Revolusi adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan menyangkut dasar atau pokok-pokok kehidupan masyarakat. sumber= (wiki)
Majlis yang santai...namun membincangkan isu yang agak rumit... SENI menjadi salah satu medium yang amat penting dalam apa jua REVOLUSI yang ingin dicapai..
(pegang mic)
Hishamuddin Rais, aktivis atau siapa dia?..katanya dalam seni untuk Revolusi, kita perlu berubah...seperti melukis sesuatu yang sangat 'seni' tidak boleh diterima lagi, kerana hanya difahami oleh golongan ahli, bagaimana makcik dan pakcik yang duduk di 'felda' mahu memahaminya??..Tegurnya "kita masih hidup di dalam bingkai pemikiran Melayu".. dimana- mana masih 'melayu'..terutamanya seni. Revolusi harus dilakukan secara total, bukan separuh-separuh. itu barulah dinamakan Revolusi. Di dalam lagu sebagai contoh, haruslah di sertakan dengan suara Revolusi. Bukan lagi zaman untuk lagu-lagu Oh Fatimah, Oh Suzanna, Oh Saloma dan lain-lain lagi...
(pegang mic)
Fared Ayam, pengamal teater, dia lebih suka orang memanggilnya Ayam. itu identitinya sejak dari MRSM. dan dia orang 'felda'...baiklah, bagaimana seni teater boleh menjadi medium untuk Revolusi yang mantap??... Dia orang-orang biasa. Tiada modal besar untuk pementasan di Istana Budaya. Sehingga dia menyindir "Lepas ni kita tunggu Che Det the musical(di Istana Budaya)". Mungkin kerana terlalu kerap teater musical dimainkan..dia jaga menegur, "..asal sebut teater, mesti Istana Budaya, asal sebut teater, mesti Istana Budaya..." Revolusi ini adalah perkara besar, bukan hanya boleh diletak pada sebuah lagu, apabila wujud perkataan Rvolusi dalam lirik,..terus kita katakan itulah revolusi....tidak semudah itu...
Haekal Taleb, musician dan bekas ahli band Komplot. dia mewakili bidang musik. musik katanya juga memerlukan perubahan dari pelbagai sudut. Perkataan revolusi terlalu besar bagi dia dan dia mengambil keputusan untuk kurang bersuara. Namun dia menegur artis-artis segera yang banyak bersepah di persada seni. Katanya," Mawi tak reti nyanyi.." #@%*&^!!!.....
Majlis yang tidak menjemput pendengar untuk mencari jawapan. Namun, mengajak pendengar sama-sama berfikir, bagaimana sebuah Revolusi mampu dicapai melalui peranan hasil Seni masyarakat itu sendiri. Forum yang menarik. Namun susah untuk dihurai melalui tulisan di sini. Jadi ini lah yang mampu di tulis..hehe.
Selain forum, majlis di selitkan dengan bunyian akustik, lagu diorang semua memang best,...Sebab aku penah dengar,,hehe... Sebahagian suasana di Forkustik:























