Sabtu, 27 Februari 2010

Muawiyah r.a. yang teraniaya

-gambar hiasan-

Assalamualaikum,....(28 Februari 2010)(Ahad). Muawiyah r.a. adalah salah seorang khalifah yang teraniaya....Apa yang terkenal, yang kita ingat, apa yang kita dengar dan kita sebarkan ialah Muawiyah r.a. seorang yang:

1.) zalim,
2.)pemutar belit,
3.)pemberontak,
4.)ahli politik yang licik dan seumpamanya.

Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini...Muawiyah r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun.

Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya :

“ Apa kata tuan tentang Mua’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama?”

Mendengar soalan itu Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata:

“Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz”.

rujukan:(Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 139)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allah ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka”.

Rujukan:(Riwayat Sahih Bukhari )

Dan sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya???...

Antara text dipetik dari 1.) loveislam

Hentikan lah cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat....Jika kita tidak tahu. Lebih baik kita berdiam diri. Jangan hanya menjadi pengajuk. Jangan kita termasuk ke dalam golongan yang Allah s.w.t keji dan hina di akhirat kelak kerana menghina para sahabat r.a. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kebenaran...

Sekian...

2 ulasan:

Mybabah berkata...

Salam Daud. Terima kasih dengan N3 yang amat bererti kepada diri babah. Selama ini babah juga sangat terpengaruh dengan tohmahan yang dikenakan kepada Muawiyah r.a. N3 ini menghilangkan sangka buruk itu serta merta. Jazakaullah saudara...

Daud Mili berkata...

iya,...ada pendapat mengatakan beliau r.a. lah yang menjadi dalang kepada pembunuhan cucu-cucu Nabi s.a.w., namun bagi saya, seseorang seperti beliau r.a. ini, tidak mungkin sekejam itu melakukan perkara tersebut,....

iya, peristiwa itu berlaku ketika keturunan beliau r.a. yang memerintah,....tapi mana mungkin pembunuhan cucu-cucu Nabi s.a.w. menjadi kehendak sebenar beliau r.a.,....

dengan ini saya berdiam diri,... tidak mahu mengatakan mana yang benar, mana yang silap...semoga Allah s.w.t. melindungi kita semua....dari fitnah akhir zaman,..~~