Isnin, 30 November 2009

Gempa Bumi di Kampung Halamanku, Kuala Pilah



Pekan Kuala Pilah

Assalamualaikum,...1 Disember 2009(Selasa). KUALA PILAH. Terkejut mendengar berita Gempa Bumi berlaku disini ketika aku sedang menonton perlawanan bola sepak Liga Inggeris sehingga ke pagi. Walaubagaimanapun gegaran tersebut langsung aku tak rasai. Aku yakin memang ramai penduduk Kuala Pilah yang tak rasa gegaran itu dan ada separuh daripadanya percaya bahawa berita "gempa bumi" itu hanya lah khabar angin,

Namun,Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di beberapa kawasan di Tanjung Ipoh di sini awal pagi ini.Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, gempa bumi itu berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer arah timur Seremban. Bagaimanapun, menurutnya, tiada gegaran kuat dirasai penduduk sekitar akibat gempa bumi itu.Sementara itu, beberapa penduduk di sekitar Taman Pemarak, Tanjung Ipoh yang ditemui pagi ini mengesahkan berasa gegaran kecil di kawasan kediaman mereka dalam tempoh beberapa saat.Tinjauan Utusan Malaysia di taman perumahan itu dan sekitar kawasan Tanjung Ipoh mendapati, keadaan tenang dan rata-rata penduduk tidak sedar kejadian itu berlaku awal pagi ini. Tiada kemalangan jiwa atau keretakan berlaku di kawasan itu, malah belum ada laporan dibuat oleh penduduk di Balai Polis Tanjung Ipoh berhubung kejadian tersebut. [rujukan = http://paramedik.bbfr.net/negeri-sembilan-f105/kuala-pilah-digegar-gempa-bumi-utusan-t6762.htm]

(Gambar Hiasan)

Rasa BIMBANG tambah EXCITED tambah PELIK dan macam-macam perasaan lagi bermain difikiran ini. Ini adalah kali pertama perkara sebegini berlaku di Kuala Pilah khususnya dan di Negeri Sembilan secara Amnya. Bahkan aku rasa, di Malaysia pun gempa bumi bukannya bencana alam yang biasa2 kerana ia tak pernah terjadi. Bencana Alam ni kalau dilihat dari segi peringatan ALLAH adalah satu 'azab' atau 'ujian' kepada kaum tersebut. Seperti firman Allah dalam Surah al-A’raaf ayat 96 yang bermaksud :

“Jika sekiranya penduduk kota-kota beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.”

Semoga rakyat Malaysia sedar akan hal ini, dulu kita tengok Indonesia aje ada gempa bumi, sekarang bencana ini sudah mula kesini. Jika dilihat kawasan Kuala Pilah, kawasan ini tidak banyak punyai bangunan yang tinggi, dan cuaca disini pun antara yang paling panas di Malaysia. Jadi jika bencana tetap berlaku, mungkin kurang impaknya pada kehidupan alam berbanding jika ianya berlaku di kota-kota yang pesat seperti Kuala Lumpur atau sebagainya. Jika ini adalah ujian yang Allah turunkan, maka akan berbahagialah kepada bagi orang beriman yang sabar... Seperti berfirman Allah dalam surah al-Anbiya yang bermaksud:

“Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”

Semoga petanda gempa yang kecil ini menjadi petunjuk untuk orang mimikirkan kekuasaan dan ciptaan Allah SWT. Aku terfikir hikmah perkara ini, sebab aku study dalam bidang engineering, kalau kawan2 aku yang major geotechnical iaitu belajar berkenaan dengan geology, inilah masa mereka nak turun padang melihat plate apakah yang bergerak di bawah tanah sana...hehe...Semoga kita sama-sama dapat ikhtibar...sekian.

Sabtu, 28 November 2009

Nur Kasih & Islam...


Assalamualaikum...28 November 2009.(Sabtu)..Selamat hari raya aidiladha dan selamat menunaikan haji dan korban kepada insan-insan yang terlibat dengan ibadah ini. Fenomena pelik pada Jumaat malam apabila semua orang mengadap televisyen untuk menonton episod terakhir Nur Kasih arahan Khabir Bhatia. Tidak kira di kedai-kedai mamak atau rumah-rumah dipenuhi oleh segenap lapisan umur menonton rancangan ini seperti suasana AF suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, akhirnya sebuah cerita yang banyak berlatar belakangkan agama boleh dialun dengan konflik keluarga dan percintaan memberi nafas baru kepada aktiviti dakwah walaupun tidak secara langsung.

Jika kita lihat kebanyakan cerita Barat yang memasukkan adegan-adegan agama terutamanya ketika majlis perkahwinan di gereja-gereja, ketika mereka dalam kesusahan, mereka melutut memohon petunjuk di dalam gereja..dalam mereka berpakian/berfesyen, mereka akan menggunakan kalung berlambang salib untuk menunjukkan mereka itu adalah beragama Kristian...mereka tidak segan memasukkan nilai-nilai agama mereka di dalam -filem-filem yang dihasilkan bahkan mereka menjadikannya kemestian...

Begitu juga di dalam filem-filem Hindustan, apabila mereka berkahwin, kita dapat lihat mereka mengelilingi api dan membuat beberapa ritual lain....Dan juga ketika mereka bersedih, mereka akan 'berlari' ke kuil iaitu tempat ibadat mereka...mereka menangis dan memohon kepada dewa-dewa yang mereka percayai untuk mengharapkan kehidupan yang lebih baik...mereka sangat bangga dengan agama mereka..

Ini yang kita mahukan dan patut ada dalam cerita-cerita yang dilakonkan oleh orang islam di Malaysia. Jika di lihat suasana perfileman Indonesia, mereka sudah lama memasukkan nilai-nilai agama di dalam drama mereka...memang mereka harus dicontohi.... Semoga semua penghasil filem dan karya supaya mengambil inisiatif untuk meletakkan nilai-nilai Islam di dalam karya-karya mereka supaya agama ini dapat dilihat dengan lebih dekat oleh orang yang bukan Islam serta orang Islam yang jauh dari petunjuk Allah SWT..semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah SWT..Salam dan selawat keatas Muhammad SAW dan keluarganya...sekian..

Selasa, 17 November 2009

Dalam Diam....


Assalamualaikum...18 November 2009(Rabu)...Apabila kita kenal seseorang melalui tingkah lakunya yang kita lihat setiap hari, kita nampak apa yang dilakukannya siang dan malam, mengenal melalui perkataannya yang selalu diucapkan, mendengar alunan suaranya mengikut mood semasa, betapa manis senyumannya dikala dia gembira, mudah untuk kita menangkap kesedihannya ketika dia kecewa, dan mudah untuk kita dapat tahu jika ada sesuatu yang sudah berlaku dan di sudah mula berubah,.....Ini adalah ciri-ciri di mana kita amat kenal dengan insan ini, dan insan seperti ini akan menemui kegagalan jika dia cuba menipu kita dengan tingkah lakunya yang kita memang dah masak sangat...

Tapi ada satu suasana yang kita tidak boleh nak elak yang ada pada setiap manusia yang normal. Iaitu DALAM DIAM, dia juga mempunyai sesuatu perbuatan atau perangai atau rahsia yang amat asing bagi kita dan ini adalah kejayaan bagi setiap insan untuk menyimpan sesuatu perkara itu DALAM DIAM...

Ada perkara disetiap diri manusia yang Allah s.w.t tutup aib nya supaya kita dapat diterima orang lain dan menerima orang lain....ya Allah...!!., kalau lah Allah buka satu persatu aib kita, apakah akan ada orang yang akan menerima kita??..,nak dekat dengan kita belum tentu orang mahu, jadi menjaga aib orang mempunyai satu tahap tangunggjawab yang amat tinggi...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ …

Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya…. (HR. Muslim no. 2699)


Kembali kepada istilah DALAM DIAM, istilah ini selalu digunakan dalam perbualan yang membabitkan perubahan ketara seseorang insan, sebagai contoh:

"...Amboii...dalam diam dia tuh dah pakai kereta besar ek.."

Adakah keretanya yang besar tuh jadi isu, bagi aku bukan, tapi orang yang berkereta besar itu mungkin mempunyai kerja yang tidak seberapa sebelum nih, atau dia memang dikenali sebagai seseorang yang mungkin tak ada masa depan untuk berkereta besar. Dan akhirnya dia membuktikan bahawa, DALAM DIAM sebenarnya dia amat mampu...

Bagaimana dengan ayat dibawah:

"...Baek sangat dia dengan ngko ek...Ntah-ntah, dalam diam, dia syok kat ngko kot..huhuh.."

pastu, member dia pon jawab ler...

"..eh ngko nih, mandai-mandai jek....-_-"...."

Ini aku tambah sendiri...hahahaha....ok lah kalau macam nih, bagi aku ,..urmm..semua orang dah faham la, bak kata orang-orang muda sekarang, kalau cinta tuh selalunya dimulakan dengan ayat-ayat penafian...tak perlu komen lebih...

Untuk ayat seperti ini:

"....aku dah anggap ngko macam saudara aku, tapi dalam diam, ngko tikam aku dari belakang..."

Untuk kes nih memang berat...hahaha...berat sangat,..kelebihan DALAM DIAM ini digunakan secara salah dan wujud pihak yang terinaya. Orang jenis macam ni, setiap perbuatannya akan disangka buruk orang lain kerana menyangka akan ada benda yang tersembunyi disebabkan peristiswa2 DALAM DIAM yang pernah dia buat sebelum ini....

Baiklah, ada satu contoh:

"...Kalau tengok perangainya, memang dia nampak macam orang sihat, tapi dalam diam, dia tengah sengsara dengan sakit misterinya...kesian dia..."

Cerita nih banyak kita tengok kat TV, tapi sebenarnya memang wujud, tambah2 lagi dalam kehidupan aku sendiri, ada beberapa insan yang agak rapat dengan aku pun mempunyai masalah begini...sebenarnya, penyakit dia memang dah diketahui umum,tetapi yang menariknya, semua orang termasuk diri dia sendiri DALAM DIAM menyimpan agar perkara ini tidak diungkit, sedangkan masing2 tahu akan penyakitnya...ini disebabkan diri tuan punya badan tidak mahu dipandang simpati oleh orang lain..

Dan banyak lagi la contoh sebenarnya...Walaupun sikap DALAM DIAM ini boleh dirujuk dalam keadaan positif dan negatif, tapi sikap ini adalah sifat yang amat istimewa yang dikurniaan kepada setiap insan...huhuhu..istimewa sangat ke??...err...sekian.

Jumaat, 13 November 2009

Baitullah



Assalamualaikum...14 Nov 2009 (Sabtu). Aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua insan yang akan menunaikan ibadah Haji di Makkah. Dalam keluarga ku ada 2 orang yang pergi, iaitu makcik & pakcik aku yang duduk di Shah Alam, kemudian jiran aku kat kampung pun dapat tawaran jugak, berlepas hari selasa hari tuh...Semoga mereka dapat lakukan yang terbaik pada ibadah mereka.

Firman Allah s.w.t Yang bermaksud:

" Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. "
(Surah Ali ‘Imran : 97)

Aku secara peribadi memang berniat nak pergi menunaikan fardhu Haji ini pada usia muda, insyaALLAH, dalam usia sekitar 28, 29, 30 tahun. Sebelum aku nak pergi Old-Trafford atau pergi Spain ke, Italy ke...Aku nak pergi Makkah & Madinah dulu...Dah lama aku cita-citakan..suatu hari insyaALLAH..



Sabda Rasulullah s.a.w :


“Agama Islam dibangun di atas lima perkara; bersyahadat bahwasanya tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah.”
(HR. Al-Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16, dari shahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma)

Selalu kita lihat, adat orang-orang Melayu kita, atau kebiasaan masyarakat Islam Malaysia selalu mengambil keputusan untuk menunaikan Haji dikala umur sudah lanjut. Ketika itu mula la banyak batasan harus ditempuh seperti kemampuan berjalan, kemampuan berdiri lama, kemampuan berada dalam lautan manusia dan lain-lain lagi...Suasana pergi menunaikan Haji di usia muda tiada di Malaysia,mungkin kerana kita mengikut sistem barat menyebabkan anak-anak muda mesti habiskan belajar dulu, cari kerja, then baru nak pergi,...itu pun kalau nak pergi..kalau dah kawin,...tangungan banyak...abis...~

Firman Allah s.w.t Yang bermaksud:

" Berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Mu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang ditentukan."
(Surah al-Hajj, ayat 27-28)

Ada insan yang berkemampuan dapat la melakukan Haji untuk beberapa kali dalam hidupnya. Ibadah ini tidak diukur melalui betapa kaya nya kita atau betapa banyaknya masa terluang yang kita ada...tetapi ibadah ini ditentukan oleh ALLAH, barang siapa yang terpilih untuk dipanggil ALLAH, melalui apa cara sekalipun, dia akan ke Tanah Hijjaz juga.. Berapa ramai diluar sana yang kaya harta bendanya???...berapa ramai diluar sana mempunyai masa yang cukup untuk melakukan ibadah ini??..Berapa ramai diluar sana yang sihat tubuh badannya??..tapi masih belum mampu untuk menunaikan kewajipan ini....


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewajibkan kepada kalian ibadah haji!”

Maka berdirilah Al-Aqra’ bin Habis seraya mengatakan: “Apakah haji itu wajib ditunaikan setiap tahun, ya Rasulullah?”

Maka beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menjawab: “Kalau aku katakan YA, niscaya akan menjadi kewajiban setiap tahun. Dan bila diwajibkan setiap tahun, niscaya kalian tidak akan menunaikannya, bahkan tidak akan mampu untuk menunaikannya. Kewajiban haji itu hanya sekali (seumur hidup). Barangsiapa menunaikannya lebih dari sekali, maka dia telah bertathawwu’ (melakukan perbuatan sunnah).”

(HR. Abu Dawud, An-Nasa`i, Ad-Darimi, Ad-Daraquthni, Al-Hakim dan Ahmad, dari shahabat Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Lihat Irwa`ul Ghalil, karya Asy-Syaikh Al-Albani juz 4 hal. 149-150)

Kebiasaan pakej Haji di Malaysia akan membawa kita melawat Masjid Nabi S.A.W dan juga maqam baginda, maqam para sahabat. Tempat-tempat berlakunya peristiwa-peristiwa penting seperti gunung badr, dimana berlaku perang badar, gua hira', tempat nabi menerima wahyu pertama dan lain-lain. InsyaALLAh, sama-sama la doa, semoga kita dapat kesana suatu hari insyaALLAH, bagi sesiapa yang pernah kesana, mungkin perkara ini tidak begitu asing bagi mereka...Tanah suci ini bebas dari segala perkara-perkara fitnah dan mungkar...nama pun dah 'tanah haram' .Alangkah indahnya jika dapat berada disana...err..sekian


...........................................

Sabtu, 7 November 2009

"...Dalam banyak-banyak male, male nih paling berhak..."..


Assalamualaikum,...8 November(Ahad)..Aku baru balik dari tengok perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 diantara Negeri Sembilan vs Kelantan yang dimenangi oleh negeri kelahiranku,...Negeri Sembilan...Tapi malam ini special sikit, sebab aku tak duduk di seat penyokong Negeri Sembilan, tetapi di seat penyokong Kelantan. Ini disebabkan aku follow member-member aku. Jadi apa yang menarik malam nih sebenarnya..???....

"...Dalam banyak-banyak male, male nih paling berhak..."..

(Dalam banyak-banyak malam, malam ni paling berat..)

Ayat ni aku dengar apabila Kelantan ketinggalan 3-0 , aku beredar awal sebab pihak bomba & FRU dah sembur sesuatu kearah tempat duduk kami,...err...depan seat kitorang(agak jauh jugak la) tuh dah ada something terbakar...Maybe kerusi atau benda plastik macam tuh la...Apa-apa pun, keputusan perlawanan ni adalah Negeri Sembilan 3 - Kelantan 1... Tahniah Negeri Sembilan...

Ini kali pertama aku merasa tengok bola sambil ada bunga-bunga api berterbangan di udara... Selalunya bila dah abis game jek baru ader, itu pun masa bagi pingat ... Ini boleh kata setiap masa dan ketika...Memang macam Liga kat oversea la pulak...hehe..Gol pertama dari Zaquan buat aku nak lompat sebenarnya,...tapi disebabkan aku duduk seat Kelantan, jadi aku bleh sebut....

"...Aduhhh, striker tuh tak kena jaga arr....."

hehehe....ini semua disebabkan aku yakin Kelantan akan sumbat banyak goal, jadi memang aku tak sabar nak lompat...tapi masalahnyer, tak dapat lompat langsung...sebab tak ade gol...aduss...

Stadium Bukit Jalil dipenuhi lautan merah(Kelantan) dengan memonopoli 3 per 4 dari bahagian stadium, dan 1 per 4 lagi adalah berwarna kuning(Negeri Sembilan). Masa gol Zaquan tuh(gol pertama), penyokong Negeri Sembilan yang menoriti tuh bersorak jauh diseberang sana dan berbeza di sebelah sini... Nak tau apa yang aku dengar???..........senyap....-_-"... Mungkin disebabkan aku tak 'terasa' apa-apa...so, aku menyedari hal ini...memang senyap giler..sesuatu yang pelik aku rasa...xder suara...suasana tegang dan kecewa yang amat senyap...ayat ni bukan untuk panaskan orang Kelantan.. cuma nak cerita apa yang aku rasa..Sebab sebelumnya...Suasana tempat aku duduk, riuh giler...tiba-tiba bleh senyap...'''

Kat sini aku nak puji sesuatu kepada penyokong Kelantan nih,...penyokong diorang ni amat membanggakan,...fuhh...penuh Stadium dibuatnya...Susah nak dapat penyokong macam nih,...Datang dari jauh, 12 jam perjalanan....sanggup turun menyokong pasukan mereka...syabas Kelantan...!!... Tapi yang kurangnya...itulah...kita semua tahu...mereka agak aggresive...kadang-kadang tak seronok sebab belum abis game, orang macam aku nih kena beredar, takut kena tempias ke hapa ke,...dan aku tahu bukan semua penyokong Kelantan macam tuh...segelintir jek...

Ok lah, aku penat...letih,..nak tidur...Ini je serba sedikit yang mampu ditulis..kat sini ada gambar yang boleh dikongsi bersama...okeh...hari esok masih panjang...cuti yang baru bermula...ceriakan hari anda dengan melakukan aktiviti yang kita suka...adios...err..sekian..

Ketika perlawanan belum bermula


Ketika perlawanan baru bermula


Ketika perlawanan berlangsung



Ketika penyokong mula aggresive


Dan ditambah aggresive oleh pihak bomba
(bomba memadam api dari dalam kawasan padang)


Keadaan semakin kucar-kacir


Segala yang 'diatas' mula digugurkan


dan Aku melarikan diri dari keadaan tersebut..
(kepulan putih mula merebak)


Penonton mula lengang di bahagian bawah...hanya kepulan asap kelihatan..


Rabu, 4 November 2009

Apa lagi selepas ini..??...




Assalamualaikum,...5 November 2009(Khamis).. Alhamdulilah, paper dah abis, punya lah kuat penangan exam kali nih sebab dua subject yang agak 'susah' bagi aku telah dihimpunkan selama dua hari tanpa gap...So, kelam kabut nak study yang mana satu..sampai migrain aku datang balik,...punya lah tertekan..teringat zaman semester awal degree dulu, semester tu pun boleh tahan 'berat' sampai aku failed satu paper,..time tuh memang pikir nak keje je,..tak nak study dah,..hehehe..tapi last2, memang kena layan jugak susah senang masa belajar nih...memang tak dapat dah 'suasana' ni sampai bila-bila..Apa-apa pun tunggu result aje la..redha..

Selepas aku menulis mengenai FORUM ORANG MUDA yang aku hadiri di ibu negara bulan lalu, nampaknya tajuk tersebut mendapat perhatian sesetengah individu dan pihak.Ada yang bersetuju dan yang tidak, samada mengenai matlamat Forum tersebut atau pendapat-pendapat mereka yang memberi komen, dari orang yang aku kenali hingga yang tak kenal langsung, aku amat baru dalam bidang ini, jadi aku tidak mahu mengulas lebih, biar perkara ini diulas bersama mereka yang benar-benar ingin tahu sahaja..


Hari terakhir paper aku (hydraulics structure), Malaysia dikejutkan dengan penahanan Dr Asri Zainul Abidin.. Aku kenal dia dan rakan-rakan seperjuangan dakwahnya kerana aku suka mengikuti kuliah mereka sama ada secara dekat ataupun melalui rakaman. Tulisan-tulisan nya aku baca demi mencari satu sudut pandangan yang lebih terbuka dalam isu Agama. Fitnah yang dilemparkan terhadapnya amat besar.Aku tak nak cerita dalam ni sebab semua orang tahu. Semoga Dr bersabar, kejadian ini berlaku telah menjadi asbab untuk orang yang tidak mengenalinya untuk mula mendekatinya..

Apa aku boleh huraikan untuk semster ni, semester ni aku agak gembira kerana aku ditemukan dengan pensyarah-pensyarah yang amat baik dan sporting2...Bermula dengan Professor Dr Nasir, pakar matematik yang lahir pada bulan 9, setiap kali kuliah ilmu hisabnya, dia mesti menyelitkan cerita dan pengalamannya ketika dia study di US atau cerita-cerita semasa dengan nada yang lucu.Cerita terakhir untuk kuliah terakhirnya adalah mengenai pokok mangga epal yang berbuah lebat dirumahnya, ada seorang lelaki call dia masa dia tengah mengajar kitorang untuk meminta kebenaran mengambil sedikit buah magga itu untuk dibuat rojak, tapi disebabkan dia ni Dr Nasir, cerita itu menjadi sangat complicated dan tak tahu la orang tadi tu jadi ambik ke tak...hahaha,...siap suruh amik satu plastik jusco jek..hahaha... Dia nih memang lawak. Dan dia nih memang istimewa. Aku tak kan mudah untuk melupakannya.



En Fauzi

Kemudian aku dapat pensyarah fluid, En Fauzi, dia nih fan Man Utd macam aku jugak, dia ni pada awalnya memang macam tak suka tersenyum, serius jek, tapi bila dah tengah semester...jeng jeng jeng...fun gak orang nya..dia nih jenis yang suka bagi contoh soalan dalam kelas, so, memudahkan sedikit kerja-kerja student pemalas macam aku supaya tak perlu membuka buku rujukan yang lain. Dia ni pun ada cerita jugak, cerita pasal adik dia yang 'berjaya dalam hidup'..adik dia ni dulunya seorang yang agak 'nakal'..kalau dilihat memang tak kan kemana la..tapi sebelum SPM adik dia berubah menjadi orang yang lebih berguna dan akhirnya menjadi salah seorang pelajar terbaik SPM ketika itu...Sekarang adik dia kat oversea kalau tak silap..dia betul-bangga dengan adik dia sehingga dia sendiri menjadikan adik dia tuh idola dia...En Fauzi kata , "Apa pun kita nak, kalau kita buat sungguh-sungguh, kita mesti dapat kecapinya.."...



En. Hamidon

Dan lagi sorang pensyarah kesayangan pelajar-pelajar perempuan kelas aku, Prof Madya Hamidon Ahmad, dia ni memang macho dan ala-ala romantik macam tuh. hahaha...Jarang student panggil dia ni Prof, ramai panggil encik je, sebab apa tak tau, mungkin dia lebih selesa macam tu,aku sukakan dia ni, cuma cara dia ajar tuh macam biasa la, kalau dah Prof Madya, tulis sikit-sikit jek kat white board..dan paling best masa test dia buat open book, so, toyol-toyol kitorang tak yah la sorok dalam poket lagi,..letak tas meja jek..tebal lagi tu..tapi test tak dapat full mark jugak...hehe..En Hamidon, Bila nak boling lagi...??...hahah...

Kemudian aku ada Prof Madya Fozi Ali mengajar aku Research Methodology dan Frau Yus mengajar aku Bahasa German.Dua-dua ni pun best gak,..cuma masa aku dengan diorang agak kurang sebab jumpa diorang sekali seminggu jek..heheh..


Sekarang aku dah cuti, aku dah lama cadang nak pusing satu Malaysia nak tengok tempat orang.Kalau ikut kan plan, semua berjalan dengan lancar.. Tapi itu pun kalau keadaan membenarkan. Sebab cuti nih la masa yang sesuai aku luang masa untuk Mak & Ayah kat rumah, asyik 'keluar' aje kan...Tengok la nanti macam mane..Urmm,...Setiap hari, banyak benda berlaku kat sekeliling kita. Tapi tak semua kita boleh jadikannya bahan bual bicara dan ada kala buat kita runsing dengan memikirkan perkara itu, adakala buat kita tersenyum sendirian..Ada yang remeh-temeh, ada pula yang penting tapi takda yang amik tahu sangat... Setiap detik aku terfikir...Apa lagi selepas ni???...hehe.err..sekian:)


............