Sabtu, 27 Februari 2010

Muawiyah r.a. yang teraniaya

-gambar hiasan-

Assalamualaikum,....(28 Februari 2010)(Ahad). Muawiyah r.a. adalah salah seorang khalifah yang teraniaya....Apa yang terkenal, yang kita ingat, apa yang kita dengar dan kita sebarkan ialah Muawiyah r.a. seorang yang:

1.) zalim,
2.)pemutar belit,
3.)pemberontak,
4.)ahli politik yang licik dan seumpamanya.

Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini...Muawiyah r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun.

Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya :

“ Apa kata tuan tentang Mua’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama?”

Mendengar soalan itu Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata:

“Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz”.

rujukan:(Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 139)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allah ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka”.

Rujukan:(Riwayat Sahih Bukhari )

Dan sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya???...

Antara text dipetik dari 1.) loveislam

Hentikan lah cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat....Jika kita tidak tahu. Lebih baik kita berdiam diri. Jangan hanya menjadi pengajuk. Jangan kita termasuk ke dalam golongan yang Allah s.w.t keji dan hina di akhirat kelak kerana menghina para sahabat r.a. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kebenaran...

Sekian...

Rabu, 24 Februari 2010

Baginda s.a.w itu berjanggut

Assalamualaikum.....(25 Februari 2010)(Khamis).......Wahai saudara lelaki ku semua, wahai sahabat lelaki ku semua.....sesungguhnya baginda s.a.w menyuruh kita memotong misai dan 'membiarkan' janggut......InsyaAllah...

Dari Ibnu Umar ra, Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda:



أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى

“Potonglah misai dan biarkanlah janggut.”

(HR. Al-Bukhari no. 5892 dan Muslim no. 259)


.....

Allahumma solli a'la Muhammad

-Masjid Nabawi-

Assalamulalaikum....(24 Februari 2010)(Rabu)....Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la ali Muhammad...Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la ali Muhammad...

Dalam Surah Al-Ahzaab, ayat 56 bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

-pintu makan baginda s.a.w-

“ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

-pakaian baginda s.a.w.-

Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “
(Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib)

-pedang baginda-

Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la ali Muhammad....

Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la ali Muhammad...

-capal baginda-

Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la ali Muhammad...

Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la ali Muhammad...

...

Isnin, 22 Februari 2010

Ya Muhammad

-Makkah-

Assalamualaikum.....(22 Februari 2010)(Isnin)....Timbul kan rasa rindu kita pada baginda(s.a.w),...sejauh mana yang kita mampu,...selawat dan salam ke atas baginda(s.a.w) dan keluarga baginda(s.a.w)....

dia adalah anak yatim...
dalam usianya itu,...
dia tidak pernah menyembah berhala,
tidak pernah berjudi,
tidak pernah minum arak...
Yang ketika itu tidak akan Arab la seseorang, kalau tidak mengamalkan perkara itu....

Dia amat sayangkan orang-orang miskin,
membantu mereka apa yang terdaya,
walaupun dia juga ketika itu miskin...

jauh dari sifat angkuh dan bongkak,
dikenali sebagai yang benar,
dikenali sebagai yang amanah,
sehingga menjadi orang tengah kepada dua pihak yang bertelagah,
dia dipercayai...

dia adalah seorang yang dikasihi dan dihormati,
hanya pada awalnya,

tetapi kemudian,
bertukar menjadi seseorang yang mula dibenci,
setelah dia mula membawa berita yang pelik,
berita yang tidak pernah penduduk Makkah dengar sebelum ini,

dia dituduh tukang sihir,

sesiapa yang mengiyakannya akan diseksa,
akan menjadi sahabat kepada besi-besi panas,

dan pasti sesiapa sahaja yang hidup ketika itu akan menjadi penentang dia,
dan sesiapa yang mengikutnya bukan lah orang yang bahagia di mata dunia,...
namun dia tetap menjadi penyampai,
penyampai yang setia,

dan dia telah tinggalkan kita satu arah,
untuk kita ikut,
dan sejauh mana kita cuba ikut dia?...

*rinduilah baginda(s.a.w)...~




Rabu, 17 Februari 2010

Dungu dan Jumud ilmu

-gambar hiasan-

Assalamualaikum....(19 Februari 2010)(Jumaat)...Kenapa manusia semakin dewasa, semakin tinggi ilmu yang dipelajari, semakin banyak pengalaman diperolehi, berkemampuan menghasil banyak tulisan, mencipta nama dalam pelbagai bidang, menjadi pakar serta mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat.....tapi apabila di tanya kepada mereka tentang pendapat mereka mengenai Islam....dalam usaha menjelmakan Islam supaya lebih realistik mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah...mereka kelihatan begitu jahil dalam memberi pendapat....kata-kata mereka kelihatan kaku dan DUNGU....!!

DUNGU:
bodoh,bebal, mendungukan menjadikan (menyebabkan) bodoh atau bebal, kedunguan sifat dungu; kebodohan;kebebalan.
sumber:(Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Manusia kelihatan hebat apabila mempunyai nama gelaran di awalan nama mereka seperti, Dato', Tan Seri, Datuk Seri dan sebagainya. Begitu juga untuk Dr., Ir, Prof., Prof Madya dan lain-lain lagi. Mungkin mereka pakar dalam bidang masing-masing, seperti bidang politik, bidang perubatan, bidang kejuruteraan dan bidang-bidang lain. Iya, mungkin juga agama bukan bidang mereka. Tetapi sekurang-kurangnya mereka mampu berfikir seperti mana setarafnya otak kepandaian yang telah mereka miliki.

Agama kelihatan jauh dari mereka, mereka selalunya memberi pendapat yang sangat mengecewakan dan semestinya berkepentingan....dan mereka bersifat JUMUD dalam menghurai ilmu agama..

JUMUD:
Sikap enggan berubah atau enggan menerima pendapat orang lain..berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah...
sumber:(JUMUD)

Apa akan terjadi bila DUNGU ditambah dengan JUMUD ???...

Hanya kerana mereka punyai pengaruh...jadi suara mereka lebih suka didengari dari suara mereka yang tidak mempunyai pengiktirafan dari mana-mana institusi..mereka bersuara mengenai Agama atau apa sahaja isu semasa melalui pemikiran DUNGU dan JUMUD mereka....dan semestinya idea mereka kelihatan statik dan berkepentingan...

Kadang-kadang terfikir, ..Jika itu bukan bidang kamu,..baik kamu semua senyapkan diri sahaja,..

Mereka ini jenis suka memberi pendapat...bagus la begitu...tetapi kenapa pendapat kamu seringkali kelihatan terlalu DUNGU dan JUMUD??...!!

Adakah ini sahaja jenis manusia yang wujud sekarang ini??...Jenis manusia yang akan kita pilih sebagai pemimpin kita...Amat bahaya apabila perkara ini terjadi di dalam organisasi kepimpinan kita,...Lagi bahaya jika berlaku dalam institusi Agama, tidak kira dalam kerajaan atau NGO...maka objektif yang mereka perjuangkan akan menjadi karut dan terus menjadi gerakan berkepentingan sahaja...

Berubah lah wahai saudara-saudaraku, mari kita buka fikiran kita...

"...Ya Allah, Jangan lah Engkau pesongkan hati kami, setelah Engkau beri kami petunjuk...."

Amin.....
Sekian..
(artikel ini adalah kiasan kepada golongan muslim yang suka mengarut dan kononnya mewakili suara masyarakat Islam).

Ahad, 14 Februari 2010

St Valentine dan Kasih Sayang Muhajirin & Ansar

-gambar hiasan-

Assalamualaikum,......(14 Februarui 2010)(Ahad)... Nama St. Valentine menjadi popular dikalangan rakyat Malaysia yang suka membaca, mendengar, melihat dan yang suka ambil tahu. Dan mungkin nama ini tak popular kepada golongan yang masih tidak mahu, tidak suka, tiada peluang, tidak setuju dan tidak ambil tahu apa-apa terhadap isu di dalam negara.

Semenjak bermulanya Februari, aku membaca web-web, akhbar serta artikel-artikel banyak menceritakan tentang haram bagi orang Islam menyambut Hari Valentine. Bukan setakat di Malaysia, di negara Islam lain juga telah lama difatwakan sedemian rupa. Satu persatu sejarah dan asal-usul perayaan itu di buka, dimana salah satu sumber mengatakan ianya berasal dari perayaan Katolik Roma (Wiki).

Perayaan ini dikaitkan dengan kasih sayang, pada aku, sebenarnya Islam punya lebih banyak peristiwa kasih sayang dan yang paling masyur dimana ketika penghijrahan kaum Muhajirin dan Ansar. Indah sungguh kehidupan ini bilamana dua orang sahabat berlainan etnik bersatupadu dan berkasih sayang dan meraikan sesama dengannya.Bilamana seorang ini sakit, maka sahabat yang satu lagi berusaha mencari ubat buat mengubati sahabatnya yang tenat itu.Bilamana sahabatnya resah dalam hati, melihat airmukanya, si sahabat yang satu ini cepat menangkap dan cuba memahami keadaan sahabatnya itu dan cuba membantunya.

-gambar hiasan-

Tatkala sahabat yang satu ini, dalam kesusahan perang, sahabat yang kejauhan ini sanggup berbuat segalanya untuk membantu rakannya itu…hingga sanggup mengajak orang lain membantunya bersama.

Bilamana dirinya didengarkan buruk pada sahabatnya tadi, dirinya tiada pula cepat melenting akan khabar angin palsu itu, malah dirinya hanya bertambah akan kebaikannya pada sahabatnya dari cepat menghukum dan menghina.Seagung cinta kasih Abu Bakar, sehebat kukuh sayang Umar Al Khattab, dan setulus ihsan rindu sahabat lain berjuang bersama Nabi SAW. Begitu sekali pendam hati sahabat Nabi SAW meski baginda bertahun sudah pergi menemui Kasih Ar Rahman.

Inilah dia ciri Ansar dan Muhajirin, golongan yang saling bantu-membantu dan golongan yang berhijrah untuk mencari kebaikan, keduanya hanya mencari keredhaan Allah…mereka telah berkorban sesama sendiri dalam lapangan harta, masa, tenaga, idea, hati, jiwa, keluarga dan nyawa mereka dalam menjayakan pesanan Nabi SAW kepada mereka iaitu menjaga dan memperkuatkan di antara satu sama lain. Begitulah kasing sayang mereka bersaudara...

-gambar hiasan-

Kembali kepada Valentine, tahun ini aku lihat, Malaysia lebih bersungguh-sungguh menghapuskan perayaan Hari Valentine tidak kira dari pihak kerajaan dan juga NGO Islam yang lain. Seperti yang aku lihat di facebook baru-baru ini, banyak yang menjadikan pengharaman Hari Valentine ini sebagai post-post mereka, dan ramai pula yang comment menyatakan persetujuan.

Kesungguhan semua pihak dapat kita lihat, walaupun masih ada segelintir atau masih ramai masyarakat Islam yang masih juga menyambutnya. Tidak mengapalah. Namun, di atas kerjasama semua pihak, massage yang ingin disampaikan kepada masyarakat telah berjaya disampaikan. Walaupun tidak berjaya secara keseluruhan, tapi, apa yang telah kita buat adalah penting iaitu mencegah sebelum ianya menjadi lebih teruk dan tak mampu diubah lagi. Kalau sudah menjadi amalan masyarakat, memang susah untuk kita halang.

Beginilah yang sepatutnya kita buat untuk apa sahaja perbuatan kita di masa hadapan. Tak kira dari segi agama, bangsa atau negara. Dari segi pelajaran, pekerjaan, masalah moral remaja, masalah moral kanak-kanak dan masalah moral orang-orang tua serta masalah lain yang sudah menjadi semakin buruk,... semua itu sepatutnya harus dicegah diperingkat awal, sebelum menjadi lebih 'pejal' dan 'keras' dan amat sukar untuk dilebur...

Oleh itu, semoga kita semua dapat memperjuangkan apa yang menjadi kehendak sebenar Nabi Muhammad SAW.. Kehendak sebenar Allah SWT... bukan hanya bila benda itu sudah hilang, sudah jadi amalan, atau sudah dicuri, seperti yang berlaku ketika kita kehilangan istilah 'ALLAH', baru lah kita menjadi seperti 'kera yang terputus ekornya', bising tidak tentu hala,...sedangkan sebelumnya kita tidak pernah terfikir untuk menjaga...jauh lagi untuk memelihara...dan setelah ianya diambil orang,..menyesal tiada guna...

Semoga aku dan yang lain, mengambil pengajaran dari peristiwa sebelum ini sebagai ikhtibar...

Sekian...

(rujukan :muhajirin)

Jumaat, 12 Februari 2010

Raya keturunan Cina Malaysia

Assalamualaikum,...13 February 2010(Sabtu)...Traffik sesak di seluruh Malaysia, menandakan bermulanya cuti perayaan,...tetapi satu kaum sahaja yang Raya, iaitu kaum Cina,..peliknya, semua turut melayan suasana,...Malaysia la katakan,...

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nian ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian"....
(sumber: Wiki)

Jadi,apa yang ada di Tahun Baru Cina?


Ang-pao,


Pantang Menyapu,


Makan Besar,

Menyalakan mercun,


Memasang Lampu,


Tarian Singa,

Buah Limau


Selamat Tahun Baru Cina kepada semua keturunan Cina berbangsa Malaysia di seluruh negara,...

Sekian...


......................

Isnin, 8 Februari 2010

Minggu ini dia pergi lagi ....

-gambar hiasan-

Assalamualaikum.....(8 Februari 2010)(Isnin)...kali ini aku tiba-tiba rasa nak menulis cerita, tak tau la nak tulis dalam versi apa,...puisi, cerpen, pantun, syair, sajak atau apa lagi ya??,....tapi tak salah kalau aku nak cuba,....ia diberi nama 'Minggu ini dia pergi lagi'...dedikasi kepada orang yang pernah aku kenali....


Minggu ini dia pergi lagi,
Hidupnya sudah tidak sama,
dulu dia sangat suka berlari,
Sekarang pun begitu,

Minggu ini dia pergi lagi,
minggu ini dia dapat duduk,
duduk di atas kerusi separa empuk,
menunggu nombornya dipanggil...

Minggu ini dia pergi lagi,
pergi kerana disuruh,
walau kepada sesiapa pun,
pasti tidak akan mahu,

Minggu ini dia pergi lagi,
dia tidak pernah pergi sendiri,
kerana ibunya selalu ambil cuti,

Minggu ini dia pergi lagi,
dia sangat sakit,
atau dia hanya dengar cakap orang,
yang mengatakan dia sakit,
dia percaya...

Minggu ini dia pergi lagi,
dia disuntik,
darahnya di ambil,
dibekalkan pula ubat dibawa pulang,
diambil setiap selepas makan,

Minggu ini dia pergi lagi,
dia sangat mudah rasa jemu,
kerana kawan-kawan yang lain tidak pula pergi,

Minggu ini dia pergi lagi,
sememangnya dia seorang yang mengikut nasihat,
dia mahu cepat sembuh,
mereka kata boleh ikhtiar...

Minggu ini dia pergi lagi,
dia pergi bersama rakan,
rakan yang barudi kenali,
rakan yang juga selalu pergi setiap minggu,
rakan yang juga sakit,

Minggu ini dia pergi lagi,
tetapi tanpa rakan,
rakannya sudah sembuh,
rakannya sudah tiada,
rakannya sudah meninggal..

Minggu ini dia pergi lagi,
dia sudah biasa,
ramai yang mula kenal dengannya,
dia gembira,

Minggu ini dia pergi lagi,
badannya semakin kurus,
sebenarnya dia sedar,
mungkin dia tak selera,

Minggu ini dia pergi lagi,
dia bawa banyak barang,
dia sudah tahu barangkali,
kali ini dia tidur disana,
dia tidak pulang,
tidak perlu ambil nombor,
suasana pun lebih senyap,
ada kala dia suka dikunjung,
ada kala dia mahu bersendiri,
dia hanya ingat Tuhan,

dia buntu,
dia tertekan,
dia panik,
dia sakit,

kerana sebelum ini dia kena pergi,
tiada lagi minggu itu,
minggu untuk dia pergi lagi...


.................Sekian.

Khamis, 4 Februari 2010

Bila??


Assalamualaikum,...(5 Februari 2010)(Jumaat)....Menonton television, menonton cerita mereka, membaca akhbar, membaca cerita mereka, membuka web, melihat cerita mereka, membaca artikel, masih cerita mereka, melihat papan pekeliling, jemputan majlis-majlis mengumpul dana membantu mereka...disana mereka,...disini mereka....jadi... siapakah mereka?...mereka adalah rakyat Palestin..Saudara Se-Islam kita,....

Semua orang tahu apa yang berlaku,...tapi tak mampu nak buat apa-apa..sesiapa pun akan terfikir,.. Bila ianya akan berakhir, bila ianya akan sudah, bila berhentinya...bila???...(Bangsa Yahudi kalah dua kali, bila dan bagaimana??)...

Di dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Isra’ ayat 4-8, yang bermaksud:

Ayat 4:

"...Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau...."

Ayat 5:

".....Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku..."

Ayat 6:

"....Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya...."

Ayat 7:

".....Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya...."

Ayat 8:

"....Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan Neraka: Penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat)..."

rujukan : kemusnahan bangsa Yahudi

sekian....

.....