Isnin, 5 Oktober 2009

Bercinta ketika Belajar


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...,5th oktober 2009. Sebelum terdetik nak menulis disini, aku baru selesai menonton rakaman Kuliah Dr Asri Zainul Abidin, yang bertajuk 'Islam meraikan perasaan seseorang'. Rakaman ini mungkin sudah lama, beberapa tahun dahulu, aku tak berapa pasti,... Apa yang menarik minat aku, apabila dia berbicara mengenai perasaan CINTA seseorang kepada insan lain. Apa kata dia :

..........................................................................................................................................................

Sebab itu, orang dulu-dulu mereka salah,...apa mereka kata kat anak-anak mereka;


" kau nak pegi belajar university, kau pegi belajar elok-elok, jangan duk bercinta-bercinta"...


Kalau dia kata jangan 'bermain cinta', itu mungkin betul... kerana CINTA ni nak buat macam mana?...kita tidak boleh larang orang jatuh cinta...Apabila dia tengok seseorang, lalu dia jatuh cinta. Bukan boleh jangka kan?....kan?


'Macam mana nak buat ni, aku jatuh cinta??"...

Takkan nak rendam kepala dalam sungai??(dia melawak)...Bila seseorang jatuh cinta, jadi biarkanlah. Kalau ada orang jumpa kita, dia kata;

"Saya jatuh cinta pada awak"...

Apa kita jawab?...

'Terima kasih"..

Terima kasih kita jawab, ye la, nak kata apa lagi?..Takkan kita nak jawab;

"Awak jangan cinta saya, saya benci orang cinta saya"

Tak patut dia cakap macam tuh, biar la dia nak cinta sesiapa pun dia suka. SELAGI DIA TAK BERTINDAK APA-APA....itu satu perasaan yang dia simpan dalam hati dia...Apa boleh buat?
Itu pun sudah di kira untung, orang lain dok cari siapa sudi cinta dia,...mana nak dapat?...tak dapat-dapat...??. Tapi bila dia BERTINDAK, anak kita sebagai contoh, bila dia BERTINDAK ATAS CINTA TUH.. dia mula keluar bersama-sama, itu kita marah..!...itu langgar syarak... Tapi kalau dia sekadar suka pada orang itu tanda dia manusia normal...itu tanda dia seorang lelaki...itu tanda dia seorang perempuan..Kalau dia kata ;

"saya tak rasa apa pun pada lelaki atau perempuan"...

Itu tanda dia bermasalah...(penonton kuliah ketawa)...Susah hati kita dengar perkara-perkara macam tuh..Tapi kalau dia, anak kita, betul-betul jatuh cinta ada seseorang, kita kata lah, sebagai contoh seorang bapa berkata kat anak dia;


"okey...okey...ayah faham...ayah sangat faham...tapi,..engkau kena CONTROL...setakat ni engkau boleh rasa macam mana jatuh cinta aje...tapi engkau jangan BERTINDAK...."

Islam sangat rasional dalam hal ini...perkara yang bersifat perasaaan, agama tidak pernah memaksa..sebab itu agama tidak memaksa orang untuk memeluk Islam...kerana untuk memeluk Islam ialah atas sebab KEIMANAN...KEIMANAN itu adalah KEYAKINAN...dan KEYAKINAN itu tidak boleh DIPAKSA...


-Dr Asri Zainul Abidin

..........................................................................................................................................................

Satu lagi cerita, dari housemate aku, merangkap roomate aku jugak...dia cerita bahawa ayahnya mempunyai seorang kawan. Kawan ayah dia nih telah ber'couple' dengan rakan sebayanya dari zaman sekolah rendah lagi. Kedua-dua orang 'couple' ni mempunyai akhlak yang agak baik, oleh itu pasangan ini dianggap 'sweet' oleh orang-orang yang lebih tua atau pun orang yang lebih muda dari mereka..Masa berlalu, mereka ber'couple' sehingga ke alam sekolah menengah, alam pekerjaan dan akhirnya mereka mendirikan rumah tangga...Alangkah bahagianya hidup mereka..

Tetapi, apabila sudah hidup sebumbung, mereka dikatakan mula bergaduh dan akhirnya bercerai...dengan tidak diketahuai apa punca nya...namun setelah beberapa ketika mereka 'rujuk' semula...dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah...dan setelah mereka hidup beberapa tahun..mereka dikatakan sentiasa bergaduh, tidak sehaluan..dan di akhir ceritanya si Isteri membunuh si suami....juga tidak diketahui puncanya..dan isteri di jatuhkan hukuman penjara....
Apa yang aku dapat dari cerita nih...aku rasa pergolakan ini berlaku adalah kerana mereka ber'couple' terlalu lama...bila dah terlalu lama...tiada apa lagi yang istimewa...ye la, semua baik buruk dah diketahui...semua cerita dah diceritakan,...apa lagi yang nak dikongsi...???...agak bahaya bercinta terlalu lama...

..........................................................................................................................................................

Apa yang kita dapat dari dua cerita ini?...urmm...adalah tidak salah untuk bercinta...tapi kita perlu mengawal kehendak nafsu kerana kadang kala bercinta ketika masih belajar, masih belajar mengenai kehidupan, adalah lebih kepada perkara-perkara seperti mengikut 'trend' atau iri hati melihat orang lain mempunyai pasangan kekasih. Aku tak boleh nak nasihat sangat sebab aku pun pelajar..Jadi sama-sama lah kita berdoa, agar kita di tunjukkan Allah jalan yang benar dan diredhaiNya, semoga kita diberikan pasangan yang boleh menyenangkan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat kita...InsyaALLAH...


..........................................................................................................................................................

34 ulasan:

M berkata...

saya jatuh cinta tp dia x cinta saya.. bab pelajaran sy xjatuh cinta.. mcm mana ni?? tolong saya.. apa patut sy buat abg daud..
ur sincerely,
M

Daud Mili berkata...

errr......aku bukan Doktor Cinta pon.....-_-"

Anonymous berkata...

hehehe.. menarik topik ko. lecturer highway aku ckp.. "saya xkesah awak nk bercinta. saya pon bercinta dari diploma. n now skang da kawen" n dia ckp bila dia bercinta diorg saling membantu dlm belajar. bg aku x slah bercinta. asalkan masing2 tau tggjawab msg2 pada ape yg lebey pentg (e.g study)

zai berkata...

Salam Daud..

Kak Zai setuju dengan pendapat Dr Asri..tak salah untuk bercinta tetapi harus ada batas2 yg perlu dijaga agar tidak melangkaui batas2 agama..apapun jika berniat untuk mendirikan rumahtangga..perasaan cinta itu perlu ada kerana tanpa cintalah rumahtangga semuanya porak peranda..tetapi kedua2 pasangan yg bercinta harus mengetahui yg mana satu cinta perlu didahulukan..kalau bercinta kerana Allah dan inginkan keredhaannya sllunya kita malu utk melakukan perkara2 yg dilarang selagi belum diijab dan kabul..

Perkahwinan adalah satu ikatan yang sangat indah bagi pasangan yg benar2 memahami tujuan perkahwinan itu sebenarnya..

Selamat Berjaya..

Daud Mili berkata...

setuju dgn kak zai...!!!

Daud Mili berkata...

aina : itu la pasal.....sebab aku tengok dak2 yang couple selalunya dapat gred best2...diorang malu kat pasangan kalo gred terok...~

Anonymous berkata...

hahaha. tau xpe. tp ada gak kapel yg x ke mna.. study pon ntah hape2. da besar kn.. pndai2 la pk.

Anonymous berkata...

lupa lak. meh stdy hydro ngn aku. its complicated kn. haha

Daud Mili berkata...

jom..ajar aku tau...
kat mane nak study...??. kat dalam??

Anonymous berkata...

young engineer suda

zairi berkata...

aku kawen ngan wife aku setelah bercinta seploh tahun dari skolah.Alhamdulillah...moga2 x de pepehal yang x di ingini berlaku.

Daud Mili berkata...

Aina :young engineer pun okeh...biler tuh...?..!!

zairi :insyaALLAH, semoga kekal hingga hayat...ini semua hanya panduan...

Kakcik Seroja berkata...

Salam..

Kalau bercinta dan saling berlumba untuk maju dalam pelajaran, tak apa lah (tapi, bukan mengambil kesempatan pulak untuk melanggar hukum hakam - Haram tetap Haram!). Yang sedihnya, sudahlah melanggar hukum hakam, pelajaran yang diburu pun entah ke mana...

Daud Mili berkata...

tapi, masalahnya apabila disekeliling suasana belajar ni benda2 haram halal macam tak dapat dibezakan...tambah2 plak kalau institusi pelajaran tuh kat area2 bandar...yang agak kebaratan budaya pelajar2 nya...hehe...

PUTUBAMBU berkata...

En. Daud..

Salam kenal..!

teringat Ustaz kak Putu masa berlajar kat ITM Jengka dulu..

katanya.. 'cinta itu bukan saja buta..malah pekak dan bisu'..

sebab itu macam2 benda yg timbul..

yg pastinya..jgn kerana cinta..kita hilang arah tujuan dan maruah diri..

Suzana Ikram berkata...

salam kenal bro..
mekaseh le sudi singgh d blog.. awk org n9 ye... sama la gan sy...

selamat hari raya ye...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam thanx singgah blog saya...hehehhe dulu masa dok poli biasa la cintan cintun nih...sib baik jadi kaweh...heheheheheh

Syamimi Hazirah berkata...

bercinta ada batas2nya, haruslah dijaga kn
semoga dijodohkan dengan orang yg bole membimbing kite ke arah kebaikan

Daud Mili berkata...

KAk putu : aka uitm jengka ke dulu....??

ikiqzana : ha'ah...orang n9..kolo pilah..~

alimaz : sama2....tahniah la dah kawen..hehe..

eyra : amin..insyaALLAH...

M berkata...

tp kalu sbb cinta @ sbb nk mempertahankan cinta semasa belajar pasangan sanggup bwat apa saja mcm mana pulak abg daud?? for example, pasangan abg daud tolong siapkan assignment abg daud..
xke x bagus g2?? hehe.. kononnya nk tunjuk syg kt abg daud la.. (kononnya...)

Werdah berkata...

Salam Daud,

Dah lawat blog ni.. tp tak sempat nak komen internet down.. dua hari..

Mmmm fasal cinta.. adalah tidak salah untuk bercinta...tapi kita perlu mengawal kehendak nafsu. dan bercinta ketika masih belajar, ada pro n kontranya..sebab jika asyik ingat cinta je kalau tak pandai kawal diri dan ikut perasaan masa terbuang kemudian jika sering berjumpa tanpa ditemani yg mahram akan berbuat dosa w/pun tak berzina tp menghampiri zina..

Yang baiknya jika ter (bercinta) tapi jgn berjumpa dan jadikan sebagai pemberi motivasi utk berjaya dalam mengejar cita2..

Jadi berusahalah bersungguh2 agar Allah lindungi diri dp berbuat dosa serta berdoa, agar ditunjukkan Allah jalan yang benar dan diredhaiNya, semoga Daud dan seangkatan diberikan pasangan yang boleh menyenangkan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat Amiin...InsyaALLAH...

zawani badri berkata...

nice one! :)

byk iktibar kisah ni

Daud Mili berkata...

werdah : amin.insyaALLAH...

zawani : yup...sama2 amik ikhtibar...

Daud Mili berkata...

kepada M, time becinta mmg xleh nak pikir ape dah...kentut pun leh jadi harum...camne tuh?...

usop_zali berkata...

tp daud x kentut di depan gadis....hehe....
daud = DR. LOve

M berkata...

hahaha.. btol jgk 2..
so bercinta semasa belajar lebih byk keburukan berbanding kebaikan.. bak kata org tua, jgn nk hipokrit la, semua org suka tgk yg cantik2..
bahaya bila berdua.. yg ckp bab study 2 sgt x setuju.. kalau x couple pon rasanya boleh score jugak.. kan2?? peace :)

Daud Mili berkata...

Ucop :

hang depan & huruf pun hang kecut...camna.??..haha

makhluk halus M :

dah ready, couple aje la,..kawen terus ....settel..!!

Daud Mili berkata...

Ucop :

& huruf = 7 huruf

Anonymous berkata...

org skang da xckp 7 hurup da. ckp nama teros la daud oii

Daud Mili berkata...

kan elok dari dulu ucop x menafikannya...~ucop2...

usop_zali berkata...

apa ni???
nape msti jd topik aku plak???
apa yg 7 plak daud??haha

Daud Mili berkata...

hahaha...sapa suruh..

nutasa berkata...

i like dis post...=) stju ap dr asri ckp....unless i'm an abnormal person...hehe

Daud Mili berkata...

Nutasa :

Dr Asri lebih bersikap terbuka dalam2 isu2 yang membabitkan sosial anak2 muda...sebab dia pun pernah muda...~~..hehe