghukum dan menghina.Seagung cinta kasih Abu Bakar, sehebat kukuh sayang Umar Al Khattab, dan setulus ihsan rindu sahabat lain berjuang bersama Nabi SAW. Begitu sekali pendam hati sahabat Nabi SAW meski baginda bertahun sudah pergi menemui Kasih Ar Rahman.

Inilah dia ciri Ansar dan Muhajirin, golongan yang saling bantu-membantu dan golongan yang berhijrah untuk mencari kebaikan, keduanya hanya mencari keredhaan Allah…mereka telah berkorban sesama sendiri dalam lapangan harta, masa, tenaga, idea, hati, jiwa, keluarga dan nyawa mereka dalam menjayakan pesanan Nabi SAW kepada mereka iaitu menjaga dan memperkuatkan di antara satu sama lain. Begitulah kasing sayang mereka bersaudara...

-gambar hiasan-

Kembali kepada Valentine, tahun ini aku lihat, Malaysia lebih bersungguh-sungguh menghapuskan perayaan Hari Valentine tidak kira dari pihak kerajaan dan juga NGO Islam yang lain. Seperti yang aku lihat di facebook baru-baru ini, banyak yang menjadikan pengharaman Hari Valentine ini sebagai post-post mereka, dan ramai pula yang comment menyatakan persetujuan.

Kesungguhan semua pihak dapat kita lihat, walaupun masih ada segelintir atau masih ramai masyarakat Islam yang masih juga menyambutnya. Tidak mengapalah. Namun, di atas kerjasama semua pihak, massage yang ingin disampaikan kepada masyarakat telah berjaya disampaikan. Walaupun tidak berjaya secara keseluruhan, tapi, apa yang telah kita buat adalah penting iaitu mencegah sebelum ianya menjadi lebih teruk dan tak mampu diubah lagi. Kalau sudah menjadi amalan masyarakat, memang susah untuk kita halang.

Beginilah yang sepatutnya kita buat untuk apa sahaja perbuatan kita di masa hadapan. Tak kira dari segi agama, bangsa atau negara. Dari segi pelajaran, pekerjaan, masalah moral remaja, masalah moral kanak-kanak dan masalah moral orang-orang tua serta masalah lain yang sudah menjadi semakin buruk,... semua itu sepatutnya harus dicegah diperingkat awal, sebelum menjadi lebih 'pejal' dan 'keras' dan amat sukar untuk dilebur...

Oleh itu, semoga kita semua dapat memperjuangkan apa yang menjadi kehendak sebenar Nabi Muhammad SAW.. Kehendak sebenar Allah SWT... bukan hanya bila benda itu sudah hilang, sudah jadi amalan, atau sudah dicuri, seperti yang berlaku ketika kita kehilangan istilah 'ALLAH', baru lah kita menjadi seperti 'kera yang terputus ekornya', bising tidak tentu hala,...sedangkan sebelumnya kita tidak pernah terfikir untuk menjaga...jauh lagi untuk memelihara...dan setelah ianya diambil orang,..menyesal tiada guna...

Semoga aku dan yang lain, mengambil pengajaran dari peristiwa sebelum ini sebagai ikhtibar...

Sekian...

(rujukan :muhajirin)

7 ulasan:

intanurulfateha (◡‿◡✿) berkata...

.kite x clbr8 valentine ;)

Mybabah berkata...

Salam Daud. Kasih sayang antara Rasulullah s.a.w. Siti Khatijah jauh lebih murni daripada Valentine. Mengapalah orang Islam tidak mahu mengambil iktibar itu...

Fifi Rahmat berkata...

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”. Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.: “ Dan janglah kamu megikuti apa yg kamu tidak mepunyai pengetahuan tentangnya. Ssungguhnya pndengarn, pglihatan & hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”(Surah Al-Isra:36)

Daud Mili berkata...

intanurulfateha (◡‿◡✿):
bagus la,...samer ler kiter,....apa la nak disambut2,...~

Daud Mili berkata...

Mybabah:
yup...sebab itu aje yang kita selalu didedahkan,...kalo kita didedahkan dgn cerita2 sirah Rasulullah, maka mesti semua pemuda pakar dalam sirah ini,....dan x akan mahu mengambil contoh dari barat,...

Daud Mili berkata...

Fifi Rahmat :
benar kata-kata kamu,...~

aien berkata...

ape laa yg nk dibanggakan dng hari ituh...tidak perlu kan