Ahad, 3 Oktober 2010

Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (belajar) - 4

Assalamualaikum....(4 Oktober 2010)(Isnin). Elak jadi bodoh sombong!

Hanya menjalani kos pra-sains ketika di kampus UiTM Kuala Pilah... Apa lah yang ada pada SPM aku, semuanya tidak menepati target.. Oleh itu, aku isi permohonan untuk pra-sains.. Dan aku ditawarkan... Alhamdulillah... Di UiTM Kuala Pilah semuanya di dalam english, aku jadi agak janggal, semua benda aku tak tahu... ketika itu, english aku lemah, matematik aku lemah, add math pun lemah, fizik dan kimia lagi la aku  lemah... otak kiri dan otak kanan pun aku tak pandai nak guna dah... setiap kali test matematik aje aku fail..setiap kali test yang lain pun aku fail.. Kalau tak fail pun hanya cukup makan,....argghh!!... lembab sangat ke otak aku nih??...

Tetapi, sehinggalah aku belajar bab kamiran di dalam matematik, aku tiba-tiba minat bab ni, aku faham bab nih, serius aku faham.. Dan untuk test kamiran aku telah mendapat markah yang paling tinggi dalam kelas... giler!!.. berlaku tiba-tiba.... memang sangat tiba-tiba.. sampaikan pensyarah matematik aku masa tuh menyindir kawan-kawan kelas aku yang lain,...

"Haa,..tengok?.. Daud pun dapat 100 peratus, kamu yang lain ni tak study ke?"..

Terperanjat aku dengar, perasaanku ada rasa sedikit happy - kerana dipuji... Namun, hakikatnya, di dalam lubuk hati ini terasa sangat hina. Daud yang sebelum ini menjadi masalah kepada pensyarah kerana tidak boleh memberi yang terbaik, telah bertindak sedikit cemerlang. Aku dijadikan sebagai contoh pelajar yang tak patut diikut ketika itu - mungkin... Tetapi itulah hakikat yang aku harus terima. Dan aku sentiasa belajar untuk memperbaiki diri dan meneladani kenyataan pensyarah aku itu.

Namun, selepas itu, kecemerlangan aku tak lama, mungkin sebab aku belum mampu kuasai matapelajaran itu. Berubah kepada matapelajaran kimia pula. Subjek ini lagi la mempunyai seribu satu halangan untuk aku memasuki medan kefahaman-nya. Entah mengapa, tidak suka aku akan istilah-istilahnya. Pensyarah kimia aku juga sudah sedia maklum pencapaian aku dan beliau juga mengenali aku dengan cara yang sama, sehingga dia juga pernah berpesan, katanya;

"..Kalau tak tahu tuh bertanya, jangan jadi bodoh sombong..."

Err!!!,..Satu demi satu ayat pedih yang aku terima dari pensyarah-pensyarah aku,... Kadang-kadang situasi sukar yang aku lalui ketika itu bagaikan tiada sokongan langsung dari pensyarah.. Mungkin sebab aku sendiri yang tidak mahu berusaha lebih gigih... Dan pemalas pulak tuh... Di lain peristiwa, pensyarah add math aku pernah bertanya.... Bertanya kepada aku diatas sebab kegagalan aku menjawab salah satu soalannya di dalam kelas;

"Daud, kat hostel buat ulangkaji tak?.. buat latihan tak?? .."

Dengan yakin aku jawab-lah;

"..Tak Cik, tak sempat..."

Dia pun mengelengkan kepala,.. Gelengan kepala yang sangat sementara itu dapat aku rasakan bahasa-nya... Inilah antara cara sindiran paling pedih yang pernah aku terima ketika di UiTM Kuala Pilah.. Dan aku sepatutnya sangat tahu, kelakuannya itu tidak lain hanyalah untuk menyedarkan orang semacam aku yang tegar untuk menjadi orang yang "tak sedar dek untung"... Tapi, berbeza dengan apa yang berlaku di saat akhir semester aku, setelah selesai semua paper, aku dipanggil pensyarah fizik aku, memang aku dah agak, fizik aku tak boleh buat masa exam final.... Bila pintu pensyarah aku ketuk, dan masuk, perkataan pertama keluar darinya adalah;

"..Haa kamu, bila balik kampung?.." ,

Jawab aku;

"..Esok encik..",

Sambil dia mengarah tangan menyuruh aku duduk di kerusi, dia berkata lagi;

"..Kamu mintak apa untuk diploma kamu?..",

Jawab aku;

"...Architecture encik.."

Pensyarah aku merenung aku, dan menarik nafas panjang lalu berpesan, katanya;

"...Apa pun kos yang akan kamu dapat nanti, belajar la sungguh-sungguh, jangan malas, kalau tak faham jangan malu bertanya, kurang kan sikit bermain tuh, dan kena usaha lebih lagi kalau betul-betul nak berjaya"..

Begitu lah lebih kurang ayat-nya yang aku masih ingat - mungkin punya ralat. Satu kata-kata semangat yang sungguh merubah perasaan kecewa aku... Menjadi kembali bersemangat... dan berazam keatas apa sahaja peluang sambung belajar yang akan ditawarkan kepada aku selepas itu, akan aku cuba hargainya insyaALLAH... Di dalam cuti semester, keputusan exam final pun keluar. Dan ternyata. Aku tidak layak untuk menyambung pelajaran ke diploma, hanya layak untuk mengambil semula semester Pra Sains 2... Dan aku memilih untuk mengambil-nya!... :/

Sementara aku ingat, versi sebelum aku tamat(belajar)!...

6 ulasan:

Daud Mili berkata...

"....Terperanjat aku dengar, perasaanku ada rasa sedikit happy - kerana dipuji... Namun, hakikatnya, di dalam lubuk hati ini terasa sangat hina. Daud yang sebelum ini menjadi masalah kepada pensyarah kerana tidak boleh memberi yang terbaik, telah bertindak sedikit cemerlang. Aku dijadikan sebagai contoh pelajar yang tak patut diikut ketika itu - mungkin... Tetapi itulah hakikat yang aku harus terima. Dan aku sentiasa belajar untuk memperbaiki diri dan meneladani kenyataan pensyarah aku itu...."

** berulang kali membaca peranggan ini, takut ada yang ter-salah faham akan maksudnya.

Jadi, aku terangkan sedikit lagi,...

"..Daud yang selama ini mempunyai markah di bawah markah-markah kamu semua, telah pun meletakkan kamu semua dibawah, tak malu ke kamu di diperlakukan oleh orang seperti Daud..?? dengan Daud pun kamu tak dapat challenge..???!!! haa??.."

maksud yang aku fahami, aku adalah orang yang paling tidak cerdik ketika itu... itulah maksudnya... dan orang yang tidak cerdik, yang tidak harus menjadi contoh..

semoga....-_-"

zawani badri berkata...

owh sila sambung dengan segera :)

Daud Mili berkata...

InsyaALLAH...~~

.: Si BungaKopi : . berkata...

relax k daud..huhu.aku..walau seteruk manapon hidup aku dulu, xberani aku nak cerita di blog.g Ingatlah, apa yg kita tak suka, mungkin Tuhan suka. Semua benda ada hikmah yg tsembunyi. Itulah pegangan aku hingga kini utk ceriakan hati.:)

Daud Mili berkata...

bungakopi:

haha... aku menulis bukan kerana aku mengeluh dengan apa yang terjadi kat aku selama ni,...cuma nak jadikan pengajaran jek kat diri ini dan orang lain...!!!! hehe... thanks komen!

♥ 미스 kiera ♥ berkata...

=)
syok ae story2..

http://owlkieranaa.blogspot.com/2010/10/im-d-red-warriors.html

visit my blog k!