Assalamualaikum..........(30 Januari 2011)(Ahad). Rumah teres.
Pindah ke rumah teres adalah impian aku dan housemate. Ini kerana kami sudah tidak tahan lagi duduk di suasana yang amat hingar-bingar di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam ini. Sebelum ketibaan kami disini, Pusat Komersial ini sangat amat aman dan tenang, tetapi, setelah dua semester berlalu, suasananya menjadi haru-biru. Bising dengan bunyi kenderaan dan bunyi-bunyi dari persekitaran bandar yang sibuk. Tambahan pula di bawah rumah kami terdapat sebuah bengkel motorsikal. Rumah yang kami duduki adalah rumah kedai. Maka, bergegarlah rumah kami setiap hari, dari pagi hingga ke malam. Rumah teres yang bakal kami duduki ini sangat besar. Tiga tingkat pula tuh. Terletak di Seksyen 7 Shah Alam juga iaitu di rumah No 10 Jalan Pualam. Aku, Adam, Amad, Shaikh, Faizul, Naufal dan Mael akan pindah ke rumah yang sama. Manakala Fahmi(tulang), Kue dan Lukman berpindah ke rumah lain. Di rumah baru aku, kami disertai oleh Afiq, Adham, Sali, Zuwairi, Syukri, W.Nuh, Apis, Mat Yie, Mazumi dan Najmudin. Ada yang tertinggal ke?Hehe. Itu lah nama-nama yang aku ingat. Rumah ini ada kawasan tanah di bahagian belakang dan depan rumah. Aku sempat juga bercucuk tanam dibelakang rumah sambil dibantu rakan-rakan, terutamanya Amad, Mael dan Adham. Aku bawa anak cili dan juga serai. Bila pokok cili sudah besar dan berbuah. Sempat kami gunakan untuk masakan. Haha. Cuma serai yang kami tak merasa sebab kami tak tau nak guna dalam masakan apa pun. Rumah orang bujang masak apa jek.
Di rumah No 10 Jalan Pualam ini tempat berkumpul budak-budak kelas aku untuk study - kelas Water Resources. Basyir dan Yusuf adalah pengunjung tetap. Mamat berdua nih menjadi pembuka semangat kepada yang lain untuk study. Mereka duduk tak jauh dari rumah sewa kami ini. Basyir(klik sini) ada blog. Yusuf(klik sini) juga ada blog. Selain itu, ramai juga kawan-kawan aku yang menulis seperti Aina(klik sini), Momoi(klik sini), Adli(klik sini), Amal(klik sini) dan Ekin(klik sini). Aina adalah antara insan yang banyak membantu aku mewujudkan blog aku ni. Terima Kasih. Aku tak tahu dari mana minat menulis datang. Dah nama pun minat. Minat itu sendiri bagi aku amat subjektif. Pernah juga aku hadirkan diri ke bengkel penulisan Ustaz Pahrol Juoi, editor majalah Solusi di UiTM Shah Alam anjuran Fakulti Perubatan. Tak sangka kan? Fakulti yang jauh dari dunia sastera pun mengadakan bengkel sebegini. Teringat aku akan kata-kata Ustaz Pahrol, katanya;
".. Jika penulis menulis dari hati, ia akan sampai ke hati pembaca, jika penulis menulis dari akal, ia akan sampai ke akal pembaca..".
Penulis yang baik adalah penulis yang benar-benar memberi kesan kepada pembaca. Barangkali juga kepada pendengarnya, jika ianya dibaca atau diperdengarkan. Seperti kata-kata pensyarah aku di UiTM Jengka Pahang dahulu, Cik Asmida(klik sini);
"..orang yang hebat, adalah orang yang menjadi inspirasi kepada yang lain.."
Bagaimana tulisan mampu menginspirasi orang lain? Bahkan, melalui kata-kata pun tidak ramai yang mampu melakukannya. Mungkin seperti pidato Presiden Sukarno terhadap bangsa Indonesia-nya, dimana beliau mampu membangkitkan semangat bangsa-nya untuk menuntut kemerdekaan dan seterusnya menubuhkan Indonesia. Ketika zaman itu, barang siapa mendengar pidatonya, maka meremang bulu roma tubuh masing-masing lantas menimbulkan semangat luar biasa. Pidato beliau adalah di antara yang terhebat didalam sejarah. Semangat yang beliau wujudkan itu juga telah sampai ke Tanah Melayu, kesannya dapat dilihat pada keseluruhan gagasan Nusantara untuk bangun menentang dan menghalau penjajah asing. Antara kata-kata yang paling popular milik Sukarno adalah:
"..Berikan aku sepuluh orang pemuda, nescaya akan ku goncang dunia!...."
Kembali kepada cerita rumah teres aku. Rumah teres ini didiami sekitar lima belas orang, tetapi masing-masing kebanyakannya buat hal sendiri sahaja. Jarang kami semua mampu bersama. Kalau ada pun sekali dua, itu pun tidak cukup, mungkin separuh dari ahli rumah sahaja. Lama kelamaan perkara ini menjadi kebiasaan. Bahkan, kita sendiri tidak tahu, apa yang rakan lain di dalam rumah buat. Rasanya itu lah resam kehidupan di dalam rumah yang dihuni oleh ramai ahli. Tiga tingkat pula tuh. Yang atas tidak tahu apa di bawah buat, begitu juga yang dibawah. Ianya terserah kepada diri sendiri sama ada ingin menjenguk ke tingkat lain atau tidak. Itu sahaja yang aku mampu buat. Memang riuhnya berbeza berbanding ketika duduk di asrama. Tetapi kalau betul riuhnya, mahu bising satu kawasan perumahan gamaknya. Hehe. Rindu saat belajar itu memang perkara biasa. Iya, sekarang aku telah benar-benar merinduinya..:)
Sementara aku masih ingat, versi sebelum aku tamat(UiTM)..!!
Isnin, 31 Januari 2011
Ahad, 30 Januari 2011
Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 26
Assalamualaikum..............(30 Januari 2011)(Ahad). Bila dah start suka lepak.
Ketika aku di awal semester di Shah Alam, Restaurant Kamal Corner menjadi saksi terhadap gejala lepak diantara aku dan rakan-rakan. Restaurant tersebut yang terletak lebih kurang satu blok dari rumah aku. Ketika itu, aku duduk di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, selama setahun, sebelum berpindah ke sebuah rumah teres No 10 Jalan Pualam, juga di Seksyen 7, Shah Alam. Ahli tetap kaki lepak tersebut adalah aku, Adam, Shaikh, Amad dan kadang-kadang disertai oleh Mael, Faizul Saari, Fahmi(tulang) dan juga Kue. Dua lagi housemate aku iaitu Naufal dan Lukman agak kurang menyertai kami. Aktiviti ini berlangsung di malam hari. Di Kamal pula pasti akan ada seorang rakan kelas kami iaitu Fadhil (Ax). Mamat ni adalah pengunjung tetap Kamal Corner. Ramai gadis-gadis datang kesana katanya. Aku juga bersetuju dengan pendapat itu sekali sekala. Sepanjang lepak, kami selalu juga disertai oleh Yusuf, Basyir dan budak-budak rumah mereka. Selain itu juga, budak-budak rumah Ijul seperti Ijul sendiri, Rosyam, Ijan, Amin dan lain-lain juga turut serta. Apa yang menariknya Kamal Corner nih? Aku kurang pasti. Mungkin sebab kami tengok siaran langsung EPL disana. Yang pasti ianya adalah sebuah restaurant mamak. Dan berkumpul sesama sendiri itu adalah tujuannya.
Kekerapan melepak disana menyebabkan kami mengenali setiap pelayan yang ada disana. Nama-nama gelaran seperti Bumin, Shah Rukh Khan, Salman dan beberapa lagi nama menjadikan mereka senang didekati. Sebenarnya, ada beberapa nama lagi yang menjadi bualan kami kerana telatah mereka ketika meminta order, tetapi aku sudah tidak berapa ingat. Ada di kalangan mereka dari India, Pakistan, Bangladesh, Iran dan sebagainya. Yang penting mereka semua adalah dari susur manusia berhidung mancung. Aku pernah juga berbual dengan mereka, bertanya khabar dan mengusik juga kadang-kadang. Mereka juga kebanyakannya sudah mengenali muka-muka kami ini. Muka-muka yang selalu lepak di Restaurant Kamal. Aku pernah berbual dan bertanya kenapa memilih Malaysia sebagai tempat kerja. Ada yang kata ikut orang, ada yang kata kat sini lebih aman. Pernah juga berbual dengan warga Pakistan, tetapi berdarah Parsi, yang baru sahaja tamat kontrak kerja di Jepun, sekarang bekerja di Malaysia. Begitulah kehidupan musafir ini. Katanya, di Pakistan dia mempunyai tanah ladang yang agak besar, sepatutnya disana boleh dijadikan ladang gandum. Ladang tersebut kepunyaan keluarganya. Tetapi, dia tidak mampu untuk mengusahakan tanah itu. Dia membuat keputusan keluar negara untuk mencari duit dengan lebih mudah dan menghantarnya ke Pakistan - kepada keluarganya. Ladang tersebut boleh diusahakan sekadar untuk makan sendiri sahaja.
Pada suatu hari, aku dan rakan lepak di sana di petang hari. Maka, lalulah sebuah kenderaan Polis dan berhenti. Dan tiga orang Polis keluar, dan duduk di Restaurant Kamal. Maka berkatalah mamat-mamat hidung mancung nih, yakni pelayan restaurant, terhadap Polis bertiga itu: "Hello bos..!!" . Dan order pun diambil. Telatah mereka agak lucu. Kami mengeleng ketawa memerhati gelagat mereka. Aku pun memanggil mamat pelayan yang berasal dari India itu untuk aku order minuman. Sampai sahaja dimeja aku dia berkata, " Polis sini banyak baik..". Aku mula hairan. Selepas aku order minuman, aku pun tanya; "Kenapa pulak?..". Lalu dia menjelaskan; "..India Polis tak boleh percaya.." . Katanya dengan nada serius, dan terus beredar. Aku melihat yang kawan yang lain, kami hanya mampu ketawa sahaja. Kerana pelayan disitu memang bahan ketawa kami. Tapi dalam hati aku banyak pula persoalan yang timbul.
Aku pernah terdengar betapa korup-nya polis di India. Seperti yang telah mereka gambarkan di dalam filem-filem mereka. Tetapi, aku juga dengar bahawa tidak semua polis mereka begitu, dan ada juga cerita bahawa semua kisah tersebut adalah kisah lama. Sekarang Polis mereka dah bertambah baik. Ntah la, aku tidak pasti. Ada juga aku terfikir dalam satu situasi, Polis Malaysia kita sebenarnya tiada beza. Tetapi tidaklah kita kategorikan sebagai sangat teruk lagi. Meminta rasuah ketika sekatan jalan raya, dan juga memberi alasan bahawa ini adalah satu arahan pihak atasan ketika melakukan serbuan, sehingga menghilangkan nilai-nilai adab, yang sepatutnya harus dijaga oleh seseorang yang lengkap beruniform - lebih professional. Itu yang aku selalu dengar lah. Untuk tidak mahu melihat ianya menjadi semakin teruk - Integriti menjadi persoalan. Polis di mana-mana negara sekalipun berhadapan dengan masalah ini. Polis sepatutnya menjadi badan yang bebas dari mana-mana pihak termasuk kerajaan. Baru lah kita boleh nampak Polis benar-benar berkesan.
Kembali kepada suasana lepak. Restaurant Kamal hanya menjadi pilihan ketika kami menetap di Pusat Komersial sahaja. Setelah kami berpindah, Restaurant Kamal bagi kami agak jauh. Dan tempat lain menjadi pilihan - banyak tempat. Budaya lepak di kedai bukan sesuatu yang asing bagi remaja. Tetapi bagi warga tua itu mungkin pelik. Banyak yang dapat kita kongsi dari berbual dan bertukar cerita. Yang paling istimewa pada budaya ini ialah perpaduan. Ada orang kata bola sepak itu juga perpaduan. Hakikatnya, kesan dari berbual, kaki lepak tak akan lepas dari tempias mengumpat. Hehe. Apa yang boleh aku kata untuk diri aku sendiri, semoga dapat mengurangkan sikap ini. Masa mematangkan kita. Zaman belajar memang banyak keistimewaannya.

Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 25
Assalamualaikum.............(30 Januari 2011)(Ahad). Islam jadi cara hidup.
Di dalam post 'Jalur agama Islam', aku bercerita mengenai fahaman yang menjadi pegangan aku. Sekarang aku ingin terus berbicara mengenainya. Kenapa kita perlukan fahaman? Adakah kita memerlukan fahaman? Perlukan diadakan pemahaman kelompok, atau dibiarkan bersifat individu? Aku sendiri tiada jawapannya. Namun, Islam bagi aku adalah mengenai soal kerohanian, dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk siapa yang lebih Islam dari yang lain serta menuduh yang lainnya sesat atau kafir. Islam mempengaruhi hidup aku dari segi budaya dan nilai hidup secara keseluruhan. Menerima Islam sebagai cara hidup adalah kemahuan semua penganutnya, tetapi, ianya tidak semudah kata-kata, bahkan memerlukan kekuatan yang besar untuk menguasainya. Pelbagai fahaman di dalam Islam adalah salah satu dari perkara yang tidak dapat di-elakkan kewujudannya. Dan ini sepatutnya telah menjadikan agama Islam ini lebih terbuka kepada pelbagai jenis pemikiran dan bukannya tersekat kepada hanya satu pemahaman sahaja.
Agama Islam di Malaysia rata-rata adalah agama yang diperoleh dari keturunan - dari ibu bapa. Termasuk diri aku. Pencarian 'apa itu Islam' seharusnya dilakukan oleh individu itu sendiri. Adakah beliau beragama kerana beliau percaya akan agama tersebut, atau hanya beragama kerana mengikut orang disekelilingnya beragama? Hebat jika manusia itu ada keinginan untuk terus belajar. Sama ada belajar berguru, belajar sendiri dan berbagai cara lagi, mahu tidak mahu sahaja. Sumber rujukan di zaman sekarang tampak lebih mudah diperoleh berbanding zaman-zaman dahulu. Sudah banyak juga kitab diterjemah ke dalam bahasa ibunda masing-masing. Tidak ada sebab untuk aku dan sesiapa sahaja yang beragama Islam menjauhi tulisan-tulisan tersebut. Apa yang ada hanya malas. Atau tidak suka belajar. Ada juga yang membenci. Menganggap bahawa diri sudah mengetahui segala-galanya. Ada juga yang cepat berpuas hati, cukuplah tahu perkara ini dan perkara itu sahaja. Dan berbagai-bagai sebab lagi. Zaman ini bukan lagi zaman untuk kita memaksa orang lain untuk buat yang tidak menjadi pilihannya. Siapa yang mempunyai keinginan dan terus melakukannya, dia akan lebih kehadapan dari yang lain.
Aku, menasihati diri aku, dan juga menasihati kalian semua, untuk memujuk hati kita ini, agar terus belajar mengenai agama Islam atau apa-apa fahaman yang kamu percayai, sambil menilainya sendiri menggunakan akal fikiran yang di anugerahkan Allah. Kita sudah cukup dewasa untuk melakukannya tanpa apa-apa tekanan dari pihak lain. Tidak perlu kita salahkan sesiapa jika kita gagal dalam mendalami atau mengamalkan perkara di dalam agama Islam. Cukuplah untuk menyalahkan Ibu dan bapa, tok imam di masjid, ustaz-ustaz di Jabatan Agama, guru-guru mengaji Al-Quran, guru-guru KAFA dan berbagai pihak lagi. Salahkanlah diri sendiri. Salahkan lah diri aku ini. Salahkan diri kamu itu.. Cari penyelesaian terhadap masalah yang menimpa diri sendiri. Semoga dipertemukan penyelesaiaannya. Dan juga, semoga sama-sama kita dapat manfaat dari apa yang kita telah pelajari dan yang akan kita pelajari nanti. Amen.

Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 24
Assalamualaikum.........(16 Disember 2011)(Ahad). Jalur Agama Islam.
Berubah dari suasana desa ke bandar seperti Shah Alam, mengundang perubahan dari segi amalan sosial aku secara tidak langsung. Aku mula meminati mendengar syarahan agama Islam sejak dari Jengka Pahang lagi. di Shah Alam, aku menjelajah youtube mencari syarahan agama Islam dengan menggunakan line internet rumah sebelah aku secara percuma. Aku tertarik dan sependapat dengan satu lagi jalur fahaman yang terdapat di dalam agama Islam. Yang dikenali di Malaysia sebagai Salaf. Aku mendekati tulisan Dr Asri Zainul Abidin dan juga menonton rakaman-rakaman ceramahnya yang aku rasa dekat dengan pemahaman agama aku. Dari sana juga aku mengenali beberapa insan lain seperti Ustaz Fathul Bari, Ustaz Rasul Dahri dan juga ustaz-ustaz yang lain. Kenapa aku beria mahu menyebutnya, kerana aku benar-benar mahu mengakui apa yang menjadi pemahaman aku terhadap agama Islam selama ini. Ada juga pendapat mereka yang aku kurang bersetuju, namun, kebanyakan darinya lebih dekat dengan pemahaman aku. Aku bertindak seterusnya menghadiri sebuah Daurah di Melaka ketika musim cuti semester. Disana aku melihat golongan ini dengan lebih dekat. Golongan yang mengangkat ilmu lebih tinggi dari cerita masyarakat. Mengambil dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dengan penuh teliti dan tertib. Tidak kira dari golongan yang masih muda atau pun tua. Tidak ketinggalan juga kepada golongan yang sudah mahir, atau kepada golongan yang baru belajar - seperti aku. Mereka sentiasa membelek kitab Al-Quran dan Hadis ketika di dalam sesi kuliah. Akhlak tersebut membuat aku jatuh cinta dan terpaut pada method yang digunakan didalam memahami agama Islam.
Dan bahasa Arab dilihat menjadi keutamaan terhadap pembaca-pembaca kitab tersebut. Andai dikalangan mereka tidak tahu maksud, mereka akan cuba bertanya dan tak henti menuntut ilmu dari sahabat yang lain yang lebih arif. Kepulangan aku dari program Daurah ke Shah Alam, membuatkan aku benar-benar mahu belajar bahasa Arab. Disamping hatiku mahu mempelajari dan memahami Islam dengan cara yang lebih seronok. Aku mencari dan akhirnya ketemu. Mendaftarkan diri di dalam kelas bahasa Arab yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Arab UiTM Shah Alam. Kelas diadakan pada waktu malam selepas maghrib. Aku pergi seorang diri. Pada hari pertama, tidak aku sangka, rakan batch aku iaitu Mohd Nur, juga datang untuk belajar bahasa Arab. Di dalam kelas hanya terdapat lebih kurang sepuluh orang. Maka belajar la aku bersama yang lain. Aku tidak ada asas. Juga jauh dari pengetahuan aku tentang bahasa ini. Jadi, lambat untuk aku fahaminya. Dan ketika dipertengahan semester, aku masih tidak dapat sepenuhnya menangkap apa yang di ajar, dan boleh dikatakan gagal dalam menguasai bahasa ini, walaupun sedikit. Kelas tersebut pula terlalu awal dihentikan iaitu dipertengahan semester, dan tiada pula ura-ura mahu menyambungnya. Aku redha, aku sudah cuba mempelajari bahasa tersebut. Mungkin bukan disini tempatnya. InsyaAllah, jika berpeluang lagi, mahu aku memberikan masa untuk bahasa Arab ini.
Kembali kepada cerita golongan Salaf. Berbeza ketika aku di UiTM Jengka Pahang. Ketika itu aku tertarik dengan jemaah Tabligh. Di Shah Alam pula aku tertarik dengan Salaf. Aku tidak dipengaruhi, bahkan aku yang memilihnya sendiri. Selagi niat aku mahu belajar agama masih kuat - aku sedia untuk terus mempelajarinya walau apa jua cabang fahaman yang ada. Aku cuma disedarkan bahawa di dalam menuntut ilmu kita harus ada rujukan yang konkrit. Disebabkan itu lah aku selami jalur Islam ini. Sama-sama buka minda untuk terima dan nilai sendiri pelbagai fahaman dan mazhab yang wujud di Malaysia ini. Tidak perlu kita menuduh mana fahaman yang salah, mana yang betul. Doaku agar kita semua dapat diberi kefahaman oleh Allah, Tuhan yang maha mengetahui setiap sesuatu. Amen. Juga kesempatan di Shah Alam aku mempelajari aliran Al-Assyairah, satu lagi fahaman Sunnah yang terdapat di Malaysia selain Salaf dan Tabligh. Selain fahaman Sunnah, aku juga ada membaca serba sedikit tentang fahaman Syiah. Juga berkesempatan berbual dengan mereka beraliran Syiah di Malaysia. Yang kebanyakan dari mereka adalah Syiah keturunan dan ada juga yang baru menganutinya. Aku antara orang yang tidak bersetuju dengan apa yang dipercayai oleh Syiah, tetapi, aku tidak suka kepada mereka yang suka menimbulkan provokasi dan tuduh-menuduh bahawa siapa yang lebih benar sehingga menyebabkan suasana tegang diantara fahaman Sunnah dan Syiah.
Kita sentiasa mengharap kepada Allah agar kita dimasukkan kedalam golongan orang yang diredhai-Nya. Juga supaya Allah jangan pesongkan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk. Mengatakan bahawa kita adalah golongan yang 'sedar' dan mendakwa bahawa orang lain tidak 'sedar' adalah satu kesedaran yang salah. Taksub kepada sesuatu mazhab atau sesuatu fahaman adalah sikap yang sangat merbahaya. Untuk berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah bukan suatu perkara yang mudah, dan bukan pula perkara yang boleh dilakukan sehari dua. Semoga kita semua terperlihara dari fitnah yang boleh memecah belahkan umat Islam. Amen. Rindu sungguh untuk melihat umat ini bersatu.

Sabtu, 15 Januari 2011
Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 23
Assalamualaikum.......(31 Disember 2010)(Jumaat). Susah nak faham.
Semester pertama aku di UiTM Shah Alam, aku terpaksa menduduki banyak kertas peperiksaan yang terdiri dari pelbagai subjek. Dan kesemua subjeknya pulak agak sedikit susah - memerlukan kekuatan mental serta fizikal untuk mempelajarinya. Kebanyakan kertas adalah berbentuk calculation seperti Structure, Statik and Dynamic, Hydraulic dan subjek menghafal seperti Geology serta subjek-subjek lain yang aku tak berapa ingat namanya. Dan bentuk pembelajaran juga sudah berbeza, tidak sama seperti ketika Diploma. Pensyarah hanya membaca slide, tanpa apa-apa latihan diberi, kemudian memberi assignment tanpa mengajar bagaimana menjawabnya. Memang lain. Aku terasa agak terkejut dengan sistem pembelajaran disini. Suasana ini telah membuatkan test-test aku kebanyakannya failed. Bukan aku sorang, bahkan rata-rata sahabat yang aku tanya punyai pendapat yang sama. Mungkin ada di antara kami yang tidak merasa begitu - golongan genius - mereka ini punya kurniaan yang berbeza.
Betapa gerun aku menunggu kelas di setiap hari Jumaat, kerana hari tersebut terdapat kelas Statik. Pensyarahnya perempuan - yang agak manis orangnya, tetapi sangat tegas dan akan memilih secara random dikalangan kami di dalam kelas untuk membuat latihan di white board. Dah la subjek ini aku lambat nak faham, adakalanya langsung tak faham. Dia buat pulak method ini. Lagi la aku kelam kabut. Tetapi, dengan adanya method yang pensyarah aku guna ini, membuatkan aku sentiasa bersedia, namun tetap merasa tertekan tatkala aku gagal bersedia. Dan tekanan itu seringkali membuat aku mengeluh dan sentiasa memikirkan, apakah pilihan yang aku ada??.., adakah aku ini betul-betul mahu untuk sambung belajar??... Semester pertama ini adalah semester yang penuh ranjau berduri - aku tempuhi dengan redha, samada aku menjalaninya dengan memahami apa yang aku pelajari atau menjalaninya untuk sekadar mahu lulus.
Selesai semester pertama ini, aku bersyukur kerana lulus subjek-subjek yang aku fikirkan akan gagal. Tetapi, aku tetap malang, aku failed satu paper, iaitu paper Geology. Entah kenapa, aku kecundang dengan subjek menghafal ini. Sejak dari dunia Diploma, aku tidak pernah mengalami pengalaman mengulang semula paper (repeat). Inilah kali pertama. Dan kesukarannya memang menyerabutkan. Datangnya masalah dari segi pendaftaran sehinggalah kepada masalah clash dengan kelas semester seterusnya; iaitu semester kedua. Subjek Geology pula terdapat sesi makmal, dan aku sepatutnya menyertai kumpulan junior. Nasib aku baik kali ini, kerana aku diletakkan sekelas dengan seorang lagi mamat di dalam batch yang senasib dengan aku iaitu Hanafi atau Pioh. Kami membentuk kumpulan dengan beberapa rakan kami yang lain dikalangan junior.
Semester kedua ini aku jalani dengan sedikit perasaan tanggungjawab. Teringat pesan Mr. Ching Chong Kee, pensyarah Mathematic aku ketika di semester pertama, katanya;"practice make perfext..!!". Kata-kata keramat ini menjadi salah satu punca semangat aku kembali segar ketika aku di ambang kegagalan. Mungkin kerana tidak mahu repeat paper lagi, jadi aku lebih bersungguh-sungguh kali ini. Subjek Geology akhirnya lulus dengan cukup makan sahaja - Alhamdulillah. Tatkala ini, aku baru sedar bahawa aku memang susah untuk menghayati subjek yang berbentuk hafalan. Buktinya, setiap paper semester seterusnya untuk subjek yang memerlukan hafalan, aku hanya berjaya lulus sahaja. Tidak gagal, dan tidak pula cemerlang. Susahnya nak faham subjek sebegini atau adakah cara belajar aku yang salah??, yang membuatkan aku gagal memahami isi kandungan subjek. Aku pun tidak pasti...

Jumaat, 31 Disember 2010
Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 22
Assalamualaikum............(31 Disember 2010)(Jumaat). Mereka yang aku sanjungi.
Siapa pula lah yang aku sanjung sebegini rupa? Siap buat tajuk post lagi. Mungkin untuk memberi sedikit penghargaan - yang hakikatnya aku tidak mampu membalas jasa-jasa mereka. Ceritanya begini, ketika aku menerima tawaran menyambung pelajaran ke UiTM Shah Alam, aku ke'kering'an, tiada satu sen pun duit yang ada di dalam poket aku ketika itu. Bukan nak cerita pasal bayaran rumah sewa, membeli peralatan pembelajaran, buku-buku, pakaian dan sebagainya, bahkan, nak buat procedure perubatan atau Medical Check-Up sebagai syarat untuk mendaftar di UiTM pun aku tak mampu nak bayar. Jadi, aku ketika itu agak risau dan sedikit buntu untuk meneruskan pengajian dan pernah juga terfikir untuk bekerja. Tapi, sebenarnya, aku adalah insan bertuah kerana telah dikurniakan Allah lima orang adik-beradik yang prihatin terhadap aku. Mereka lah yang membantu aku melunaskan kesemua perbelanjaan pengajian aku sebelum pinjaman pendidikan PTPTN aku diluluskan. Dan mereka inilah yang aku sanjungi. Mereka adalah Ambong - kakak yang sulung, Angah Amer - abang - yang kedua, Alang - kakak - yang ketiga, Apin - abang - yang keempat, dan juga Bangadik - abang - yang kelima. Ini bukanlah baru bagi mereka - membantu aku, sebenarnya sejak zaman sekolah lagi. Tetapi, seperti sedia maklum, perbelanjaan degree bukannya murah. Walaupun sebenarnya UiTM adalah yang paling murah. Tetapi untuk orang yang baru memulakan hidup di Shah Alam seperti aku, memang sangat memerlukan sokongan seperti ini. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka. Harap aku juga dapat berbakti pula kepada mereka di masa depan. InsyaAllah.
Tidak lupa kepada yang melahirkan kami berenam, iaitu Mak yang tersayang. Yang tidak pernah langsung check result aku - samada okey atau tidak, kerana beliau tidak pandai untuk menilai grade yang digunakan di universiti kerana Mak aku orang kampung. Apa yang Mak aku mampu buat adalah beliau sentiasa memberi nasihat dan peringatan agar aku menjadi orang berguna. Sehingga kadang-kadang terkeluar satu dua perkataan yang agak pedih didengar, tapi penuh sarat nasihat yang sampai sekarang aku ingat. Antaranya, dia selalu membezakan aku dengan insan-insan lain yang lebih kurang umur dengan aku di kampung. Yang ketika itu mungkin aku agak nakal. Dan sekarang aku telah berjaya membuatkan Mak tidak mampu membandingkan lagi aku dengan sesiapa pun - maksud aku dari segi tahap pelajaran. Alhamdulillah.
Juga kepada ketua keluarga kami, iaitu Ayah. Ayah adalah orang yang paling kuat bekerja menyara Mak dan kami berenam dari kecil hingga selesai semuanya bersekolah. Aku masih ingat di ketika aku di Jengka, ketika itu aku ingin membuat pinjaman PTPTN untuk pengajian Diploma, aku perlu menyediakan slip gaji Mak dan Ayah aku. Jadi aku hubungi kampung menyuruh abang aku, Bangadik, untuk menghantar salinan tersebut. Mak aku tak kerja, jadi Mak aku tak perlukan slip, cukup surat menyatakan beliau adalah suri rumah. Ayah aku pula seorang pesara polis, itu pun polis bantuan zaman merdeka dahulu. Tetapi disaat aku dapat sambung belajar Diploma, beliau berkhidmat sebagai security guard di sekolah berdekatan rumah kami. Aku menyuruh abang aku menghantar salinan kad pesara ayah aku sahaja. Jadi aku akan gunakan salinan kad itu sebagai 'pendapatan keluarga' untuk proses permohonan PTPTN. Ketika aku menerima salinan tersebut, aku agak sedikit terkejut kerana pencen yang Ayah aku terima selama ini hanyalah sekitar plus-minus RM300 sebulan. Sungguh!.. aku tak pernah tahu dan tak pernah tengok selama ini. Sayu aku sekejap memikirkan bagaimana Ayah aku menyara kami semua ketika itu - iaitu sebelum beliau bekerja sebagai security guard. Tapi beliau tetap mampu, dan tidak pernah pula menunjukkan kesusahannya kepada kami. Ayah aku memang hebat.
Itulah dia mereka. Mereka yang aku sanjungi adalah mereka yang berada di belakang aku ketika aku 'jatuh' dan 'berjaya' di dalam babak-babak kehidupan aku. Mereka yang aku sanjungi adalah mereka yang selalu bergaduh dengan aku, berselisih faham dengan aku, dan akhirnya telah menjadikan kami saling mengambil berat dan saling bantu-membantu tanpa jemu. Mereka yang aku sanjungi adalah mereka yang suka memarahi aku, mereka yang selalu mengutuk dan menyindir aku, hingga akhirnya tiada apa yang mampu memutuskan hubungan kekeluargaan kami yang telah terpatri sehingga kini. Mereka yang aku sanjungi adalah mereka yang bersama-sama merasa kesusahan dan kekurangan di dalam hidup,.. sebelum kami bersama-sama merasai dan menikmati kehidupan yang lebih baik dan cukup sederhana. Alhamdulillah - segala puji hanya bagi Allah, kerana Allah mengurniakan mereka semua kepada aku...

Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 21
Assalamulaikum........(16 Disember 2010)(Khamis). UiTM Shah Alam.
Aku ditawarkan ke UiTM Shah Alam sedikit lewat dari kawan-kawan aku yang lain - second intake. Aku, Shaikh dan Amad ketika itu sangat serabut mencari rumah sewa di Shah Alam, dah la kami bertiga aje. Sebab kawan-kawan yang lain semuanya sudah sebulan memulakan pengajian - sudah mempunyai rumah sewa dan ahli rumah masing-masing. Sementara mendapat rumah sewa, kami bertiga menetap di rumah sewa Ijol. Rumah itu sudah penuh, ditambah pula dengan kami bertiga, menjadikan rumah itu sungguh pack. Suasana tersebut mendesak kami terus berusaha mencari rumah sewa lain tidak kira apa pun terjadi. Disamping usaha mencari rumah sewa, kami juga terus menerus mencari teman serumah. Kami bertiga mempunyai masalah kewangan ketika itu. Jadi, kami mencari rumah sewa yang mempunyai harga yang sedikit murah. Namun, gagal menemuinya. Yang ada hanyalah harga standard rumah sewa di Shah Alam ketika itu iaitu RM1000 hingga RM 1200 sebulan untuk sebuah rumah. Oleh sebab itu, kami perlu mencari sekurang-kurangnya lima orang lagi teman untuk duduk di rumah sewa tersebut.
Kami bertiga mengambil keputusan mencari pelajar yang tiada rumah sewa ketika hari pendaftaran. Aku, Shaikh dan Amad mendaftar di dewan Annexe UiTM Shah Alam. Setelah selesai urusan kami, kami pun menunggu di luar dewan dan bertanya-tanya kan kepada pelajar-pelajar yang sama mendaftar bersama kami, adakah mereka sudah mempunyai rumah sewa, kolej atau tidak?.. Sebenarnya tak ramai pun kami tanya kerana kami juga agak segan, gaya kami macam orang jual barang pun ada.. Haha. Dan akhirnya kami bertemu Lukman. Lukman berasal dari Kelantan. Dia tidak berjaya mendapat perkhidmatan kolej, sama macam kami. Setelah berkenalan, dia setuju untuk duduk bersama kami. Alhamdulillah, kami sudah mempunyai empat orang.
Kami juga ada meminta bantuan dari agen rumah sewa. Agen rumah pasti mempunyai banyak contact. Mereka sudi menolong. Memang pantas, setelah beberapa hari, kami dihubungi agen menyatakan bahawa ada tiga orang pelajar juga sedang mencari teman serumah. Jadi kami hubungi mereka bertiga. Berjumpa lah kami semua di Restoran Mulus. Restoran yang terletak betul-betul di depan rumah sewa yang akan kami duduki. Mereka bertiga adalah pelajar degree, kos Kejuruteraan Elektrik. Mereka adalah Mail, Kue dan Fahmi(tulang). Setelah berbual, kami semua bersetuju untuk pindah terus ke rumah itu kerana rupa-rupanya mereka juga seperti kami, sudah tidak tahan dan malu untuk terus menumpang di rumah sewa rakan-rakan. Setelah kami duduk dirumah sewa baru kami, kami disertai pula oleh Naufal dan Adam. Naufal menyertai kami setelah keluar dari rumah sewa lamanya kerana masalah transport. Dan Adam pula menyertai kami kerana baru menerima tawaran degree - lewat sedikit dari kami. Duduklah kami semua di Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam. Kami juga adalah antara batch yang pertama menetap bangunan rumah kedai itu. Ketika itu Pusat Komersial tidak sesibuk seperti sekarang. Kalau sekarang nak cari parking pun susah. Penat lelah kami mencari rumah dan teman serumah ketika itu membuahkan hasil. Kami memulakan hidup baru, di bandar baru, di suasana baru, di persekitaran baru, dengan membawa harapan baru, azam baru dan impian yang semestinya lebih baru dan segar. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mempermudahkan urusan kami untuk menuntut ilmu.

Khamis, 16 Disember 2010
Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 20
Assalamualaikum........(16 Disember 2010)(Khamis). Saat akhir di Jengka Pahang.
Kalau diikutkan. Tiga tahun aku duduk di Jengka, banyak cerita aku yang boleh coretkan. Dari ketika duduk di Kolej, sehinggalah pengalaman duduk di rumah sewa. Dari gelak tawa nangis rakan-rakan, sedih pilu teman-teman, gaduh tumbuk sahabat-sahabat, sehinggalah kepada terhasilnya satu keluarga yang erat dan tampak jelas saling mengambil berat. Aku tidak mampu untuk coretkan semua cerita di Jengka Pahang. Biarlah ianya menjadi cerita dan bual tawa ku suatu hari nanti - jika diizinkan bertemu semula - semua watak-watak penting di dalam kehidupanku ketika di Jengka Pahang.
Di akhir semester aku di Jengka. Aku menjadi agak pemalas dan semakin lama semakin aku rasa nak grad Diploma lebih awal. Mungkin sebab dah nak dekat sangat nak grad. Jadi, kerja kursus aku jadi kerja yang paling ntah ape-ape pernah aku buat, subjek business plan aku menjadi kerja paling berterabur pernah aku buat, termasuk paper-paper final exam aku, dah la study gitu-gitu jek dan jawab pun ala kadar. Fikir masa tuh nak lulus aje. Nak grad. Yang paling simple aku buat adalah untuk paper Water Resources, seingat aku, masa exam aku submit paper tuh tak sampai sejam pun. Haha. Tak siap pun, ada la dua soalan aku jawab dari lima soalan besar. Cuak gak, takut tak lulus. Redha dan tawakkal. Dan Alhamdulillah, paper itu lulus juga. Sekadar lulus sahaja lah. Hehe.
Aku dan rakan-rakan mengisi borang untuk memohon menyambung ke pengajian Sarjan Muda(degree) di UiTM Shah Alam selepas grad diploma. Boleh dikatakan kesemua dari kami mengisinya. Suasana menjadi semakin teruja dan juga menjadi semakin sayu - kerana akan tamat diploma. Di samping memohon degree di UiTM Shah Alam. Aku dan Kent - melalui idea Kent - kami juga ada apply untuk sambung pengajian ke Universiti of Western Australia (kalau aku tidak silap, tak ingat nama universiti). Masih ambil course yang sama. Namun, aku membatalkan hasrat setelah melakukan beberapa procedure akhir kerana memikirkan perbelanjaan yang akan ditanggung. Aku bukan dari keluarga 'berada' seperti Kent. Jadi, aku tak mahu menyusahkan keluarga aku, sudah cukup aku membebankan mereka selama ini . Oleh itu aku memilih Shah Alam sahaja sebagai destinasi. Mungkin suatu hari jika aku mahu, baru lah aku akan ke luar negara untuk menyambung pengajian lebih tinggi - dengan duit sendiri. InsyaALLAH.
Meninggalkan Jengka memang menjadi impian semua musafir yang menuntut di UiTM Jengka Pahang, tambah-tambah lagi yang tinggal di luar negeri Pahang. Tetapi, apa yang sukar bagi mereka, termasuk aku, adalah meninggalkan kenangan-kenangan yang ada disana. Tidak semudah seperti melipat baju dari almari, menyimpan baju-baju di dalam beg, mengemas barang-barang keperluan, dan memasukkan kedalam kereta, terus memandu pulang. Tidak semudah itu. Walaupun sudah bertukar tempat, Jengka Pahang tetap punya keistimewaan.
Aku antara insan yang terakhir meninggalkan rumah sewa. Masih cuba menikmati suasana Pekan Jengka dan Kampus Jengka ini, mungkin ini kali terakhir - jika aku tiada sebab untuk kembali kesini lagi. Setelah pulang, bercuti lah semua rakan-rakanku dan aku, sambil menunggu keputusan peperiksaan, sebelum kami di sahkan grad secara rasmi. Dan sudah menjadi ramalan, majoriti dari kami semua nya lulus, ada juga yang cemerlang. Dan seorang demi seorang pula mendapat tawaran ke UiTM Shah Alam - termasuk aku. Sah!... memang ramai yang akan aku jumpa kembali di Shah Alam nanti. Jika dibandingkan dengan Jengka Pahang, Shah Alam tampak lebih mesra remaja, macam-macam ada, dekat pula dengan ibu kota Kuala lumpur, dan aku sebenarnya agak risau untuk menjalani pengajian di tempat yang sebegini - bandar Shah Alam. Berbeza dengan Jengka, aktiviti sosial remaja seumur aku di Shah Alam lebih bebas. Perihal akademik, aku tidak dapat menjangka apakah yang aku akan aku hadapi di dalam sesi pengajian nanti. Aku dengar degree berbeza dengan diploma. Agak susah. Tetapi, bila fikirkan ramai kawan-kawan yang sama belajar di Jengka akan turut serta di Shah Alam, aku menjadi semakin berani. Didalam rasa keterujaan, aku panjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana telah menempatkan aku dikedudukan setinggi ini. Tidak semua orang berkesempatan merasainya.. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan.

Rabu, 8 Disember 2010
Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 19
Assalamualaikum..........(8 Disember 2010)(Rabu). Naik motor ke Terengganu.
Ini bukan kali pertama aku ke Terengganu. Selama aku duduk di UiTM Jengka Pahang, aku pernah ke Terengganu untuk tujuan kursus Biro Tata Negara, ketika itu aku bersama Basyir, Shaikh, Ekin dan Amiza. Selesai kursus tersebut. Aku, Basyir dan Shaikh telah dipelawa oleh Ijol untuk kerumah beliau yang terletak di Kuala Terengganu. Ekin dan Amiza pula ke rumah Yana. Disini, aku berkesempatan merasa udara dan suasana pantai Laut China Selatan, dan juga menikmati suasana hutan serta air yang sangat sejuk di Hutan Lipur Sekayu. Berkesempatan pula merasa makanan-makanan orang Terengganu, di samping menikmati suasana bandar, suasana kampung dan semestinya berinteraksi dengan orang-orang Kuala Terengganu. Memang menarik juga hasilnya. Tetapi bukan kisah ini yang aku mahu tulis. Aku mahu tulis mengenai perjalanan aku ke Dungun Terengganu daripada Jengka Pahang dengan menaiki motor Honda EX5 aku, yang lebih dikenali sebagai 'BFA' dikalangan rakan-rakanku. Kisah ini berlaku setelah batch aku tidak lagi mendapat perkhidmatan kolej. Dan kami harus menyewa rumah di sekitar Pekan Jengka. Dan disemester yang sama, housemate aku iaitu Joe, mempunyai seorang kakak yang akan melangsungkan majlis perkahwinan di Dungun, Terengganu - yang juga adalah rumah Joe. Maka, kami ahli rumah sewa bergabung dengan rakan-rakan lain yang juga menyewa sekitar rumah kami, bergerak secara konvoi dengan motor masing-masing ke Dungun Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak Joe itu. Aku dengan hanya menaiki EX5 cuba memberanikan diri menyertai mereka. Dan ini adalah antara keputusan paling cepat pernah aku buat - menyertai konvoi motor. Yeah!
Aku servis sekadar menukar minyak hitam dan plug motor aku sahaja. Dengan membeli tiub motor untuk disimpan dan akan dibawa bersama. Cukup sudah aku rasa. Maka, kami yang seramai lebih kurang 30 orang, yang juga 30 buah motor, bergerak ke Dungun, Terengganu. Dengan memakai baju sejuk berbulu berwarna coklat yang aku beli di kedai bundle, lengkap dengan sarung tangan dan helmet baru. Siap sedia untuk konvoi kali pertama dalam hidup aku. Haha. Aku tidak meresa risau sangat kerana di dalam kumpulan bermotor ini ada orang yang tahu membaiki motor - pomen, ada yang pakar arah jalan dan berbagai-bagai lagi pakar yang wujud di dalam kumpulan ini. Jadi, apa yang orang baru macam aku patut buat adalah mendengar arahan sahaja ketika berkonvoi.
Kalau aku tidak silap, kami bergerak awal pagi. Ini kerana kami akan tiba disana tengah hari atau petang. Apabila semua kenderaan sudah siap, kami pun bergerak. Di dalam perjalanan, sudah tentunya EX5 aku kalah kepada Yamaha LC, Yamaha Lagenda, dan semestinya jauh lagi ditinggalkan RXZ. Aku pun tak pasti berapa banyak jenis motor yang ada. Tetapi senarai tadi itu sudah cukup untuk mengambarkan kelajuan mereka-mereka ini, biarpun di jalan biasa, mahupun lebuhraya, kelajuan mereka tetap sama. Disebabkan aku selalu ditinggalkan oleh ahli yang lain, akhirnya, ketika kami berehat, mereka membuat keputusan agar aku dan pemilik EX5 lain agar mengetuai konvoi supaya tidak tertinggal lagi dibelakang. Perjalanan yang agak jauh. Boleh kata perjalanan bermotor ini adalah yang jauh pernah aku tempuhi. Naik kebas juga punggung aku melayan konvoi ini. Akhirnya, satu ketika, sampai juga aku di Dungun. Wah, lama juga. Setibanya kami disana, kami terus mencari rumah Joe dan melayan pula majlis perkahwinan kakaknya. Lama juga kami di rumah Joe.
Petang itu juga kami kembali ke Jengka, namun perjalanan pulang terasa lebih lama. Oh ya, kerana kami singgah di Cherating dahulu. Di sana kami berehat menikmati hari petang, kononnya mahu melihat matahari terbenam. Haha. Matahari pun tak nampak. Mungkin sebab kami terlewat sedikit - sudah senja. Setelah hari mulai gelap, kami bergerak terus ke selatan, yakni terus pulang ke Jengka Pahang. Perjalanan pulang ini masing-masing tidak memperdulikan EX5 lagi, mereka memecut dan siapa tertinggal, maka tertinggallah. Tetapi, yang menariknya, motor EX5 aku ni, agak sedikit perform ketika perjalanan pulang ke Jengka. Aku pun tidak tahu kenapa. Kerana ketika perjalanan pulang itu, aku mampu bersaing dengan motor-motor laju yang lain tanpa masalah. Laju sungguh motor aku - atau mereka yang bawa pelahan - aku pun tak tahu. Jadi, aku tidaklah ditinggalkan oleh mereka dan aku selamat sampai ke Jengka bersama mereka. Nampaknya semua gembira ,kecuali motor-motor kami sahaja - sudah pasti motor kami yang paling 'terseksa'.Hehe.
Penat badan tak mampu nak cerita. Tetapi, perjalanan ini sangat bermakna. Dahulu aku melihat keadaan ini dan menggelar mereka ini 'budak motor' - sebelum perkataan rempit memburukkan imej mereka. Kini, aku sudah merasa bagaimana menjadi mereka. Aku merasa puas, pengalaman ini cukup berharga. Apa pun aku tidak mungkin mengulanginya, kerana ternyata ianya sangat penat sekali. Ada juga aku bercita-cita, jika benar mahu konvoi, aku akan ulanginya suatu hari hanya jika aku memperolehi sebuah motor berkuasa tinggi. Hehe.:)

Sementara Aku Masih Ingat, Versi Sebelum Aku Tamat (UiTM) - 18
Assalamualaikum........(8 Disember 2010)(Rabu). Aku dan bunyi-bunyian.
Aku bukan lah pandai cipta lagu atau apa. Tetapi, aku telah mempunyai gitar kapuk sejak aku masih tingkatan lima sekolah menengah lagi. Material seperti itu tidak sepatutnya ada disisi orang yang ingin menduduki SPM seperti aku. Apakan daya, ketika itu, minat dan nafsu remaja aku sangat membuak-buak agar aku belajar bermain gitar. Belajar dari beberapa orang rakan dan juga melalui buku-buku yang aku beli di gerai majalah di tepi jalan pekan Kuala Pilah. Aku ada juga mengikut rakan-rakan ke sesi jamming mereka ketika di Kuala Pilah. Sehinggalah aku selesai peperiksaan SPM. Aku ketika itu hanya tahu bermain gitar telah dipelawa oleh Angah yang juga pandai bermain gitar, untuk menyertai dia dan Adril, Adril tahu bermain drum, untuk menyertai sesi jamming mereka, aku membantu mereka dengan bermain bass. Setelah beberapa bulan, kami bertindak untuk merakamkan 5 buah lagu hasil nukilan Angah, namun di olah oleh aku dan Adril ketika sesi latihan. dipendekkan cerita, sebelum aku ditawarkan ke UiTM Kuala Pilah, aku boleh dikatakan telah merasa sedikit pengalaman bermain muzik berkumpulan dan berpeluang pula merakamkan lagu-lagu punk rock versi sendiri di studio serba ringkas yang juga terletak di Kuala Pilah. Tetapi, kami ketika itu belum berkesempatan untuk perform kerana ketandusan peluang. Begitulah serba sedikit kisah perjalanan anak muda ini. Yang kononnya mahu sangat jadi musician. Haha.
Baiklah. Ceritanya pula di UiTM Jengka Pahang, aku tak terlepas dari dunia ini. Iaitu dunia muzik. Di asrama lelaki, bukan sukar mahu cari gitar kapuk, ada sahaja di bilik-bilik, maka, jelas lah untuk melihat siapa yang tahu main gitar, siapa yang tak tahu. Aku sudah semestinya apabila bosan, akan ke bilik rakan-rakan mencari hiburan, lalu ternampak gitar, dan akan dipetik sejauh mana yang aku tahu. Maka, menyanyi lah mereka yakni ahli bilik tersebut sambil melayan kerenah aku. Mungkin sedap atau tidak sedap atau hanya kerana melayan aku kerana datang ke bilik mereka. Di UiTM Jengka Pahang ini juga aku telah dipelawa untuk turut serta dalam sesi jamming. Kumpulan yang dianggotai oleh Adam, Henry, Apis Sabri dan aku. Aku tidak berapa ingat. Mungkin hanya kami berempat. Atau ada lagi yang tertinggal. Aku rasa ahli nya berubah-ubah juga. Ada kala Zamru juga menyertai, Amad juga, serta Zain juga ada, dan yang lain-lain juga. Lagu apa yang dibawa? Urm... aku rasa genre-nya pelbagai. Adakalanya rock, adakalanya grunge, adakalanya punk rock, adakalanya... kami bawak saja lagu apa yang terlintas difikiran.Hehe. Namun, kumpulan ini tidak bertahan lama. Sejak ketiadaan Henry - kerana beliau berhenti belajar, maka gerakan kumpulan ini tidak lagi menyala. Dari nama Tong Kiat Tragedy ke Jengka Rejected, kalau sudah bukan bermain muzik itu masa depan kami, maka, tiada lah apa-apa yang boleh dibanggakan. Ketika aku bersama mereka juga aku tidak berkesempatan untuk perform. Tambahan umur kumpulan ini lebih pendek dari yang dijangka.
Begitulah suasana dunia bunyi-bunyian aku ketika di UiTM Jengka, Pahang. Tetapi, sehingga saat aku menulis ini, aku masih bersama Angah, tanpa Adril, namun mempunyai Apis sebagai drum dan Ah Cong sebagai second gitar. Haha, Mengarut sungguh perjalanan ini. Aku sendiri tidak dapat memberi komitmen kepada kumpulan walau di dalam keadaan sibuk atau senang. Hakikatnya muzik hanya hobi untuk orang seperti aku. Dan di Malaysia juga, orang yang mampu hidup senang dengan bermain muzik bukan lah ramai. Itu semua rezeki, dan semestinya mereka yang berjaya dalah mereka yang sangat berbakat di dalam bidang ini. Sekadar memasukkan nada bunyi di dalam kehidupan aku, agar hidup ini tidak sunyi, maka aku suka untuk memetiknya kembali suatu hari..:)

Langgan:
Catatan (Atom)