Jumaat, 29 Oktober 2010

Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 9

Assalamualaikum......(28 Oktober 2010)(Khamis). Menyambung Diploma.

Perjalanan kursus Pra Sains 2 aku di UiTM Arau Perlis berjalan agak lancar. Carry mark juga agak selesa untuk semua subjek. Carry mark adalah 40% markah yang kita perolehi untuk sepanjang semester terdiri daripada test, assignment, projek dan lain-lain. Selebihnya sebanyak 60% terdapat pada peperiksaan akhir semester atau lebih dikenali sebagai final exam. Keselesaan ini seterusnya membawa kepada keyakinan yang tinggi dalam menjawab setiap kertas final exam aku. Kebanyakan dari kami amat gembira dengan soalan-soalan final exam dan semestinya ramai di antara kami yakin akan berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma. Borang sudah diisi, aku memilih Kejuruteraan Awam (Civil Engineering) kerana melihat kos ini lebih mudah difahami (mungkin) berbanding Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal. Kenapa Kejuruteraan? Kerana aku minat bidang ini.

Untuk pulang ke tempat masing-masing selepas final exam berakhir, kami semua memilih untuk menaiki keretapi express. Keretapi ini akan berhenti di stesen Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa lebih lama dari perjalanan menaiki bas. Sangat memenatkan, namun seronok - pengalaman baru. Apa lah yang hendak dibuat di dalam keretapi selama lebih 12 jam (mungkin lebih), berjalan ke hulu dan ke hilir. Berbaring di tempat duduk yang tidak begitu selesa untuk tidur, duduk di cafe keretapi yang menyediakan makanan dan minuman yang mahal. Apa lah yang boleh dibuat sangat. Layan sahaja. Bergerak dari Perlis sekitar petang. Tiba di ibu kota Kuala Lumpur sekitar subuh keesokan harinya. Wah!,.. penatnya badan tidak dapat digambarkan.

Sarapan bersama nasi lemak dan kopi O di KL Sentral. Rehat untuk tenangkan badan yang sudah dipaksa terkurung di dalam keretapi begitu lama. Masing-masing kelihatan sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah. Mata yang kuyu kepenatan ditambah dengan ketidak selesaan badan. Berpecahlah kesemua mereka ke destinasi masing-masing. Perpisahan yang diakhiri dengan pelukan dan salam. Juga pesan-memesan supaya jangan  melupakan antara satu sama lain. Maka, bergeraklah mereka. Ada yang ke Melaka, Seremban, Selangor dan lain-lain tempat. Aku meneruskan perjalanan menaiki keretapi untuk ke Seremban. Dan akan menaiki bas pula untuk ke Kuala Pilah. Kepulangan disambut dengan senyuman dari mak dan ayah sudah cukup untuk membuat hati anak lelakinya ini berbangga dan puas. Sangat gembira.

Cuti semester sementara menunggu tawaran diploma, aku membanting tulang membantu keluarga menyiapkan majlis perkahwinan kakak(Alang) aku. Rumah ini rumah pengantin perempuan, anak gadis pertama pulak tuh yang berkahwin, semestinya ibu aku orang yang paling sibuk. Majlis berjalan seperti majlis perkahwinan kebiasaan. Namun, kemeriah majlis tetap tersendiri. Dihadiri oleh orang yang jarang sekali diketemukan. Diperkenalkan oleh mak kepada mereka, sebagai ahli keluarga. Dan aku juga gembira menerima ahli keluarga yang baru (Abang Ipar - Abang Arin). Majlis tersebut selesai dengan selamat. Selang beberapa hari, aku mendapat surat tawaran Diploma. Aku dapat seperti yang aku minta. Diploma Kejuruteraan Awam. Aku terpilih untuk ke kampus UiTM Jengka Pahang. Dengar cerita tempat nya agak corok(pedalaman). Disebabkan ahli keluarga aku ramai yang sudah mengambil cuti ketika majlis perkahwinan, hanya pasangan pengantin sahaja yang masih mempunyai baki cuti - mereka cuti sangat lama. Maka, merekalah yang menghantar aku ke Jengka, Pahang. Bergerak ke Pahang bersama pengantin baru, aku membawa harapan dan impian serta sudah sedia menerima kehidupan baru yang akan menentukan hala tuju kehidupan aku. Dan UiTM Jengka Pahang menjadi destinasi untuk pengalaman itu!!...

Sementara aku masih ingat, versi sebelum aku tamat(UiTM)..!!

1 ulasan:

Daud Mili berkata...

ketika di pra sains 1, aku apply Architecture,.. tapi, pointer tak lepas... so, sambung pra sains 2,.. selesai pra sains dua, aku tak apply architecture dah,.. aku apply Sains Kuantitatif, iye ke??.. iye la rasanye... Lepas tuh aku dihalang oleh akak(Alang) aku, sebab dia kata jangan amik kos yang pelik2 nih.. nanti susah ak bawak..

Jadi aku pilih la Kejuruteraan Awam, sebab dulu kat teknik aku amik Kejuruteraan Elektrik,.. disebabkan aku tak minat dah nak sambung elektrik dah, maka, aku pilih la kejuruteraan awam..!!..

begitulah cita-cita menjadi jurutera ku bermula.. :D