Rabu, 30 Disember 2009

Sendiri ada, tetapi guna orang punya....


Assalamualaikum...(31 December 2009)(Khamis). Aku baru terbaca kenyataan lama dari State Mufti's Office (Prime Minister Office) Brunei Darussalam yang bertajuk INGAT! JANGAN IKUT-IKUTAN MERAYAKAN KEDATANGAN AWAL TAHUN MASIHI. Apa yang menarik didalamnya adalah:

Tahun Hijrah secara khusus hanya terkenal dalam masyarakat dan dunia Islam, harinya bermula dari peristiwa penghijrahan Nabi SAW, keluarga & para-sahabat dari Makkah ke Madinah...Sementara Tahun Masihi pula memang dikenali oleh masyarakat antarabangsa kerana seluruh dunia menjadikannya tarikh utama di dalam kalendar mereka, harinya bermula dari tarikh yang secara tradisionalnya dianggap merupakan tarikh lahir Yesus Kristus (Al-Masih). [rujuk Wikipedia Tahun Masihi]

Di sini timbul satu persoalan tentang sesetengah masyarakat Islam yang turut merayakan awal Tahun Masihi dengan sambutan besar-besaran sebagaimana orang bukan Islam merayakannya... Ia sudah menjadi kebiasaan menyambutnya di mana-mana tempat...

Sambutan Tahun Baru besar-besaran

Sementara menanti acara kemuncak iaitu pengiraan detik tahun baru melalui jarum saat dan jam yang menuju ke angka dua belas... Apabila jarum jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengah malam, maka kedengaranlah teriakan dan sorak sorai orang ramai tanda tahun baru sudah menjelma..

Dalam pesta yang diadakan itu, sudah tentunya banyak perkara negatif berlaku, antaranya percampuran di antara lelaki dan perempuan, terdapat bentuk hiburan yang dilarang oleh Islam dan yang tidak secocok dengan akhlak Islam serta perkara-perkara lain yang boleh dilihat di mana-mana dan berbagai-bagai cara ketika perayaan diadakan...

Sesungguhnya Islam tidak ada kaitan langsung dengan sambutan dan perayaan seumpama itu. Seperti sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari (kalangan) mereka.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Sehingga ke hari ini, kebanyakan negara termasuk sebahagian dari negara-negara Islam masih menggunakan kalendar Masihi sebagai kalendar asas....Walau bagaimanapun sudah sepatutnya umat Islam di seluruh dunia memikirkan untuk menjadikan kalendar Hijrah sebagai kalendar asas mereka....Dan yang lebih jauh lagi, pernahkah kita mendengar atau berjumpa orang bukan Islam turut merayakan awal tahun Hijrah kita???...

Oleh yang demikian, kita umat Islam sendiri patutlah belajar megah dan komited serta dengan penuh semangat menggunakan kalendar Hijrah sebagai kalendar utama dalam kehidupan kita seharian...Perkara ini bukan mudah untuk dilakukan,...tetapi tidak mustahil..Dengan keinginan yang kuat serta kerjasama yang tinggi dari pemerintah dan rakyat.. Perkara ini boleh dilakukan,..pertukaran tarikh di dalam sistem boleh di ubah secara berperingkat, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan...kerana, sendiri ada, tetapi guna orang punya....sekian.

...artikel dipetik dari www.brunet.bn dan diubah berdasarkan pendapat peribadi penulis...

Khamis, 24 Disember 2009

Jemput ke Konvensyen Sunnah kali ke 5


Aturcara konvensyen ke 5

Konvensyen Sunnah kali ke 5
26 Disember 2009 / 9 Muharam 1431 H ( Sabtu )
Institut al-Qayyim, Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam.

MEMPERKASA GERAKAN TAJDID DI ARUS PERDANA

Aturcara Majlis :
6.00 pagi Kuliah Subuh
Ustaz Ghazali bin Tahir
Institut Tahfiz al-Quran al-Mizan

7.30 pagi – 8.30 pagi Sarapan dan Pendaftaran

9.00 pagi – 9.30 pagi Ucapan alu-aluan Presiden Institut al-Qayyim Ustaz Abd Rasyid bin Idris

9.30 pagi – 10.00 pagi Pembentangan Kertas kerja 1
Ustaz Fadlan Mohd Othman
“Dakwah kepada Pemerintah”

10.15 pagi – 10.45 pagi Pembentangan Kertas kerja 2
Ustaz Ismail bin Omar (Pengasas Sekolah Kiblah) “Memperkasakan pendidikan bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah”

11.00 pagi – 11.20 pagi Rehat dan Rawat

11.20 pagi – 11.50 pagi Pembentangan Kertas kerja 3
Dr Ade Novli ( Mudir, Madrasah Al-Arabiah Al- Islamiah, S’pura )
“Penyebaran Sunnah melalui gerak kerja kemanusiaan”

12.05 pagi – 12.35 tghari Dr Azwira bi Abdul Aziz ( Pensyarah, UKM )
Gabungan Ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia(GUASMA)

1.00 tghari – 2.30 ptg Jamuan Tengahari / Solat Zohor

2.30 ptg – 3.30 ptg Forum “Ahli Sunnah Wal Jamaah penyeru kesatuan ummah”
Ahli Panel : Dr Mohd Asri Zainul Abidin & Ustaz Shofwan Badrie
Moderator : Ustaz Hisyam Mohd Radzi

3.30 ptg – 4.30 ptg Soal Jawab

5.00 ptg Solat / Minum Petang / Taaruf / Bersurai

Menerajui Ummah kearah penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi :
Abdul Wahab Bahari - 019-4484379
Ustaz Mohd Abdul Kadir - 013-4889954
Jasni bin Jaafar - 019-4482098
Azman Merican - 012-4941088

*Tentatif program ini tertakluk kepada perubahan semasa.

Apabila 25hb Disember disambut....

(google.com)

Assalamualaikum....(24 Disember 2009)(Khamis). Tahun baru dimulakan dengan bulan Muharram, bulan pertama kalendar Hijrah, bulan yang punya sejarah tersendiri, tetapi aku tiba-tiba terdetik ingin menulis mengenai cerita di dalam kalendar Masihi sebab aku terbaca beberapa artikel dalam internet tentang asal-usul perayaan yang disambut 25hb Disember setiap tahun, iaitu perayaan Hari Natal. Adakah perayaan Natal benar-benar ajaran agama Kristian??..

Terdapat sebuah buku yang menceritakan asal usul perayaan ini, buku itu bertajuk THE PLAIN TRUTH ABOUT CHRISTMAS By Herbert W. Armstrong. Terjemahan dalam bahasa Indonesia oleh Masyhud SM. dalam buku Misteri Natal, yang anda semua boleh baca di link http://media.isnet.org/kristen/Natal/Natal.pdf .

Buku ini menulis, perayaan Natal yang diselenggarakan di seluruh dunia ini berasal dari Katolik Roma, dan tidak memiliki dasar dari kitab suci, seperti penjelasan dari Katolik Roma dalam Catholic Encyclopedia, edisi 1911, dengan judul “Christmas”, ada kalimat yang berbunyi sebagai berikut:

“Natal bukanlah diantara upacara-upacara awal Gereja … bukti awal menunjukkan bahwa pesta tersebut berasal dari Mesir. Perayaan ini diselenggarakan oleh para penyembah berhala dan jatuh pada bulan Januari ini, kemudian dijadikan hari kelahiran Yesus.”

Begitu juga dengan kewujudan Santa Klaus, di dalam buku itu juga menulis, Santa Klaus ini adalah ciptaan seorang pastur yang bernama “Santo Nicolas” yang hidup pada abad ke empat Masehi. Hal ini dijelaskan oleh Encyclopedia Britannica, volume 19 halaman 648-649, edisi kesebelas, yang berbunyi sebagai berikut:

“St. Nicholas, adalah seorang pastur di Myra yang amat diagung-agungkan oleh orang-orang Yunani dan Latin setiap tanggal 6 Desember…Legenda ini berawal dari kebiasaannya yang suka memberikan hadiah secara sembunyi-sembunyi kepada tiga anak wanita miskin… untuk melestarikan kebiasaan lama dengan memberikan hadiah secara tersembunyi itu digabungkan ke dalam malam Natal. Akhirnya tarkaitlah antara hari Natal dan Santa Claus…”

Buku ini juga menceritakan tentang asal pokok krismas, tarikh-tarikh yang mengelirukan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Krismas dan agama Kristian. Jadi, jika ditanya, adakah perayaan Natal benar-benar ajaran agama Kristian??..maka jawapannya TIDAK. Buku ini adalah bahan tambahan berguna untuk siapa yang ingin mengetahui dan mengkaji.

Apa yang ingin aku katakan adalah, apabila sesuatu agama di dunia ini terlalu senang ditokok tambah, maka ini lah jadinya... Apabila masyarakat tidak dapat membezakan yang mana satu ibadah, dan yang mana satu adat. Maka agama itu akan kelihatan kartun dan akan dipertikaikan oleh golongan cerdik pandai dari zaman ke zaman.

Tidak mustahil, di dalam Islam, perkara ini juga boleh terjadi, apabila banyak perayaan, atau sambutan yang diadakan jarang sekali kita mengetahui dari mana asal-usulnya... Adakah Nabi SAW dan para sahabat (semoga Allah meredhai mereka) pernah melakukannya???... Seperti perayaan bubur Asyura, majlis memperingati itu-memperingati ini, perarakan Maulid Nabi dan perayaan-perayaan kaum Melayu lain yang selalu dianggap ibadah sehingga ada yang terasa bersalah jika tidak merayakannya...

Maka, betapa pentingnya untuk kita menyelidik setiap sumber dan setiap alasan bagi tiap-tiap satu perkara yang orang selalu kata bahawa ianya adalah ibadah. Semoga kita semua menyedari dan cuba elakkan serta berusaha bersama-sama menghapuskan penambahan dalam agama ini dari terus berlaku di masa hadapan...

"...Ya Allah, jangan kau pesongkan hati kami, setelah engkau beri kami petunjuk..Amin..."

Sekian.

Ahad, 20 Disember 2009

Bertemu Dr Yusuf Al-Qaradhawi

(google.com)

Assalamualaikum,....21 Disember 2009(Isnin). pada 19 Disember 2009, aku menghadiri SYARAHAN PERDANA anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, untuk bertemu dengan tokoh yang aku sanjungi ilmunya iaitu Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Ulama dari Mesir, Di Masjid Negeri Shah Alam (MASJID SULTAN ABDUL AZIZ SYAH). Alhamdulillah, aku dan kawan ku, Seth, diizinkan Allah untuk ke majlis tersebut. Walaupun gagal untuk bersalaman dengan Dr Yusuf, tapi memang dari awal lagi aku sudah tidak mengharap, kerana aku tahu, bukan itu keutamaannya.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi dikerumuni pencinta ilmu

Jumlah pengunjung memang ramai. Kami sempat solat Maghrib yang diimamkan oleh beliau. Sesudah maghrib, maka beliau memberikan ceramah dan nasihat kepada orang ramai. Aku sebelum ni memang layan ceramah dia di YouTube yang ada tranlate English atau Bahasa. Buku dia pun aku baca, walaupun ketika membacanya, aku banyak skip...huhu..Itu sebab aku sangat excited untuk berjumpa dengannya.

Ceramahnya di alih bahasa ke bahasa Melayu


Gambarku diambil oleh Seth, kawanku. (aku baru nak suruh, tapi dia dah amikkan)

Dia adakalanya berlembut dalam berkata2, dan adakalanya sangat tegas..

Ceramahnya pada malam tersebut adalah mengenai peristiwa Hijrah. Aku ada menaip beberapa rangkap kata-katanya melalui handphone aku. Tetapi ayat-ayat ini mungkin terdapat kesilapan aku sendiri tentang sebutannya,...dan ada kemungkinan juga aku boleh tersalah mengenai maksudnya...Jadi aku ingin meminta maaf jika aku melakukan kedua-dua kesilapan tersebut. Antaranya kata-katanya adalah :

Dia berterima kasih kepada Malaysia,
".....Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, juga kepada kenalan saya iaitu Anuar Ibrahim ,........ Para pemimpin dan rakyat Malaysia kerana menerima saya dengan baik, memberi pegiktirafan, anugerah kepada saya. Sehingga tahap menyediakan helikopter untuk saya ke majlis-majlis di Malaysia..."

Apabila beliau mengulas mengenai peristiwa Hijrah,
"......Kisah Hijrah, tuan-tuan lebih tahu, tuan-tuan sudah khatam keseluruhan kisahnya, mahupun dari sumber yang sahih atau yang tidak sahih, seperti kisah burung merpati dan labah-labah, yang tiada kaitan dan kekuatan kepada kisah tersebut, kerana hakikatnya, ketika Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar (semoga Allah meredhainya) bersembunyi, hanya Allah lah yang menjadi pelindung bagi mereka, seperti yang mana dinyatakan di dalam Al-Quran..."

Aku dah tak ingat la kata-katanya yang lain, ingat pun sikit-sikit. Tapi tak berani nak tulis, takut aku tersalah pulak. Ketika majlis itu, memang banyak kamera disana-sini, video cam disana-sini. Aku yakin akan ada videonya di YouTube menyusul nanti untuk kita dengar lebih lanjut nasihat beliau..., insyaALLAH. Semoga ada yang mengusahakannya.

Diakhir majlis, beliau membaca doa bersama2 hadirin hadirat,...

Sekian..

...

Khamis, 17 Disember 2009

Berubah


Assalamualaikum,....18 Desember 2009(Jumaat). Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah, sudah 1431 tahun peristiwa Hijrah Nabi S.A.W dan para sahabat (semoga Allah meredhai mereka) yang berhijrah dari Makkah ke Madinah setelah mengalami tekanan yang kuat dari kaum Quraisy di Makkah dalam kerja dakwah Nabi SAW dan seksaan yang teruk terhadap sesiapa yang mengikut Nabi S.A.W. Sebenarnya banyak peristiwa hijrah di dalam sejarah Islam yang kita kurang ambil tahu seperti penghijrahan sebahagian umat Islam dari Mekah ke Habasyah, yang kini dikenali sebagai Etophia, yang berlaku pada tahun kelima sejak Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul. Untuk membaca lebih lanjut, boleh membacanya di http://hafizfirdaus.com/content/view/148/81/ .

Penghijrahan selalu dikaitkan dengan perubahan. Sama ada perubahan dari dalam diri seseorang insan atau dari luarannya. Tidak kira dari segi agama atau dari segi keduniaannya. Di dalam Al-Quran, terdapat ayat yang sangat popular digunakan oleh manusia ketika mengulas mengenai 'perubahan' iaitu di dalam Surah Ar-Ra'd.

Yang bermaksud,

"...Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya..."

Surah Ar-Ra'd. (Ayat 11)
[ Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia Tafsiran Ar-Rahman ]
di petik dari Surah Ar-Ra'd

Perubahan itu datang dari kita sendiri. Maka, tekankan dalam diri, bersungguh-sungguh jika kita ingin betul-betul berubah. Tidak kira lah kita nak berubah untuk menjadi lebih baik, lebih bertanggungjawab atau lebih cantik,..... lebih kurus, atau lebih comel, lebih tampan, lebih mendapat perhatian.....atau pun lebih sayang, lebih menghormati dan lebih dihormati,...Lebih banyak bercakap, atau kurang bercakap...lebih ambil tahu, atau buat tak tahu jek...lebihkan perkara-perkara yang utama dari perkara-perkara yang remeh...cuma jangan 'lebih-lebih' sudah...hehe...

Sempena tahun baru ini, mari kita buka buku baru, hidup dengan lebih terurus, menjadi orang yang lebih berguna, bersikap lebih dewasa, menilai sesuatu perkara dengan lebih matang, mengurangkan perkara-perkara yang tak patut kita dalami dan lain-lain lagi. Kita bukan lah ingin menjadi orang yang sempurna....tetapi, lebih baik kita beringat sebelum diperingatkan..Aku menasihat diri ku dan yang sahabat yang lain..sama-sama kita hargai setiap pemberian Allah dengan menjaganya baik-baik...insyaALLAH..sekian.

Selasa, 15 Disember 2009

Kisahnya begini.....

(google.com)

Assalamualaikum,..16 Desember 2009(Rabu). Setiap kisah punyai penjelasan masing-masing, tidak kira kisah sejarah ataupun kisah yang sedang berlaku. Namun, Setiap perkara berlaku punyai sebab dan musabab tertentu sehingga menyebabkan kisah tersebut terjadi. Setiap makhluk punyai keinginan dan punyai pelbagai kisah masing-masing. Hanya Allah swt yang Maha Esa lebih mengetahui sebab utama setiap kejadian itu berlaku, samada bersebab ataupun tidak. Allah swt Maha Kuasa mencipta dan melakukan sesuatu tanpa sebab, seperti Firman Allah swt yang bermaksud: (Bismillah)

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
(Surah Yassin 36:82)


Namun, sifat makhluk itu lemah, perlukan sebab untuk melakukan sesuatu. Tempat berharap hanyalah kepada Allah swt.

Zaman semakin maju, pemuda-pemudi tidak lagi berfikir seperti orang-orang zaman dahulu yang hanya menerima sahaja apa yang diturunkan kepada mereka. Zaman sekarang, anak-anak muda perlukan 'sebab' kenapa setiap kisah atau perkara itu berlaku untuk mereka ikuti. Baik dari segi agama mahupun perkara-perkara dunia. Anak-anak yang cerdik sekarang mahukan sumber yang jelas dan benar lagi dibenarkan.

"...kenapa ianya berlaku, dari mana datangnya kisah itu, apa buktinya, siapa yang melihat, apa tujuannya..??.."

Namun, kepercayaan kita terhadap agama tidak boleh dijadikan pertikaian kerana Nabi SAW telah menekankannya di dalam rukun iman yang kita pelajari dari sekolah rendah lagi. Dalam Kitab Sahih Muslim, dipetik hadith mengenai Rukun Iman:(yang bermaksud)

Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya:

Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?

Rasulullah saw. menjawab:

Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit.

(Kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10)
[hadis ini panjang dan boleh dibaca di http://wapedia.mobi/ms/Rukun_Iman atau http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=ind&ID=2 ]

Untuk enam(6) perkara yang disebut Nabi SAW diatas, haruslah yakin tanpa was-was. Namun, selain daripada perkara tersebut, boleh lah kita pertikaikan kewujudannya ataupun pertikaikan kisahnya kerana kita tidak perlu beriman kepada perkara-perkara lain dan berimanlah hanya kepada enam perkara itu sahaja(kerana itulah yang dikatakan oleh Nabi SAW).

Tidak kira apa sahaja kisah bertulis , bergambar atau hanya disampaikan melalui kata-kata dengan melihat, mendengar dan lain-lain lagi, Segala-galanya akan sentiasa menjadi pertikaian dari zaman ke zaman. Dan apabila tiada satu sumber yang meyakinkan untuk dijadikan hujah atau penguat dan bukti bagi sesebuah kisah itu berlaku, maka dongeng lah kisah itu, tiada nilai lah ia disisi sejarah dan tidak akan diterima pakai oleh cerdik pandai zaman seterusnya.

Jika dilihat dalam isu politik, kadang kala, ahli politik itu sendiri melepaskan kata-kata tanpa usul periksa, menuduh musuh politik mereka hanya kerana ingin menjaga kedudukan serta ingin mendapat nama. Begitu juga dengan kisah sejarah, seperti kisah seekor kancil melawan dan menendang 3 ekor anjing peliharaan Parameswara ketika beliau sedang memburu. Parameswara melihat peristiwa itu dibawah sepohon pokok melaka, dan beliau pun memberi nama tempat itu sebagai Melaka. Cuba kita masukkan 3 ekor anjing dan seekor kancil kedalam satu sangkar. Apa akan terjadi? Siapa yang akan menendang siapa?

Selain itu, isu semasa yang dikawal media-media utama, seperti akhbar, internet, sms atau apa sahaja medium yang membawa pelbagai kisah dan isu masa kini. Kebanyakan penulisan tersebut banyak mempengaruhi kehidupan dan pemikiran rakyat di negara ini. Jika perkara positif dihidangkan, maka positif lah pemikiran rakyat, jika negatif, maka negatiflah pemikiran rakyat.

Jadi, berhati-hati menerima segala kisah, yang benar mahupun karut, belajarlah menilai setiap kisah, setiap yang telah berlaku, setiap yang bakal berlaku dan yang sedang berlaku. Menerima segala sumber dengan hati terbuka, dengan minda terbuka serta dikawal oleh emosi dan kepercayaan kita. Menerima sumber-sumber yang tidak kita suka, dan belajar membezakan dengan sumber yang kita sukai.

Berhenti berfikir 'di dalam kotak' sahaja, belajar bagaimana boleh berfikir 'di luar kotak' tersebut. Jangan letakkan pandangan kita kekal 'dibawah tempurung', cubalah belajar memandang dunia dari 'mata burung'.

Cita-cita Malaysia untuk menjadi negara maju sepuluh tahun lagi (2020) adalah tidak mustahil... tapi ianya perlulah dibina oleh anak-anak yang berfikiran jauh, yang tidak menerima kisah-kisah dongengan dan fantasia, yang hany melalaikan anak2 ini. Bangun, dan terimalah hakikat kehidupan dan belajarlah buang segala kisah-kisah batil, sebenarnya,..kisahnya begini.......... sekian.

Jumaat, 11 Disember 2009

Tiada yang Mustahil


(google.com)

Assalamualaikum...12 December 2009(Sabtu).Malas giler nak menulis time cuti nih, aku lebih banyak terbabit dengan aktiviti-aktiviti luar rumah. Result UiTM pun dah keluar, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, penyesalan memang la ada,..haha..macam biasa la,..tapi semester ni dapat tinggi sikit dari yang sebelumnya...syukur sangat,..semoga ianya berkekalan, boleh la naik lagi untuk semester depan..InsyaALLAH. Semester lepas, aku agak kuat sikit study, mungkin sebab dapat duduk serumah dengan orang-orang yang kaki study, so, diorang memang banyak tolong aku, secara langsung atau tidak secara langsung, macam Arm, Sali, Afiq, Zuwairi, Adam, Syuk, Sheh, Nopal, Mutal, Pejo, Mawi, Apis, Mat Yie dan juga East-mael,... terima kasih la pada semua... Selain itu, juga kepada teman-teman study aku seperti ucop razali, basyir, meor & padil...dan kepada budak-budak kelas B serta pensyarah-pensyarah yang dikagumi...Terima kasih semua..!!..

Dulu masa semester 5 (semester lepas semester 6), aku amik paper 'presention skill' (BEL @ English Languages), aku pilih tajuk 'The most influencial people in the world' dan tokoh yang aku pilih adalah Bill Gates. Semua orang dah kenal, tak perlu citer lebih, yang aku nak kongsi adalah kata-kata hikmah darinya :

“If you can't make it good, at least make it look good.”

(..."kalau tak mampu jadikannya bagus, jadikannya kelihatan bagus"...)

Betul ke translate aku tuh....hahaha..apa2 aje la..Dia ni memang orang yang hebat. Nak jadi macam dia memang ler tak mampu..Kelebihan dia adalah dari seorang lelaki biasa seperti lelaki kebanyakan yang lain, tetapi mampu dan sudah pun berjaya menjadi seorang lelaki yang luar biasa,...Tiada yang sempurna di dunia, tapi tak salah kalau kita berusaha, dan tak mustahil untuk kita berjaya..

Dari kata-katanya di atas, kita dapat tahu, orang berjaya seperti dia juga sedar tiada apa yang sempurna di dunia ini, tetapi juga tidak mustahil untuk kita menyempurnakan apa sahaja yang kita cita-citakan dan menerima apa sahaja hasilnya...insyaALLAh, kita boleh dapat manfaat dari apa yang telah kita usahakan.

Memang tidak dinafikan, suasana memainkan peranan penting untuk kita berjaya. Apabila kita berada dalam suasana orang-orang yang ingin berjaya, insyALLAH, kita juga akan terpengaruh untuk berjaya juga.. Semua orang berharap kehidupan yang lebih baik hari demi hari...Semoga kita sama-sama berusaha menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat..insyaALLAH...tiada apa yang mustahil...sekian.

Isnin, 7 Disember 2009

Jom sertai Fiesta Anak Muda!





Jom sertai Fiesta Anak Muda!

8.30 pagi bermula dengan makan sarapan dan pameran-pameran buku-buku, filem-filem dan sebagainya. Dan seterusnya dengan pelbagai program-program yang beza dan menarik...

Tarikh: 20hb December 2009 (Ahad)
masa: 8.30 pg - 11.30 mlm
Tempat: Dewan Serbaguna Seksyen 5, MBPJ (dekat dengan Stesen KTM Petaling)

10.15pg - 12.15tgh
Perkongsian Filem: 'GADOH' Aku Bangsa Malaysia
Pengarah dan pelakon-pelakon filem akan menghadiri untuk berkongsi pandangan filem tersebut

2.00ptg - 4.00 ptg
Bengkel - Suara Anak Muda
(cit cat cabaran Anak Muda)

4.00 ptg - 5.30 ptg
Minum Petang bersama dengan pemimpin Anak Muda dan Wanita:
- YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia ),
- YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang),
- Nalini.E (Koordinator kempen Suara Rakyat Malaysia-SUARAM dan Sekretariat Jaringan Rakyat Tertindas-JERIT) , dan
- Hilman Idham (Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen-KAMI, Aktivis Mahasiswa)

8.30 mlm - 11.30 mlm
Konsert Akustika
- Meor Yusoff Azzidin
- Beeha
- Nik
- Rumah Anak Teater
- Dum Dum Tak
- Thepips
- Mistikus
- Couple

Anak Muda, Seni dan Muzik
Jom bersembang dengan Mazir, Xifu Nassier (Algebra) dan Lim Ping Seng (binsen)

Makanan Sarapan, tengah hari dan malam disediakan, kemasukan adalah percuma...

Sila hubungi Shiekh Omar Ali 013-2965724, Ong Jing Cheng 012-7583779 atau Medecci Lineil Repong 016-2208784 untuk maklumat lanjut.


Ayuuhh...~

Isnin, 30 November 2009

Gempa Bumi di Kampung Halamanku, Kuala Pilah



Pekan Kuala Pilah

Assalamualaikum,...1 Disember 2009(Selasa). KUALA PILAH. Terkejut mendengar berita Gempa Bumi berlaku disini ketika aku sedang menonton perlawanan bola sepak Liga Inggeris sehingga ke pagi. Walaubagaimanapun gegaran tersebut langsung aku tak rasai. Aku yakin memang ramai penduduk Kuala Pilah yang tak rasa gegaran itu dan ada separuh daripadanya percaya bahawa berita "gempa bumi" itu hanya lah khabar angin,

Namun,Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di beberapa kawasan di Tanjung Ipoh di sini awal pagi ini.Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, gempa bumi itu berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer arah timur Seremban. Bagaimanapun, menurutnya, tiada gegaran kuat dirasai penduduk sekitar akibat gempa bumi itu.Sementara itu, beberapa penduduk di sekitar Taman Pemarak, Tanjung Ipoh yang ditemui pagi ini mengesahkan berasa gegaran kecil di kawasan kediaman mereka dalam tempoh beberapa saat.Tinjauan Utusan Malaysia di taman perumahan itu dan sekitar kawasan Tanjung Ipoh mendapati, keadaan tenang dan rata-rata penduduk tidak sedar kejadian itu berlaku awal pagi ini. Tiada kemalangan jiwa atau keretakan berlaku di kawasan itu, malah belum ada laporan dibuat oleh penduduk di Balai Polis Tanjung Ipoh berhubung kejadian tersebut. [rujukan = http://paramedik.bbfr.net/negeri-sembilan-f105/kuala-pilah-digegar-gempa-bumi-utusan-t6762.htm]

(Gambar Hiasan)

Rasa BIMBANG tambah EXCITED tambah PELIK dan macam-macam perasaan lagi bermain difikiran ini. Ini adalah kali pertama perkara sebegini berlaku di Kuala Pilah khususnya dan di Negeri Sembilan secara Amnya. Bahkan aku rasa, di Malaysia pun gempa bumi bukannya bencana alam yang biasa2 kerana ia tak pernah terjadi. Bencana Alam ni kalau dilihat dari segi peringatan ALLAH adalah satu 'azab' atau 'ujian' kepada kaum tersebut. Seperti firman Allah dalam Surah al-A’raaf ayat 96 yang bermaksud :

“Jika sekiranya penduduk kota-kota beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.”

Semoga rakyat Malaysia sedar akan hal ini, dulu kita tengok Indonesia aje ada gempa bumi, sekarang bencana ini sudah mula kesini. Jika dilihat kawasan Kuala Pilah, kawasan ini tidak banyak punyai bangunan yang tinggi, dan cuaca disini pun antara yang paling panas di Malaysia. Jadi jika bencana tetap berlaku, mungkin kurang impaknya pada kehidupan alam berbanding jika ianya berlaku di kota-kota yang pesat seperti Kuala Lumpur atau sebagainya. Jika ini adalah ujian yang Allah turunkan, maka akan berbahagialah kepada bagi orang beriman yang sabar... Seperti berfirman Allah dalam surah al-Anbiya yang bermaksud:

“Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”

Semoga petanda gempa yang kecil ini menjadi petunjuk untuk orang mimikirkan kekuasaan dan ciptaan Allah SWT. Aku terfikir hikmah perkara ini, sebab aku study dalam bidang engineering, kalau kawan2 aku yang major geotechnical iaitu belajar berkenaan dengan geology, inilah masa mereka nak turun padang melihat plate apakah yang bergerak di bawah tanah sana...hehe...Semoga kita sama-sama dapat ikhtibar...sekian.

Sabtu, 28 November 2009

Nur Kasih & Islam...


Assalamualaikum...28 November 2009.(Sabtu)..Selamat hari raya aidiladha dan selamat menunaikan haji dan korban kepada insan-insan yang terlibat dengan ibadah ini. Fenomena pelik pada Jumaat malam apabila semua orang mengadap televisyen untuk menonton episod terakhir Nur Kasih arahan Khabir Bhatia. Tidak kira di kedai-kedai mamak atau rumah-rumah dipenuhi oleh segenap lapisan umur menonton rancangan ini seperti suasana AF suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, akhirnya sebuah cerita yang banyak berlatar belakangkan agama boleh dialun dengan konflik keluarga dan percintaan memberi nafas baru kepada aktiviti dakwah walaupun tidak secara langsung.

Jika kita lihat kebanyakan cerita Barat yang memasukkan adegan-adegan agama terutamanya ketika majlis perkahwinan di gereja-gereja, ketika mereka dalam kesusahan, mereka melutut memohon petunjuk di dalam gereja..dalam mereka berpakian/berfesyen, mereka akan menggunakan kalung berlambang salib untuk menunjukkan mereka itu adalah beragama Kristian...mereka tidak segan memasukkan nilai-nilai agama mereka di dalam -filem-filem yang dihasilkan bahkan mereka menjadikannya kemestian...

Begitu juga di dalam filem-filem Hindustan, apabila mereka berkahwin, kita dapat lihat mereka mengelilingi api dan membuat beberapa ritual lain....Dan juga ketika mereka bersedih, mereka akan 'berlari' ke kuil iaitu tempat ibadat mereka...mereka menangis dan memohon kepada dewa-dewa yang mereka percayai untuk mengharapkan kehidupan yang lebih baik...mereka sangat bangga dengan agama mereka..

Ini yang kita mahukan dan patut ada dalam cerita-cerita yang dilakonkan oleh orang islam di Malaysia. Jika di lihat suasana perfileman Indonesia, mereka sudah lama memasukkan nilai-nilai agama di dalam drama mereka...memang mereka harus dicontohi.... Semoga semua penghasil filem dan karya supaya mengambil inisiatif untuk meletakkan nilai-nilai Islam di dalam karya-karya mereka supaya agama ini dapat dilihat dengan lebih dekat oleh orang yang bukan Islam serta orang Islam yang jauh dari petunjuk Allah SWT..semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah SWT..Salam dan selawat keatas Muhammad SAW dan keluarganya...sekian..

Selasa, 17 November 2009

Dalam Diam....


Assalamualaikum...18 November 2009(Rabu)...Apabila kita kenal seseorang melalui tingkah lakunya yang kita lihat setiap hari, kita nampak apa yang dilakukannya siang dan malam, mengenal melalui perkataannya yang selalu diucapkan, mendengar alunan suaranya mengikut mood semasa, betapa manis senyumannya dikala dia gembira, mudah untuk kita menangkap kesedihannya ketika dia kecewa, dan mudah untuk kita dapat tahu jika ada sesuatu yang sudah berlaku dan di sudah mula berubah,.....Ini adalah ciri-ciri di mana kita amat kenal dengan insan ini, dan insan seperti ini akan menemui kegagalan jika dia cuba menipu kita dengan tingkah lakunya yang kita memang dah masak sangat...

Tapi ada satu suasana yang kita tidak boleh nak elak yang ada pada setiap manusia yang normal. Iaitu DALAM DIAM, dia juga mempunyai sesuatu perbuatan atau perangai atau rahsia yang amat asing bagi kita dan ini adalah kejayaan bagi setiap insan untuk menyimpan sesuatu perkara itu DALAM DIAM...

Ada perkara disetiap diri manusia yang Allah s.w.t tutup aib nya supaya kita dapat diterima orang lain dan menerima orang lain....ya Allah...!!., kalau lah Allah buka satu persatu aib kita, apakah akan ada orang yang akan menerima kita??..,nak dekat dengan kita belum tentu orang mahu, jadi menjaga aib orang mempunyai satu tahap tangunggjawab yang amat tinggi...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ …

Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya…. (HR. Muslim no. 2699)


Kembali kepada istilah DALAM DIAM, istilah ini selalu digunakan dalam perbualan yang membabitkan perubahan ketara seseorang insan, sebagai contoh:

"...Amboii...dalam diam dia tuh dah pakai kereta besar ek.."

Adakah keretanya yang besar tuh jadi isu, bagi aku bukan, tapi orang yang berkereta besar itu mungkin mempunyai kerja yang tidak seberapa sebelum nih, atau dia memang dikenali sebagai seseorang yang mungkin tak ada masa depan untuk berkereta besar. Dan akhirnya dia membuktikan bahawa, DALAM DIAM sebenarnya dia amat mampu...

Bagaimana dengan ayat dibawah:

"...Baek sangat dia dengan ngko ek...Ntah-ntah, dalam diam, dia syok kat ngko kot..huhuh.."

pastu, member dia pon jawab ler...

"..eh ngko nih, mandai-mandai jek....-_-"...."

Ini aku tambah sendiri...hahahaha....ok lah kalau macam nih, bagi aku ,..urmm..semua orang dah faham la, bak kata orang-orang muda sekarang, kalau cinta tuh selalunya dimulakan dengan ayat-ayat penafian...tak perlu komen lebih...

Untuk ayat seperti ini:

"....aku dah anggap ngko macam saudara aku, tapi dalam diam, ngko tikam aku dari belakang..."

Untuk kes nih memang berat...hahaha...berat sangat,..kelebihan DALAM DIAM ini digunakan secara salah dan wujud pihak yang terinaya. Orang jenis macam ni, setiap perbuatannya akan disangka buruk orang lain kerana menyangka akan ada benda yang tersembunyi disebabkan peristiswa2 DALAM DIAM yang pernah dia buat sebelum ini....

Baiklah, ada satu contoh:

"...Kalau tengok perangainya, memang dia nampak macam orang sihat, tapi dalam diam, dia tengah sengsara dengan sakit misterinya...kesian dia..."

Cerita nih banyak kita tengok kat TV, tapi sebenarnya memang wujud, tambah2 lagi dalam kehidupan aku sendiri, ada beberapa insan yang agak rapat dengan aku pun mempunyai masalah begini...sebenarnya, penyakit dia memang dah diketahui umum,tetapi yang menariknya, semua orang termasuk diri dia sendiri DALAM DIAM menyimpan agar perkara ini tidak diungkit, sedangkan masing2 tahu akan penyakitnya...ini disebabkan diri tuan punya badan tidak mahu dipandang simpati oleh orang lain..

Dan banyak lagi la contoh sebenarnya...Walaupun sikap DALAM DIAM ini boleh dirujuk dalam keadaan positif dan negatif, tapi sikap ini adalah sifat yang amat istimewa yang dikurniaan kepada setiap insan...huhuhu..istimewa sangat ke??...err...sekian.

Jumaat, 13 November 2009

Baitullah



Assalamualaikum...14 Nov 2009 (Sabtu). Aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua insan yang akan menunaikan ibadah Haji di Makkah. Dalam keluarga ku ada 2 orang yang pergi, iaitu makcik & pakcik aku yang duduk di Shah Alam, kemudian jiran aku kat kampung pun dapat tawaran jugak, berlepas hari selasa hari tuh...Semoga mereka dapat lakukan yang terbaik pada ibadah mereka.

Firman Allah s.w.t Yang bermaksud:

" Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. "
(Surah Ali ‘Imran : 97)

Aku secara peribadi memang berniat nak pergi menunaikan fardhu Haji ini pada usia muda, insyaALLAH, dalam usia sekitar 28, 29, 30 tahun. Sebelum aku nak pergi Old-Trafford atau pergi Spain ke, Italy ke...Aku nak pergi Makkah & Madinah dulu...Dah lama aku cita-citakan..suatu hari insyaALLAH..



Sabda Rasulullah s.a.w :


“Agama Islam dibangun di atas lima perkara; bersyahadat bahwasanya tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah.”
(HR. Al-Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16, dari shahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma)

Selalu kita lihat, adat orang-orang Melayu kita, atau kebiasaan masyarakat Islam Malaysia selalu mengambil keputusan untuk menunaikan Haji dikala umur sudah lanjut. Ketika itu mula la banyak batasan harus ditempuh seperti kemampuan berjalan, kemampuan berdiri lama, kemampuan berada dalam lautan manusia dan lain-lain lagi...Suasana pergi menunaikan Haji di usia muda tiada di Malaysia,mungkin kerana kita mengikut sistem barat menyebabkan anak-anak muda mesti habiskan belajar dulu, cari kerja, then baru nak pergi,...itu pun kalau nak pergi..kalau dah kawin,...tangungan banyak...abis...~

Firman Allah s.w.t Yang bermaksud:

" Berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Mu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang ditentukan."
(Surah al-Hajj, ayat 27-28)

Ada insan yang berkemampuan dapat la melakukan Haji untuk beberapa kali dalam hidupnya. Ibadah ini tidak diukur melalui betapa kaya nya kita atau betapa banyaknya masa terluang yang kita ada...tetapi ibadah ini ditentukan oleh ALLAH, barang siapa yang terpilih untuk dipanggil ALLAH, melalui apa cara sekalipun, dia akan ke Tanah Hijjaz juga.. Berapa ramai diluar sana yang kaya harta bendanya???...berapa ramai diluar sana mempunyai masa yang cukup untuk melakukan ibadah ini??..Berapa ramai diluar sana yang sihat tubuh badannya??..tapi masih belum mampu untuk menunaikan kewajipan ini....


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewajibkan kepada kalian ibadah haji!”

Maka berdirilah Al-Aqra’ bin Habis seraya mengatakan: “Apakah haji itu wajib ditunaikan setiap tahun, ya Rasulullah?”

Maka beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menjawab: “Kalau aku katakan YA, niscaya akan menjadi kewajiban setiap tahun. Dan bila diwajibkan setiap tahun, niscaya kalian tidak akan menunaikannya, bahkan tidak akan mampu untuk menunaikannya. Kewajiban haji itu hanya sekali (seumur hidup). Barangsiapa menunaikannya lebih dari sekali, maka dia telah bertathawwu’ (melakukan perbuatan sunnah).”

(HR. Abu Dawud, An-Nasa`i, Ad-Darimi, Ad-Daraquthni, Al-Hakim dan Ahmad, dari shahabat Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Lihat Irwa`ul Ghalil, karya Asy-Syaikh Al-Albani juz 4 hal. 149-150)

Kebiasaan pakej Haji di Malaysia akan membawa kita melawat Masjid Nabi S.A.W dan juga maqam baginda, maqam para sahabat. Tempat-tempat berlakunya peristiwa-peristiwa penting seperti gunung badr, dimana berlaku perang badar, gua hira', tempat nabi menerima wahyu pertama dan lain-lain. InsyaALLAh, sama-sama la doa, semoga kita dapat kesana suatu hari insyaALLAH, bagi sesiapa yang pernah kesana, mungkin perkara ini tidak begitu asing bagi mereka...Tanah suci ini bebas dari segala perkara-perkara fitnah dan mungkar...nama pun dah 'tanah haram' .Alangkah indahnya jika dapat berada disana...err..sekian


...........................................