Assalamualaikum..................(31 Januari 2011)(Isnin). Masa belajar itu indah.
Kalau nak tulis semua cerita ketika aku di UiTM Shah Alam memang tak mampu. Terlampau banyak barangkali. Atau pun tidak berapa penting untuk diceritakan. Layak untuk disimpan sahaja di dalam sanubari ini. Disimpul dan di buka bila perlu. Begitu juga untuk apa sahaja cerita yang telah dilalui. Apa sahaja kenangan yang telah di tempuhi. Sekarang masa untuk melihat kehadapan lebih jauh. Jauh dari masa silam. Melihat dunia yang nyata, dunia sebenar seorang manusia. Dunia remaja atau dunia dewasa? Mungkin aku tengah berada diantara keduanya. Ah! aku belum mahu jadi dewasa. Hehe. Kalau boleh mahu sahaja jadi mahasiswa lagi. Dimana ketika itu aku suka merungut; ".. Bila la nak abis belajar nih??..". Rungutan yang selalu sahaja keluar bila assignment atau kerja kursus terlampau banyak. Kini semua tiada lagi. Dunia pekerjaan pula akan menyusul - bakal menyusul.
Ketika masuk sekolah menengah dahulu, sering sahaja teringatkan masa-masa sekolah rendah. Begitu juga ketika dah masuk Universiti, teringat akan indahnya zaman persekolahan. Kadang-kadang boleh buat ketawa sendirian. Bahkan kini, ianya lebih panjang dari sebelumnya, iaitu dari sekolah hingga ke Universiti. Memang tak habis kalau mahu cerita. Kalau kita lihat sendiri apa-apa dokumentari pun, mesti dia akan menemubual insan-insan yang terbabit secara langsung dalam cerita dokumentari itu. Mestilah! sebab dia lah yang paling banyak terdedah kepada dunia yang menjadi tajuk dokumentari tersebut. Tambah-tambah lagi warga emas. Bak kata perumpamaan, warga emas ini seperti bangunan bersejarah yang menyimpan pelbagai barang-barangan yang berharga. Iaitu ia mampu menceritakan segala apa yang dilihatnya, dihadapinya, didengarnya ketika zaman mudanya. Dan warga ini sangat penting dalam penulisan sejarah di kebanyakan negara. Dan termasuklah di Malaysia. Tetapi, mungkin Malaysia masih tidak mahu lebih terbuka dan jujur mengenai sejarah sendiri, maka, kelihatan sejarah kita terlalu kaku dan tidak langsung menarik. Aku pernah menonton channel History (Channel 555) di Astro, iaitu dokumentari tentang Malaysia oleh seorang warga Britain, aku sangat terkejut dengan penyampaian hasil kajiannya yang sungguh menarik dan sarat dengan fakta. Cukup mantap!. Tetapi, aku sedikit malu kerana yang melakukannya adalah warga luar. Bukannya warga Malaysia sendiri. Dan pastinya warga Britain tersebut hanya memandang sejarah Malaysia dari perspektifnya sendiri, memandang Malaysia sebagai salah sebuah negara yang sangat memerlukan kerajaan British suatu masa dahulu.
Berbicara mengenai masa belajar aku ketika aku di UiTM Shah Alam. Selain rapat dengan rakan-rakan didalam course aku. Aku juga agak rapat dengan rakan-rakan dari course lain seperti dari Fakulti Undang-undang dan sebagainya. Teman-teman lepak sambil shisha di Saad Char Kue Teaw yang terdiri daripada aktivis-aktivis mahasiswa seperti Ecal, Along, Paan, Farha, Nadia, Dosh, Athari, Karl, Iqa, Sarrah, Zikri, Mim, Zaki, Raf, Haziq, Ilyas, Azim, Halim, Naqi, Amzar dan ramai lagi yang aku tak mampu nak tulis. Selain itu juga untuk geng-geng Le Lac Community seperti Izmil, Hilman, King Chai, Acap, Adib, Fendi, Abon(Nazreen), Adi, Eddy dan juga rakan aktivis yang lain yang tak mampu aku sebutkan kat sini.
Keindahan masa belajar juga telah banyak ditulis oleh ramai orang. Dan ada pula yang disampaikan melalui lagu, novel, filem, bahkan ada diantaranya disampaikan dengan penuh falsafah dan penuh dengan pengajaran. Kini aku mengakhiri tulisan ini dengan rasa mahukannya lagi. Mungkin kalau ada kesempatan, aku boleh coretkan mengenai zaman yang paling indah ini. Aku menulisnya hanya sekadar mahu berkongsi sahaja. Bukan mahu menunjuk-nunjuk atau apa. Kadang-kadang kita hanya asyik menulis tentang orang lain, diri sendiri pun kita tidak berani mahu kritik atau ceritakan. Semoga sesiapa yang sudi membaca tulisan-tulisan aku dapat mengambil sedikit manfaat daripadanya iaitu daripada pengalaman-pengalaman aku. Semoga Tuhan datangkan kebaikan dari tulisan-tulisan ini dan jauhinya dari fitnah akhir zaman. Amen.
Sementara aku masih ingat, versi sebelum aku tamat(UiTM)..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan